Isnin, 26 April 2010

Terus berjuang, kerja lebih kuat - Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.


Read More

Selasa, 20 April 2010

PAS tambah bilangan petugas di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 20 April: PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil parlimen itu Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi."PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.

Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 paratus.

"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid adalah calon PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.

Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen."Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi.

"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.

"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.

Sumber Harakahdaily.net


Read More

Sabtu, 17 April 2010

Lagi Gambar Sekitar Pesta Wau Ladang













Kekalkan Tradisi Kita....





Read More

PESTA WAU DUN LADANG

Ladang, Kuala Terengganu - Pemuda DUN Ladang Bersama
Pemuda UPU Surau Baru,Pasir Panjang telah mengadakan
Pertandingan Wau buat julung kalinya.

Amat memeranjatkan Pertandingan ini telah dibanjiri oleh
ramai peminat dan pencipta permainan tradisional ini.Pelbagai
kategori pertandingan telah dipertandingkan di dalam
pertandigan ini.

Semoga pertandingan sebegini akan diteruskan lagi di samping
mengetengahkan bakat-bakat dan juga mengekalkan Wau sebagai
permainan dan budaya tradisi kita. Inilah peluang untuk kita
memenangi hati masyarakat tanpa prejudis. Sekalung penghargaan
kepada mereka yang telah menjayakan pertandingan ini terutama
Urusetia yang telah memberikan yang terbaik.







Read More

Hulu Selangor: Pertandingan 4 Penjuru

KUALA KUBU BHARU: Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan empat calon bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini.

Empat yang berkenaan ialah P. Kamalanathan (Barisan Nasional), Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat), Johan Mohd Diah (Bebas) dan S. Chandran (Bebas).

Ia diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahlan kira-kira pukul 11.25 pagi.

"Sehingga tempoh bantahan ditutup pada pukul 11 pagi, saya tidak menerima sebarang bantahan," katanya sebentar tadi.


Read More

Lebih 500 Bantah APCO 1 Malaysia

KUALA TERENGGANU – Penglibatan syarikat Yahudi Aco Worlwide dalam menentukan halatuju Negara dibantah oleh lebih 500 orang dalam satu himpunan aman yang diadakan di hadapan Masjiod Pengadang Baru disini, 16 April.
Himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) dimulakan sebaik selesai jamaah masjid menyemprnakan solat Jumaat.

Antara yang berucap dalam himpunan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha, Wan Faizul Abas, Ketua Penerangan, Sheikh Hanafi dan Exco DPPNT Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi

Himpunan tersebut turut membakar bendera Negara Israel, menjadi lambing syarikat Apco Worldwide yang telah dibayar sebanyak RM77 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menasihatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Antara program yang dikaitakan dengan perundingan Apco adalah program 1 Malaysia yang telah dipopularkan oleh Najib.


Read More

Isnin, 12 April 2010

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Read More

Jumaat, 9 April 2010

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengemukakan cadangan agar memben

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengemukakan cadangan agar membenarkan Judi Sukan di Malaysia sempena FIFA World Cup 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan Jun nanti. Beliau berkata ketika menjawab solan pemberita ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong tempohari.

DPPP merasakan adalah lebih memalukan apabila perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Rasah yang beragama Kristian, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi parlimen. Sebagai seorang yang mengaku seorang yang beragama Islam, Perdana Menteri sepatutnya lebih prihatin terhadap perkara ini.

DPPP juga mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak agar jangan berdiam diri sebaliknya perlu segera menjelaskan pendirian beliau terhadap isu ini yang mana jelas bercanggah dengan syariat Islam memandangkan ini boleh menjejaskan imej Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan slogan ‘Islam Hadhari’ serta meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

DPPP juga mencabar Pemuda UMNO dan NGO-NGO agar menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan ini. Jangan hanya berani bertindak jika ianya melibatkan Pakatan Rakyat tetapi ‘menikus’ apabila melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekiranya Judi Sukan ini diteruskan, akan menyebabkan mutu sukan di negara kita merosot disebabkan perbuatan mengatur perlawanan dikalangan ‘taukeh-taukeh’ judi seperti mana yang berlaku di dalam Liga Bolasepak Malaysia di era ’90 dahulu. Ini juga menjadi punca terjejasnya kepercayaan dikalangan peminat sukan. Bayaran yang dibuat kepada individu tertentu juga akan menyebabkan hubungan diantara rakan sepasukan terjejas. Selain itu berjudi juga dilarang di dalam mana-mana agama.

Jesteru itu, DPPP secara lantang mendesak agar kenyataan itu ditarik balik kerana ini jelas boleh merosakkan masyarakat Malaysia umumnya dan akhlak umat Islam khasnya.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


Read More

Maklumat Yang Memeranjatkan Mengakhiri Sidang DUN

Kemaskini -Ekuiti Melayu Islam Bandaraya Kuala Terengganu Semakin Terhakis

KUALA TERENGGANU – Pelbagai maklumat yang terpaksa didedahkan kepada rakyat setelah tiga hari Sidang DUN Terengganu bersidang, sesi penggulungan di hari terakhir Khamis 8 April, lebih memeranjatkan.

Samada maklumat terdedah kerana pertanyaan dan asakan PAS sebagai pembangkang, wakil-wakil rakyat Umno turut ‘tumpang semangkuk’, bertanya kepada kerajaan samada sebagai suara dari DUN masing-masing atau meneruskan pertentangan kumpulan ‘Idris –Ahmad’.

Jawapan wakil kerajaan terus mendedahkan ke'bobokan' Exco Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan Awam negeri, Yahaya Khatib Ali.Soalan terakhir Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang bertanya, adakah kerajaan sedar jalan yang baru siap dari Chendering ke bandar Marang tidak rata dan beralun?

Soalan tersebut dijawab sambil lewa dan dengan nada kebudak-budakan."Ya, kerajaan sedar........ ia berombak dan sangat mengasyikkan,"kata Yahaya Khatib ketika menjawab.

Antara maklumat yang terpaksa didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, kerana diasak oleh wakil rakyat PAS adalah berkaitan pemilikan orang-orang Melayu Islam di bandaraya Kuala Terengganu.

Setelah diasak bertubi-tubi oleh ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, jawapan Ahmad mendedahkan pembangunan yang dilaksanakan di bandaraya ini menjadikan ekuiti orang Melayu Islam semakin mengecil dan berkurang.

Ia adalah kerana, beberapa projek pembangunan bandaraya Kuala Terengganu dimajukan dengan memberi pemilikan yang sedikit kepada orang-orang Melayu Islam.Dr. Syed Azman meminta penjelasan, berapakah ekuiti, pemilikan hartanah bagi dua projek pembangunan di bandaraya Kuala Terengganu, iaitu pembangunan Paya Keladi 2 dan juga pembangunan hartanah di kawasan Cabang Tiga.

Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal, cuba mengelak untuk memberi jawapan yang tepat, malah tidak langsung memberi jawapan tentang berpakah ekuiti pemilikan Pembangunan Paya Keladi 2.

Beliau yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Exco Kerajaan Tempatan negeri berkata, dasar pembangunan didalam bandaraya Kuala Terengganu telah ditetapkan, orang-orang tempatan akan ditawar hartanah kawasan tersebut, apabila sesuatu kawasan tersebut dibangunkan.

Namun begitu, katanya, Pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan Cabang Tiga, apabila siap kelak, pemilikan yang ditentukan adalah 50/50, iaitu 50% untuk orang Melayu dan 50% untuk bukan Melayu.

"Mana boleh, Cabang Tiga adalah kawasan majoriti orang Melayu, mana boleh 50/50,"bantah Dr. Syed, dan beliau terus mengasak supaya Ahmad Said menjadi 'panas' dan meninggikan suara, serta mengungkit perkara-perkara lain yang tidak berkaitan.

Dr. Syed dalam Majlis Ceramah Isu-isu Sidang DUN semalam, tetap menegaskan pendiriannya mendakwa kerajaan negeri Terengganu masakini, dalam mengejar projek-projek untuk diri sendiri dan kroni, meminggirkan orang Melayu Islam, dan menghambat mereka keluar dari bandar Kuala Terengganu.

Ketika ditemui selepas ceramah dan ditanya, adakah projek pembangunan Paya Kladi 2 dan Projek Pembangunan Cabang Tiga dibuat pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, beliau menjawab, "tidak semuanya dirancang dan dilaksanakan dalam zaman Dato' Ahmad Said menjadi Menteri Besar,".


Read More

Rabu, 7 April 2010

Kedaulatan Islam Bukan Kedaulatan Bangsa

"Dr.Asri, mantan mufti berkata, tiada ketuanan melayu dlm Islam, juga tiada ketuanan arab, yg ada hanya kedaulatan Islam kembalilah kpd perjuangan yg mementingkan Islam bukan perjuangan bangsa.. Allah berfirman: Hai manusi...a (tanpa mengira bangsa), sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al Hujuraat : Ayat 13) Sabda Rasulullah S.A.W..: Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah." Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud: "Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum (bangsa) mu di atas dasar kezaliman."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

kata umar ibn khattab: "kita kaum(arab quraisy) yg Allah muliakan dgn Islam,sekiranya kita mencari kemulian selain islam,nescaya Allah menghinakan kita" teringat kate2 abuya hamka seorg ulama terkenal d kepulauan melayu "kita tdiri dari bribu2 pulau.kte tdiri dr bratus suku bgsa, yg masing2 mmpunyai kmegahan sndiri2. utk mgukuhkan ksatuan, carilah perekat yg asli, tauladan dan langit"


Read More

Mari Dengar Kuliah dan Tuntut ilmu

Mari Dengar Kuliah

http://www.kuliyah.net/V1

Pastikan Hidup Anda Terisi Dengan Menuntut ilmu
Menuntut Ilmu Adalah Fardhu AIN
Yakni Wajib Bagi Setiap Mukmin


KEMPEN - Satu Hari Satu Kuliah


Read More

Selasa, 6 April 2010

Dun Terengganu tolak usul bincang royalti minyak

KUALA TERENGGANU, 6 April: Usul untuk membahaskan royalti minyak di Dewan Undangan Negeri Terengganu telah ditolak oleh Speaker Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang selepas ia dibentangkan oleh Adun PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Tengku Putera ketika menolak usul itu selepas Dewan ditangguhkan pagi tadi berkata, ia tidak perlu dibahaskan di Dewan itu kerana ia sedang dalam rundingan.

Ketika membentangkan usulnya, Syed Azman berkata, usul itu memenuhi segala yang diperlukan untuk sesuatu usul dikemukakan dan dibahaskan di Dewan itu di bawah perkara 30 peraturan Dewan.Katanya, tahun ini sudah masuk 10 tahun royalti minyak ditarik oleh kerajaan Pusat dari kerajaan negeri Terengganu.

Langkah ini, katanya, telah mencabuli hak demokrasi, sistem persekutuan dan melanggar perlembagaan negara.Tindakan ini juga, katanya, boleh menggugat amalan demokrasi di negeri ini dan sistem federalisme yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2000 telah menarik royalti minyak sebanyak 5 peratus daripada kerajaan negeri Terengganu ketika negeri itu ditadbir oleh PAS.Ekoran itu, kerajaan negeri telah menyaman kerajaan Malaysia dan Petronas namun sehingga kini ia belum selesai. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said yang ada juga enggan menarik balik kes itu dari mahkamah.

"Tindakan mengehsankan wang RM15.8 bilion yang sepatutnya diterima rakyat Terengganu adalah satu tindakan zalim kepada rakyat Terengganu yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam," kata Dr Syed Azman ketika membentangkan usul ini kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sepatutnya, kata beliau, seluruh rakyat negeri ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sikap dan sifat seorang negarawan tulin."Beliau berani berdiri untuk mempertahankan fakta yang diselewengkan ini...namun sehingga kini tindak tanduk kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu terus dikesali," kata beliau ketika membentangkan usul itu.

Bagi beliau, kemiskinan rakyat Terengganu telah dimanipulasi dengan sogokan dan ugutan dan dalam masa yang sama mereka yang tamak haloba mengambil kesempatan dengan mengkayakan diri dan segelintir tauke Cina dari Kuala Lumpur.

Ia dibuat melalui projek persekutuan dan dana khas serta wang ehsan yang dicurahkan ke negeri Terengganu ini, katanya.Syed Azman juga berkata, usul ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal rakyat Terengganu keseluruhannya bukan kerana sentimen atau fahaman politik yang berbeza.


Read More

KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR
PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)

PGSM dengan ini mengeluarkan kenyataan tentang pendirian PGSM sebagaimana berikut:-

1. Tidak menyokong sepenuhnya tindakan perlaksanaan hukuman khidmat masyarakat ke atas Kartika bagi menggantikan perlaksanaan hukuman sebat. Ini adalah kerana sebagai peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah kami menyatakan bahawa sebagai Ketua Agama Negeri, Baginda Sultan mempunyai kuasa ekslusif untuk mengurangkan atau meringankan, menambah atau mengubah apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Kuasa ekslusif ini terbahagi kepada 2 keadaan berikut iaitu pertama apabila pesalah itu membuat permohonan rayuan kepada Baginda Sultan dan kedua apabila Baginda Sultan sendiri berkenan memberi pengampunan walaupun tidak dirayu atau dipohon oleh pesalah.

2. Keadaan pertama : Mengikut enakmen pentadbiran Agama Islam Pahang di bawah seksyen 209, sultan boleh mengurang, menambah atau mengubah hukuman dengan syarat tertuduh kena melalui rayuan terlebih dahulu hingga selesai kes mahkamah rayuan. Dalam kes Kartika ini, dia tidak membuat sebarang rayuan. Keadaan Kedua : Seksyen 133 tatacara jenayah Pahang pula mengatakan sultan atas nasihat mufti berkuasa meringankan hukuman dengan ganti kepada hukuman yang lebih ringan walaupun tak dirayu atau dimohon oleh pesalah dengan menggantikan drpd sebat kepada penjara atau penjara kepada denda. Itu sahaja kuasa sultan dari sudut perundangan, tiada disebutkan ganti kepada khidmat masyarakat. Tambahan ikut jumhur ulama’ kesalahan minum arak adalah termasuk dlm hukuman hudud dan hukumnya adalah disebat sekurang-kurangnya 40 rotan.

3. PGSM berpandangan bahawa hukuman sebatan adalah kesalahan yang berbentuk kesalahan hudud.

4. Penggantian hukuman sebat kepada hukuman khidmat masyarakat menggambarkan seolah-olah Sultan mengatasi undang-undang syariah walaupun sultan mempunyai kuasa esksekutif.

5. PGSM menimbulkan persoalan samada nasihat mufti telah diperolehi terlebih dahulu selari dengan peruntukan Seksyen 133 tatacara jenayah Pahang yang mengatakan sultan atas nasihat mufti berkuasa meringankan hukuman dengan ganti kepada hukuman yang lebih ringan walaupun tak dirayu atau dimohon oleh pesalah dengan menggantikan drpd sebat kepada penjara atau penjara kepada denda.

6. Pengumuman tersebut mengejutkan pengamal undang-undang syarie dan ianya memberi kesan kepada pandangan orang ramai terhadap Mahkamah Syariah sebagai institusi keadilan Islam memandangkan kepada hukuman yang telah dijatuhkan dan perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim sebelum daripada ini serta pendirian Kartika Sari sendiri yang sudah bersedia untuk menjalani hukuman tersebut sebelum ini.

Sekian, untuk siaran.

(MOHAMAD ISA ABD RALIP)

Presiden PGSM


Read More

Sabtu, 3 April 2010

PRK P94 HULU SELANGOR, PENAMAAN CALON 17APRIL PENGUNDIAN 25APRIL

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang kosong sejak Khamis lalu dan bakal menyaksikan saingan sengit, akan berlangsung pada 25 April.Penamaan calon akan diadakan pada 17 April.

Tarikh pilihan raya kecil ini yang pertama bagi Selangor sejak 8 Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat panel sebentar tadi.

Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.Beliau menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi. Abdul Aziz berkata pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.

Katanya, SPR juga menetapkan tarikh hari ini sebagai tarikh keluar writ manakala notis akan dikeluarkan pada Isnin ini.“SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu pada 29 Mac lepas dan selepas meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Rakyat, SPR telah memutuskan bahawa kekosongan kerusi P.094 berkuat kuasa pada 26 Mac,” katanya.


Read More

Rakyat perlu berani tamatkan amalan korup Umno/BN

TEMERLOH, 31 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, rakyat perlu berani bertindak menamatkan amalan korupsi yang dilakukan pemimpin Umno/BN sehingga menyebabkan negara berada dalam kehancuran.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyeru ahli PAS berusaha memberikan kefahaman kepada rakyat terhadap isu yang berlaku dan mendidik rakyat agar berani membuat perubahan pada pilihan raya umum yang akan datang bagi menamatkan amalan korupsi itu dan menyelamatkan negara daripada terus berada dalam kehancuran.

Ingatan itu terkandung dalam perutusannya yang ditujukan kepada seluruh ahli PAS bagi menghadapi mesyuarat agung di peringkat kawasan seluruh negeri khasnya dan negara amnya.

Katanya, adalah perkara yang amat malang bagi rakyat di negara ini jika pemimpin Umno yang terkenal dengan amalan korup terus dibiarkan menguasai pemerintahan negara. Justeru, katanya perubahan rakyat adalah suatu tuntutan.

“Mesyuarat agung tahunan pada tahun ini perlu dijadikan medan untuk menilai pencapaian gerak kerja parti untuk memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Justeru, kepimpinan dan semua petugas parti wajar memastikan agenda menambah ahli dan pengundi baru, penubuhan cawangan di seberapa banyak lokaliti, persediaan kewangan yang mapan, penebaran mesej parti kepada segenap segmen masyarakat dan pengukuhan tarbiah terus menerus menjadi keutamaan,” katanya.

Tambahnya, adalah terlalu penting bagi ahli PAS menumpukan usaha bagaimana untuk menguasai suasana politik melalui berbagai agenda yang dirancang bertujuan menarik penyertaan rakyat untuk menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

“PRU 13 dipercayai medan terbaik bagi PAS bersama PR untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi menyelamatkan negara ini daripada kehancuran akibat pemerintahan korup BN. Kefahaman dan keberanian rakyat untuk berubah mesti digembleng mulai sekarang sehingga ke saat hari mengundi akan datang,” katanya

Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang terus dikejutkan dengan berberapa isu besar yang melanda negara termasuklah kehilangan RM52 bilion ekuiti saham Bumiputera sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan kerugian RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia yang ditimbulkan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

harakahdaily


Read More

Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Riwayat Muslim

Huraian:

Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:

1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.

2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah-lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.

3. Seseorang yang taba


Read More

PR ada kelebihan di Hulu Selangor kerana jadi kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 April: Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, meskipun Parlimen itu sudah menjadi kawasan tradisi Umno BN, namun PR harus menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangi hati pengundi.

"BN ada kekuatan di Hulu Selangor sebab itu kita kalah di tiga Dewan Undangan Negeri dalam PRU lepas. Itu kawasan tradisi Umno jadi kita tidak hairan kalau pun BN boleh menang tapi sudah tentu kita punya kelebihan kerana kita sekarang ini menjadi Kerajaan di Selangor dan kelebihan ini harus digunakan oleh PR kerana kita sudah pun hampir dua tahun berjaya menjalinkan hubungan di akar umbi.

"Jentera harus digemblengkan bagi memastikan maklumat yang luas mengenai kejayaan kerajaan Selangor diperoleh rakyat di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.Menyentuh mengenai persiapan PR khususnya PAS dalam menghadapi peilihanraya kecil kali ini, Mahfuz berkata, PAS telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat bagi memabnatu PKR yang akan bertanding nanti.

Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagi Pengarah Jentera Pilihan raya kali ini."Kita telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi membantu PKR untuk menjayakan misi kemenangan di Hulu Selangor.

"Kita serah kepada Ustaz Nasharuddin untuk kemukakan cadangan balas kepada lajnah politik atau dewan harian dalam masa terdekat ini untuk menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PAS bersama PKR juga, ujarnya akan menggariskan beberapa isu penting yang dijangkakan akan digunakan sepanjang kempen nanti."PAS bekerjasama dengan PKR atas nama Pakatan untuk membariskan isu-isu yang penting bagi memastikan kemenangan di pihak kita," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3).

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik SPR sebagai Pegawai Pengurus manakala Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.

Ulasan Blogger - Carilah dan Pilihlah Calon yang punyai tahap
istiqamah yang tinggi. Jangan menghampakan rakyat dengan memilih
Katak-Katak yang tiada pegangan diri dan mudah-mudah melompat
kerana kepentingan diri.


Read More

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU. Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.

"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.

IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010. Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.

IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.

Ulasan Blogger : Berhentilah Menjahanamkan Nama Negara.


Read More

Khamis, 1 April 2010

Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

Anwar turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?" soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang media tengah hari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Source : http://www.harakahdaily.net


Read More