Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian pada Majlis Ijtima' Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantau di Kuala Ibai, pada 1 September lalu.
Sehubungan itu, Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengesahkan tarikh program tersebut adalah pada 14 dan 15 Oktober depan.
[Gambar - Imbas kembali PGU Kali Ke-2; Haji Wahid, Timbalan Pesuruhjaya (ketika itu) mengiringi Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi, turun padang bertemu dengan hadirin]
Menurutnya, pihak panitia masih mengekalkan sasaran seramai 100,000 orang akan hadir program PGU Ke-3 yang dijangka program mega terakhir sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.
"Saya optimis dengan sasaran yang diletakkan sebelum ini, kita terus meletakkan sasaran kehadiran seramai 100,000,
"memandangkan 'suhu' pilihanraya yang semakin meningkat,"katanya
Wan Sukairi yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu berkata, PGU Kali Pertama yang diadakan di Selatan Terengganu pada 15 Januari 2011 di Dataran Tok Guru, Geliga, DUN Chukai, telah mencatat sejarah.
Beliau berkata, lebih 15,000 orang ahli dan penyokong hadir, memberikan sokongan terhadap hasrat PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Semangat membara untuk 'menawan kembali' Wisma Darul Iman, katanya, diteruskan dengan penganjuran PGU Kali Ke-2 di bahagian Utara negeri Terengganu.
Menurutnya, walaupun program tersebut cuba diganggu oleh Umno Bahagian Besut namun lebih 25,000 orang hadir.
"Umno Besut, dibawah pimpinan Mantan Menteri Besar Dato' Seri Idris cuba menganggu, dengan menganjurkan ceramah, mereka membawa Ummi Hafilda sebab Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hadir ke PGU 2,
"namun, sokongan rakyat terus membara, 25 ekor lembu disumbangkan rakyat Besut untuk jamuan rakyat dan PGU 2 meraih sokongan lebih 25,000 orang,"jelasnya
Beliau yakin PGU Kali Ke-3 akan menarik lebih ramai sokongan termasuk 'pengundi atas pagar' dan dikalangan ahli-ahli Umno, kerana imej baru kepimpinan PAS Terengganu.
"PGU pertama di bawah kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Terengganu ini akan menjadi 'klimaks' kepada kebangkitan rakyat Terengganu,
"bagi membuat perubahan kerajaan di negeri Terengganu (pada PRU ke-13) setelah pelbagai kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kegagalan Umno/BN Terengganu,"katanya ketika dihubungi Buletinonline.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-72839031320143014112011-09-02T23:56:00.000+08:002011-09-02T23:57:00.571+08:00Wahid sedang 'lembutkan' imej PAS TerengganuKUALA TERENGGANU, 2 Sept: PAS Terengganu mengajak pimpinan dan ahlinya di negeri itu agar memenuhkan diri mereka dengan ciri-ciri pemimpin rakyat dan sentiasa bersama masyarakat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, memenangi pilihan raya satu yang penting tetapi mempertahankannya dan seterusnya menjadi contoh pimpinan sesuatu yang penting juga.
"Memang kita pilih calon berdasarkan winnable candidate, calon yang boleh menang tetapi mempertahankan kemenangan dan menjadi contoh pimpinan satu yang hal yang penting juga," kata beliau dalam majlis dialog bersama perantau yang pulang ke kampung berhari raya di Dewan Datuk Wan Abdul Mutalib, Markas PAS Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata, antara ciri penting kepimpinan adalah melupakan segala persengketaan demi dakwah.
"Saya ambil contoh Tok Guru Nik Aziz. Semasa Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal, dia bersama Datuk Husam Musa melawat rumah beliau, keluarga dia menangis berlenangan air mata.
"Apabila Tok Guru tanya, kenapa menangis, anak dia (Hashim Safin) berkata, hari ini kami dua kali menangis. Tadi menangis kerana ayah kami meninggal. Kini kami menangis kerana Tok Guru menziarahi kami.
"Padahal semasa hayatnya, apa yang ayah kami tak kata kepada Tok Guru," cerita Wahid tentang apa yang dikatakan anak ketua Umno bahagian itu.
"Inilah dakwah...boleh ke kita juga membuat perkara yang sama?" tanya Wahid kepada semua yang hadhir di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Akibat dari sejarah pertembungan yang lama, hubungan antara penyokong PAS dan Umno di Terengganu agak jauh.
Mereka tidak rapat antara satu sama lain dan boleh dikatakan masih ada yang pulau memulau antara satu sama lain.
Mungkin ini mesej yang cuba disampaikan oleh Wahid yang baru dilantik sebagai pesuruhajaya PAS Terengganu beberapa bulan yang lepas.
Wahid juga membawa cerita Cikgu Jabar yang menang beberapa penggal sebagai Adun di Selangor walaupun bertanding atas tiket bebas.Semuanya kerana sikap beliau.
Beliau juga membawa cerita seorang Adun Umno yang juga menang beberapa penggal di Dun Telok Pasu Terengganu semata-mata kerana sikapnya yang mesra rakyat.
"Ada satu kisah bagaimana hebat dan prihatinnya Cikgu Ismail, Adun Telok Pasu ini. Oleh kerana sakit kencing manis, mata beliau menjadi sangat kelabu dan tidak nampak.
"Apabila dia naik kereta, dia pesan kepada driver dia, bila masuk kampung kamu kena bawa kereta dengan perlahan. Kalau tidak orang akan kata aku sombong. Dan bila jumpa dengan orang, kamu bunyikan hon dan aku akan angkat tangan.
"Lalu bila dia masuk kampung dan jumpa dengan orang, driver dia bunyikan hon, dia pun angkat tangan walaupun tidak nampak siapakah mereka.
"Dia tanya siapa, driver dia akan jawab Pak Mat...ooo Pak Mat...Jalan lagi, driver bunyikan hon, dia angkat tangan, tanya lagi siapa, Pak Ali...ooo Pak Ali...padahal Pak Ali sebelah sana nuh, dia angkat sebelah sini.
"Tiba satu tempat, driver dia bunyikan hon, Cikgu Wel angkat tangan dan tanya siapa....lembu, kata driver dia. Sampai ke lembu pun dia angkat tangan," cerita Wahid dengan diikuti gelak ketawa para hadhirin.
Mesej ceritanya, kata Wahid, adalah sikap wakil rakyat itu sendiri yang perlu mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan keperluan dan sensitiviti masyarakat.
Cerita yang disampaikan Wahid sebagai pesuruhjaya baru PAS Terengganu nampak kecil tetapi inilah realiti permasalahan yang dihadapi beliau dalam memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.
Ini kerana, beliau sedang berhadapan dengan Umno yang berusaha keras membeli hati rakyat Terengganu dengan wang ehsan yang beratus juta ringgit setahun yang diperolehi dari hasil minyak di pantai Terengganu.
Dengan hanya kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi yang bukan PAS dan bukan Umno (atas pagar), kedua-dua pihak sedang berusaha keras bagi memenangi hati golongan ini bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Masalah besar yang dihadapi Wahid adalah persepsi yang diletakkan kepada PAS Terengganu yang dilihat keras dan kasar dengan lawan masing-masing.
Ia berbeza dengan imej yang dibayangkan oleh pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat dapat merapati rakyat sehingga ke pemimpin Umno sendiri.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-30597627290323491642011-08-31T22:53:00.000+08:002011-08-31T22:55:13.818+08:00Jiwa kaya, iman kuat bangkit jatuhkan rejim zalimMARANG, 30 Ogos: Walaupun rejim Tunisia, Mesir dan Libya dibantu oleh kuasa-kuasa Bart namun tumbang kerana kebangkitan rakyat yang kaya jiwa dan iman yang kuat.
“Kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa kedana,” tegas Presiden PAS ketika menyampaikan khutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Katanya, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim.
“Sekiranya kita berpegang dengan Islam kita akan diberikan kemuliaan oleh Allah SWT,” katanya.
Justeru, katanya puasa mengajar umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang bersedia untuk mengorbankan diri, sanggup berlapar, berdahaga, letih dan menahan diri menghadapi kesusahan dan kepayahan.
Tambahnya, mereka meninggalkan nikmat dunia kerana taatkan kepada Allah SWT. “Begitulah kewajipan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi Allah ini,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam.
Katanya, orang-orang yang lemah imannya menganggap janji kemenangan yang disebut oleh Allah dan Nabi s.a.w. hanyalah tipu daya sahaja.
Justeru, ujarnya adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam yang dilatih oleh Allah SWT dengan puasa Ramadan untuk membebaskan diri daripada tipu daya syaitan.
“Marilah kita berhari raya dengan semangat yang baru, jiwa yang baru, bercita-cita untuk menemui Allah SWT dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia,” ujarnya lagi.
Sumber : http://www.harakahdaily.net
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-9875895681284916882011-08-30T20:45:00.002+08:002011-08-30T20:48:20.073+08:00SALAM AIDIL FITRI DARI PEMUDA LADANGKuala Terengganu - Aidil Fitri disambut meriah diseluruh
negara oleh umat islam di Malaysia. Dalam kesederhanaan
dan penuh bersyukur umat islam sama-sama bergembira dan
menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang.
Kami Pemuda PAS Ladang mengucapkan selamat hari raya
kepada semua, semoga roh Ramadhan menyelinap ke dalam
sanubari dan jiwa agar kental menjadi pejuang membela
keadilan dan mengembalikan Islam di puncak tahtanya.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir n BathinUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-28797132962526236292011-08-28T23:14:00.001+08:002011-08-28T23:17:10.248+08:00BINA BANGUNAN TAMBAHAN RUMAH ATAS TANAH SURAU?- [Kemaskini] Mungkin rezab surau telah diubah, siapa tahu??
KUALA TERENGGANU -"Kalau tanah yang sah menjadi hak milik orang lain, boleh dirampas, diambil dan ada yang dipindah milik tanpa izin, apa sangatlah tanah rezab untuk surau,
"apatah lagi tanah rezab kerajaan, memang dasar kerajaan Umno dan BN zalim,"kata Ustaz Wan Sukairi, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 23 Ogos lalu.
Ahmad ketika menjawab soalan lisan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar, ADUN Ladang, telah menafikan bangunan tambahan rumah milik 'Orang Kuat Umno' didirikan di atas tanah rezab surau yang telah digazetkan.
"Setelah siasatan dibuat tidak terdapat binaan diatas tanah rezab tanah surau Gelong Bilal mukim Bukit Besar sebagaimana yang dimaksudkan oleh wakil Ladang,"jawab Ahmad, yang kemudiannya diajukan soalan tambahan oleh Dato' Ku.
Dato' Ku berkata, beliau juga ada membuat semakan atas tanah terbabit dan menegaskan memang ada bangunan tersebut memang 'terkena' dalam akses jalan dan tapak surau yang telah diwartakan.
Beliau merasa hairan mengapa Menteri Besar menyatakan tidak ada binaan diatas tapak surau tersebut.
Menjawab balas soalan tambahan tersebut, Ahmad yang juga wakil Kijal sebaliknya berkata, menurut laporan yang telah diberikan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengesahkan tambahan rumah tersebut terletak diatas rezab kerajaan, bukannya diatas rezab surau.
"tambahan rumah ini terletak diatas rezab kerajaan bersebelahan surau Gelong Bilal, dan bukan diatas rezab surau,
"notis telah di keluarkan oleh Bandaraya (MBKT) pada Jun, 2011 bagaimana rujukan 056/1N178,"kata Ahmad.
Jawapan Ahmad telah di bantah oleh Dato' Ku yang bertegas, ia memang masuk dalam rezab surau dan meminta Pejabat Tanah membuat pengesahan, bukannya MBKT.
Ia adalah kerana, menurut Dato' Ku, beliau telah merujuk kepada MBKT dan MBKT memberi jawapan, ia telah dirujuk kepada pejabat Tanah.
Dato' Ku turut mendesak supaya supaya jawapan yang diberikan oleh kerajaan di dewan yang mulia itu, menepati dengan fakta sebenar.
Walaupun kemudiannya, Ahmad bersetuju dengan cadangan Dato' Ku supaya, perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Tanah, namun dengan nada mengugut, beliau akan mengambil tindakan kepada pegawai yang memberikan maklumat, sekiranya ia tidak benar.
Namun begitu, menurut Dato' Ku, pada akhir sidang DUN, Ahmad kembali menyatakan bahawa, binaan tambahan rumah tersebut tidak termasuk dalam rezab surau.
Sehubungan itu, Ustaz Wan Sukairi yang ditemui berkata, berdasarkan kes-kes sebelum ini, banyak fakta tanah yang telah disalah laporkan oleh pihak kerajaan.
Menurutnya, antara contohnya adalah pengambilan semula tanah Kampung Banggol Donas dan tanah Kampung Paya Bunga.
Kerajaan berkata, semuanya telah selesai, sedangkan, para pemilik yang terbabit dengan pengambilan semula tanah itu menyatakan, bukan sahaja tidak selesai, bahkan kerajaan tidak pun berunding dengan mereka.
"Encik Salleh Embong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas telah berkali-kali memberitahu, ia tidak selesai, tetapi kerajaan bahkan Menteri Besar sendiri kata ia telah selesai,
"kes Kampung Paya Bunga, kerajaan mendakwa penduduk mendirikan rumah secara haram, sedangkan mereka pernah diberikan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 1933,"jelas Wan Sukari.
Begitu juga, katanya, dalam kes terbaru, yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam sidang DUN, berhubung tanah yang terlibat dengan pembinaan istana di Chendering.
"Banyak kes di mana pembangunan dibuat diatas tanah rakyat tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan, malah ada yang ditukar milik tanpa pengetahuan pemilik,
"mungkin tanah rezab surau Gelong Bilal telah diubah, siapa tahu? Sebab itu ada percanggahan antara maklumat yang ada pada rakyat dan yang dinyatakan oleh kerajaan,"tegasnya.
Sumber : http://www.buletinonline.net
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-80966189566585489152011-06-25T00:36:00.001+08:002011-06-25T00:37:27.517+08:002 Julai sebagai pra-BERSIHSebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai ‘warm up’ (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.
Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.
Rasional seruan saya ini adalah sebagai ‘warm up’ (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, 2 Julai 2011 sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan ini.
Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.
Disediakan oleh;
HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS MalaysiaUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-38785470041539819292011-06-25T00:32:00.001+08:002011-06-25T00:32:51.875+08:00Tahniah skuad Harimau Malaya - Pemuda PASKUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain, pengurusan dan penyokong atas kejayaan Skuad Bolasepak Harimau Malaysia Pra Olimpik Negara yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Lubnan 2-1 malam tadi.
"Ia satu hadiah besar bagi seluruh peminat sukan bolasepak tanahair," kata naib ketuanya, Raja Ahmad Al-Hiss.
"Kami mengharapkan kecermelangan ini akan terus dipertahankan bagi peringkat seterusnya dan dengan harapan besar Skuad Harimau ini akan mencipta satu sejarah Sukan Olimpik yang menjadi harapan besar buat rakyat Malaysia terutamanya sukan bolasepak.
"Kami yakin sokongan peminat dan penyokong setia negara akan terus diberikan bagi meniupkan semangat pemain muda negara bagi terus berjaya meraih kemenangan kelak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Malaysia mengalahkan Lubnan 2-1 dalam pertandingan pusingan kedua malam tadi selepas seri 0-0 di Lubnan.
Pasukan Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama namun untuk separuh masa kedua Malaysia hanya mampu bertahan selepas Lubnan mula bersemangat apabila Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas seorang pemainnya dikenakan kad merah.
"Kami doakan kejayaan seterusnya buat Skuad Harimau ini dan terus mengharapkan sokongan semua pihak agar memberikan sokongan kepada semua pemain-pemain negara yang beraksi di tengah padang dengan kehadiran seramai mungkin memenuhi ruang stadium nanti.
"Syabas buat semua, kami akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada pemain dan pihak pengurusan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar terus komitet menempuh kajayaan buat sukan bolasepak negara," kata Raja Ahmad dalam kenyataannya itu.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-30237805140735147902011-06-19T12:44:00.000+08:002011-06-19T12:45:07.085+08:00KABINET BARU PAS TERENGGANUKUALA TERENGGANU - Seramai empat muka baru, termasuk seorang berkelulusan doktor falsafah, seorang doktor perubatan dan seorang gigi dilantik menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) bagi sesi 2011 - 2013.
Mereka terdiri daripada Dr Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3, Mohd Shukrimun Shamsuddin yang diamanahkan sebagai Bendahari dan Dr Mohd Khazani Abdullah serta Dr Azman Ibrahim, masing-masing dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.
Pesuruhjaya baru BPPNT, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Menurutnya, pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Namun begitu, orang lama PAS Terengganu tidak ditinggalkan dengan perlantikan bekas Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Haji Hussin Ismail, yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami,"kata Haji Wahid sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat pertama badan tertinggi PAS Negeri Terengganu itu semalam Sabtu 18 Jun
Katanya mesyuarat turut mengambil keputusan melantik semula Presiden PAS Dato' Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Sehubungan itu, Dr. Alias Razak yang juga ADUN Bukit Tunggal serta Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, agak terkejut dengan perlantikan itu dan tidak memberi sebarang komen.
Manakala Naib yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar atas, paling kiri) berkata perlantikan beliau sebagai anggota BPPNT memberi ruang kepadanya mengoptimunkan sumbangan kepada parti di peringkat negeri.
Menurutnya, beliau menerima amanah dan kepercayaan pimpinan itu dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan dirinya.
"Saya terima amanah dan kepercayaan pimpinan ini dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan diri untuk mengharungi lautan perjuangan yang luas tak bertepi.
"Kekerdilan diri untuk memikul amanah ini mohon ditampung dengan segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran dari semua saf kepimpinan,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline
Beliau turut mengajak seluruh ahli dan penyokong PAS untuk melangkah bersama dengan keberkatan dari Allah, menjayakan gagasan 'PAS Ganti Umno' dalam PRU ke-13 akan datangUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-67143310176530133452011-06-19T12:42:00.000+08:002011-06-19T12:43:43.066+08:003 Doktor Teraju Baru PAS TerengganuKUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu membariskan 3 orang berkelulusan 'doktor' dalam kabinet baru yang disifatkan sebagai 'kabinet pilihanraya'.
Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya sebagai Pesuruhjaya yang baru dilantik, mengumumkan perkara tersebt.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-57022983566952085412011-06-19T00:20:00.001+08:002011-06-19T00:20:37.287+08:00PEMUDA TIDAK AKAN BERUNDUR1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.
2. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.
3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana - mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini.
4. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.
5. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap.
6. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini.
7. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN.
8. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa - apa.
9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Ppelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.
10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS MalaysiaUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-3889299453532776742011-06-18T22:51:00.000+08:002011-06-18T22:53:37.025+08:00PAS Terengganu bentuk pasukan baruKUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) (dilantik untuk negeri itu.
Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).
M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari.
Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut.
Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.
Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.
PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.
Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.
Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh.dan
Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik.
"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.
Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-48414253069360815992011-06-12T23:31:00.001+08:002011-06-12T23:33:02.124+08:00YB Wahid Endut Pesuruhjaya Baru PAS Terengganu"Saya bukan yang terbaik, tetapi akan pimpin kabinet perang pilihanraya PAS Terengganu, InsyaAllah!,"
KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wkaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.
Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.
Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.
"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,
"tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.
Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.
"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepa pangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.
Pertukaran Pesuruhjaya Terengganu itu difahamkan bagi mengurangkan 'beban amanah' yang dipikul oleh Bekas PJ, Dato' Ustaz Harun Taib.
Pada pemilihan Muktamar Dewan Ulamak yang lalu, Ustaz Harun kekal memenangi jawatan Ketua Dewan Ulamak tanpa dicabar mana-mana pihak.
Sementara Wahid, adalah muka baru yang menang dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Muktamar ke-57 baru-baru iniUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-4046627784702908552011-06-12T22:23:00.001+08:002011-06-12T22:23:14.097+08:00PAS selesai lantik AJK, PesuruhjayaKUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.
Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.
Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.
"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.
"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.
Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.
Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam AhidUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-82431189210159303772011-06-12T22:21:00.000+08:002011-06-12T22:22:39.681+08:00Piala FA: Presiden PAS ucap tahniahKUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.
“Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan,” ujarnya di laman Facebook.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi mengingatkan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil agar berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA pada malam ini.
"Kepada pasukan Kelantan, saya bangga," ujarnya melalui laman Facebook.
Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-109 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tamat permainan penuh.
Kelantan menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum rakan sepasukan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri melalui tandukan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu.
Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-39737362732689548132011-06-08T00:24:00.000+08:002011-06-08T00:25:16.722+08:00Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesionalKUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.
Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.
Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.
Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria.
Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.
Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.
Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama.
"Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu.
"Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.
"Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.
"Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:
Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]
1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah
Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]
1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]
Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi
Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin HamzanUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-6397146051398138332011-05-31T23:50:00.001+08:002011-05-31T23:52:28.171+08:00TARIF LETRIK: RAKYAT DIDAHULUKAN TANGGUNG KOSParti Islam Semalaysia (PAS) menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.
Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.
Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.
Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"
Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PASUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-63909489226471699552011-05-31T00:02:00.001+08:002011-05-31T00:02:23.345+08:00HADIAH UNTUK RAKYATKerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-78447693710979018372011-05-28T23:17:00.002+08:002011-05-28T23:20:18.305+08:00Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naibKUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.
Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.
Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.
Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
1. Hj Mohamad Sabu,
2. YB Nasharudin Mat Isa,
3. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
NAIB PRESIDEN
1. YB Dato Husam Musa ,
2. Ustaz Idris Haji Ahmad,
3. YB Dato’ Mahfuz Omar,
4. YB Dato’ Mohd Amar Abdullah,
5. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin,
6. YB Salahuddin Ayub,Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-19149469360770923002011-05-26T12:22:00.001+08:002011-05-26T12:22:56.877+08:00UMNO TAKUT RAKYAT BERMAKLUMAT DAN CERDIKUmno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.
Beliau berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter .
PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN.
BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.
PAS yakin keresahan Datuk Dr Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS PusatUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-39177184979275864762011-05-26T12:19:00.000+08:002011-05-26T12:20:18.489+08:00Bersih tambah 2 tuntutan lagiBUKIT MERTAJAM, 26 Mei: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.
Ini, katanya menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Masa berkempen 10 hari sebagaimana hari ini, tambahnya, tidak sesuai kerana menghadkan kebebasan parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk menerangkan keseluruhan mesej yang ingin dibawa demi kebaikan rakyat.
Tegasnya, Bersih meminta sekurang-kurangnya tiga minggu kerana masa tersebut boleh digunakan sebaik mungkin menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi.
"Bersih menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Kita akan pastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dengan kehendak tersebut, " jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah di sini semalam.
Katanya, satu lagi tuntutan ialah mahu memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan.
Malaysia terangnya, ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand berkaitan pilihan raya kerana masih menggunakan kaedah lapuk untuk menyelamatkan kerusi BN daripada tumpas kepada pembangkang.
"Di Singapura sendiri dah pun matang di mana siaran TV memberi ruang sebebas-bebasnya kepada semua pimpinan parti bertanding bersuara. Begitu juga di Thailand memberi masa dua bulan kepada semua parti berkempen menceritakan manifesto.
“Kalau di Malaysia hanya muka Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja bercakap menerangkan konsep kerajaan. Pembangkang ditindas dari terus bersuara," jelas beliau.
Empat tuntutan yang pernah dibawa oleh Bersih pada perhimpunan pertama ialah mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-29975069389581501882011-05-22T00:46:00.001+08:002011-05-22T00:46:59.979+08:00Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai 2011KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.
"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.
Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.
Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.
"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.
Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.
Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.
Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.
Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.
PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.
"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi bairlah adil dan saksama.
"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.
Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.
Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.
Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.
"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.(hrkhdaily)Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-24189782351924819842011-05-18T16:09:00.001+08:002011-05-18T16:09:57.246+08:00Kibaran Bendera-Bendera Pas Di Stadium Bola, Suatu Mesej Kepada Mat SaidOleh: BekokCobbong
"16 Mei 2011, aku tidak melepaskan peluang turun ke stadium menyaksikan separuh akhir piala FA Terengganu melawan Pahang. Perlawanan separuh akhir kedua ini turut disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Mat Said. Berbekalkan modal kemenangan 3-2 di stadium Darul Makmur tempohari, ironinya Terengganu tidak bermain bertahan, sebaliknya bertalu-talu menyerang Pahang.
Akhirnya dengan kesungguhan yang ditunjukkan serta taktikal Haji Irfan Bakti yang cemerlang, pasukan Terengganu menang 2 -0 dalam pertembungan itu, bermakna secara aggregat Terengganu menang 5-2. Terengganu akan bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir pada 11 Jun di Stadium Shah Alam. Sungguh menarik kerana suatu sejarah tercipta, perlawanan akhir antara dua pasukan pantai timur, local derby.
Suasana di stadium memang dahsyat dan gegak gempita.Masa mula-mula aku sampai parking penuh sampai ke atas jalan di sekitar pintu masuk bersebelahan Wisma Darul Iman. Penonton berduyun-duyun. Tempat duduk penuh.Aku tak nampak jika ada tempat duduk yang kosong.Semua penuh.Munasabahlah dalam berita kata tiket sold-out.Di anggarkan penonton dalam 15,000 orang.Tak campur lagi geng-geng pemanjat tembok tepi dan belakang stadium yang menggadai nyawa ‘kabbat’ untuk masuk free.Ramai juga yang tak dapat masuk stadium.
Dalam kesesakan dan suasana lautan manusia tu, suatu pengumuman dibuat oleh DJ stadium meminta penyokong-penyokong hanya mengibarkan bendera dengan tangan, jangan kibar bendera dengan kayu atau yang ada kayu.Maybe atas faktor keselamatan.Member sebelah aku berbisik,”Pelik.,,pasal apa masa masuk tadi pengawal yang jaga pintu masuk tak halang diorang bawak bendera yang berkayu tu”.Betul jugak, kenapa baru nak buat pengumuman time orang dah masuk dan memenuhi stadium.
Di tengah lautan kibaran bendera itu, mata aku menangkap kibaran bendera-bendera Pas di beberapa sudut dalam stadium selain kibaran bendera Palestin dan sudah tentu, kibaran bendera-bendera negeri Terengganu. Suatu pemandangan yang menarik dan mengujakan bagi aku (walaupun sebelum ni dah pernah tengok kibaran seperti ini)
Aku tulis ‘kibaran’ dalam bentuk jamak (bukan Wan Jamak) iaitu “kibaran-kibaran” bendera untuk menunjukkan memang banyak kelihatan dan kedapatan bendera-bendera Pas yang di kibar megah di dalam stadium.Memang nyata dan jelas.Tidak tenggelam oleh gerombolan lautan manusia di stadium.Mintak maap ya, tidak ternampak pulak aku bendera dacing.
Bila aku tulis begini, mungkin ada yang akan pertikai, mana boleh dan mana sesuai bawak bendera lambang parti politik ke dalam stadium.Itu aku tak nak argue.Itu isu lain.Aku cuma nak ulas, kibaran bendera-bendera Pas yang sekian banyak di stadium itu mungkin menunjukkan tahap dan darjah sokongan dan kecenderungan politik rakyat Terengganu sekarang banyak ke arah mana.Kebanyakan yang mari tengok bola tu generasi muda.Jika ia ibarat termometer bagi mengukur tahap merkuri raksa, atau skala richter bagi mengukur kekuatan gempabumi, aku rasa Mat Said yang duduk di tempat berbumbung VIP perlu berhati-hati.Ia suatu mesej kepada Mat Said bahawa rakyat Terengganu bukan sahaja mengharap kemenangan pasukan bola Terengganu tetapi InsyaAllah kemenangan parti Pas di Terengganu dalam PRU13 nanti.Rakyat sudah bosan dengan kebejatan dan bencana hidup bikinan BN – kenaikan harga minyak, gula, royalti minyak, isu fitnah, video seks, sumpah laknat, liwat,isu pemimpin BN yang suka bercakap ‘lebong’,isu rasuah dan sebagainya.
Kibar Bendera Pas Berkibar,
Kibar Biar Bergetar, Kibar Biar Bergegar,
Biar BN Gentar, Biar BN Bubar,
Biar Islam Tersebar, Biar Islam Jadi Mekar!
TAKBIR!!!Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6871273312633034242.post-56670199613825191902011-05-01T23:23:00.004+08:002011-05-02T00:58:32.426+08:00Muktamar DPPNT 2011"Kuala Terengganu, 30 April 2011 : Sempena hari terakhir bulan April ini Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah berkesempatan untuk mengadakan Muktamar tahunan yang di adakan di Markas Tarbiyah Pas Kuala Terengganu. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Sebelum itu YB. Ustaz telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke tempat program. Turut hadir pada muktamar tersebut ialah Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ustaz Abu Bakar Chik, Mohd Suhaimi Embong dan beberapa orang lagi tetamu jemputan.
Dalam ucapan perasmian tersebut Ustaz Nasharudin mengingatkan semua pemuda yang hadir supaya mengambil semangat revolusi-revolusi yang sedang dan telah berlaku di timur tengah. Pemuda mestilah berada di barisan depan revolusi ini.
Hadirin yang hadir hampir 400 orang, memenuhi dewan besar Markas Tarbiyyah. Perbahasan yang diadakan adalah agak panas tetapi masih agak terkawal. Satu usul telah diterima dengan bahas, satu usul diterima tanpa bahas dan satu usul telah ditolak. Usul yang diterima dengan bahas adalah usul dari DPPK Marang iaitu untuk menubuhkan satu Lajnah ARC. Usul tersebut diterima dengan sedikit pindaan iaitu akan dijadikan Jabatan, iaitu Jabatan ARC.
Berikut disenaraikan sebahagian jawatankuasa yang telah terpilih :
Ketua : Ust. Mohd Nor Hamzah
Timb. Ketua : Ust. Ridzuan Hashim
Naib Ketua : Ust. Kamaruzaman Abdullah
Setiausaha : Ust. Wan Faizol Wan Abbas
Ketua Penerangan : Ust. Sheikh Hanafi Abdul Aziz."
Ulasan Blogger - Habis Lima2 Jawatan di atas dimenangi
oleh golongan ustaz-Ustaz.. Mana Golongan Profesional
dan Lainnya? Inilah kelemahan utama PAS Terengganu
yang memerlukan Transformasi untuk mencapai kejayaan
gemilang di dalam PRU ke 13. . Renungkanlah......Unknownnoreply@blogger.com