Jumaat, 19 Mac 2010

MAJLIS DIALOG DAN SOLAT HAJAT RAKYAT TERENGGANU

Kuala Terengganu - Satu Majlis Dialog Rakyat yang dianjurkan
oleh Gabungan NGO yang dikenali sebagai MAMPAT telah
diadakan di TER, Kuala Ibai. Program yang julung kali di adakan
ini telah berjaya menghimpunkan rakyat yang prihatin tentang
penafian hak Royalti rakyat Negeri Terengganu.

Kini setelah 10 Tahun Royalti yang dirampas ketika PAS
mula memerintah Terengganu pada tahun 2000 namun
Royalti yang wajib dibayar kepada Kerajaan Negeri ini ditukar
namanya sewenang-wenangnya kepada Ehsan.

10 Tahun dahulu pemimpin-pemimpin UMNO Negeri ini telah
mengusulkan didalam perhimpunan Agong UMNO agar Royalti
di tarik balik. Inilah perangai pemimpin UMNO yang sanggup
menghancurkan bangsa dan negeri sendiri hanya kerana politik
dan dendam semata-mata.

Natijah inilah yang menyebabkan perkara yang sama akan
dikenakan ke atas kelantan. Semoga pemimpin yang mengusulkan
dan berusaha bersungguh-sungguh agar Royalti ditarik balik
10 tahun dahulu bertaubat dan mampukah mereka untuk
menanggung dosa mengkhianati seluruh rakyat negeri ini yang
melebihi 1 juta orang.

Majlis yang bermula dengan solat hajat kemudian di teruskan dengan
Dialog di TER amat memuaskan dan sangat berjaya. Sikap YM
Tengku Razaleigh patut di cemburui dan diikuti oleh semua
pemimpin UMNO. Yang benar tetap benar. Ini lah pemimpin sejati
yang sanggup bersama rakyat mengatakan yang hak.

Semoga YM Tengku Razaleigh tidak keseorangan selepas ini dan
akan adanya pemimpin-pemimpin dan ahli UMNo yang berani
kerana benar memperjuangkan kebenaran dan bukan hanya
menjadi Pak Turut membenarkan semua kata-kata pemimpin
UMNO. Inilah sikap yang akan menyebabkan UMNO itu
sendiri ditolak.

Semoga program sebegini akan diteruskan dan diperluaskan sebaran
dan juga maklumat sebegini ke seluruh Negeri Terengganu.
Perluaskan maklumat siapa pengkhianat 10 Tahun dahulu.
Semarakkan perjuangan dan kembalikan Terengganu menjadi negeri
yang Barakah dari ALLAH. Hanya Pemimpin yang Amanah dan
Takutkan ALLAH Sahaja yang mampu menyelamatkan rakyat
negeri Terengganu dan memberikan keadilan kepada semua.


Berdoa di akhir Majlis memohon ALLAH Membuka
pintu hati kepada golongan yang suka menindas bangsa
sendiri bertaubat dan kembalikan hak rakyat dan
berlaku Adil kepada semua manusia.


YM Tengku Razaleigh Hamzah Sedang Menyampaikan
Ucaptama beliau di majlis Tersebut.


Solat Hajat Memohon Royalti dikembalikan dan
Negeri Terengganu diberikan Barakah Semula
diimamkan oleh Bekas Timb.Mufti Negeri Terengganu.