Khamis, 24 Jun 2010

Presiden PAS Bukan Pengganas

"DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

KENYATAAN MEDIA(23 JUN 2010)

Kami DPPNT menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat dalam laporan berita Malaysiakini pada 23 Jun 2010 di bawah tajuk “DR ASRI, MUFTI:MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG”, yang memetik bahawa satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu., dipetik sebagai menyebut beberapa nama tokoh tanahair termasuk Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai individu yang dikaitkan dengan rangkaian pengganas yang menjadi ancaman kepada negara.

Bagaimana mungkin Tuan Guru Presiden PAS yang terlibat dalam sistem demokrasi berparlimen sebagai seorang ahli parlimen dan juga mengetuai sebuah parti politik dalam negara boleh dicop sebagai pengganas? Ini suatu tuduhan yang tidak masuk akal.

Kami menganggap kenyataan itu adalah sangat biadab dan bodoh. Umno BN cuba menutup dan mengalih isu dalam negara terutamanya lesen judi bola, APCO dan lain-lain yang sedang dibincangkan oleh ahli politik tanahair.

Secara Langsung atau tidak langsung, sebenarnya Umno BN telah memberi saham dalam melaksanakan tipudaya Yahudi Zionis dalam memecahbelahkan umat Islam dengan memainkan dan memperbesarkan isu kecil perbezaan pendapat dalam Islam, dan memberi gambaran bahawa pendokong perjuangan Islam yang sebenar merupakan pengganas. Inilah yang dipersetujui oleh Barat yang dipimpin oleh proksi Yahudi, terutamanya kerajaan Amerika Syarikat.

Justeru, DPPNT mendesak 3(tiga) perkara:

Pertama, Kami mendesak PM dan Kementerian Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap isu ini dengan seberapa segera.

Kedua, kami desak pihak yang membuat kenyataan dan tuduhan itu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu sebagai pembersihan nama baik Tuan Guru Presiden yang tercemar dengan berita tersebut dalam tempoh 7 hari dari sekarang.

Ketiga, semua nama-nama tokoh yang disebut juga hendaklah dibersihkan daripada dikaitkan dengan Jemaah Islamiah dan kepengganasan.

Sekian.

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu"