Ahad, 12 Jun 2011

YB Wahid Endut Pesuruhjaya Baru PAS Terengganu

"Saya bukan yang terbaik, tetapi akan pimpin kabinet perang pilihanraya PAS Terengganu, InsyaAllah!,"
KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wkaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,

"tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepa pangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Pertukaran Pesuruhjaya Terengganu itu difahamkan bagi mengurangkan 'beban amanah' yang dipikul oleh Bekas PJ, Dato' Ustaz Harun Taib.

Pada pemilihan Muktamar Dewan Ulamak yang lalu, Ustaz Harun kekal memenangi jawatan Ketua Dewan Ulamak tanpa dicabar mana-mana pihak.

Sementara Wahid, adalah muka baru yang menang dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Muktamar ke-57 baru-baru ini