Khamis, 13 Januari 2011

PAS YAKIN TAWAN TERENGGANU

CHUKAI - PAS berkeyakinan tinggi mampu menawan kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan ‘mood’ rakyat yang kini marahkan kerajaan, rentetan kenaikan harga petrol sekali gus menyebabkan beberapa barangan keperluan harian turut melambung tinggi ketika ini.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Chukai, Hanafiah Mat berkata, rentetan kenaikan harga petrol, beberapa barangan keperluan termasuk bawang naik mendadak sehingga rakyat semakin susah dan menderita.

Katanya, kenaikan harga barang yang bertembung dengan musim pembukaan sesi persekolahan baru menyebabkan rakyat semakin terbeban disebabkan di sesetengah sekolah, yuran persekolahan turut naik.

“Bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat pada awal tahun ini cukup hebat dengan bahang kenaikan harga barang. Malah, rakyat juga semakin tidak yakin dengan sistem pengurusan Kerajaan Negeri yang berkecamuk.

“Paling teruk, pertukaran pegawai kanan Kerajaan Negeri pada tahun lalu. Pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan ini sehingga ada yang melangkau beberapa gred turut mencetuskan rasa tidak puas hati,” katanya yang memantau kerja persiapan program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan Pas Ganti UMNO di Dataran Tok Guru, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, berdasarkan beberapa faktor berkenaan, Pas yakin mampu meraih sokongan daripada golongan pegawai, rakyat kelas sederhana (yang terbeban dengan fenomena barang naik) dan pengundi atas pagar.

Katanya, rakyat juga sudah muak dengan isu perbalahan antara pemimpin UMNO negeri yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

“Justeru, Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan dalam tempoh 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat, kami akan menyelesaikan segala masalah mereka.

“Dalam 100 hari mendapat mandat rakyat kami akan merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, setakat semalam persiapan bagi menjalankan program mega itu telah siap kira-kira 95 peratus.


Read More

Jumaat, 7 Januari 2011

Seminar Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Kuala Terengganu (7 Januari 2011)
Satu Seminar Kebajikan oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda
PAS Pusat berlangsung di Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu.
Seminar ini di hadiri oleh jawatankuasa Pemuda PAS Dun Seluruh
negara Terengganu.

Majlis diserikan dengan pembentangan kertas kerja oleh Yang
Berhormat Ustaz Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap dan
Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Semoga seminar ini dapat melonjakkan lagi semarak perjuangan
untuk memberikan kemenangan sekaligus menawan semuala Negeri
Terengganu ini.


Read More

Pemuda PAS anjur himpunan media baru

UALA LUMPUR, 7 Jan: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari ini.

Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, himpunan yang akan berlangsung di Hotel Green Park Temerloh Pahang itu dianjur bagi mencapai beberapa matlamat yang difikirkan perlu oleh dewan itu.

Ianya antara lain mahu mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru termasuk blogger, facebooker, websiter, dan twitter.

Selain mahu membina jejantas yang kukuh dan erat antara DPP dengan pengamal media baru, mereka juga mahu memberi sokongan padu kepada pengamal dunia baru untuk berperanan membentuk minda ummah.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyedari malah benar-benar memahami kepentingan dan keupayaan kuasa media baru menakluki dunia maklumat.

"Justeru itu, sebagai sayap penting kepada sebuah gerakan Islam (PAS) di Malaysia ini, Dewan Pemuda PAS merasakan media baru yang kini sedang membina empayarnya mestilah dipimpin dan dibimbing agar lahir sebuah dunia yang benar-benar boleh mendatangkan manafaat kepada ummah dan membina tamadun yang harmonis dan informatif," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penganjuran itu juga antara lain mahu menjernihkan kekeliruan dan memurnikan persepsi terhadap DPP dalam satu dialog yang akan diadakan pada program itu.

Dengan penganjuran itu juga, mereka merancang untuk membentuk task force media baru yang berperanan membantu DPP.

"Langit terbuka ini bila-bila masa sahaja boleh diceroboh dan dihuni oleh petualang media yang berperanan melampiaskan fitnah jahat untuk mengkucar kacirkan dunia, mencetus permusuhan, merosakkan kejernihan maklumat, mengeksploitasi realiti dan mencemari persepsi," tambahnya lagi.

Program tersebut dijadual dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala dua kertas kerja akan dibentangkan.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Media Baru dan Isu Semasa' akan dibentang oleh blogger Cucu Mat Kilau, manakala kertas kerja kedua 'Peranan Media Baru dalam Gerakkan Islam' dibentang oleh Pengerusi Akademik Tarbiyah Pemuda, Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua blogger untuk hadir bagi berkongsi pandangan bersama DPP.


Read More

Khamis, 6 Januari 2011

JOM PAKAT GI RAMAI-RAMAI



Link http://pasgantiumno.blogspot.com


Read More

HIMPUNAN PAS GANTI UMNO


Read More

Rabu, 5 Januari 2011

KENYATAAN AKHBAR TUK GURU NIK AZIZ

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Ulasan - Penyokong PAS ramai yang makin hilang adab dan siqqah pada pimpinan.
Mereka ini perlu ditarbiah semula. Lupa kah mereka bahawa mereka mendokong
Gerakan Islam?


Read More

Khamis, 2 Disember 2010

Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu

EMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.


Read More