Ahad, 20 Februari 2011
Jumaat, 18 Februari 2011
TENTATIF PENUH HIMPUNAN 30K PEMUDA ISLAM DIKEDAH
Berikut merupakan tentatif penuh program:
6.30 pagi – 9.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Ayat Suci Al Qur’an
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
9.10 pagi : Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
9.20 pagi : Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
9.30 pagi : Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
9.45 pagi : Ucapan Perasmian
Oleh : YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – Menteri Besar Kedah.
10.45 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
YB Tuan Haji Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YBhg Dato’ Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat
1.30 ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Taklimat dan arahan gerak kerja pilihanraya oleh Ust Firdaus Jaafar
Program Kesenian Pemuda
4.00 ptg : Ucapan Penutup
Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
5.15 ptg : Rehat
7.30 malam : Solat Hajat dan Munajat Perdana (diimamkan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS)
9.30 malam : Ceramah Umum:
1. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS.
2. YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang –Presiden PAS.
3. YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
4. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – Menteri Besar Kedah
5. Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
12.00 malam : Bersurai
Read More
Ahad, 13 Februari 2011
Kebangkitan Anak Muda : 30K di Kedah Darul Aman 19 Feb 2011 [ Sabtu ]
Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO" .
2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu.
Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.
3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :
Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]
5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.
6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.
7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.
8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]
Read More
Sabtu, 12 Februari 2011
Mesir: Suara rakyat kuasa penentu
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mengucapkan tahniah di atas kemenangan kuasa rakyat Mesir memaksa perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir setelah diasak selama 18 hari.
“Kemenangan ini bukan hanya kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau,” kata pengerusinya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kepada Harakahdaily.
Hosni Mubarak, katanya bukan sahaja bertindak zalim dan diktator kepada rakyatnya tetapi kepada ummat Islam sedunia apabila bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh ummat Palestin yang tidak berdosa.
Katanya lagi, kesungguhan Mubarak untuk tidak membenarkan bekalan ubat-ubatan dan makanan melalui sempadan negaranya di Rafah bagi membantu ummat Palestin di Gaza yang di tadbir oleh Hamas jelas membelakangkan isi hati dan naluri ummat Islam dunia amnya.
Menurutnya, melalui persefahamannya yang intim dengan Israel dan Amerika Syarikat, Mubarak telah sanggup untuk menggadaikan prinsip dan aqidah perjuangan Islamnya demi untuk menjaga hubungannya dengan kedua-dua negara itu.
“Di dalam negaranya sendiri, selama hampir 30 tahun pemerintahan kuku besinya, beratus-ratus ulama dan ribuan rakyatnya telah dipenjara dan ada yang hilang tanpa dikesan kerana dituduh menentang kerajaan,” ujarnya.
Tambahnya, demokrasi disekat, kebebasan bersuara dibatas, media dikongkong dan ekonomi hanya dikawal serta dibahagikan di kalangan kroni, justeru kesabaran rakyat Mesir akhirnya telah memberikan satu natijah yang luar biasa.
Katanya, LA DPPP juga berharap pihak berkuasa tentera tidak menyalahgunakan kuasa mereka dalam mana peralihan itu.
Beliau berkata, satu jawatankuasa sementara perlulah dibentuk di kalangan parti-parti politik di Mesir untuk segera mengadakan pilihanraya pemilihan presiden dan bukannya diuruskan oleh pihak tentera.
OIC umpamanya, kata beliau perlulah menghantar wakil bagi mamantau perjalanan peralihan itu daripada campur tangan asing terutamanya Israel dan Amerika Syarikat yang sangat khuatir dengan perkembangan terkini di Mesir.
“LA DPPP sendiri akan segera menghantar wakil ke Mesir bagi meninjau perkembangan terkini.
“Tahniah buat rakyat Mesir! Syabas ummat Islam serantau!” ujarnya.
Harakahdaily
Read More
Jumaat, 11 Februari 2011
Pemuda Islam Terengganu perlu bangkit
KUALA NERUS, 11 Feb: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menggesa pemuda Islam di Terengganu bangkit dalam memastikan Islam menjadi asas perjuangan dan menjadikannya satu cara hidup.
Beliau juga menyeru seluruh jentera pemuda bersama dengan dewan pemuda turun berdakwah kepada seluruh umat bagi memastikan Islam tertegak di bumi Malaysia.
Tambahnya, anak-anak muda yang berada di bawah panji-panji Islam perlu sihat, berakhlak, berhemah dan mempunyai jati diri.
“Kita mahu pemuda sebagai penggerak utama kepada kebangkitan rakyat. Lihat satu dunia terutama di benua Arab anak muda bangkit membawa perubahan kepimpinan negara,” ujarnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011 di padang bola Pekan Batu 6, di sini, pagi ini yang disertai kira-kira 10,000 pemuda seluruh negeri.
Majlis dimulakan dengan ucapan motivasi oleh AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menyeru seluruh pemuda Islam Terengganu bangkit menentang kemungkaran di negeri ini dan Malaysia.
Katanya, motto PAS Ganti Umno perlu diterjemahkan kepada realiti yang nyata.
Read More



