Rabu, 30 September 2009

Tsunami: Hampir 100 orang terbunuh di Samoa, angka korban dijangka meningkat

APIA (Samoa): Sekurang-kurangnya 99 orang terbunuh dan banyak lagi dilaporkan hilang selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.

Pada hari yang sama, barat Indonesia turut digegarkan dengan gempa bumi kuat yang mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara sepanjang Lautan Hindi yang menyebabkan penduduk menjadi panik dan meninggalkan rumah mereka. Amaran tersebut bagaimanapun kemudiannya dibatalkan.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan. Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP


Read More

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.

"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono. Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi AFP melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, namun ia dibatalkan selepas itu."Sehingga sekarang, kita belum boleh menghubungi Padang, komunikasi telah terputus," kata Triyono.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.

Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.
Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang.
Sementara itu, Bernama melaporkan gempa bumi tersebut turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.
Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.


Read More

OBJEK PELIK DI LANGIT

Kuala Terengganu (30/Sep/2009)- Sekitar 10.30 Satu objek pelik
mengelilingi bulan di atas langit berlaku pada malam ini. Objek besar
bulat yang mengeliling bulan pada malam ini menandakan seribu
persoalan dan hebatnya kuasa mu ya ALLAH. Tak mampu untuk
kami insan yang amat lemah ini fikirkan.
Lemahnya daya kami dan segala kekuasaanmu ya ALLAH.

Di tengah dunia menyaksikan taufan di sana-sini dan juga Tsunami
di Amerika objek ini berlegar-legar lama juga di atas langit.
semacam ada sesuatu namun sukar untuk dilihat.

Wallahuaklam
ALLAH Maha Mengetahui.


Read More

Perubahan Politik Negara Mesti DiSegerakan

KEMANG – PAS telah mengisytiharkan Pesuruhjaya Negeri Sembilan Zulkefli Omar sebagai calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat, bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kepercayaan yang diberikan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat kepada PAS untuk mengemukakan calon merupakan kepercayaan yang dijunjung setinggi-tingginya dan ditunaikan dengan penuh amanah.

Katanya perubahan yang besar dalam politik Negara mesti dibuat secepat yang mungkin bagi menyelamatkan generasi yang akan datang.
Menurutnya, umat Islam merasa malu kerana UMNO tidak menunjukkan teladan yang baik sebaliknya menjadi contoh yang sangat buruk kerana tidak membawa Islam yang sebenar.

Saksikan video di http://www.buletinonline.net


Read More

Zulkefly calon terbaik Pakatan - Presiden PAS

BAGAN PINANG, 30 Sept: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Zulkefly Mohamad Omar adalah calon terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin rakyat akan terus menyokong calon terbaik PAS, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tujuh siri pilihanraya kecil sebelum ini. Kita sudah melihat perubahan (dalam) tujuh (pilihanraya kecil) sebelum ini. InsyaAllah, kita yakin rakyat berkehendak perubahan di Bagan Pinang juga, ujar Hadi.

Hadi turut berkeyakinan perubahan yang diramalkan berlaku di Bagan Pinang akan merebak ke seluruh negri yng banyak mengamalkan adat perpatih itu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat mahu menjadikan Bagan Pinang sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga calon Pakatan di sini, Zulkefly Mohamad Omar menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS dan Pakatan, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.

�Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihanraya) kerana bersama kehendak rakyat,� katanya.

Mengakui pencabarnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad lebih dikenali ahli-ahli Umno tempatan, Zulkefly mengaku beliau juga sebenarnya anak jati Negeri Sembilan.

Beliau yang juga berkeyakinan pengundi kawasan ini bijak membuat perhitungan dengan memilih calon yang bersih dan amanah.

Turut menyertai sidang media di Markaz Utama DAP di Batu 9, di sini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas, dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

Penampilan sulong Zulkefly bersama muafakat pemimpin-pemimpin utama PAS, DAP dan PKR semalam dipercayai khalayak, mampu mengukuhkan sokongan rakyat pada cita-cita perubahan bersama Pakatan seperti sebelum ini.


Read More

Selasa, 29 September 2009

Biodata lengkap calon Pas :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.


Read More

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.


Read More