Khamis, 31 Disember 2009

1430H dan 2009M Berlalu Pergi

Kuala Terengganu - 1430 Hijrah sudah berlalu pergi dan kini
2009 masihi juga akan berlalu pergi meninggalkan kita. Saat
yang berlalu ini tak akan mampu kita kembalikan lagi. Semoga
Tahun baru yng mendatang ini membawakan sinar dan cahaya yang
terang bagi kita pendukung kebenaran di Negeri ini Terengganu
amnya dan Malaysia khususnya.

Pilihanraya ke 13 makin dekat dan masa semakin suntuk untuk
kita. Cabaran untuk mengembalikan negeri ini ke Tangan PAS.
Adalah cabaran dan satu amanat yang mesti diperjuangkan oleh
semua penyokong dan pendukung gerakan islam di negeri ini.

Melihat kepada teruknya perpecahan sesama sendiri UMNO
dinegeri ini sememangnya amat parah. Memang semua orang tahu
UMNO amat lemah dan bercakaran sesama sendiri dinegeri ini.
Mereka semakin hari semakin lemah namun sayangnya PAS juga
tak mampu untuk bina kekuatan dan bertahta dihati masyarakat.
PAS perlukan reformasi baru dinegeri ini dalam membina pengaruh
dan bertahta dihati masyarakat.

Entah mengapa masih ramai pendukung gerakan islam dinegeri ini
yang patut ditarbiah dan di "brainwash"kan semula otak dan
pemikiran mereka. Kata=kata lama "Sona", "Biru Ketuu" patut
dibuang jauh-jauh oleh semua pendukung PAS. PAS adalah pendukung
gerakan islam bukan pendukung Parti politik sahaja. PAS juga
bukan Parti menghukum orang lain. Pemikiran lama ini lah yang
menjauhkan masyarakat kepada perjuangan PAS. Masih ada kuliah
berapi-api yang menjauhkan manusia dari rumah ALLAH dari
mengajak manusia menjadi hamba ALLAH.

Zaman sudah jauh berubah kini, kita patut bersama masyarakat
bukan terus memusuhi mereka dan menyebabkan mereka terus
bergantung nasib pada UMNO. Masih ramai kerana sikap
dan perangai pendukung PAS sendiri menyebabkan orang ramai
semakin jauh dari PAS itu sendiri. Betullah kata-kata
Tuk Guru Hj Hadi " PAS Mempunyai Produk yang sangat baik,
Namun Kita yang gagal dan terus-terusan mengagalkan produk
ini dari dikasihi dan bertahta di hati orang ramai"

Marilah kita menjadi sebuah gerakan dakwah dan gerakan islam
yang sayang kepada masyarakat dan dekat dengan mereka. Apakah
kita tidak dapat belajar dari dakwah Rasululullah S.A.W yang
maha hebat dan lembut pendekatan dakwahnya. Ataupun kita
mengambil pendekatan Hassan Al Banna dalam misi dakwahnya.
Namun kita masih sukar memecahkan kepompong lama kita hanya
duduk dikalangan kita dan suka menghukum dan mengata orang lain.
Marilah bersama membina imej yang lebih jitu dikalangan
masyarakat agar impian Kembalikan Terengganu ke tangan PAS
menjadi kenyataan dan bukan hanya satu angan-angan.


Read More

TRADISI MENCEKIK RAKYAT

Gula naik 20 sen mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.40 sekilogram.

..................................................

UMNO Juara Menyusahkan rakyat.....


Read More

Orang Muda Geng Kite... Jangan Ikut Nafsu...


Read More

XPDC Dakwah dan 'Ziarah Kasih' Pemuda PAS di ambang tahun baru

KUALA TERENGGANU - Beratus-ratus pemuda PAS seluruh Negara akan melaksanakan tanggungjawab menyeru rakan-rakan sebaya mereka yang terdiri dari orang-orang muda supaya menjauhi maksiat dan kemungkaran pada malam tahun baru masehi malam ini.

Pemuda PAS Terengganu akan menumpukan usaha mereka mencegah dan mengurangkan gejala sosial hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, dan lumba motor haram di sekitar Taman Shahbandar dan Batu Buruk, dua lokasi panas yang sering dijadikan ‘port’ berpeleseran.

Manakala Pemuda Pusat dan Pemuda Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah akan berganding bahu menjalankan operasi 'Ziarah Kasih' disekitar lokasi strategik ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi itu bertujuan mendekati anak-anak muda supaya mereka mampu menjaga diri, akhlak, sahsiah serta pergaulan agar tidak terjerumus kepada perkara negatif.

"Berdasarkan pengalaman setiap tahun, budaya sambutan Malam Tahun Baru ini menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan anak-anak muda seperti hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, lumba motor haram dan sebagainya," kata jurucakap Pmuda PAS dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyeru semua pihak agar bersama-sama menangani masalah gejala sosial yang semakin parah, terutamanya menjelang malam tahun baru masehi.

Beliau yang juga Pengerusi Asian Federation of Muslim Youth berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.


Read More

Ahad, 27 Disember 2009

INFAQ UNTUK TABUNG KEBAJIKAN SURAU GELONG BILAL

Ladang 25hb Dec 2009 - Surau Gelong Bilal mengadakan inisiatif
sendiri dengan mewujudkan satu tabung infaq dari pengunjung dan
Jamaah Surau khusus untuk membantu mereka yang didalam
kesusahan, kesempitan dan juga membantu para pelajar yang
terkandas dan juga mengalami masaalah kewangan di luar negara.

Sementelah lagi ramai pelajar yang menuntut ilmu di luar negara
terutam aliran agama yang membiayai sendiri pengajian mereka dan
ada juga yang hanya bergantung pada derma dan infaq dari orang
ramai. Tiada langsung bantuan dari pihak berwajib untuk mereka.

Justeru itu mailah sama-sama kita membantu tabung ini demi
membantu saudara kita sesama muslim dan amat besar sekali
ganjaran yang berterusan lagi kekal membantu penuntut-penuntut
pengajian agama ini.

Hubungi dan datang lah ke surau Al-Ikhwan , Flat Gelong Bilal
untuk memberikan infaq anda atau berhubung dengan Haji Zul
pengerusi dan Imam Surau Al Ikhwan, Flat gelong Bilal.

Ini lah harta kekal yang akan sentiasa membantu dan mendampingi
anda yakni Harta yang dimanfaatkan ke jalan ALLAH.


Read More

Aqidah Menjadi Tonggak Kekuatan Mencapai Kemenangan Hakiki

KUALA TERENGGANU – Program tarbiyyah dan perkaderan pemuda akan diperkasakan dalam merealisasikan sayap kanan parti itu menjadi tonggak kekuatan PAS bertunjangkan akidah.

Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata menjadi tanggungjawab besar kepada parti mengkaderkan ahli-ahli PAS disemua peringkat.Ini kerana, katanya PAS menjadi minat semua pihak untuk disertai dari pelbagai latar belakang masa kini.

Menurutnya, pemikiran serta fikrah golongan yang menyertai PAS perlu diperbetulkan selari dengan aqidah dan perjuangan Islam.

“Oleh kerana, benci kepada Umno dan pilihan hanya PAS, dia pun masuk PAS. Kita pula giat berkempen agar mereka menyertai PAS.“Tanggungjawab besar kita (PAS) ialah mengkaderkan mereka, bentuk pemikiran mereka, fikrah mereka supaya syumul, perbetulkan aqidah mereka dengan Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Konvensyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu (Komited 2009) di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 25 Disember lalu.Ustaz Nasruddin turut melahirkan rasa kebimbangan jika parti gagal menguruskan kemasukkan ahli yang ramai dengan kefahaman Islam yang sebenar.

“Saya bimbang kita (PAS) telah buat pelbagai program. Kita sebut ‘Jom Sertai PAS’, ‘Orang Mude Geng Kite’, ‘PAS For All’. Maknanya, kita mahu semua orang masuk PAS.“Maka, orang pun berduyung-duyung masuk PAS. Persoalannya, apabila begitu ramai menyertai PAS. Tiba-tiba kita (parti) tidak ada program untuk mengkaderkan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, orang ramai yang menyertai PAS pula dari pelbagai latar belakang serta kefahaman yang berbeza tentang Islam.“Ada yang faham Islam, ada yang tidak faham Islam, ada yang salah faham tentang Islam dan ada yang keliru dengan kefahaman Islam,” ujarnya.

Justeru itu, katanya kemenangan juga merupakan suatu fitnah jika parti gagal menguruskan kemenangan tersebut dengan baik.Menurutnya, Pemuda PAS mahukan kemenangan yang dicapai itu tulin, benar serta hakiki.


Read More

Konvensyen Kepimpinan Pemuda – PAS Optimis Tawan Semula Terengganu

Kuala Ibai, KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini. (Lihat videoklip di buletinonline TV)

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.

Link http://www.buletinonline.net
Video Inside... Lawan tetap Lawan


Read More