Rabu, 7 April 2010

Mari Dengar Kuliah dan Tuntut ilmu

Mari Dengar Kuliah

http://www.kuliyah.net/V1

Pastikan Hidup Anda Terisi Dengan Menuntut ilmu
Menuntut Ilmu Adalah Fardhu AIN
Yakni Wajib Bagi Setiap Mukmin


KEMPEN - Satu Hari Satu Kuliah


Read More

Selasa, 6 April 2010

Dun Terengganu tolak usul bincang royalti minyak

KUALA TERENGGANU, 6 April: Usul untuk membahaskan royalti minyak di Dewan Undangan Negeri Terengganu telah ditolak oleh Speaker Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang selepas ia dibentangkan oleh Adun PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Tengku Putera ketika menolak usul itu selepas Dewan ditangguhkan pagi tadi berkata, ia tidak perlu dibahaskan di Dewan itu kerana ia sedang dalam rundingan.

Ketika membentangkan usulnya, Syed Azman berkata, usul itu memenuhi segala yang diperlukan untuk sesuatu usul dikemukakan dan dibahaskan di Dewan itu di bawah perkara 30 peraturan Dewan.Katanya, tahun ini sudah masuk 10 tahun royalti minyak ditarik oleh kerajaan Pusat dari kerajaan negeri Terengganu.

Langkah ini, katanya, telah mencabuli hak demokrasi, sistem persekutuan dan melanggar perlembagaan negara.Tindakan ini juga, katanya, boleh menggugat amalan demokrasi di negeri ini dan sistem federalisme yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2000 telah menarik royalti minyak sebanyak 5 peratus daripada kerajaan negeri Terengganu ketika negeri itu ditadbir oleh PAS.Ekoran itu, kerajaan negeri telah menyaman kerajaan Malaysia dan Petronas namun sehingga kini ia belum selesai. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said yang ada juga enggan menarik balik kes itu dari mahkamah.

"Tindakan mengehsankan wang RM15.8 bilion yang sepatutnya diterima rakyat Terengganu adalah satu tindakan zalim kepada rakyat Terengganu yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam," kata Dr Syed Azman ketika membentangkan usul ini kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sepatutnya, kata beliau, seluruh rakyat negeri ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sikap dan sifat seorang negarawan tulin."Beliau berani berdiri untuk mempertahankan fakta yang diselewengkan ini...namun sehingga kini tindak tanduk kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu terus dikesali," kata beliau ketika membentangkan usul itu.

Bagi beliau, kemiskinan rakyat Terengganu telah dimanipulasi dengan sogokan dan ugutan dan dalam masa yang sama mereka yang tamak haloba mengambil kesempatan dengan mengkayakan diri dan segelintir tauke Cina dari Kuala Lumpur.

Ia dibuat melalui projek persekutuan dan dana khas serta wang ehsan yang dicurahkan ke negeri Terengganu ini, katanya.Syed Azman juga berkata, usul ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal rakyat Terengganu keseluruhannya bukan kerana sentimen atau fahaman politik yang berbeza.


Read More

KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR
PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)

PGSM dengan ini mengeluarkan kenyataan tentang pendirian PGSM sebagaimana berikut:-

1. Tidak menyokong sepenuhnya tindakan perlaksanaan hukuman khidmat masyarakat ke atas Kartika bagi menggantikan perlaksanaan hukuman sebat. Ini adalah kerana sebagai peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah kami menyatakan bahawa sebagai Ketua Agama Negeri, Baginda Sultan mempunyai kuasa ekslusif untuk mengurangkan atau meringankan, menambah atau mengubah apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Kuasa ekslusif ini terbahagi kepada 2 keadaan berikut iaitu pertama apabila pesalah itu membuat permohonan rayuan kepada Baginda Sultan dan kedua apabila Baginda Sultan sendiri berkenan memberi pengampunan walaupun tidak dirayu atau dipohon oleh pesalah.

2. Keadaan pertama : Mengikut enakmen pentadbiran Agama Islam Pahang di bawah seksyen 209, sultan boleh mengurang, menambah atau mengubah hukuman dengan syarat tertuduh kena melalui rayuan terlebih dahulu hingga selesai kes mahkamah rayuan. Dalam kes Kartika ini, dia tidak membuat sebarang rayuan. Keadaan Kedua : Seksyen 133 tatacara jenayah Pahang pula mengatakan sultan atas nasihat mufti berkuasa meringankan hukuman dengan ganti kepada hukuman yang lebih ringan walaupun tak dirayu atau dimohon oleh pesalah dengan menggantikan drpd sebat kepada penjara atau penjara kepada denda. Itu sahaja kuasa sultan dari sudut perundangan, tiada disebutkan ganti kepada khidmat masyarakat. Tambahan ikut jumhur ulama’ kesalahan minum arak adalah termasuk dlm hukuman hudud dan hukumnya adalah disebat sekurang-kurangnya 40 rotan.

3. PGSM berpandangan bahawa hukuman sebatan adalah kesalahan yang berbentuk kesalahan hudud.

4. Penggantian hukuman sebat kepada hukuman khidmat masyarakat menggambarkan seolah-olah Sultan mengatasi undang-undang syariah walaupun sultan mempunyai kuasa esksekutif.

5. PGSM menimbulkan persoalan samada nasihat mufti telah diperolehi terlebih dahulu selari dengan peruntukan Seksyen 133 tatacara jenayah Pahang yang mengatakan sultan atas nasihat mufti berkuasa meringankan hukuman dengan ganti kepada hukuman yang lebih ringan walaupun tak dirayu atau dimohon oleh pesalah dengan menggantikan drpd sebat kepada penjara atau penjara kepada denda.

6. Pengumuman tersebut mengejutkan pengamal undang-undang syarie dan ianya memberi kesan kepada pandangan orang ramai terhadap Mahkamah Syariah sebagai institusi keadilan Islam memandangkan kepada hukuman yang telah dijatuhkan dan perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim sebelum daripada ini serta pendirian Kartika Sari sendiri yang sudah bersedia untuk menjalani hukuman tersebut sebelum ini.

Sekian, untuk siaran.

(MOHAMAD ISA ABD RALIP)

Presiden PGSM


Read More

Sabtu, 3 April 2010

PRK P94 HULU SELANGOR, PENAMAAN CALON 17APRIL PENGUNDIAN 25APRIL

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang kosong sejak Khamis lalu dan bakal menyaksikan saingan sengit, akan berlangsung pada 25 April.Penamaan calon akan diadakan pada 17 April.

Tarikh pilihan raya kecil ini yang pertama bagi Selangor sejak 8 Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat panel sebentar tadi.

Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.Beliau menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi. Abdul Aziz berkata pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.

Katanya, SPR juga menetapkan tarikh hari ini sebagai tarikh keluar writ manakala notis akan dikeluarkan pada Isnin ini.“SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu pada 29 Mac lepas dan selepas meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Rakyat, SPR telah memutuskan bahawa kekosongan kerusi P.094 berkuat kuasa pada 26 Mac,” katanya.


Read More

Rakyat perlu berani tamatkan amalan korup Umno/BN

TEMERLOH, 31 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, rakyat perlu berani bertindak menamatkan amalan korupsi yang dilakukan pemimpin Umno/BN sehingga menyebabkan negara berada dalam kehancuran.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyeru ahli PAS berusaha memberikan kefahaman kepada rakyat terhadap isu yang berlaku dan mendidik rakyat agar berani membuat perubahan pada pilihan raya umum yang akan datang bagi menamatkan amalan korupsi itu dan menyelamatkan negara daripada terus berada dalam kehancuran.

Ingatan itu terkandung dalam perutusannya yang ditujukan kepada seluruh ahli PAS bagi menghadapi mesyuarat agung di peringkat kawasan seluruh negeri khasnya dan negara amnya.

Katanya, adalah perkara yang amat malang bagi rakyat di negara ini jika pemimpin Umno yang terkenal dengan amalan korup terus dibiarkan menguasai pemerintahan negara. Justeru, katanya perubahan rakyat adalah suatu tuntutan.

“Mesyuarat agung tahunan pada tahun ini perlu dijadikan medan untuk menilai pencapaian gerak kerja parti untuk memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Justeru, kepimpinan dan semua petugas parti wajar memastikan agenda menambah ahli dan pengundi baru, penubuhan cawangan di seberapa banyak lokaliti, persediaan kewangan yang mapan, penebaran mesej parti kepada segenap segmen masyarakat dan pengukuhan tarbiah terus menerus menjadi keutamaan,” katanya.

Tambahnya, adalah terlalu penting bagi ahli PAS menumpukan usaha bagaimana untuk menguasai suasana politik melalui berbagai agenda yang dirancang bertujuan menarik penyertaan rakyat untuk menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

“PRU 13 dipercayai medan terbaik bagi PAS bersama PR untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi menyelamatkan negara ini daripada kehancuran akibat pemerintahan korup BN. Kefahaman dan keberanian rakyat untuk berubah mesti digembleng mulai sekarang sehingga ke saat hari mengundi akan datang,” katanya

Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang terus dikejutkan dengan berberapa isu besar yang melanda negara termasuklah kehilangan RM52 bilion ekuiti saham Bumiputera sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan kerugian RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia yang ditimbulkan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

harakahdaily


Read More

Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Riwayat Muslim

Huraian:

Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:

1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.

2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah-lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.

3. Seseorang yang taba


Read More

PR ada kelebihan di Hulu Selangor kerana jadi kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 April: Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, meskipun Parlimen itu sudah menjadi kawasan tradisi Umno BN, namun PR harus menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangi hati pengundi.

"BN ada kekuatan di Hulu Selangor sebab itu kita kalah di tiga Dewan Undangan Negeri dalam PRU lepas. Itu kawasan tradisi Umno jadi kita tidak hairan kalau pun BN boleh menang tapi sudah tentu kita punya kelebihan kerana kita sekarang ini menjadi Kerajaan di Selangor dan kelebihan ini harus digunakan oleh PR kerana kita sudah pun hampir dua tahun berjaya menjalinkan hubungan di akar umbi.

"Jentera harus digemblengkan bagi memastikan maklumat yang luas mengenai kejayaan kerajaan Selangor diperoleh rakyat di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.Menyentuh mengenai persiapan PR khususnya PAS dalam menghadapi peilihanraya kecil kali ini, Mahfuz berkata, PAS telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat bagi memabnatu PKR yang akan bertanding nanti.

Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagi Pengarah Jentera Pilihan raya kali ini."Kita telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi membantu PKR untuk menjayakan misi kemenangan di Hulu Selangor.

"Kita serah kepada Ustaz Nasharuddin untuk kemukakan cadangan balas kepada lajnah politik atau dewan harian dalam masa terdekat ini untuk menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PAS bersama PKR juga, ujarnya akan menggariskan beberapa isu penting yang dijangkakan akan digunakan sepanjang kempen nanti."PAS bekerjasama dengan PKR atas nama Pakatan untuk membariskan isu-isu yang penting bagi memastikan kemenangan di pihak kita," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3).

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik SPR sebagai Pegawai Pengurus manakala Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.

Ulasan Blogger - Carilah dan Pilihlah Calon yang punyai tahap
istiqamah yang tinggi. Jangan menghampakan rakyat dengan memilih
Katak-Katak yang tiada pegangan diri dan mudah-mudah melompat
kerana kepentingan diri.


Read More