Isnin, 26 April 2010

Terus berjuang, kerja lebih kuat - Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.


Read More

Selasa, 20 April 2010

PAS tambah bilangan petugas di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 20 April: PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil parlimen itu Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi."PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.

Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 paratus.

"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid adalah calon PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.

Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen."Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi.

"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.

"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.

Sumber Harakahdaily.net


Read More

Sabtu, 17 April 2010

Lagi Gambar Sekitar Pesta Wau Ladang













Kekalkan Tradisi Kita....





Read More

PESTA WAU DUN LADANG

Ladang, Kuala Terengganu - Pemuda DUN Ladang Bersama
Pemuda UPU Surau Baru,Pasir Panjang telah mengadakan
Pertandingan Wau buat julung kalinya.

Amat memeranjatkan Pertandingan ini telah dibanjiri oleh
ramai peminat dan pencipta permainan tradisional ini.Pelbagai
kategori pertandingan telah dipertandingkan di dalam
pertandigan ini.

Semoga pertandingan sebegini akan diteruskan lagi di samping
mengetengahkan bakat-bakat dan juga mengekalkan Wau sebagai
permainan dan budaya tradisi kita. Inilah peluang untuk kita
memenangi hati masyarakat tanpa prejudis. Sekalung penghargaan
kepada mereka yang telah menjayakan pertandingan ini terutama
Urusetia yang telah memberikan yang terbaik.







Read More

Hulu Selangor: Pertandingan 4 Penjuru

KUALA KUBU BHARU: Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan empat calon bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini.

Empat yang berkenaan ialah P. Kamalanathan (Barisan Nasional), Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat), Johan Mohd Diah (Bebas) dan S. Chandran (Bebas).

Ia diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahlan kira-kira pukul 11.25 pagi.

"Sehingga tempoh bantahan ditutup pada pukul 11 pagi, saya tidak menerima sebarang bantahan," katanya sebentar tadi.


Read More

Lebih 500 Bantah APCO 1 Malaysia

KUALA TERENGGANU – Penglibatan syarikat Yahudi Aco Worlwide dalam menentukan halatuju Negara dibantah oleh lebih 500 orang dalam satu himpunan aman yang diadakan di hadapan Masjiod Pengadang Baru disini, 16 April.
Himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) dimulakan sebaik selesai jamaah masjid menyemprnakan solat Jumaat.

Antara yang berucap dalam himpunan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha, Wan Faizul Abas, Ketua Penerangan, Sheikh Hanafi dan Exco DPPNT Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi

Himpunan tersebut turut membakar bendera Negara Israel, menjadi lambing syarikat Apco Worldwide yang telah dibayar sebanyak RM77 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menasihatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Antara program yang dikaitakan dengan perundingan Apco adalah program 1 Malaysia yang telah dipopularkan oleh Najib.


Read More

Isnin, 12 April 2010

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Read More