Khamis, 15 Oktober 2009

KENYATAAN MURSYIDUL AM ULAS BAGAN PINANG


“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” -Tok Guru Nik Aziz...(Detikdaily)


Read More

CERAMAH PERDANA

CERAMAH SEMPENA IJTIMAK PAS TERENGGANU

Tarikh : 16hb Oktober 2009
Hari : Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : Perkarangan Pasar Manir

Penceramah

DATO TUAN GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul AM PAS/ MB Kelatan

Dato TUAN GURU Abd Hadi Awang
Presiden PAS

Dato Hj Harun Taib
Pesuruhjaya PAS Terengganu
Sila Datang Beramai- Ramai
Semarakkan Kemenangan PAS Di Terengganu


Read More

Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah

TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.

"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.

"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.

Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223. _


Read More

UMNO MENDABIK DADA DAN SEMAKIN RIAK

Ekoran kemenangan Sulong Parti UMNO Selepas PRU Ke12
dengan kemenangan besar mereka di Pilihanraya Kecil Bagan
Pinang Negeri Sembilan. Semua Pimpinan Tertinggi UMNO
Seakan Mendabik Dada, Megah dengan kemenangan tersebut
sehinggakan mereka terlupa berapa banyak kekalahan yang
telah mereka perolehi termasuk di Parlimen Kuala Terengganu
yang mereka kuasai sebelum itu.

Mereka terlupa bahawa kemenangan PAS tak mampu menubuhkan
kerajaan Di Negeri Sembilan tetapi Kemenangan Mereka di Bagan
Pinang tersebut mampu meruntuhkan kerajaan mereka sendiri.
Mereka seakan lupa yang mereka menang di situ sebelum ini.

Begitulah reaksi orang yang dah lama kalah tiba-tiba
melompat meraikan kemenangan di tempat yang juga mereka
menang sebelum itu. Namun mereka lupa imej UMNO selepas
kemenangan tersebut akan semakin tercalar dan terpalit.

Kepada Pembangkang jangan dikesali kemenangan UMNO. Teruskan
usaha menyemarakkan kemenangan. Giatkan kerja untuk dekati
rakyat di luar musim pilihanraya. Kukuhkan perpaduan dan
Satukan Suara untuk yakinkan rakyat. Tambahkan cawangan
dimana-mana sahaja di bumi Malaysia ini.

Ingatlah Umur dan talian hayat UMNO semakin habis dan
berakhir. Namun Biar Pakatan Rakyat tersemat kukuh di hati
rakyat untuk menggantikan BN. Kita berdiri di atas kekuatan
kita bukannya atas kelemahan dan Permasaalahan BN.


Read More

Kelab Penyokong PAS akan jadi sayap PAS segera

TASEK GELUGOR, 15 Okt: Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.

"Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.

"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'.

"Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.

Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.


Read More

Ahad, 11 Oktober 2009

BN Menang Di Bagan Pinang


Port Dickson - BN mencapai kemenangan gemilang dengan
menambah majoriti di kubu kuat mereka di Bagan Pinang
khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Kemenangan ini menandakan bahawa rasuah bukanlah satu kesalahan
dan dosa besar oleh rakyat. Sebagaimana yang dituntut oleh mantan
perdana menteri dan Ku Li supaya calon BN dipilih dari mereka
yang benar-benar bersih. Namun seperti biasa BN dan Media akan
mengajar rakyat negara ini betapa Rasuah bukanlah satu kesalahan.

Inilah bahana kerosakan yang telah di ajar oleh BN kepada rakyat
Malaysia. Bagi Mereka kemenangan lebih penting dari moral dan
dosa dan pahala. Semoga Pakatan Rakyat terus-terusan mengasak
rakyat dengan maklumat sebenar dan bukan hanya di musim
pilihanraya sahaja. Jangan kita kecut perut dengan kemenangan
BN ini kerana dari awal lagi undi POS yang begitu tinggi di
sini tidak memungkinkan kemenangan untuk pembangkang.

Moga BN tak perlu lagi berubah, kerana rakyat telah menerima
mereka. Tahniah kepada BN. Kepada Pakatan Rakyat belajar dari
kekalahan untuk bersatu dan berhenti bertelagah sesama sendiri.
Ada ruang untuk memperbaikinya sebelum PRU ke 13 nanti.
Jalan kemenangan terbentang luas. Ayuh persiapkan jalan ke
Putrajaya.


Read More

Kemaskini Hari Pengundian PRK Bagan Pinang

Kemaskini Terakhir ; 12.32 am Sehingga 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi di pilihan raya kecil Bagan Pinang terus meningkat dengan 46.5 peratus atau 4,220 pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Perkara itu dinyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan lapan pusat mengundi di 18 saluran. Proses pengundian bagi menentukan siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil DUN bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat mengundi di buka pada jam 8.00 pagi.

Terdapat 8 pusat mengundi yang melibatkan 8 sekolah Jumlah saluran mengundi dengan 18 saluran.Seramai 13,664 orang pengundi yang terdiri dari 9060 pemilih biasa dan 4604 orang pengundi pos akan dapat ditentukan pilihan merka selewat-lewatnya jam 8 malam ini.


Read More