Ahad, 11 Oktober 2009

BN Menang Di Bagan Pinang


Port Dickson - BN mencapai kemenangan gemilang dengan
menambah majoriti di kubu kuat mereka di Bagan Pinang
khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Kemenangan ini menandakan bahawa rasuah bukanlah satu kesalahan
dan dosa besar oleh rakyat. Sebagaimana yang dituntut oleh mantan
perdana menteri dan Ku Li supaya calon BN dipilih dari mereka
yang benar-benar bersih. Namun seperti biasa BN dan Media akan
mengajar rakyat negara ini betapa Rasuah bukanlah satu kesalahan.

Inilah bahana kerosakan yang telah di ajar oleh BN kepada rakyat
Malaysia. Bagi Mereka kemenangan lebih penting dari moral dan
dosa dan pahala. Semoga Pakatan Rakyat terus-terusan mengasak
rakyat dengan maklumat sebenar dan bukan hanya di musim
pilihanraya sahaja. Jangan kita kecut perut dengan kemenangan
BN ini kerana dari awal lagi undi POS yang begitu tinggi di
sini tidak memungkinkan kemenangan untuk pembangkang.

Moga BN tak perlu lagi berubah, kerana rakyat telah menerima
mereka. Tahniah kepada BN. Kepada Pakatan Rakyat belajar dari
kekalahan untuk bersatu dan berhenti bertelagah sesama sendiri.
Ada ruang untuk memperbaikinya sebelum PRU ke 13 nanti.
Jalan kemenangan terbentang luas. Ayuh persiapkan jalan ke
Putrajaya.