KUALA LUMPUR - Tindakan tentera Thailand dibawah pimpinan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mengulingkan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 wajar diambil Iktibar oleh anggota tentera Malaysia
Ketua Penerangan PAS, Ustaz zIdris Ahmad berkata PAS tidak menyeru anggota tentera merampas kuasa, tetapi tentera Malaysia wajar mempelajari insiden itu dengan sebaiknya di mana tentera disana telah menolak pemimpin rasuah.
Katanya, dalam pilihanraya Bagan Pinang, calon BN Tan Sri Isa Samad mempunyai rekod rasuah dan telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno setelah didapati merasuah perwakilan bagi merebut jawatan Naib Presiden pada 2004.
“Thaksin yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah telah ditolak oleh tentera, maka wajarkah Isa yang sudah dibuktikan bersalah diundi oleh tentera di Bagan Pinang,
”Sebagai anggota keselamatan negara, tentera bukan sahaja wajib melindungi rakyat dari serangan musuh dari luar. Tentera wajib melindungi rakyat dari penguasaan pemimpin yang korup,”jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media semalam
Oleh itu, katanya, PAS mengajak tentera di Malaysia khususnya di Bagan Pinang untuk melihat tindakan tentera Thailand itu sebagai satu cabaran buat mereka merubah landskap politik negara ke arah kepimpinan bersih dan beramanah.
”Kita (PAS) menyeru agar anggota tentera mengunakan kuasa undi mereka untuk membuat perubahan dan menolak pemimpin korupsi yang ditawarkan oleh BN,”tambahnya