KUALA LUMPUR, 7 Okt: Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu.
Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00.
Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu".
"Tawaran ini bukan main-main dari kami (Pembela),.. sebaliknya ia suatu yang serius dan ditegaskan bahawa Pembela bertanggungjawab atas tawaran tersebut, katanya.
Dzohir berkata, Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS.
"saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS".
Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.
Bagi Pembela dakwaan Azeez ini perlu dibuktikan supaya ia boleh dipertanggungjawab samada oleh pihak yang dituduh (Pas) maupun dia selaku penuduh juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang meletakkan calon mereka bertanding di situ, kata Dzohir lagi.
Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembela� seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.
Kata Dzohir lagi, tawaran harga ini membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depan�.
Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah terus menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa.