Kuala Terengganu - Sejarah kejatuhan BN pada Pilihanraya lalu
menyaksikan Sejarah besar yang melanda negara ketika itu.
Negeri Kuwait Malaysia dan Status Negeri kaya ditawan oleh
PAS. Namun kadangkala kita terlalu terbuai dengan mimpi-
mimpi indah itu sehingga kini masih ada pemimpin yang suka
membawa cerita lama tersebut walaupun kadangkal sudah tidak
releven di telinga rakyat.
Semua itu sudah menjadi sejarah. Kita lupa sebenarnya rakyat
menolak BN ketika itu kerana meluat dengan kepimpinan lama
DS Wan Mokhtar dan juga Isu Mata lebam. Rakyat tiada pilihan
lain melainkan memberi undi kepada PAS. Kini DS Wan Mokhtar
sudah berlalu namun malangnya pemimpin-pemimpin PAS yang
seangkatan DS Wan Mokhtar masih lagi ada. Tidak mahukah kita
mengambil sejarah bagaimana rakyat menolak beliau.
PAS Terengganu memang patut berubah sebelum terlambat.
Kepada pemimpin-pemimpin lama boleh memberi laluan kepada
generasi baru yang menunggu peluang untuk membawa negeri ini
ke mercu baru. Sebelum kita mengajak rakyat berubah kita dahulu
yang patut berubah dahulu. Itu syarat penting kemenangan.
Kadang rasa pelik melihat pemimpin merasakan PAS sudah dapat
menawan Terengganu dan rakyat bersama perjuangan PAS. Dimana
indikator yang mereka guna pakai. Atau hanya syok sendiri? Kita
patut benar-benar mengambil sumber yang betul dan sah. Bagaimana
sokongan di Hulu Terengganu? Bagaimana di Setiu? Jika diambil dari
tempat ceramah, hanya muka sama yang berkejar ke mari ke tempat
ceramah. Atau boleh dibuat kelab Ceramah PAS Terengganu dan
mendapatkan ahlinya.
Kelemahan kita dalam berjuang hanya menunggu UMNO dan BN itu
lemah. Sedangkan kekuatan kita tidak meningkat. Jentera yang sama
, cara tindakan pun sama. Melihat AJK Peringkat caw dan Kawasan
kita memang jauh tertinggal dengan negeri-negeri lain. Cara kita
bekerja untuk PR kecil Kuala Terengganu dulu pun kadangkala malu
dengan petugas dari luar. Mereka jauh telah ke depan dalam soal
menarik sokongan masyarakat. Sedangkan kita hanya dan masih di
tangkuk lama. Banyak yang dapat dipelajari jika kita merasakan
diri memang perlu belajar.
Kita hanya mampu berhimpun di kubu-kubu kita di markas dan surau.
Berapi-api berceramah kadangkala menuduh masyarakat begitu dan
begini. Namun mampukah kita menarik masyarakat bersama kita.
Ramai ahli yang kadangkala menjadi begitu ekstrim yang
menjauhkan lagi masyarakat pada PAS. Semuanya ini patut di ubah
sebelum terlambat. Apasal kita tak mampu untuk mengikut kelantan
dan kedah yang banyak menerang dari menyerang dan membuatkan
masyarakat jatuh cinta dengan PAS kerana sikap ahli PAS yang
begitu lemah-lembut dan sopan dimata masyarakat. Ini yang patut
kita semaikan dikalangan petugas kita. Zaman sudah berubah.
Di luar sana ramai Pemuda-pemuda yang amat tidak meminati UBN.
Namun cara PAS dan Pemimpin lama di sini juga memaksa mereka
juga hilang minat untuk mendekati PAS. Tiada idola dikalangan
golongan muda yang dapat menarik minat orang muda. Jika ada
pun hanya Dr Syed Azman. Golongan muda lebih cenderung kepada
profesional yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan
kukuh pegangan agamanya.
Kerana sekarang ini era manusia semuanya sudah berpendidikan
tinggi. Maka golongan muda melihat kepada gandingan Ulama dan
Profesional mampu membawa jauh negeri ini dari UBN. Di Selangor
dan dibandar-bandar besar golongan inilah yang menyemarakkan
program-program dalam masyarakat, Parti dan rumah ALLAH.
Namun suasana itu amat payah dijumpai disini. PAS disini hanya
didominasi oleh sebelah pihak.
Apapun belum terlewat untuk kita berubah. Mari kita ikhlas
mendekati masyarakat dan bukan hanya menghukum masyarakat
dengan kata-kata yang pedas dan sebagainya. Kita ubah pendekatan
dan uslub dakwah. Benar kata TG Presiden " PAS Mempunyai
Produk yang hebat namun kegagalan kita menyebabkan produk ini
tidak laku di pasaran"
Bersambung..... Kerana sayangkan perjuangan ini ambe terpaksa
menulis walupun ianya amat pahit.
Ikhlas dari Ambe org Ganu.