Ahad, 11 Oktober 2009

Dua Di Tahan Di Teluk Kemang, Undi Pos Memberangsangkan

BAGAN PINANG – Laman blog Barisan Rakyat melaporkan dua orang telah ditahan di kawasan Peti Undi Teluk Kemang kerana disyakki membaling batu antara satu sama lain.
Manakala di daerah mengundi Sua Betong, sebanyak 25% pengundi telah keluar sehingga jam 11 pagi dengan kadar sokongan 10 kepada PAS dan 1 kepada BN.

Sementara itu, undi pos telah mula di kira di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada jam 10.30 pagi tadi.Malaysiakini melaporkan Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan sokongan yang diterima oleh PAS dari angkatan tentera adalah memberangsangkan .

"ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan". Katanya
Sementara itu, beberapa pemimpin PAS telah tiba di UPU Teluk Kemang termasuk Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa bagi menenangkan keadaan disana.

Di lokasi lain, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman memaklumkan penyokongnya terkawal, biarpun terdapat usaha provokasi daripada Datuk Ismail Sabri.


Read More

Sabtu, 10 Oktober 2009

Pengundi Bagan Pinang perlu jadi pahlawan memerangi rasuah

BAGAN PINANG, 10 Oktober: Para pengundi Bagan Pinang mesti bangkit sebagai pahlawan-pahlawan penentang rasuah dengan menolak calon Barisan Naional (BN) Tan Sri Mohd isa Abdul Samad yang dihukum kerana politik wang, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Para pengundi Bagan Pinang akan dicatat oleh sejarah jika mereka bangkit menyelamatkan masa depan politik negara dari pemimpin yang bersalah kerana politik wang yang merupakan rasuah paling bahaya kerana ia melibatkan pemilihan kepimpinan," kata beliau.

Sambil menyifatkan hari pengundian di Bagan Pinang esok sebagai peluang untuk berjihad memerangi rasuah, Mohamad berkata setiap undi menolak calon yang didapati bersalah kerana politik wang adalah sumbangan yang amat besar kepada negara dan masa depannya.

"Hari pengundian esok adalah peluang untuk melaksanakan mar ma'ruf nahi munkar dan para pengundi Bagan Pinang mesti mengambil peluang itu untuk berjihad memerangai rasuah.

"Bila kita sebut jihad, ia bermakna mereka mengambil peluang pada hari pengundian esok untuk menolak calon Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan politik wang dan memilih calon yang bersih dari disabitkan dengan kesalahan rasuah dan politik wang," katanya.

Beliau menyeru pada pengundi muda di Bagan Pinang yang tinggal di perantauan seperti di Kuala Lumpur supaya balik untuk mengundi menentang rasuah dan membantu ibu bapa, saudara mara dan rakan kenalan mereka untuk melakukan perkara yang sama.

"Anak-anak Bagan Pinang di perantauan kali ini berpeluang mengulangi apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka di Kelantan yang pulang beramai-ramai untuk mengundi menolak BN seperti yang berlaku dalam tahun 1999 dan tahun 2008.

"Di Bagan Pinang, ada orang yang dituduh menjadi maskot rasuah. Inilah peluang mereka untuk menolak siapa saja yang dituduh menjadi maskot rasuah," katanya.

Mohamad yakin, anak-anak muda d Bagan Pinang tidak sanggup diwakili oleh sesiapa sahaja yang dituduh sebagai maskot rasuah.Isa digantung keahliannya dalam Umno pada tahun 2005 lalu kerana didapati bersalah terlibat dengan politik wang.

Beliau sebelum itu adalah Naib Presiden Umno yang menang dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu dalam tahun 2004. Dalam pilihan raya Bagan Pinang, beliau menentang calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar.


Read More

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin

TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka. Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu. Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.


Read More

Pemuda PAS serah bukti BN rasuah tentera kepada SPRM

PUTRAJAYA, 10 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera ke atas dua pemimpin BN yang didakwa melakukan rasuah politik kepada tentera dalam kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Gesaan itu dibuat ketuanya Ustaz Nasrudin Hasan dalam satu aduan rasmi kepada SPRM petang semalam berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Dalam aduan dua muka surat itu, Pemuda PAS memberikan maklumat lengkap mengenai rasuah politik yang dilakukan dua pemimpin BN itu dan diserahkan kepada seorang pegawai SPRM, Siti Fairuz.

Menurut Nasrudin, pihak SPRM menerima aduan tersebut dan berjanji akan memanjangkannya kepada pihak atasan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan,aduan itu dibuat kerana perbuatan dua pemimpin itu merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Nota:Seksyen 10) AKP.

Zahid dan Mohamad Hassan juga telah menggunakan kedudukan mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin kerajaan untuk masuk berkempen di kem tentera di Bagan Pinang bertujuan untuk mempengaruhi anggota tentera yang merupakan pengundi pos untuk mengundi BN.

Semalam, Nasrudin mendedahkan kepada media rakaman ucapan Zahid dan Mohamad Hasan dalam satu majlis hari raya yang diadakan di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kampung Sawah di Port Dickson sekitar jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Dalam rakaman 10 minit ucapan yang diperdengarkan kepada media itu, kedua-dua pemimpin BN itu menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera sekiranya mereka mengundi BN.

Antara janji dan rasuah politik yang ditawarkan ialah bantuan pendidikan kepada anak tentera, pembinaan kolam renang dan gelanggang futsal di dalam kem, penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar serta sumbangan bernilai RM100, 000 untuk menaik taraf surau IJED.

Cakera padat rakaman ucapan berkenaan yang diberikan kepada media semalam turut diserahkan kepada SPRM sebagai bukti dakwaan tersebut.

Nasrudin dalam pada itu berkata, perbuatan pemimpin BN itu juga mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan mencalarkan integriti BN sebagai sebuah kerajaan yang memerintah.

"BN ajak kita(PAS) sertai pilihanraya tapi meletakkan kita dalam suasana yang tidak seimbang. Kita tak dibenarkan masuk berkempen dalam kem. Tapi mereka boleh masuk bahkan menawarkan pelbagai rasuah politik,"katanya.

Beliau juga berharap pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi pos dapat berfikir dengan baik dan sedar mengenai rasuah yang ditaburkan BN itu.

"Sekaligus kita ingin nyatakan kepada pihak pengundi di Bagan Pinang bagaimana sikap tidak adanya satu kejujuran dan juga satu ketelusan dalam politik mereka.Integritai yang mereka laungkan selama ini juga satu kepalsuan. Mereka terlibat dengan rasuah dan menyogok pengundi dengan mengggunakan kelebihan material yang mereka ada,"katanya lagi.

Mengenai laporan kepada dua pihak lagi iaitu pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya, Pemuda PAS menyerahkan perkara tersebut kepada jentera operasi PAS untuk diambil tindakan.

Pemuda PAS ujarnya menunggu tindakan positif dari pihak SPRM berhubung aduan yang dibuat itu.


Read More

Fikir Dua Kali Sebelum Teruskan Keganasan

BAGAN PINANG - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi amaran kepada Umno-BN agar berfikir dua kali untuk meneruskan taktik jahat dan ganas ini dalam usaha
untuk mempertahankan kerusi Dun Bagan Pinang yang disandang mereka sebelum ini."Sedangkan Saidina Umar al-khattab dan Khalid Ibnu al-walid yang sebelum itu merupakan seorang yang bengis dan kejam pun akhirnya menjadi penyokong dan sahabat setia Rasulullah, inikan pula kita di zaman ini.

"Manusia tidak boleh hidup dengan bersikap degil dan keras, sebaliknya kita perlu hidup dengan ilmu dan akal fikiran untuk menjalani kehidupan dengan
lebih baik," demikian ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu 4, Kampung Sirusa, Bagan Pinang, Port Dickson malam tadi.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan keganasan sebagai cara untuk menang dalam pilihan raya merupakan suatu taktik lama yang menjadi amalan sejak tahun 1960-an.

"Ini adalah kerja orang-orang pada zaman dahulu, dan ini adalah kaedah primitif kerana Islam tidak pernah mengajar keganasan," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan mereka yang mengambil kaedah menggunakan keganasan sebagai suatu jalan untuk mencapai suatu kehendak
adalah golongan yang memiliki minda yang tidak mahu berubah.

Ustaz Nik Aziz menempelak mereka yang menggunakan pukulan dan serangan fizikal sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan kerana ia adalah suatu tindakan yang primitif.

"Orang yang intelektual akan menerima sebarang kesilapan malahan Islam mengajar umatnya mengambil kaedah intelektual, sama ada melalui kaedah
ceramah, berdebat dan sebagainya," ujarnya lagi.

Sambil menyatakan kemungkinan Umno-BN kian terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini sehingga sanggup menggunakan taktik keganasan, Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan kemenangan yang diperolehi tidak berpanjangan.

"Kemenangan yang diperolehi mereka dengan menggunakan kaedah ini tidak membawa ke kubur," katanya lagi.

Kehadiran beliau di Bagan Pinang menarik perhatian penduduk persekitaran sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya kerana masing-masing berpusu-pusu menuju ke program berkenaan.

kira-kira 2,000 orang ramai membanjiri perkarangan rumah Encik Zainal yang menjadi tempat program ceramah diadakan.


Read More

Rabu, 7 Oktober 2009

CERAMAH PERDANA


Read More

Pentindihan pengundi: SPR cipta alasan untuk tutup kelemahan - PAS

TELOK KEMANG, 7 Okt: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan injunksi pilihanraya membuktikan bahawa badan pelaksana pilihanraya itu juga sedang mencipta alasan untuk menutup kelemahan mereka.

Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang dihubungi petang tadi bertegas, isu pertindihan nama sejumlah tertentu anggota tentera dalam senarai daftar undi pos dan senarai daftar pemilih biasa bukan masalah teknikal, tetapi masalah pokok yang bertentangan dengan prinsip pilihanraya negara.

"Apa yang diputuskan SPR hanyalah alasan, walhal isu daftar pemilih tidak puteh adalah masalah pokok.

"Bagaimana Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) boleh beri jamina..mahu tunggu dan lihat adakah akan berlaku undian berganda?

"Kalau benar berlaku pengundian berganda, adakah SPR akan melaksanakan pilihanraya semula?

"Itu (tindakan SPR) saya lihat suatu alasan yang langsung tidak rasional dan profesional," katanya.

Sambil melahirkan rasa kesal, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa desakan Pakatan tersebut bukanlah bersandarkan soal menang kalah pilihanraya antara kedua-dua parti semata-mata.

"Ini (kes pertindihan nama dalam dua senarai pemilih) bukan isu kalah menang PAS (atau) Umno. Ini kes prinsip...daftar pemilih wajib diputehkan sebelum pilihanraya. Sebab itu perlukan masa dan injunksi," katanya.

Dikatakan terdapat lebih 600 anggota tentera disenaraikan bertindih dalam buku daftar undi pos dan daftar pemilih biasa.

Salehuddin yang juga Pengarah Operasi Jentera Induk PAS N31 berkata, PAS serta Pakatan sedang membuat perhitungan terakhir; termasuk mendapatkan injunksi mahkamah.

Petang tadi, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak cadangan injunksi pilihanraya N31; kerana menganggapnya sebagai alasan remeh Pakatan Rakyat serta PAS sendiri.

Bagaimanapun, Wan Ahmad bersedia menyemak segala dakwaan Pakatan � wujudnya sejumlah tentera mempunyai nama bertindih dalam senarai daftar undi pos dan daftar pemilih awam.

Menurut Wan Ahmad, SPR masih menunggu dan lihat segala bukti yang dikemukakan Pakatan secepat mungkin.

Pagi tadi, Salehuddin dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat memberi kata dua � sama ada SPR menangguhkan serta merta pilihanraya N31 sehingga buku dartar pemilih benar-benar puteh; atau Pakatan proaktif mendapatkan injunksi mahkamah.

Dakwa Salehuddin lagi, tentera berupaya mengundi dua kali kerana mereka masing-masing mempunyai kad pengenalan tentera dan kad pengenalan awam; yang menjadi lesen masuk ke pusat pembungan undi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik blog Mind No EVIL yang juga pesara tentera darat, Brigadier General (B) Mohamad Arshah Rajia mendedahkan bahawa Tentera bukan sahaja terlibat dalam politik kepartian; sebaliknya termasuk politik wang.

Beliau mendakwa Perdana Menteri Malaysia Dato� Seri Najib Tun Razak memberikan sejumlah RM300 kepada setiap tentera dan pemimpin Umno tempatan yang menyertai keraian di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR), baru-baru ini di sini; sebelum mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Jika benar dakwaan pengundian berganda serta usaha merasuah tentera oleh Umno BN, pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya demokrasi negara.


Read More