Ahad, 28 Februari 2010
Bersiap Untuk Pilihanraya Umum Lebih Awal
Chukai, KEMAMAN – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali memberi isyarat supaya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 lebih awal.
Menurutnya, dalam kaedah biasa pilihanraya umum akan berlaku selepas persempadanan semula kawasan pilihanrayua yang berlaku sekali dalam tempoh dua penggal atau sekurang-kurangnya lapan tahun.
“Dulu saya berpegang pilihanraya ini mestilah selepas daripada persempadanan semula kawasan pilihanraya,
“dari segi kaedah demokrasi di Malaysia tiap-tiap dua penggal akan berlaku persempadanan semula pilihanraya, yang terakhir berlaku pada tahun 2003, ertinya 8 tahun pada tahun (ia akan berlaku pada) 2011,
“Jadi kalau pilihanraya nak diadakan selepas persempadanan semula, maka ia akan berlaku paling awal pada tahun 2012,”kata Dato’ Mustafa dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.
Tapi, katanya, pendapat itu adalah pegangan beliau beberapa bulan yang lalu, kerana menurutnya, beliau mendapat satu maklumat baru-baru ini.
“Maklumat ini tidak semestinya tepat, tidak semestinya betul, tetapi maklumat yang saya terima nampaknya PM tak mahu fakir dah masalah persempadanan semula,
“Tidak (belum) persempadanan semula pun sekarang ini, di (PM) sudah buntu macam mana hendak buat perkiraan kawasan mana nak tambah, kawasan (mana nak buang),
“Jadi kemungkinan besar, dia (PM) akan buat pilihanraya sebelum daipada persempadanan semula.,”jelasnya.
Namun begitu, beliau berkata ia (pilihanraya) tidak akan berlaku lebih awal daripada tahun 2011 dan mesti mengikut kaedah melengkapkan satu satu penggal selama tiga tahun.
“Walau macamana pun dia mesti cukup tiga tahun (iaitu) satu penggal itu cukup tiga tahun, (pilihanraya ke 12) bulan Mac 2008,
“(jadi) bulan Mac 2011 cukup tiga tahun, ertinya kena bersedia selepas bulan Mac 2011, bila-bila masa pilihantraya akan diadakan,”katanya.
Read More
Sabtu, 27 Februari 2010
TAYANGAN LCD & BBQ DUN LADANG
Dataran Bukit Bayas - Program Tayangan LCD dan BBQ Anjuran
PAS Dun Ladang dengan kerjasama erat UPU Bukit Bayas telah
berjaya di adakan dengan jayanya pada malam tadi. Program yang
julung kali diadakan ini telah berjaya menayangkan VCD terkini
kisah politik di negara ini. Penayangan dua VCD Tokoh hebat
Pakatan Rakyat telah menyaksikan orang ramai tidak berganjak
dari tumpuan ke layar yang terpancar.
Orang ramai khusyuk mendengar ulasan politik dari VCD
Ceramah Abang Mat di Kelantan.
Pembakar-pembakar BBQ yang setia membakar di
Tong Bakaran BBQ UPU Bukit Bayas.
Semoga program sebegini diteruskan lagi dalam menyemarakkan
semangat perjuangan dan memastikan Negeri Terengganu yang
tercinta ini kembali ke pemerintahan yang Takut pada ALLAH.
Read More
Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata
MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.
Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.
“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.
Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.
Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.
Read More
Pemuda perlu berani berubah dan melakar sejarah baru- Salahudin
SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar."Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.
"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.
Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar."Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.
"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini."Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.
Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di Hotel Qualiti Shah Alam semalam.
Program selama dua hari itu dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda di bawah dewan Pemuda PAS Pusat.Pengarah Program, Ahmad Sabki Yusuf menyatakan bahawa latihan ini bertujuan untuk menyediakan barisan kepimpinan di dalam PAS.
Menurutnya, setiap pemuda PAS mesti menjadi seorang yang kompiten, melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan selain menjadi orang yang beramanah dan berintegriti."Kita tidak boleh menjadi orang yang baik semata-mata tetapi tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik.
"Adalah menjadi suatu fitnah pada agama kita, sekiranya kita mendokong perjuangan agama ini tetapi diri kita tidak diterapkan dengan 'al-qawiyy' dan 'al-amin'." kata beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Program tersebut dihadiri oleh 200 Pemuda PAS yang merupakan pelapis kepimpinan pemuda yang mewakili setiap negeri.Turut hadir dalam program semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, bersama exconya Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Ir Hj Mohd Khairil Nizam dan Zuraidin Abdullah.
Read More
Khamis, 25 Februari 2010
6000 PELAJAR TERENGGANU TERLIBAT JENAYAH
"(Bernama) -- Lebih 60 peratus kejadian jenayah di Terengganu dalam tempoh dua bulan lepas dilakukan oleh golongan belia dan pelajar, kata Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Beliau angka itu amat membimbangkan dan polis akan menumpukan perhatian kepada usaha-usaha mencegah golongan tersebut daripada terbabit dengan jenayah selain mengurangkan kadar jenayah di negeri berkenaan.
"Untuk dua bulan pertama ini kita dapati 60 peratus kes-kes jenayah yang dilaporkan di Terengganu ini melibatkan pelajar dan sebahagian besarnya mereka yang berumur 30 tahun ke bawah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, di sini hari Selasa.
Mohd Shukri berkata pihaknya telah merangka beberapa pendekatan yang menumpukan kepada program pencegahan jenayah bagi memastikan jumlah mereka yang terlibat dengan kegiatan itu menurun.
"Kita juga akan mengadakan ceramah di sekolah-sekolah serta taklimat kepada persatuan belia dengan kerjasama dari agensi-agensi yang ada kaitan dengan belia," katanya.
Selain itu, Mohd Shukri berkata pihaknya juga akan memperhebatkan operasi bagi membendung gelaja 'merempit' pada kalangan remaja yang bukan sahaja menimbulkan suasana yang tidak selesa pada kalangan penduduk setempat dan pelancong tetapi turut mengundang bahaya kepada orang ramai.
-- BERNAMA
6,000 Pelajar Menengah Di Terengganu Bermasalah
KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama)-- Seramai 6,000 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu dikenal pasti terlibat dengan gejala ponteng sekolah, mat rempit, jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata walaupun angka itu kecil berbanding 250,000 pelajar sekolah menengah di Terengganu tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius masalah itu.
Katanya kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan sedang mengambil tindakan bagi membendung gejala tidak sihat itu.
"Apabila ada seorang pelajar berisiko tinggi duduk di sebuah sekolah, ini akan menyusahkan semua guru dan pelajar-pelajar yang lain," kata Ahmad Razif.
Katanya pihak polis telah memberikan taklimat kepada kerajaan negeri dan juga Jabatan Pelajaran mengenai sekolah-sekolah yang berisiko tinggi di Terengganu.
-- BERNAMA"
Ulasan Blogger - Ingat lah Pesanan Saidina Umar Alkhatab r.a
" Kamu Satu Kaum Yang Dimuliakan dengan Islam dan Kamu Akan
Di Hina Bila Kamu Meninggalkan Islam dan Memilih Cara Hidup
Yang Lain" Fikirkan Lah Wahai Manusia
Read More
KUNJUNGAN MUHIBBAH YB LADANG KE PASAR MALAM TAMAN BUKIT BAYAS.
Kuala Terengganu - Yang Berhormat Dato Tengku Hassan mengadakan
kunjungan muhibbah ke pasar malam Taman Bukit Bayas pada petang
ini. Kunjungan beliau ditemani bersama oleh Pemuda DUN Ladang
yang mengedarkan risalah kepada para penjual dan pengunjung pasar
malam tersebut. Risalah berbentuk kesedaran kepada mayarakat agar
prihatin dan cakna dengan apa yang berlaku disekeliling mereka.
YB Dato Tengku Hassan sedang mengedarkan risalah
kepada penjual sambil bertegur sapa.
YB Dun Ladang sedang beramah mesra dengan pengunjung
pasar malam tersebut.
Dato Tengku Hassan sedang meninjau tapak surau
yang dibina oleh AJK Persatuan Penjaja Pasar Malam.
Program yang julung kali ini di adakan ini penting
dalam menyemarakkan semula semangat Rakyat
Terengganu yang berani berubah dan menuntut haknya.
Read More

