Rabu, 2 September 2009

ADUN Terengganu pulak nak letak jawatan?

Kalau pada 17hb Ogos yang lalu Hishamuddin mengatakan tuduhan bahawa "UMNO Terengganu berpecah adalah tidak berasas kerana UMNO masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu" semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu di Stadium Negeri dihadapan 5000 anggota UMNO sebagaimana yang dilaporkan oleh media Pro UMNO, walaupun hakikatnya ada laporan mengatakan tidak sampai 1000 orang yang hadir.

Tiba-tiba pada 19hb Ogos pula Najib pula berkata " UMNO sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik yang berlaku di Terengganu".

Maknanya Hishamuddin kata selesai, tapi Najib kata belum selesai.. " Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan" tu bermakna UMNO Terengganu belum tenteram dan dok bergaduh lagi la tu.. Alhamdulillah semoga depa bergaduh sampai berpecah...

Dan hari ini 1 Sept. The Malaysian Insider dan Buletin Online telah melapurkan seorang Exco Kerajaan Negeri dikatakan sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku dalam Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said.

Beliau dikatakan mengugut akan meletakkan jawatan tidak lama lagi jika keadaan yang ada terus berkekalan...
Pengakuan terbaru ini sekaligus mengesahkan kebenaran desas-desus berkaitan beberapa ADUN UMNO akan keluar dari parti yang dah nak pupus itu..

Pada 26 Ogos lalu bekas setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Dato Rosol Wahid menafikan beliau dan 10 konco-konconya mahu melompat menyertai PKR.
Dua hari lepas tu pulak, ADUN Hulu Besut mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk melompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan berkata " Cakap-cakap mengenai tindakan meninggalkan UMNO telah bermula sejak dua bulan lalu".
Dan beliau turut mengesahkan bahawa terdapat 9 lagi wakil Rakyat dari UMNO yang tidak lagi menyokong Ahmad Said.


Sumber berita http://darisungaiderhaka.blogspot.com/