Jumaat, 11 September 2009

Ustaz Awang Jidin Uzur, dirawat di HSNZ

KUALA TERENGGANU - Ustaz Awang Nasarudin Abu Bakar, 66, atau dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin, kini uzur dan sedang drawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Beliau adalah veteran PAS Terengganu yang menerima anugerah Tokoh Ulama’ PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Melawati, Selangor pada Jun 2009 lalu.

Ustaz Awang pernah menjadi wakil rakyat PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram pada tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS Terengganu.