Rabu, 7 Oktober 2009

Pentindihan pengundi: SPR cipta alasan untuk tutup kelemahan - PAS

TELOK KEMANG, 7 Okt: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan injunksi pilihanraya membuktikan bahawa badan pelaksana pilihanraya itu juga sedang mencipta alasan untuk menutup kelemahan mereka.

Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang dihubungi petang tadi bertegas, isu pertindihan nama sejumlah tertentu anggota tentera dalam senarai daftar undi pos dan senarai daftar pemilih biasa bukan masalah teknikal, tetapi masalah pokok yang bertentangan dengan prinsip pilihanraya negara.

"Apa yang diputuskan SPR hanyalah alasan, walhal isu daftar pemilih tidak puteh adalah masalah pokok.

"Bagaimana Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) boleh beri jamina..mahu tunggu dan lihat adakah akan berlaku undian berganda?

"Kalau benar berlaku pengundian berganda, adakah SPR akan melaksanakan pilihanraya semula?

"Itu (tindakan SPR) saya lihat suatu alasan yang langsung tidak rasional dan profesional," katanya.

Sambil melahirkan rasa kesal, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa desakan Pakatan tersebut bukanlah bersandarkan soal menang kalah pilihanraya antara kedua-dua parti semata-mata.

"Ini (kes pertindihan nama dalam dua senarai pemilih) bukan isu kalah menang PAS (atau) Umno. Ini kes prinsip...daftar pemilih wajib diputehkan sebelum pilihanraya. Sebab itu perlukan masa dan injunksi," katanya.

Dikatakan terdapat lebih 600 anggota tentera disenaraikan bertindih dalam buku daftar undi pos dan daftar pemilih biasa.

Salehuddin yang juga Pengarah Operasi Jentera Induk PAS N31 berkata, PAS serta Pakatan sedang membuat perhitungan terakhir; termasuk mendapatkan injunksi mahkamah.

Petang tadi, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak cadangan injunksi pilihanraya N31; kerana menganggapnya sebagai alasan remeh Pakatan Rakyat serta PAS sendiri.

Bagaimanapun, Wan Ahmad bersedia menyemak segala dakwaan Pakatan � wujudnya sejumlah tentera mempunyai nama bertindih dalam senarai daftar undi pos dan daftar pemilih awam.

Menurut Wan Ahmad, SPR masih menunggu dan lihat segala bukti yang dikemukakan Pakatan secepat mungkin.

Pagi tadi, Salehuddin dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat memberi kata dua � sama ada SPR menangguhkan serta merta pilihanraya N31 sehingga buku dartar pemilih benar-benar puteh; atau Pakatan proaktif mendapatkan injunksi mahkamah.

Dakwa Salehuddin lagi, tentera berupaya mengundi dua kali kerana mereka masing-masing mempunyai kad pengenalan tentera dan kad pengenalan awam; yang menjadi lesen masuk ke pusat pembungan undi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik blog Mind No EVIL yang juga pesara tentera darat, Brigadier General (B) Mohamad Arshah Rajia mendedahkan bahawa Tentera bukan sahaja terlibat dalam politik kepartian; sebaliknya termasuk politik wang.

Beliau mendakwa Perdana Menteri Malaysia Dato� Seri Najib Tun Razak memberikan sejumlah RM300 kepada setiap tentera dan pemimpin Umno tempatan yang menyertai keraian di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR), baru-baru ini di sini; sebelum mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Jika benar dakwaan pengundian berganda serta usaha merasuah tentera oleh Umno BN, pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya demokrasi negara.


Read More

Tawaran gambar Azeez ditumbuk meningkat kepada RM6,500

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00.

Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu".

"Tawaran ini bukan main-main dari kami (Pembela),.. sebaliknya ia suatu yang serius dan ditegaskan bahawa Pembela bertanggungjawab atas tawaran tersebut, katanya.

Dzohir berkata, Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS.

"saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS".

Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.

Bagi Pembela dakwaan Azeez ini perlu dibuktikan supaya ia boleh dipertanggungjawab samada oleh pihak yang dituduh (Pas) maupun dia selaku penuduh juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang meletakkan calon mereka bertanding di situ, kata Dzohir lagi.

Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembela� seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.

Kata Dzohir lagi, tawaran harga ini membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depan�.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah terus menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa.


Read More

Selasa, 6 Oktober 2009

Tentera di Bagan Pinang Wajib Contohi Tentera Thailand Menolak Pemimpin Rasuah

KUALA LUMPUR - Tindakan tentera Thailand dibawah pimpinan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mengulingkan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 wajar diambil Iktibar oleh anggota tentera Malaysia

Ketua Penerangan PAS, Ustaz zIdris Ahmad berkata PAS tidak menyeru anggota tentera merampas kuasa, tetapi tentera Malaysia wajar mempelajari insiden itu dengan sebaiknya di mana tentera disana telah menolak pemimpin rasuah.

Katanya, dalam pilihanraya Bagan Pinang, calon BN Tan Sri Isa Samad mempunyai rekod rasuah dan telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno setelah didapati merasuah perwakilan bagi merebut jawatan Naib Presiden pada 2004.

“Thaksin yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah telah ditolak oleh tentera, maka wajarkah Isa yang sudah dibuktikan bersalah diundi oleh tentera di Bagan Pinang,

”Sebagai anggota keselamatan negara, tentera bukan sahaja wajib melindungi rakyat dari serangan musuh dari luar. Tentera wajib melindungi rakyat dari penguasaan pemimpin yang korup,”jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media semalam

Oleh itu, katanya, PAS mengajak tentera di Malaysia khususnya di Bagan Pinang untuk melihat tindakan tentera Thailand itu sebagai satu cabaran buat mereka merubah landskap politik negara ke arah kepimpinan bersih dan beramanah.

”Kita (PAS) menyeru agar anggota tentera mengunakan kuasa undi mereka untuk membuat perubahan dan menolak pemimpin korupsi yang ditawarkan oleh BN,”tambahnya


Read More

Gambar Menceritakan Sesuatu




Gambor-Gambor Comel, Kreatif
http://ustazazhar.fotopages.com


Read More

JADUAL USTAZ AZHAR IDRUS

KULIYAH (Minggu Pertama)
AHAD - Surau Al-Ikhwan - Flat Gelong Bilal
ISNIN - Masjid Pinang Merah – Paka
SELASA - Masjid & Surau Kawasan Kemaman
RABU - Surau Bukit Bading – Ajil
KHAMIS - Surau Wan Esah - Seberang Baroh
JUMAAT - Surau Pak Tuyu - Gong Badak
SABTU - Surau Pulau Musang

KULIYAH (Minggu Ke 2)
AHAD - Surau Al-Ikhwan - Flat Gelong Bilal
ISNIN - Masjid Simpang 4 Cendering
SELASA - Surau Hj Awang – Ladang
RABU - Surau Flat Bukit Kecil II
KHAMIS - Masjid Batu Buruk
JUMAAT - Surau Limbong - Kemaman (kuliyah muslimat 9.00 pagi)
JUMAAT - Surau Hj Awang – Ladang
SABTU - Surau Al-Hidayah - Belakang Stadium Negeri

KULIYAH (Minggu Ke 3)
AHAD - Surau Al-Ikhwan - Flat Gelong Bilal
ISNIN - Masjid & Surau Kawasan Kuantan
SELASA - Masjid Pengadang Baru
RABU - Masjid & Surau Kawasan Dungun
KHAMIS - Masjid Taqwa Batu 6
JUMAAT - Surau Hj Awang – Ladang
SABTU - Masjid Titian Baru - Kedai Buloh

KULIYAH (Minggu Ke 4)
AHAD - Surau Al-Ikhwan - Flat Gelong Bilal
ISNIN - Masjid Pulau Ketam
SELASA - Surau Hj Awang – Ladang
RABU - Surau Flat Bukit Kecil II
KHAMIS - Masjid Batu Buruk
JUMAAT - Surau Hj Awang – Ladang
SABTU - Surau Al-Hidayah - Belakang Stadium Negeri


Read More

Isnin, 5 Oktober 2009

Runtuhan demi runtuhan di Terengganu

KEMAMAN, 5 Okt: Mula-mula bumbung dewan sekolah menengah runtuh. Lepas itu bumbung stadium runtuh dan kolam renang pula bocor. Kini bumbung masjid pula runtuh.
Inilah rentetan peristiwa yang berlaku di Terengganu yang kaya dengan wang royalti minyak ini.

Ekoran itu, para pemimpin PAS meminta rakyat Terengganu memberi perhatian dan menilai projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berikutan keruntuhan demi keruntuhyan ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail berkata, sama ada projek pembangunan itu untuk kepentingan rakyat atau kebanggaan kerajaan negeri, beberapa insiden yang berlaku sejak mutakhir ini sepatutnya membuka minda rakyat.

Katanya, rakyat perlu lebih peka terhadap projek-projek pembangunan adakah untuk kepentingan rakyat atau suku sakat pemimpin tertentu mengaut keuntungan peribadi.

Tambahnya, apa yang mendukacitakan, pembangunan yang diuar-uarkan oleh kerajaan BN negeri itu ada di antaranya bukan sahaja membazir tetapi membahayakan nyawa manusia.

�Apa yang berlaku seperti bumbung Masjid Kampung Batu Putih yang runtuh ini sewajarnya diberikan perhatian serius oleh rakyat negeri ini,� ujarnya ketika ditemui semasa melawat masjid berkenaan, petang semalam.

Bumbung masjid yang berharga RM2.1 juta itu runtuh kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu dalam suasana cuaca baik tanpa ribut atau gempa bumi, menyebabkan tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaikinya cedera, seorang daripadanya parah.

Harakahdaily difahamkan, kerosakan di beberapa bahagian masjid itu termasuk bumbung dan siling telah dikesan sejak ia mula digunakan November tahun lalu tetapi aduan penduduk tidak diberikan perhatian oleh pihak berkenaan.

Bekas Adun Air Putih itu berkata, banyak projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN terutama pada penggal lepas sebenarnya lebih mengutamakan kroni daripada kepentingan rakyat.

Tambahnya, akibat daripada sikap kontraktor kroni yang mahu mengaut keuntungan yang berlipat ganda tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya menyebabkan berlaku kejadian bumbung stadium, dewan sekolah dan masjid runtuh, pusat akuatik retak dan seumpamanya.

Ini, ujarnya, bukan sahaja membazir wang rakyat tetapi turut mengancam nyawa manusia sekalipun secara kebetulan insiden yang berlaku itu tidak melibatkan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya semua projek yang telah siap perlu diperiksa secara terperinci termasuk puluhan masjid sebelum digunakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Kebetulan masa bumbung stadium dan masjid ini runtuh tiada manusia, bagaimana kalau ia berlaku sewaktu orang ramai berada di situ.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk, satu majlis akad nikah dirancang diadakan di masjid ini, masanya kira-kira sejam selepas berlaku bumbung runtuh, terpaksa dipindahkan," katanya.


Read More

WEB SITE PRK N31 BAGAN PINANG

Sila layari web site ini untuk berita lanjut
perkembangan Bagan Pinang..

http://prkn31baganpinang.pas.org.my

Buat lah sesuatu untuk kemenangan islam
samada turun berkempen di bagan pinang
ataupun berikan sumbangan wang ringgit
ataupun berdoa dan munajat untuk
kemenangan islam di PRKN31
Jangan biarkan diri anda dibelenggu rasa bersalah
tanpa sumbangan untuk kemenangan islam


Read More