Rabu, 30 September 2009

Tsunami: Hampir 100 orang terbunuh di Samoa, angka korban dijangka meningkat

APIA (Samoa): Sekurang-kurangnya 99 orang terbunuh dan banyak lagi dilaporkan hilang selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.

Pada hari yang sama, barat Indonesia turut digegarkan dengan gempa bumi kuat yang mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara sepanjang Lautan Hindi yang menyebabkan penduduk menjadi panik dan meninggalkan rumah mereka. Amaran tersebut bagaimanapun kemudiannya dibatalkan.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan. Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP


Read More

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.

"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono. Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi AFP melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, namun ia dibatalkan selepas itu."Sehingga sekarang, kita belum boleh menghubungi Padang, komunikasi telah terputus," kata Triyono.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.

Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.
Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang.
Sementara itu, Bernama melaporkan gempa bumi tersebut turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.
Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.


Read More

OBJEK PELIK DI LANGIT

Kuala Terengganu (30/Sep/2009)- Sekitar 10.30 Satu objek pelik
mengelilingi bulan di atas langit berlaku pada malam ini. Objek besar
bulat yang mengeliling bulan pada malam ini menandakan seribu
persoalan dan hebatnya kuasa mu ya ALLAH. Tak mampu untuk
kami insan yang amat lemah ini fikirkan.
Lemahnya daya kami dan segala kekuasaanmu ya ALLAH.

Di tengah dunia menyaksikan taufan di sana-sini dan juga Tsunami
di Amerika objek ini berlegar-legar lama juga di atas langit.
semacam ada sesuatu namun sukar untuk dilihat.

Wallahuaklam
ALLAH Maha Mengetahui.


Read More

Perubahan Politik Negara Mesti DiSegerakan

KEMANG – PAS telah mengisytiharkan Pesuruhjaya Negeri Sembilan Zulkefli Omar sebagai calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat, bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kepercayaan yang diberikan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat kepada PAS untuk mengemukakan calon merupakan kepercayaan yang dijunjung setinggi-tingginya dan ditunaikan dengan penuh amanah.

Katanya perubahan yang besar dalam politik Negara mesti dibuat secepat yang mungkin bagi menyelamatkan generasi yang akan datang.
Menurutnya, umat Islam merasa malu kerana UMNO tidak menunjukkan teladan yang baik sebaliknya menjadi contoh yang sangat buruk kerana tidak membawa Islam yang sebenar.

Saksikan video di http://www.buletinonline.net


Read More

Zulkefly calon terbaik Pakatan - Presiden PAS

BAGAN PINANG, 30 Sept: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Zulkefly Mohamad Omar adalah calon terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin rakyat akan terus menyokong calon terbaik PAS, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tujuh siri pilihanraya kecil sebelum ini. Kita sudah melihat perubahan (dalam) tujuh (pilihanraya kecil) sebelum ini. InsyaAllah, kita yakin rakyat berkehendak perubahan di Bagan Pinang juga, ujar Hadi.

Hadi turut berkeyakinan perubahan yang diramalkan berlaku di Bagan Pinang akan merebak ke seluruh negri yng banyak mengamalkan adat perpatih itu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat mahu menjadikan Bagan Pinang sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga calon Pakatan di sini, Zulkefly Mohamad Omar menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS dan Pakatan, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.

�Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihanraya) kerana bersama kehendak rakyat,� katanya.

Mengakui pencabarnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad lebih dikenali ahli-ahli Umno tempatan, Zulkefly mengaku beliau juga sebenarnya anak jati Negeri Sembilan.

Beliau yang juga berkeyakinan pengundi kawasan ini bijak membuat perhitungan dengan memilih calon yang bersih dan amanah.

Turut menyertai sidang media di Markaz Utama DAP di Batu 9, di sini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas, dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

Penampilan sulong Zulkefly bersama muafakat pemimpin-pemimpin utama PAS, DAP dan PKR semalam dipercayai khalayak, mampu mengukuhkan sokongan rakyat pada cita-cita perubahan bersama Pakatan seperti sebelum ini.


Read More

Selasa, 29 September 2009

Biodata lengkap calon Pas :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.


Read More

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.


Read More

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.

Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.

Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.

Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.

Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.

Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.

Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.

Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.

Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih.


Read More

Ahad, 27 September 2009

FORUM PERDANA

FORUM PERDANA

Sempena Jubli Perak PAS Kaw MARANG
PRU Ke 13
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
( Antara Harapan & Cabaran )

----------------------------------
Perkarangan MDI Kedai Buloh
Titian baru, Bukit Payung
ISNIN Malam SELASA
28/September/2009
9.15 Malam

----------------------------------
AHLI PANEL

YBhg. Dato Dr Haron Din
Tim. Mursyidul Am PAS

YBhg. Dr Badrul Amin
MT KeADILAN Malaysia

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Datang Jangan Tak Datang


Read More

Sabtu, 26 September 2009

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram

Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

Inilah kenyataan media dalam isu di atas, terima kasih....

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.



Read More

Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN

Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan.

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.

Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.

Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.-TVA


Read More

Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu.

Harakahdaily


Read More

Umno tidak pernah belajar dari pengalaman - Dr M

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.


Read More

Jumaat, 25 September 2009

RAYA MERIAH DALAM JEM JALANRAYA

Alhamdulillah. Penulis dapat berhari raya di dua negeri Terengganu
dan Kelantan. Memang meriah raya di dua negeri ini dengan budaya
kunjung mengunjungnya, budaya kanak-kanak beraya tak nak minum
tapi tunggu duit raya nya dan juga pelbagai budaya kekeluargaan
yang masih erat dan penuh muhibbah namun ianya semakin terbantut
dengan budaya jalan jem yang memotong terus keasyikan dan
budaya berkunjung.

Di Kota Bharu sememangnya amat terasa jalan yang amat sesak
dengan pulangnya anak-anak di rantauan. begitu juga di negeri
Terengganu. Namun kadang-kala menyakitkan hati melihat Traffic
Light yang semakin banyak tumbuh dinegeri Terengganu ini terutama
di Bandaraya Kuala Terengganu. Sehingga jalan kampung pun sudah
ada Traffic Light kini. Kadangkala Lampu Traffic ini langsung
tidak diperlukan namun ianya menambahkan lagi rasa sakit hati
untuk memandu dan kena berhenti tak pasal-pasal kepada jalan
yang tiada penghuninya yang lalu.

Masaalah sejagat Mat rempit juga amat terasa di dua negeri ini.
Entah apa jembalang, mambang dan hantu yang telah merasuk anak-
anak muda di Malaysia ini yang semakin hari semakin ramai menjadi
Mat Rempit atau pun juga dipanggil Samseng Jalanan ini. Budaya
kurang ajar dan tak reti menghormati orang lain amat patut
di basmi. Rasa-rasanya PR juga patut berfikir secara serius untuk
menyelamatkan anak muda ini kerana sememangnya jangan
diharapkan UMNO dan BN yang telah lama rosak akhlaknya dan
merosakkan lagi akhlak rakyat dan jauh sekali untuk memulihkannya.

Marilah sama-sama kita berfikir dan mengajak golongan muda ini
supaya menjadi tunjang untuk negara, bukannya menjahanamkan
lagi negara ini. Mereka ini patut di bantu dan marilah kita
bersama-sama mendekati mereka kerana meraka adalah saudara-
saudara dan adik-adik kita yang perlukan perhatian dan belaian
dan bukannya cacian dan hinaan.

Salam Syawal 1 Bulan untuk Semua.
Semarakkan perjuangan , selamat berjihad di Negeri 9.


Read More

Nizar seru warga Perak buat perubahan besar-besaran

IPOH, 23 SEPT:Bagi Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Syawal ini perlu dijadikan iktibar dan persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis.

"Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zalim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, polis dan kehakiman.

"Tolak mana-mana yang berjuang di atas prinsip perkauman dan 'assobiyah' kerana itu tiada tempat dalam Islam.

"Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalangannya mereka yang hidup-matinya, perjuangannya kerana bangsanya atau kaumnya," jelas Nizar dalam perutusan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam perutusannya itu, beliau merasa pelik apabila umat Islam mengabaikan perintah Allah dan ibadat yang lain tetapi memberi keutamaan kepada amalan berpuasa.

Katanya hanya satu ayat dalam surah al-Baqarah (ayat 183) memerintah umat Islam berpuasa, tetapi dengan puluhan ayat yang mengarahkan solat dipandang sepi dan tidak ambil berat.

"Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahur, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri yang turun dan diungkap oleh Nabi Muhammad pertama kalinya dalam peperangan Badar mengajak umat Islam membuat perubahan besar-besaran.

Namun malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan di kalangan masyarakat melayu sehingga hilang roh dan semangat takbir itu sendiri.

"Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya," katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibadat tertua, puasa menuntut umat Islam memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak dan tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

"Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

"Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari. Bertemu di Bagan Pinang!" katanya dalam perutusan tersebut.

Harakahdaily


Read More

Kerajaan kudeta Perak rompak bajet kerajaan Pakatan

IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bejat yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri.

Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang.

Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

�Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan,� kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan.

�Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

�Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

�Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,� katanya.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya.

Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

�Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,� katanya.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau.

link source http://www.harakahdaily.net


Read More

Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang.

"Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat.

"Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

"Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR.

"Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri.

"Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.

"Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya.

Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.


Read More

Khamis, 24 September 2009

’Api’ Yang Tetap Menyala

Jerteh, BESUT – Lee Ting Wan, 64, (gambar) atau yang lebih ’glamour’ dengan panggilan ’Api’ adalah seorang ahli Kelab Penyokong PAS yang sangat komited, bahkan beliau telah menjadi penyokong dan pengundi PAS sebelum dari Kelab Penyokong ditubuhkan.

Dari dahulu sehingga sekarang, dimana sahaja program umum PAS diadakan, pasti kakinya sampai untuk mendengar ceramah, taklimat atau hadir memberikan sokongan moral.

”Saya nak beri semangat, lawan tetap lawan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Eidul Firi PAS Kawasan Besut yang diadakan di perkarangan PAS Besut, di bandar Jerteh, Khamis, 24 September.

Dengan menyangga tongkat dicelah ketiak kanannya, Api melangkah dengan dipimpin oleh temannya, hadir ke majlis tersebut.

Beliau yang mengidap ’kencing manis’ terpaksa menjalani rawatan dan menyebabkan kaki kanannya terpaksa di potong beberapa bulan lalu.

”Bage Pine, kito tak leh kato, tapi Bi-en sakit, alek kito sedak (Bagan Pinang, kita tak boleh nak kata, tapi BN sakit, sebelah kita (PAS) sedap),”komen Api dengan loghat Besut apabila ditanya tentang peluang PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang.

Beliau yang tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana kempen pilihanraya kecil, walau bagaimana terpaksa menjawab ’kito tak leh gi’ apabila ditanya samada beliau akan turun membantu kempen di PRK Bagan Pinang.

Keadaan kaki palsunya yang baru digunakan menyebabkan beliau yang sudah agak lemah, tidak begitu selesa untuk berjalan jauh. (gambar kanan - Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato' Ustaz Hussein Awang bersalaman dengan Api)

Namun, berbanding dengan warga yang seusia dengannya, ’Api’ benar-benar umpama api yang terus menyala dalam memperjuangkan keadilan dan menerima perjuangan PAS sebagai landasan perjuangannya.

Cerita lanjut dan Video di http://www.buletinonline.net


Read More

Ambil peluang ziarah Hari Raya untuk 'kempen'

SEREMBAN, 23 Sept: Ziarah Aidilfitri kali ini digunakan sebaiknya untuk 'berkempen' secara tidak langsung sekaligus memperkenalkan perjuangan Pakatan Rakyat kepada para pengundi yang akan melaksanakan tanggungajawab dan hak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar berkata sungguhpun, nama calon diumumkan pada 29 September ini, namun gerak kerja penerangan dan 'kempen' tidak rasmi telah pun dimulakan kepada para pendokong Pakatan Rakyat dan penduduk setempat.

"Rumah terbuka PAS dan ahli-ahli, kita gunakan platform itu untuk memperkenalkan PAS dan Pakatan Rakyat kepada umum tentang perjuangan menuntut keadilan dan membela nasib rakyat,

"Ini Anugerah Allah beri kepada kita untuk membuat perubahan, oleh itu janganlah kita sia-siakan.

"Ini sebagai kayu ukur untuk melihat momentum rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang khas di Negeri ini, " ketika dihubungi Harakahdaily.

Sambil mengucapkan Salam Adifitri dan memohon maaf zahir batin kepada warga Negeri Sembilan khas di Bagan Pinang, Zulkifli mahu rakyat membuat pilihan yang tepat dan memilih keadilan Islam sebagai satu dasar perjuangan jelas.

"Diharapkan kemenangan Syawal akan turut dipanjangkan kepada kemenangan di Bagan Pinang kelak," katanya yang turut menyatakan hanya calon bersih, berwibawa dan diterima rakyat akan diketengahkan untuk bertanding nanti.

Sementara itu berhubung isu undi pos pula, beliau mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan 'polling' agent atau wakil parti masing-masing untuk berada sewaktu proses undian di buat di kem-kem terbabit.

Ini termasuk, mengira kertas undi pada hari yang sama kerana dibimbangi, akan berlaku manipulasi sekiranya ianya disimpan beberapa hari sebelum hari pengundian sebenar pada 11 Oktober itu.

Zulkifli berkata PAS mahu SPR turut membenarkan calonnya termasuk parti lawan diperkenalkan di kem-kem tentera dan balai polis supaya para pengundi pos ini dapat mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka.

Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000, pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan Umno tidak jauh berbeza. Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

Selain itu, ketika ditanya berhubung kewibawaan dan pengaruh calon parti lawan, beliau berkata itu terpulang kepada Umno untuk menentukan siapa yang layak, kerana baginya yang penting adalah untuk memastikan kemenangan PAS semata-mata.

"Siapa pun calon, kita tidak kisah. Kalau calon ini (menyebut beberapa nama), kita akan ikut rentak dan gendang mereka.

"Lain calon, lain pendekatan yang bakal kita lakukan," katanya begitu optimis dengan peluang PAS untuk memenangi PRK kali ini.

Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysia (SPR) menetapkan Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober.

DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,

8,577 atau 62.77 peratus pengundi di Dun berkenaan terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.


Read More

Rabu, 23 September 2009

N31 Bagan Pinang : SPR berkuasa atas kem?

Memang nampak sangat SPR ni dah jadi Kelab Penyokong Umno BN. Ikut suka depa ja nak keluar kenyataan, langsung tak fikir ka, yang depa tau depa kena pastikan kepentingan Umno BN tak terjejas.

Kalau ikut apa yang tersurat memang nampak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof cakap macam orang tak sekolah.

Ikut suka dia ja cakap, sampai tak tau kuasa sapa main langgar ja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan mana-mana parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, memasuki kem tentera bagi berkempen.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata semua parti perlu mematuhi arahan yang ditetapkan pihak pengurusan kem dan menjadi satu kesalahan jika parti memasuki kawasan keselamatan bagi tujuan itu.

"Semua parti tidak boleh memasuki kem kerana ia kawasan keselamatan, mana-mana parti politik pun tak dibenarkan masuk. Kalau nak berkempen juga, lakukan di kawasan yang dibenarkan polis," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dia macam tak sedar diri yang dia cuma Pengerusi SPR yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pilihanraya. Yang dia sebok pasai keselamatan kat dalam kem apa kejadah pulak.

Kata la tiba-tiba kem yang telibat kata "takdak masalah kalau wakil parti politik nak berkempen dalam kem dengan peraturan tertentu." Mana nak sorok muka. Tapi ya la, depa ni bukan tau malu.

Memang la, aku pun yakin pihak pengerusi kem kalaupun depa yakin takdak masalah kalau wakil parti masuk berkempen kat dalam kem pun, depa takkan berani bagi kebenaran punya. Tara mana sangat beraninya pegawai tentera kat Malaysia ni, dengan komunnis memang aku akui ramai yang berani tapi dengan Umno gerenti tak berani punya laa.. "menurut perintah laa konon..."-cenangau.blogspot

Sumber http://www.tkodaily.net


Read More

Pembangunan Kampung Ladang Tidak Mengambil Kepentingan Suara Rakyat

Ladang, KUALA TERENGGANU – Slogan ’Merakyatkan Pembangunan’ yang menjadi landasan kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said hanyalah sekadar ’menghiasai bibir’ dan ’papan-papan tanda’ sahaja.

Ia adalah kerana, Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar, tidak dimaklumkan berkenaan projek pembangunan Kawasan Kampung Ladang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata dalam bajet negeri ada diperuntukkan sebanyak RM70 juta namun beliau tidak pasti dimana dan bila ia akan dilaksanakan.

Tapi memang ada (pegawai) yang pergi membuat penilaian rumah, rakyat diberi tahu tanah dan trumah mereka akan diambil balik,

”(pelan induk) tidak ditunjuk kepada (saya) walaupun kita (saya) bercadang nak tengok tetapi (nampaknya) dia (kerajaan negeri) tidak melibatkan wakil rakyat Ladang, walaupun saya sebut dalam (Sidang) Dewan (Undangan negeri), bahawa saya ingin terlibat sama!,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka DUN Ladang Sempena Eidul Fitri, disini semalam.

Katanya sehingga kini pihak kerajaan negeri belum memanggil beliau, namun beliau akan mengambil inisiatif untuk berjumpa pihak-pihak yang terbabit dalam pembangunan tersebut.

Beliau yang telah dipilih oleh rakyat bagi mewakili DUN Ladang kesal kerana tidak pernah diminta sebarang pendapat dalam perancangan itu.

”Tapi mereka dah rancang, kita (saya) tidak terlibat dalam perancangan, sedangkan saya minta (harap) dalam proses perancangan itu kita dilibatkan sama supaya kita boleh beri pandangan,”katanya.

Menurutnya, beliau ada mendengar, pembangunan tersebut juga akan melibatkan Majlis Agama kerana kebanyakkan tanah yang hendak dibangunkan adalah ’Tanah Wakaf Zuriat Tok Pelam’.

Dalam perkembangan Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di perkarangan rumahnya, Dato’ Tengku Hassan menyatakan rasa gembiranya kerana majlis tersebut dihadiri oleh rakyat dari pelbagai lapisan.

”AlhamduliLlah nampaknya ramai yang datang, nampaknya pelbagai lapisan, (saya) rasa seronok, orang-orang yang dhaif yang kita bantu baru ini pun datang, ada yang datang berpimpin (kerana sakit) bawa anak-anak, dan nampak pemuda-pemuda juga ramai yang datang, miskin, kaya, korperat, pelbagai lapisan,”ujarnya.

Sebaliknya, beliau agak dukacita kerana sehingga tengahari semalam, pemimpin dari parti lawan, UMNO, belum berkunjung ke majlis itu, walaupun mereka pernah berkunjung ke majlis yang sama yang diadakannya pada tahun lalu.


Read More

Angin Perubahan PRK Bagan Pinang; Anggota Tentera Bersedia

Tepoh, KUALA NERUS – Angin perubahan sedang berlaku dikalangan anggota tentera dan mula bertiup dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA) Kem Sirusa, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik yakin PAS mempunyai peluang yang cerah dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.

”Kita kalah 2,333 dan ada disana undi pos 5,000 orang, tetapi sebenarnya tidak mustahil kita boleh menang, kerana (pilihanraya umum) yang lepas kita dapat seribu lebih undi pos,

”pekerja (pilihanraya) kita (PAS) dah mula pergi kempen dekat pagar (kem) askar (tentera) sekarang, dan saya mendapat maklumat, memang askar-askar bersedia untuk membuat perubahan,”katanya ketika berucap dalam majlis Sambutan Eidul Fitri Alumni Pelajar Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah di sini, semalam.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, beliau berkata, keadaan kemudahan kehidupan dan prasarana dalam Kem Sirusa amat tidak memuaskan.

Katanya, hasrat ’mahu berubah’ sebahagian tentera dalam DUN Bagan Pinang telah disampaikan kepada PAS oleh para tentera diseluruh negara.

”Kemudahan dan prasarana untuk kehidupan askar yang ada di Kem Sirusa, memang tidak memuaskan (dan) itu (berlaku) sekian lama,

”maklumat ini kita perolehi dari kawan-kawan askar, yang ada diseluruh Malaysia memberitahu kepada kita tentang sebahagian daripada askar didalam kawasan Bagan Pinang ini mahu membuat perubahan,”ujarnya.

Katanya, beliau mendapat jaminan dari bekas-bekas pegawai tentera memberikan kerjasama kepada PAS bahkan mereka kini sedang berusaha bertungkus lumus, menggerakkan kempen di DUN Bagan Pinang.

Menurutnya, peluang PAS bagi menawan DUN tersebut dalam pilihanraya kecil kali ini cerah kerana PAS telah mempunyai asas sokongan sebanyak 20 hingga 25 peratus, melebihi seribu undi pada pilihanraya umum lalu.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang berkata, parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera sebagai sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan negara dan peraturan pilihnraya, bahkan boleh dianggap sebagai satu ugutan yang tidak patut dipatuhi.

”Tidak ada dalam perlembagaan atau dalam mana-mana undang-undang dalam negara kita, pengundi tidak boleh mendengar apa-apa pendapat atau kempen,

”arahan itu sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan bahkan tidak ada dalam peraturan pilihanraya,

”Jadi kalau ada arahan sebegitu, makna arahan itu tidak patut dipatuhi, bukan sahaja melanggar etika tetapi melanggar peraturan dan boleh dianggap sebagai ugutan,”jelasnya.

Tegasnya, PAS akan terus berkempen dalam kem tentera kerana ia tidak akan menggugat keselamatan dan menurutnya ’track record’ PAS dalam kempen pilihanraya sebelum ini adalah bersih.


Read More

Ribuan Hadir Rumah Terbuka Presiden

Rhusila, MARANG - Sambutan Idulfitri serta rumah terbuka Presiden PAS sederhana tetapi meriah meski pun Negara dalam situasi penularan wabak H1N1.Seawal jam 8.00 pagi ribuan masyarakat umat Islam membanjiri Masjid Rusila Marang
bagi menunaikan solat sunat hari raya tersebut.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan khutbah solat sunat idulfitri mengingatkan umat tentang kewajipan menegakkan Islam dengan tugas berat menegakkan hukum syariat mengikut al-Quran melalui jihad dijalanNya

“Kita diwajibkan oleh Allah SWT menegakkan Islam dan kita ditugaskan menegakkan hukum syariat ikut al-Quran dan berjihad dijalan Allah Ta’ala..

“Tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam dengan memenangkan Islam dalam apa keadaan sekali pun (pejuangan),” tegasnya.

Menurutnya, kemenangan telah diberikan oleh Allah SWT kepada golongan yang sabar dalam perjuangan Islam.

Pada majlis sambutan rumah terbuka tersebut hadir sama bekas pegawai kewangan kerajaan negeri Terengganu, Dato’ Ibrahim A.Rahman, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing serta ribuan rakyat


Read More

Isnin, 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA DARI PEMUDA LADANG

SELAMAT HARI RAYA
IDUL FITRI

MAAF ZAHIR & BATHIN

SEMARAKKAN PERJUANGAN


Read More

Ahad, 20 September 2009

Mahathir: Jangan Calonkan Isa Samad

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Umno untuk tidak mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai jagoan BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan tercalar sekiranya seseorang yang terbukti perasuah seperti Isa Samad dipilih.

Beliau berkata demikian mengulas usul Umno Bahagian Teluk Kemang supaya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Beliau menjelaskan Isa Samad telah pun didapati bersalah bergelumang dalam politik wang. Dr Mahathir memberi amaran sekiranya perasuah ini dipilih - samada menang atau kalah - maka rakyat akan melihat Umno tidak serius melawan politik wang.

Isa di gantung enam tahun dari 24 Jun 2005 atas kesalahan politik wang dalam pemilihan Umno 2004. Hukuman ini bagaimanapun dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan.

Penamaan calon Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan hari pengudian pada 11 Oktober. Umno akan mengumumkan calonnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran Isa Samad atau mana-mana calon yang tercemar akan mengugat peluang Umno-BN.

Razaleigh berkata sekiranya Umno tidak mengambil iktibar dari kekalahan-kekalahan lampau, maka masyarakat akan mencapai kesimpulan bahawa kekalahan Umno adalah baik untuk Malaysia.


Read More

Perutusan Eidul Fitri Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini.

Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan ‘Eid Mubarak’ kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Read More

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam.


Read More

SeLaMaT HaRi RaYa DaRi KaMi

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Walillahilham

Alhamdulillah dengan limpah makfirahnya diatas segala nikmat yang
amat besar kurnianya kepada kita hambanya ini.

Alhamdulillillah. 1 Syawal tiba lagi.

Bersyukur kita ke hadrat
ilahi dan semoga Idul Fitri ini menjanjikan kebahagian dan
kecerian untuk kita semua.

Kami di Blog Pemuda Ladang ingin mengucapkan Salamat Hari Raya
Kepada semua terutama mereka yang telah menyumbangkan khidmat
tenaga dan juga wang ringgit untuk membantu Pemuda PAS Ladang
didalam kempen Satu Keluarga, Sekampit Beras tempohari dan juga
pelbagai sumbangan Hari Raya yang lainnya.

Alhamdulillah Pemuda PAS Ladang telah berjaya menyampaikan semua
bantuan tersebut kepada golongan sasarannya.

Terima Kasih kepada semua.
Harapan kami semoga usaha murni ini diteruskan selama-lamanya
dan juga sehingga Hasrat PAS untuk menawan negeri ini di capai.


Jazakallahu Khairan Kathira.


Read More

Rabu, 16 September 2009

Download ..Teks Khutbah Idul Fitri 1430H

Sila Download Teks Khutbah Idul Fitri 1430H
oleh Tuan Guru Presiden PAS di :
http://webtv.terengganukini.net/tekskhutbah/idulfitri1430.pdf

Semarakkan Perjuangan di Idul Fitri di Cawangan Anda


Read More

Tol Percuma Di Lebuhraya LPT Dan KL-Karak

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan menikmati laluan tol percuma sempena Aidilfitri pada awal pagi Jumaat dan Khamis depan. Tawaran itu adalah bagi perjalanan mulai jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada dua hari berkenaan. Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata kemudahan itu diberikan untuk menggalakan pegguna merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan.


Read More

Perutusan Eidul Fitri Pesuruhjaya PAS Terengganu

Kita ucapkan selamat menamatkan ibadat puasa yang berkat pada bulan Ramadan ini dan kita mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat di dalam negara kita ini khususnya, dan juga kepada umat Islam di negara lain (seluruh dunia).

Termasuklah kepada bangsa-bangsa agama lain juga kita mengharapkan mereka bergembira di dalam menyambut Aidilfitri dan mengharapkan mereka dan kita semua (orang Islam) dapat merasa betapa nikmatnya (ajaran) Islam (itu) khususnya dari sudut perpaduan, walau pun berlainan bangsa, bahasa, dan berlainan warna kulit. Tetapi (dalam menyambut Aidil Fitri) kita sangat terasa terikat oleh satu ikatan iaitu ikatan aqidah, ikatan ukhuwwah dan persaudaraan Islam.

Jadi sama-samalah kita berseru supaya Allah SWT menambahkan lagi semangat persaudaraan Islam. Walau pun di mana jua mereka (kita) berada, apa bahasa yang mereka cakapkan (tuturkan).

Seruan khusus saya kepada pejuang-pejuang Islam, sebagai salah seorang ahli parti, saya menyeru semua penyokong-penyokong parti, peminat-peminat parti supaya mereka terus terus menyalakan semangat juang dengan semangat Ramadan ini, di dalam lubuk hati dengan mengharapkan bahawa perjuangan ini adalah satu perjuangan yang suci yang dikehendaki dan dituntut oleh Allah Ta’ala.

Dan segala apa (jua) rintangan yang mereka lalui itu adalah rempah ratus perjuangan sahaja, dan bukanlah menjadi penghalang kepada (mencapai) kejayaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi yakinlah kepada para perjuangan Islam, sesungguhnya walau pun malam itu dilihat gelap tetapi fajar akan menyinsing juga pada bila-bila masa.

Bagi mereka yang belum bersama perjuangan Islam, kita mengharapkan mereka tidak menangguh-nangguhkan waktu untuk bersama-sama (dengan perjuangan Islam) supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT dan supaya kita sama-sama memberi saham dalam perjuangan ini.

Kepada mereka yang masih mahu menjadi penghalang dan penentang kepada perjuangan Islam, kita harapkan mereka boleh menggunakan ’renungan tajam’ mereka itu supaya mereka dapat (boleh) melihat sebenarnya, kebaikan Islam dan perjuangan Islam (dan) supaya berhentilah dari terus menerus menentang Islam.

Dengar dan download dari http://www.buletinonline.net


Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam.

Jadi, oleh sebab itu sudah sampai masanya kepada orang Umno supaya (dia) insaf , dia (berpatah) balik kepada agama dan jangan pakai lagi fahaman-fahaman dari luar yang datang daripada luar Islam dan balik semula kepada usul asal mereka sebagai orang Islam (yang) beramal dengan ajaran Islam.

Kepada anak-anak Terengganu di perantauan kami dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak banyak kain-kain rentang yang dipasang, secomel dan secantik yang dibentangkan oleh parti lawan, kerana kami tidak tahu dia dapat wang daripada mana, (sehingga) mereka dapat menyediakan kain rentang yang cantik, tetapi sekadar wang yang ada pada kami, (kami) buatlah kain rentang ”Selamat Pulang Perantau, Selamat Hari Raya Bersama Keluarga”. Di samping itu kami harap jangan lupakan kami sebagaimana kami tidak melupakan tuan-tuan dan puan-puan.

Maka kunjungilah kami jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian pulang dari perantauan ke tempat sendiri untuk berhari raya. Kami adakan majlis hari raya untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada 3 Syawal tahun ini.

Walau pun tempat kami tidak secantik mana dan makanan tidak selazat mana tetapi sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian kerana itu sangat mengembirakan kami pada hari tersebut.

Akhukum FiLlah,

Dato' Ustaz Harun Taib
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Darul Iman




Read More

GEMPAR! PENDEDAHAN PENIPUAN UNDI POS?

Dari kacamata: HALIK ZAMAN

PENDEDAHAN ini dibuat berdasarkan e-mail yang dikirim oleh seorang rakan dari Kuala Lumpur. Walaupun ia tidak kena mengena dengan Sabah tapi mungkin berguna untuk semakan bagi persediaan PRU-13 di Sabah terutama sekali di kawasan Putatan, Kota Belud, Sandakan, Tawau yang ada pengundi pos dari tentera.

Pendedahan ini dibuat dalam e-mail dari seorang rakan antara lain:-

“Apa yang telah berlaku di N31 Dun Bagan Pinang terdapat 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos dari undi tentera. Untuk jadi panduan Pakatan Rakyat Sabah bukti yang terdapat dalam pendedahan penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi.”

Maklumat ini dari ‘rakan e-mail’ ini perolehi daripada seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara on-line di laman web SPR di sini namun dia sendiri terkejut ‘orang utan’.

Apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi orang awam atau pesara tentera.

SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah.

Untuk makluman rakyat Sabah, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masih digunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx di mana tarikh bersara hampir sama.

Sangat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi kelebihan kepada UMNO-BN untuk menang.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.

Saksikan keajaibannya apabila anda melihat nombor kad tentera yang telah berpencen ini masih terdapat dalam daftar pemilih 2009 yang akan diguna pakai untuk Dun Bagan Pinang ini iaitu 1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

Mungkin dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun ia telah dicetak keluar serta dimuat turun maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.

Pegawai-Pegawai Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PKR, PAS, DAP) haruslah membuat kerja penyelidikan segera dengan mengadakan semakan dari sekarang kerana ianya juga akan melibatkan Sabah dan harus dibuat bantahan segera setelah ianya dipamerkan untuk bantahan kepada orang awam untuk memastikan tidak wujud ‘Pengundi Hantu’ daripada Tentera dan Polis.

Lakukan segera kerana menurut undang-undang yang berkuatkuasa, selepas kes petisyen pilihanraya DUN Likas 1997, daftar pemilih yang telah diwartakan tidak boleh dicabar di Mahkamah!.

Dalam pada itu, menurut Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, isu pengundi hantu tentera ini telah lama berlaku dan merupakan taktik kerajaan untuk memanipulasi pola pengundian agar tentera dan polis menjadi ‘Fixed Deposit’ kepada mereka untuk memenangi atau mengurangkan majoriti pembangkang di sesuatu kawasan pilihanraya.

“Mutalib M.D telah menulis buku ‘Pengundi Untuk Di Sewa’ (Voters For Hire) pada 2000 ia ianya pernah diharamkan namun kini dibenarkan dijual kepada umum setelah SPR membersihkan daftar pemilih untuk membuang nama dan nombor yang dimuatkan dalam buku berkenaan sahaja,” ujar Jeffrey yang membidas Kerajaan BN telah menghalalkan cara melalui penipuan peti undi dan undi pos.

Kata Jeffrey, rakyat harus membaca buku Pengundi Untuk Disewa ini kerana ianya masih relevan dan kerajaan BN melalui SPR akan menggunakan modus operandi yang sama berulang kali. Apa yang dinyatakan dalam buku tersebut 200% benar, tiada yang tidak benar, melainkan tidak dibenarkan dijual kepada orang awam lagi,” ujar Jeffrey dalam nada berseloroh.

Sumber http://www.sabahkini.net


Read More

PAS Akan Bertemu SPR Pada 28 Sept Untuk Bincang Prosedur Undi Pos

KUALA LUMPUR, 14 Sept :- PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 28 Sept depan bagi membincang mengenai prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi. Demikian seperti yang dipetik dari Bernama sebagai berkata.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini berkata sehubungan itu, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan Oktober depan, Salahuddin memberitahu pemberita di sini, PAS sudah ada tiga nama untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama calon itu dan hanya berkata calon bagi DUN itu akan ditentukan PAS Pusat pada masa yang terdekat ini.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, 11 Oktober.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi dan 4,604 adalah pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.


Read More

Lima Tahanan ISA Dibebaskan

PUTRAJAYA, 15 Sept :- Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang Selasa setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah, seperti satu berita yang disiarkan oleh Bernama hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.


"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang," katanya kepada pemberita.

Hishammuddin berkata pembebasan kesemua tahanan itu adalah kerana mereka telah menunjukkan respon pemulihan positif sepanjang tempoh pemulihan dan tidak lagi dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara.


Read More

Tiada sebab untuk undi BN di Bagan Pinang

KOTA BHARU, 15 Sept: Ketika undang-undang dicabul, negara pula terpaksa berhutang RM95 bilion, tidak ada sebab untuk rakyat mengundi Barisan Nasional di Bagan Pinang, kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun sudah lebih lima bulan berada di puncak kuasa, namun pemulihan kedaulatan undang-undang masih belum berlaku.
Husam yang juga Exco kerajaan Kelantan berkata, perdana menteri masih lagi membisu terhadap banyak kes membabitkan pencabulan undang-undang negara.

"Kalau kita lihat dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Teo Beng Hock sehingga membawa kepada kematiannya.

"Seorang pemuda India pula mendakwa diseksa semasa penyiasatan SPRM. Semuanya itu tidak mendapat apa-apa reaksi daripada Perdana Menteri.

"Ini menunjukkan tidak ada pemulihan dari segi perjalanan kedaulatan undang-undang dalam negara kita. Manakala dari segi ekonomi, negara semakin parah,� katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Kamil Hassan, Salor dekat sini baru-baru ini.

(Gambar: Seorang penduduk Cina turut menerima sumbangan hari Raya daripada Husam Musa)

Husam berkata, tahun ini sahaja negara telah berhutang sebanyak RM93 bilion dalam bentuk jualan bon. Ia merupakan satu jumlah yang sangat menakutkan sehingga boleh membawa kepada keruntuhan ekonomi negara.

Oleh itu kata beliau, berdasar kepada perkembangan itu tidak ada sebab rakyat untuk menyokong calon BN di Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.

"Kalau kita mengatur strategi yang tepat kita ada peluang untuk menang biar kawasan itu mempunyai lebih 4,500 undi pos.

"BN kini sudah tidak mampu lagi memimpin negara ini. Rakyat harus menyedarkan BN dengan memberikan undi alternatif kepada pihak lain," katanya.

Pada majlis tersebut, sumbangan lebih RM100,000 disampaikan kepada golongan armalah, anak yatim, fakir miskin dan orang tua di Dun Salor.

Penerima sumbangan termasuk juga penduduk bukan Islam. Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Bharu, Ruzaidi Che Soh.


Read More

Selasa, 15 September 2009

11 Okt Hari Pengundian Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang

PUTRAJAYA, 14 Sept :- Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

SELAMAT BERJUANG WAHAI MUJAHID ISLAM -
PAStikan Momentum Kemenangan islam berterusan


Read More

PAS yakin ulangi kejayaan PRK Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 14 Sept: PAS Negeri Terengganu melahirkan keyakinan dapat mengulangi kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada PRK Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober depan.

Setiausahanya, Haji Yahaya Ali berkata, PAS negeri telah bersiap sedia menghantar para petugas bagi menghadapi PRK itu.

"Kami mempunyai harapan dan keyakinan yang tinggi dapat mengulangi kejayaan PRK Bagan Pinang dengan pengalaman yang kita ada dalam PRK Kuala Terengganu lalu," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 11 Oktober ini hari mengundi bagi PRK Bagan Pinang sementara penamaan calon pada 3 Oktober.

Katanya, dengan berbekalkan pengalaman yang diperolehi pada PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan pada 17 Januari lalu, PAS mampu memenangi kerusi Dun Bagan Pinang dalam PRK itu nanti.

Pada PRK Parlimen Kuala Terengganu, calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang menewaskan calon PAS, Haji Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Yahaya menambah, pihaknya yakin dengan para petugas dari negeri ini yang ditempatkan di Unit Peti Undi (UPU) Teluk Kemang untuk membantu para petugas PR seluruh negara bagi memenangkan calon PAS dalam PRK Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian Adun Bagan Pinang, Azman Mohamad Noor pada 4 September lalu di mana pada PRU 2008 lalu, beliau menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi._



Read More

Tiga nama calon, yakin peluang cerah - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 14 Sept: PAS yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan berdasarkan lonjakan sokongan rakyat dalam tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung dan pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sungguhpun persoalan undi pos menjadi perhatian utama kerana mampu mempengaruhi keputusan, namun ianya tidak semestinya memihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti tanggapan umum.

"Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.

"Cuma yang kita mahu ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telus dalam proses undi pos termasuk membenarkan kempen kepada pengundi pos dan mereka juga boleh hadir sama-sama mendengar kempen kita," katanya.

Sementara itu ketika ditanya calon PAS yang bakal bertanding, beliau memberitahu setakat ini tiga nama calon telah dikemukakan kepada Mesyuarat PAS Pusat untuk dipertimbangkan namun akan mengumumkan satu nama setelah SPR mengisyhtiharkan tarikh penamaan calon.

"PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan.

"Kita akan lawan sesiapa sahaja," jelasnya ketika disoal tentang ciri calon dan spekulasi lawan PAS yang bakal bertanding iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi.

Mengenai peluang PAS untuk menang, Ustaz Hadi berkata ianya adalah cerah berikutan momentum kemenangan yang semakin melonjak yang diperolehi parti itu sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kira-kira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Program Semarak dan Semerbak Ramadan PAS di Pejabat Agung Jalan Raja Laut petang semalam.

Program tersebut bertujuan mendekatkan PAS serta menyantuni masyarakat warga kota khususnya penghuni-penghuni lorong gelap - Lorong Haji Taib yang terdiri daripada penagih dadah, golongan gelandangan, maknyah,pekerja seks dan anak-anak mereka, anak-anak yatim, saudara baru dan fakir miskin.

Turut hadir sama dalam program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan PAS (LKKPP) ialah pengerusinya sendiri iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin.

Terdahulu Ustaz Hadi menyampaikan tazkirah Ramadan kepada kira-kira 200 hadirin yang sejak awal jam 2.00 petang telah turut serta menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya perkhidmatan kesihatan percuma, guaman dan kaunselling.

Ustaz Hadi dalam ucapannya menyeru kelompok masyarakat yang tersasar dan terlibat ke kancah yang tidak diingini khususnya di Lorong Haji Taib dan Chow Kit agar kembali ke pangkal jalan kerana ruang pengampunan yang disediakan oleh Allah SWT sangat luas kepada seiapa sahaja.

"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap.

"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Tambahnya lagi, apa yang ditentukan baik buruk oleh al-Quran merupakan kata-kata benar daripada pencipta manusia yang mengetahui segala kelemahan dan kelebihan makhluk ciptaan-Nya.

Umpamanya pengharaman tuhan terhadap daging babi kerana mempunyai kesan buruk yang kini telah dipercayai oleh masyarakat dunia tentang kebenaran al-Quran itu apabila terjadinya wabak Selesema Babi yang menular sehingga membawa maut, katanya.

"Bagaimana bijak manusia sekalipun tidak mampun mencipta manusia. Justeru yang mencipta manusia wajib kita taati dan taqwa.

"Kita sama sahaja di sisi Tuhan. Yang dipandang Allah ialah ketaatan dan ketaqwaan seseorang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan mengakhiri ucapannya kira-kira jam 7.00 malam.

Program yang bermula jam 2.00 petang itu berakhir pada jam 8.30 malam, seusia majlis penyampaian sumbangan PAS kepada hadirin.


Read More

Sabtu, 12 September 2009

Buletin Cetakan Ogos 2009 Mendapat Sambutan

KUALA NERUS – Buletin PAS negeri Terengganu cetakan Ogos, 2009 mendapat sambutan dari orang ramai apabila ia diagih-agihkan di pasar malam Kampung baru Seberang Takir, kelmarin.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang yang mengetuai operasi mengagih-agihkan Buletin tersebut berkata inisiatif yang diambil oleh jentera MTD Seberang Takir bertujuan mendekatkan PAS kepada orang ramai.

”Bersempena dengan bulan Ramadhan kita turut memberi sedikit kurma bersama-sama Buletin edisi Ogos,”AlhamduliLlah, ia dapat mendekatkan PAS dengan rakyat selain menyebarkan berita dan maklumat yang terdapat dalam Buletin,”katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Menurutnya lebih 100 naskah Buletin dapat diedarkan kepada orang ramai dan sambutan begitu menggalakkan.Buletin tersebut di keluarkan dibawah pengurusan jawatankuasa penerangan negeri Terengganu yang baru yang diterajui oleh Ketua Penerangan yang


Read More

BN mungkin akan ditolak seperti LDP - Che Det

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.

Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.
Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.

"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.

Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.

Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.

Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.

Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".

Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.



Read More

Pemuda mahu calon pilihan raya temui pengundi pos

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Dewan Pemuda PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membenarkan calon PAS yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bertemu dengan pengundi pos di kawasan itu.

Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, calon PAS perlu bertemu dengan pengundi pos yang terdiri daripada anggota tentera bagi memastikan mereka mengenali calon yang bertanding.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga perlu diberi kebenaran untuk berkempen kepada pengundi pos bagi memastikan segala maklumat sampai kepada pengundi pos yang merupakan kumpulan pengundi terbesar di Dun berkenaan.

"Kalau menteri pertahanan dan jabatan kerajaan lain boleh bertemu mereka, mengapa kami dari Pakatan Rakyat tak boleh bertemu dengan mereka?" soalnya.

Bercakap pada satu sidang media selepas mesyuarat exco pemuda tengahari tadi, Azman berkata, Pemuda akan menghantar tuntutan kepada SPR agar memansuhkan Borang Lampiran 2 yang memuatkan butiran peribadi pengundi pos.

"Borang yang tulis maklumat peribadi pengundi pos itu sendiri yang mungkin menyebabkan mereka takut kedudukan mereka terjejas kalau undi Pakatan Rakyat," tegasnya.

Pada sidang media yang sama, Azman juga memaklumkan Pemuda sedang menyediakan satu cadangan untuk diserahkan kepada negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat berkaitan dengan penjualan arak.

Pemuda dalam masa terdekat ujarnya akan mengadakan seminar atau perbincangan meja bulat untuk membincang dan mengemukakan cadangan berhubung isu berkenaan.

"Pemuda berpandangan isu ini sangat penting bukan sahaja kepada negeri Selangor tetapi juga negeri-negeri Pakatan lain termasuk Perak yang kita anggap masih di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

Jelasnya, Pemuda akan menyediakna garis panduan bekenaan penjualan arak di negeri Pakatan, bukan mengharamkannya secara total seperti yang disalaherti oleh banyak pihak.

"Kita akan beri garis panduan dan pandangan daripada Pemuda PAS. Bukan haram secara total kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum (arak)."

Selain itu, DPP juga menyokong usaha sayap pemuda anggota Pakatan Rakyat untuk menubuhkan satu sekretariat pemuda Pakatan untuk menyelesaikan segala isu yang timbul secara bersama tanpa berlakunya salah faham.

"Pemuda Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk menangani isu-isu yang berlaku dalam negara kerana kita rasa perjumpaan yang kerap paling kurang sekali sebulan dapat menyelesaikan banyak masalah yg berlaku."Katanya.

Pada masa yang sama, pemuda Pakatan Rakyat sedang merancang untuk mengadakan konvesyen pemuda Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menghimpunkan seluruh Pakatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Read More