Khamis, 14 Januari 2010

Mahkamah Rayuan belum putus MB Perak yang sah

IPOH, 14 Jan: Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menafikan Mahkamah Rayuan telah mengumumkan siapa Menteri Besar (MB) Perak yang sah.

Setiausahanya, Drs Khalil Idham Lim berkata, walaupun pendengaran kes di hadapan lima hakim pada 5 November 2009 telah pun lengkap dan habis bagi peguam di pihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kini Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan.

“Oleh itu, isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.