Jumaat, 1 Januari 2010

TAHNIAH KEPADA SKUAD PEMUDA

Kuala Terengganu- Tahniah kepada skuad Pemuda yang telah
mengedarkan risalah penerangan gaya hidup sihat di malam
ambang Tahun Baru 2010 di sekitar Batu Buruk dan juga
Taman Shah bandar, Kuala Terengganu.Semoga usaha membanteras
maksiat dan memberi kesedaran kepada anak-anak muda dan
orang ramai ini dapat dipertingkat dan diteruskan
dari semasa ke semasa kerana "orang muda geng kite".
Kita yang patut mendekati, bersama mereka dan memberikan
kesedaran kepada mereka.

Kegagalan kita bersama mereka dan adakalanya semakin jauh
dari mereka menyebabkan anak-anak muda menjadi liar dan
memilih kumpulan dan gaya hidup mereka sendiri. Justeru
itu pemuda harus sentiasa bersama anak-anak muda ini dan
membimbing mereka menamatkan pemerintahn BN dinegara ini.

Semua jalan utama ke Kuala Terengganu juga sesak malam ini.
Anak-Anak muda dan juga orang ramai yang berpusu-pusu ke
pantai batu buruk dan juga Dataran Shah Bandar semenjak 10
malam lagi telah menyebabkan kesesakan Jalanraya. Ditambah
pula dengan "Road Block" oleh pihak keselamatan yang meliputi
semua jalan utama ke dua tempat ini menambahkan lagi
kesesakan jalanraya. Pihak Keselamatan mungkin memburu Mat
Rempit yang kebiasaanya akan berpesta di malam sebegini.

Namun pujian juga harus diberikan kepada pihak polis kerana
telah sedaya-upaya membanteras golongan kurang-ajar dan "tak
makan saman" Mat Rempit. Sememangnya golongan Mat Rempit ini
sangat menyedihkan dan langsung tak reti menghormati orang lain.
Entah apa hantu yang merasuk mereka dan dari mana mereka
mendapat ajaran ini yang sangat berlawanan dengan agama yang
mereka anuti. Semoga pihak berwajib dapat terus mengadakan
kawalan dan operasi membanteras golongan ini dari semasa ke
semasa. Terusan kekerapan mengadakan operasi sehingga golongan
Mat Rempit ini tidak mampu bernyawa lagi.