Jumaat, 17 Julai 2009

Pemimpin Bertemu Rakyat; Pelbagai Kaum Bersama PAS


KEMAMAN – Program ‘Pemimpin PAS Turun Bertemu Rakyat’ yang diadakan sehari suntuk di Dewan Undangan Negeri Chukai, disini, semalam, mendapat sokongan dari pelbagai kaum.

Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu telah mengorak langkah setapak ke hadapan, lebih pro-aktif dalam merealisasikan hasrat rakyat berbilang kaum yang mahukan satu pemerintahan yang adil dan berkebajikan

Justeru, perlaksanaan program Pemimpin Turun Bertemu Rakyat telah memberikan banyak input dan manfaat bukan sahaja kepada kepimpinan malah kepada warga Chukai.

Sebagai contohnya, hasil pertemuan dan dailog dengan pimpinan tertinggi PAS negeri itu, aktivis muslimat, Faizah Mat dapat menyuarakan hasratnya tentang keperluan meletakkan calon muslimat atau wanita dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Bagi kepimpinan baru perhubungan PAS Terengganu pula, tentunya melalui program ini dapat berta'aruf, bermesra bergurau jenaka, dan berasa lebih rapat dengan pimpinan peringkat paling bawah.

Selain itu, acara 'minum pagi' bersama warga Kuala Kemaman, turut disertai oleh masyarakat bukan Islam yang bakal melenyapkan terus tembok pemisah yang dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Acara ‘Jamuan Rakyat’ yang diadakan dengan kreativiti Jawatnkuasa MTD Chukai turut dilihat berjaya menarik kaum Tionghua bersama-sama makan tengahari di markaz PAS Dusun Nyior, Chukai.

Mereka tidak segan dan malu untuk bercampur gaul, bahkan para petugas PAS juga telah faham keperluan masyarakat Tionghua, dimana lauk ayam khusus disediakan untuk kaum Tionghua yang tidak makan daging.
Sumber http://www.buletinonline.net