Selasa, 14 Julai 2009

Pengundi sudah ‘Akil Baligh’ – Tok Guru Nik Aziz

MANEK URAI – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berkata sudah masanya rakyat beralih menyokong PAS dan Islam berdasarkan pemerhatian beliau terhadap perjalanan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai pengundi sudah ‘akil baligh’, kerana dapat membezakan antara yang benar dan yang salah.

”Daripada hari penamaan calon sampai kepada sehingga hari ini saya nampak terang di masjid-masjid penuh dengan orang PAS, lambang bulan,

”tapi pelik pergilah masjid balaisah mana pun, tak nampak kereta-kereta (yang ada lambang) dacing,” katanya ketika di temui sewaktu melawat dan bertemu calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) di Sekolah Kebangsaan Peria, dekat sini, pagi ini.

Menurutnya ia adalah satu petanda yang baik dimana perjuangan parti politik dewasa ini semakin nyata mengikut Islam.

Lihat gambar-gambar sekitar pengundian DUN Manek Urai di www.buletinonline.blogspot dan Ikuti seterusnya kenyataan terbaru Tok Guru Nik