Khamis, 9 Julai 2009

PAS Menang Besar Jika Pengundi Luar Pulang

PAS dijangka akan menang di Manek Urai jika pengundi luar kawasannya balik mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini. PAS berharap hampir 2,000 pengundi di luar kawasannya itu pulang Julai 14 ini untuk mengundi. Lebih 25 peratus pengundi Manek Urai berada di luar kawasan mengundi itu, dan 70 peratus dari mereka pula mengundi PAS dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Walaupun pengundi luar tidak pulang, PAS insya Allah akan menang kerana pengundi Manek Urai sudah muak dengan karenah politik UMNO BN. PAS akan menang lebih besar sekiranya pengundi luar pulang mengundi. Pengundi luar akan pulang mengundi untuk mengekalkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka menaiki kenderaan yang disiapkan oleh UMNO, namun di pertengahan jalan mereka menunjukkan warna sebenar mereka dan mengundi PAS di mengundi.

UMNO pula telah membuat gempuran jahat dan jijik termasuk bersekongkol dengan SPR dalam menetapkan tarikh pilihan raya di Manek Urai. Di fahamkan terdapat "tangan-tangan ajaib " telah menetapkan tarikh pilihanraya pada 14 Julai. 14 Julai di tengah bulan dan hari bekerja pula dan orang akan berfikir banyak kali sebelum pulang mengundi. Sebelum ini, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, UMNO janji bayar RM300 untuk pengundi luar supaya jangan balik.

Namun MB Kelantan, Datuk Nik Aziz telah berkata, ambil duit itu, tetapi balik mengundi dan pastikan pangkah PAS dan tumbangkan kebatilan UMNO BN. Dan amanat ini akan di pegang oleh pengundi Manek Urai untuk meneruskan momentum kemenangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Sumber http://addin77.blogspot.com