Sabtu, 18 Julai 2009

Pendedahan Zulkifli Sulong ttg MU wajib diambil perhatian !!

Penulis mahu memetik kata-kata daripada Zulkifli Sulong yang wajib diambil perhatian oleh PAS pusat yang bakal untuk bermesyuarat pada Ahad ini utk membincangkan post mortem MU ... ikuti pendedahan Zulkifli Sulong tersebut :

"Mungkin isu kerajaan perpaduan tidak memberikan kesan kepada pengundi secara langsung tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada jentera PAS di sana.

Oleh kerana agak sibuk dan menghadapi masalah pribadi, buat pertama kalinya dalam mana-mana pilihan raya kecil, saya tidak turun sekalipun ke Manek Urai. Padahal, sekurang-kurangnya saya biaasanya memimpin dua pasukan petugas penting untuk setiap kali pilihan raya yang melibatkan PAS. Namun kali ini, saya terasa khidmat kami tidak berapa diperlukan. Jadi, kami tidak pergi.

Saya telah menghantar seorang wartawan kanan untuk membuat liputan pilihan raya kecil ini. Biasanya, oleh kerana kami rapat dengan wartawan Harakah (kerana ramai antara wartawan Siasah pernah bertugas dengan Harakah), kami akan dapat tinggal dan menumpang di pejabat yang wartawan Harakah bertugas.

Kali ini, wartawan kami itu terasa benar beliau tidak dikehendaki di situ. Dia diminta mendapatkan pas untuk membolehkan beliau bertugas dari pejabat itu. Walaupun nama, surat dan gambar diberikan untuk mendapatkan pas itu, sehingga akhir, beliau tidak mendapat pas kerja itu. Hasilnya terpaksalah beliau menumpang di lain-lain tempat untuk membuat kerja sebagai seorang wartawan.

Nasib kawan saya ini juga dialami oleh beberapa petugas PAS dari luar Kelantan. Turut mengalami nasib yang sama adalah para pemimpin kanan PAS dari luar Kelantan. Kedatangan mereka seolah-olah tidak berapa dikehendaki di sini.

Saya diberitahu, tiga pemimpin kanan PAS (anggota Dewan Harian) tidak mendapat pas masuk ke pusat penamaan calon. Alasannya kerana pas masuk sudah habis. Tetapi selepas itu sekumpulan ahli PAS yang diketuai seorang anggota Parlimen dilihat mereka masuk ke pusat penamaan calon itu kerana memiliki pas dari SPR yang diperuntukkan kepada PAS itu.

Apabila diselidik, rupanya isu kerajaan perpaduan tidak selesai sebagaimana yang sepatutnya. Untuk menutupnya, pendekatan “localise” telah dikuatkuasakan iaitu isu dan petugas tempatan yang akan mengendalikan kempen ini. Orang luar, hanya “yang perlu” sahaja hadir. Akibatnya, sebagaimana yanag saya katakan tadi, ramai petugas luar PAS yang datang hanya menjadi pelancong pilihan raya sahaja. Selepas sehari dua tidak berperanan, mereka pulang ke tempat masing-masing.

Kesannya, hanya petugas tempatan sahaja yang mendominasi jentera PAS kali ini. Seorang rakan wartawan melaporkan, ketika PAS sibuk melaksanakan aktiviti untuk menarik golongan belia di padang bola, para pemimpin Umno naik ke rumah-rumah pengundi memberikan wang dan pelbagai jenis projek untuk pengundi."

Ulasan Penulis : Penulis sangat setuju dengan tulisan diatas. Ramai orang luar yang datang dari hari penamaan calon lagi seakan2 tidak dipedulikan oleh mereka. Sehingga ada suara-suara sumbang yang seakan angkuh dan sombong berkata-kata yang mengguriskan banyak pihak. Ingat lah kemenangan itu atas Pertolongan ALLAH dan bukannya kerana kekuatan diri kita sahaja. Semoga PAS Kelantan belajar dari sejarah M.U. Memang pesta demokrasi sebagaimana di Rasai di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang teramat tidak dirasai di M.U.