Sabtu, 2009 November 21

Kesan Seminar PAS

Assalamualaikum Wr W.B.T

Dah lama sangat Blog Pemuda Ladang ini tak terupdate
Mungkin kesan EGM dan jugak Seminar PAS Pusat tempohari kot.
Kecewa sangat dengan sikap ahli kita nie yang tak boleh
langsung terima pandangan orang lain dan menghentam sesakan2nya
terutama kepada Dr Aziz Bari.

Pemikiran membangkan tak kena tepat ini teramat menyedihkan,
manusia-manusia sebegini sepatutnya dah dimuziumkan dari PAS.
Zaman dah berubah. Kita je PAS Terengganu yang tak pernah
cuba nak berubah.

Sebab tu rakyat tak sanggup berubah walaupun perjuangan dan
matlamat kita sangat baik.

Takbir ALLAHU AKHBAR


Read More

Jumaat, 2009 November 13

Amaran angin kencang, ribut petir, Ombak Besar dan laut bergelora

KUALA TERENGGANU - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut kategori pertama yang dijangka berlaku di perairan Samui mulai 17 hingga 19 November ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, angin kencang berkelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) bersama ombak besar mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu akan berlaku di negeri Terengganu, Kelantan, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sehubungan itu Bernama turut melaporkan, kejadian ribut petir di perairan Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat, Kuching, Sabah Utara iaitu di Kudat dan Sulu dijangka berterusan sehingga malam ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40kmsj dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 2.5 meter sekaligus berbahaya kepada bot-bot kecil. >


Read More

Selasa, 2009 November 10

Resolusi Seminar Memperkasakan PAS

Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami bahawa:

1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini.


Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.

2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.

3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki "Persepsi" rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.

Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:

1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti dalam semangat musyawwarah memlalui mekanisme parti secara berkesan.

2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai 'ta alluf al-quluub' yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.

3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.

4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda "Kerajaan Perpaduan".

Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:

1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.

2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.

4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.

5. Membuat satu "Pelan Tindakan" bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.

Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti
7 November 2009, 19 Zulkaedah 1430H.


Read More

Seminar Memperkasakan PAS; Liputan akhbar Cina

- PAS terus bersama PR
"Seminar politik memperkasakan parti" yang diadakan pada 7 November boleh menjadi detik sejarah yang penting untuk PAS, khususnya dilihat dalam konteks politik Malaysia, tetapi tidak mendapat liputan yang luas dalam media cetak bahasa Cina.

Sebaliknya, akhbar Cina lebih berminat terhadap Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua MCA, lantaran pergelutan parti itu yang belum selesai.

Antara media cetak bahasa Cina, Sin Chew Daily memberi liputan yang paling luas (secara perbandingan) untuk laporan seminar politik PAS. Malah, isu ini disentuh dalam kolum dan ruang lidah pengarangnya pada 9 November. Selain itu, komen terhadap seminar PAS boleh didapati di Nanyang Siang Pau, sementara media cetak Cina selainnya tidak/belum mendalami isu ini dalam bentuk analisa ataupun komen.

Kesemua media cetak Cina menonjolkan "PAS terus bersama Pakatan Rakyat" sebagai tajuk laporan utama pada 8 November. Kandungan laporan merangkumi pandangan kedua-dua orang ahli panel yang berlatar-belakangkan akademik, selain reaksi perwakilan yang menyelar Profesor Abdul Aziz Bari.

Sinchew Daily

Muka surat ketiga Sinchew Daily pada 8 November disarat hampir penuh dengan laporan seminar politik PAS, bertajukkan "Tiada rundingan kerjasama dengan UMNO lagi". Selain ucapan Presiden PAS, pembentangan survey oleh Profesor Abu Hassan Hasbullah yang menunjukkan penurunan sokongan terhadap PAS, khususnya terhadap pimpinan Hadi Awang, juga dijadikan tumpuan.

Timbalan Ketua Pengarang Sinchew Daily, Tay Tian Yan dalam kolumnya pada 9 November yang bertajuk "Pak Lah versi PAS", membandingkan Hadi Awang dengan bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil bin Mohd Noor. Tay menuduh Hadi Awang tidak menunjukkan prestasi, berdasarkan kenyataan bahawa PAS Terengganu yang dipimpininya telah kehilangan kerajaan negeri, sehingga "tsunami politik" pun gagal menyelamatkannya.

Tay menulis, "Hadi Awang tidak memahami masalah PAS, malah nampaknya lebih tidak memahami dirinya. Beliau hanya menggunakan logik yang mudah, iaitu pertandingan bola sepak baru masuk separuh, mana boleh ketua pasukannya ditukar?"

"Teruknya, beliau tidak tahu pun peraturan asas dalam bola sepak. Di gelanggang, seandainya prestasi ketua pasukan tidak baik, apa yang dilakukan terlebih dahulu adalah menukarkannya. Kalau tidak, satu pasukan akan dibebankan olehnya... "tambah Tay.


Lawan PAS bukan lagi Pak Lah

Walau bagaimanapun, Tay menganggap Hadi bukannya jahat, cuma Hadi lebih sebagai ulamak daripada seorang pemimpin politik. "Beliau mengurung dirinya dalam suasana politik yang lama, bermundar-mandir antara ideologi keagamaan dan kemelayuan yang konservatif, dan gagal mengatasinya... Sehingga tsunami politik gagal melambungkannya ke puncak, lebih-lebih lagi, beliau dipengaruhi orang di sisinya yang membataskan perspektifnya."

Tay menyimpul, "(Gelaran) 'Pak Lah versi PAS' amatlah sesuai untuknya (Hadi). Persoalannya, lawan PAS kini bukan lagi Pak lah, tetapi Najib yang lebih cerdik".

Sementara itu, Lidah Pengarang Sinchew Daily pada 9 November yang bertajukkan "PAS perlu menghadapi realiti politik", menulis "...melihat kepada iklim politik selepas PRU Mac tahun lalu, PAS tidak ada lagi pilihan. Seandainya PAS ingin melakukan sesuatu dalam gelanggang politik Malaysia, maka ia perlu mengambil pendirian Islam yang sederhana, mengubal dasar yang lebih memperlihatkan keterbukaan. Amalan Islam Fundamentalist tidak menguntungkan PAS."

Malah, lidah pengarang ini menyimpulkan bahawa PAS, bahkan PR perlu berhenti mengungkit isu yang sensitif dan emosi, menghormati kemajmukan, mempertingkatkan kemampuan pentadbiran, bersaing secara sihat dengan BN untuk memanfaatkan rakyat.


Nanyang Siang Pau

Nanyang Siang Pau pula membubuh tajuk "Hadi: Idealisme perjuangan tidak diketepikan, PAS terus bersama PR" dalam laporannya pada 8 November, di muka surat A7.

Walau bagaimanapun, Nanyang Siang Pau mengikuti perkembangan isu ini pada 9 November dengan satu temuramah bersama Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang mendakwa "tiada lagi rundingan antara PAS dengan UMNO", dan hubungan pemimpin PAS kini semakin rapat.

Dalam satu analisa berjudul "Dua aliran dijangka membuka gelanggang baru" yang disiarkan pada muka surat A10, menganggap "pendamaian" ini hanya bersifat sementara, dan kedua-dua aliran ini dijangka bakal membuka gelanggang baru.

"Pertentangan antara dua aliran ini wujud dari segi idealisme mentadbir negara dan pengagihan kuasa dalam parti. Punca yang menjurus kepada keretakan ini adalah 'rundingan antara PAS-UMNO'."

Analisa ini melihat isu "kerajaan perpaduan" dibangkitkan pada zaman pemerintahan Najib hanya sebagai "pertimbangan strategi politik", memberi amaran agar golongan profesional dalam parti tidak terlalu cenderung kepada Anwar Ibrahim, di samping mengingatkan kedua-dua rakan sekutu PR agar jangan memperlekehkan kedudukan dan pengaruh PAS.

"Apa yang menarik selepas ini adalah, selepas menggugurkan strategi 'kerajaan campuran' ini, apakah pula strategi aliran 'ulamak' yang diketuai Hadi Awang untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh dalam parti," simpulnya.


China Press

Tiada ulasan selanjutnya mengenai seminar politik PAS di China Press, setelah laporan pada 8 November di muka surat A19.

Lebih setengah muka surat diperuntukkan untuk seminar politik PAS pada 8 November, dengan tajuk utama berbunyi, "Hadi Awang: Bersama PR-- PAS tidak bekerjasama dengan UMNO".

Apa yang menarik ialah tajuk kecilnya, misalnya "Tuduhan 'Pak Lah versi PAS', Penceramah dikritik perwakilan" (merujuk kepada Abdul Aziz), "Tidak puas hati kerana kesetiaan dipertikai, Perwakilan bidas rakan sekutu PR" (merujuk kepada perwakilan Wilayah Persekutuan),
"Hadi:Membawa perubahan untuk rakyat, terus berjuang bersama PR", "Hadi: Tidak letak jawatan biarpun dikritik", "Melenting kerana kritikan umpama orang primitif" (merujuk hujah Abu Hassan Hasbullah), "Masuk PR: Cakap tak serupa bikin" (merujuk kepada hujah Abdul Aziz Bari), "Abdul Aziz: PAS gagal jadi alternatif jika tidak menerima bukan muslim", "Hu Pang Chaw: Tidak pernah Melayu berpecah belah."


Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh

Oriental Daily memperuntukkan keseluruhan muka surat A9 (tabloid) pada 8 November untuk laporan Seminar Politik PAS, dengan tajuk utama "Hadi menjaminkan peranan yang aktif, PAS tidak akan meninggalkan PR". Selain itu, wujud juga laporan yang bertajukkan "Penyokong Hadi bidas penceramah", dan "Profesor tegur PAS untuk menerima masyarakat bukan Islam." Tiada analisa disusuli pada hari berikutnya.

Kwong Wah Yit Poh yang berpusat di Pulau Pinang pula hanya melaporkan seminar ini pada 8 November, di muka surat A19, dengan tajuk "Hadi: Memimpin perubahan, PAS terus bersama PR".

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 8 dan 9 November 2009, berkisar pada Seminar Politik Memperkasakan Parti, PAS.

Sumber http://www.buletinonline.net



Read More

Isnin, 2009 November 09

IKTIBAR DARI EGM - SEMINAR PERKASAKAN PARTI

Marilah kita sama-sama berlapang dada, belajar meraikan
tetamu yang dijemput untuk menasihati kita dan juga mengubah
landasan kita di negeri Terengganu ini.

Kesan dari Seminar pemerkasaan PAS itu. Kita kepimpinan
PAS Terengganu yang totalnya dikuasai dan dimanapoli golongan
agama paling teruk dikecam hebat oleh semua.

Ironinya kita suka meneluarkan hukum atas orang lain dan
berapi-api mencemuh orang lain. Namun kita sendiri jumud untuk
mendengar, berlapang-dada dan membina kritikan orang lain.
Menggunakan ayat AlQuran dan ilmu ke atas orang lain tapi
terlupa sungguh-sungguh kepada diri sendiri.

Justeru itu sudah sampai masanya, kita berubah di negeri ini
jika bercita-cita untuk memerintah negeri ini. Golongan lama
yang menjadi libialiti PAS Terengganu mahu tak mahu
terpaksa di dikorbankan. Ramai sangat golongan Ubat yang habis
tempoh di dalam kepimpinan PAS Terengganu yang patut diisi
dengan mereka yang lebih berlapang dada, profesional dan
memahami aspirasi perjuangan era ini.

Mari Kita berubah sebelum kita diubah dan di pinggirkan terus
dari masyarakat. Masyarakat mahukan PAS Terengganu selari dengan
arus perubahan Nasional bukannya terus kebelakang dan tertinggal.
Ketengahkan muka-muka akademik dan profesional yang mempunyai
ilmu agama dan istiaqamah ke depan masyarakat. Jangan memanapoli
terus Kepimpinan PAS Terengganu. Pemuda juga berani-beranilah
melawan arus jangan hanyut bersama arus yang semakin tak relevan.

Zaman Sudah Berubah... Kita bila Lagi???


Read More

Sabtu, 2009 November 07

Cadangan Membina Surau di Pejabat Perhubungan

KUALA TERENGGANU – Perhubungan PAS Terengganu bercadang untuk membina sebuah surau dua tingkat diruang parkir sebelah kanan dalam kawasan bangunan pejabat di Taman Seri Intan, disini.Pegawai Kerja, Ustaz Zakaria Dagang berkata, apabila surau itu siap, ia bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada petugas PAS tetapi dibuka kepada semua muslimin dan muslimat.

”InsyaAllah, ia akan turut memberikan kemudahan kepada staf pejabat-pejabat yang berhampiran, bukan hanya kepada petugas pejabat PAS sahaja,”ia amat bersesuaian dengan seruan ’PAS untuk semua’,”jelasnya.Menurutnya pembinaan surau tersebut memerlukan kos kira-kira RM70,000.00.

Oleh itu, katanya, satu tabung ’Dana Bagi Pembinaan Surau’ telah dibuka untuk orang ramai memberikan sumbangan. ”Derma untuk pembinaan Surau tersebut boleh diserahkan kepada saya sendiri, atau berhubung dengan Bendahari PAS Negeri, Haji Muhyidin Abd Rashid,”jelasnya.


Read More

Konvensyen Blogger PAS 2009

KUALA LUMPUR - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan satu Konvensyen Blogger PAS SeMalaysia 2009 dan terbuka untuk ahli-ahli PAS yang aktif dalam aktiviti tersebut.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya hari ini berkata, semua aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan adalah dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.

Katanya, tempat untuk peserta adalah terhad dan untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke -penerangan.paspusat@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).

Menurutnya, para bloggers diminta menghantarkan maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama
No. Ahli Pas
No. HP
Alamat Blog
Email
”Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email,”katanya.


Read More