Khamis, 30 Julai 2009

Lebih ramai Unit Amal ditempatkan di Masjid Negara

"Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain. Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.

Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.
Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit."


Read More

15 Pertubuhan Cina dan 26 Kumpulan Mahasiswa sokong Himpunan Mansuhkan ISA

"Semalam Gabungan Mansuhkan ISA menerima sokongan dari 41 organisasi lagi, iaitu 15 Pertubuhan Cina dan 26 Kumpulan Mahasiswa dari seluruh negara. Ke semua mereka menyatakan hasrat menyokong Himpunan Mansuhkan ISA yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2009 di Istana negara sabtu ini.

Mereka juga memberikan komitmen untuk menghadiri Himpunan ini dan dijangkan GMI bakal menerima lebih banyak sokongan dalam sehari dua ini dari pelbagai ideologi politik, agama, bangsa dan pelbagai peringkat usia.

Sebelum ini GMI sudah mengesahkan bahawa Parti Gerakan yang juga komponen BN yang menentang akta ini sudah menyatakan sokongan untuk hadir bersama.

Ini menunjukan usaha GMI ini bukan didokong oleh Pakatan Rakyat sahaja, tetapi dari semua kumpulan yang memahami dan menentang kezaliman akta ISA ini;

Berikut adalah senarai 41 organisasi NGO yang baru nyatakan sokongan;

1. Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor
2. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
3. Persatuan siswazah-siswazah Taiwan Cheng Kung University Malaysia
4. The United Lee’s Association Selangor & KL
5. Bahagian Belia Persatuan Hopo KL & Selangor
6. Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuan K.L & Selangor
7. Selangor & KL Hokkien Assciation Youth Section
8. Bahagian Belia Persatuan Huian Quangang KL & Selangor
9. Bahagian Belia Persatuan Teo Chew Selangor & KL
10. Bahagian Belia Persatuan Wui Leng Selangor & KL
11. Bahagian Belia Persatuan Murid-murid tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor.
12. Bahagian Belia Persatuan Foo Chow Selangor & KL
13. Bahagian Belia Persatuan Shing An Selangor & W/P
14. Gabungan Persatuan-persatuan Bekas Penuntut Sekolah China W/P & Selangor (Belia) .
15. Bahagian Belia Persatuan Char Yong Selangor & W/P.
16. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
17. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)
18. Gerakan Mahasiswa Islam UUM
19. Gerakan Mahasiswa Maju UPM
20. Gerakan Mahasiswa Maju USM
21. Gerakan Mahasiswa Maju UUM
22. Gerakan Mahasiswa Maju NEC
23. Inter Varsity Council (IVC)
24. Ikatan Studi Islam (ISI) UKM
25. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)
26. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
27. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
28. Majlis Pelajar Cina UTM
29. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM
30. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM
31. NEC Social Concern Group
32. Persatuan Bahasa Cina UM
33. Persatuan Bahasa Cina UUM
34. persatuan Bahasa Tionghua UPM
35. Persatuan Bahasa Tionghua USM
36. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
37. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM
38. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM
39. Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Cawangan Kedah (GBBM)
40. Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM
41. UUM Community Service Group "


Read More

Selasa, 28 Julai 2009

H1N1: Kematian ketiga di Malaysia

PUTRAJAYA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lepas.

"Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lepas dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator).

"Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai," katanya.

Liow yang kecewa dengan perkembangan itu, berkata semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.

"Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.

"Jadi saya ingin menggesa semua klinik dan hospital untuk sentiasa berwaspada, lebih efektif dan mengambil tindakan serta langkah segera dalam manamana kes yang disyaki influenza.

"Ada banyak kes yang datang dengan simptom pneumonia tetapi mereka perlu menjalani ujian sama ada ia H1N1 atau tidak. Mereka perlu mengambil langkah segera itu," katanya.

Mengenai situasi semasa Liow berkata terdapat 95 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan, semuanya adalah kes tempatan di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 68 daripadanya merupakan kejadian dari 19 kluster baru, 22 kes dari 11 kluster sedia ada manakala lima kes lagi adalah kes-kes sporadik atau terpencil.

Beliau berkata jumlah terkumpul kes itu setakat ini meningkat kepada 1,219 kes, iaitu 574 atau 47 peratus daripadanya merupakan kes import manakala baki 645 atau 53 peratus adalah kes jangkitan tempatan.

"Daripada jumlah ini 1,198 kes atau 98 peratus telah sembuh, hanya 12 kes atau satu peratus yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan sembilan orang lagi atau satu peratus menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.

Liow berkata pertambahan 19 kluster baru itu adalah satu petanda yang menunjukkan kes tempatan merebak dengan begitu cepat, sekaligus menjadikan jumlah kes tempatan lebih tinggi daripada kes import hari ini.

"Walaupun kita tidak ada penyebaran tempatan yang berterusan tapi kluster yang baru adalah petanda bahawa ia akan mula menjadi penularan dalam masyarakat, oleh itu kami di kementerian akan terus memperketatkan tindakan menghadkan pergaulan termasuk aktiviti kempen kesedaran.

"Kami kini menjalankan usaha bersepadu untuk menghentikan penularan. Saya juga menggesa pesakit yang mengalami selesema, batuk dan sakit tekak supaya segera ke klinik atau hospital dan menjalani ujian H1N1. Tolonglah dapatkan rawatan secepat mungkin," katanya.

Mengenai situasi global, Liow berkata sejumlah 163,715 kes dengan 1,025 kematian dilaporkan daripada 159 negara, iaitu peningkatan sebanyak 4,492 kes dengan 38 kematian berbanding hari sebelumnya


Read More

Pertambahan kerusi pilihanraya, Terengganu tidak akan dipinggirkan lagi?

Ramai rakan-rakan dari Terengganu yang saya temui semasa pilihanraya kecil Manek Urai baru-baru begitu bersemangat memberitahu sebuah kerajaan baru Terengganu akan ditubuhkan dalam jangkamasa terdekat. Seorang penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat menyebut, kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said sekarang ini memerlukan talian hayat dari Istana untuk terus mentadbir kerajaan.

Malah rasa tidak puashati dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap pimpinan kerajaan negeri semakin terserlah dengan tindakan 10 ADUN memboikot persidangan DUN yang lepas ekoran SMS ugutan bunuh 3 ADUN UMNO/BN. Untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Ahmad Said pun mereka tidak yakin dapat menumbangkan kerajaan sedia ada kerana 8 ADUN PAS akan menjadi penentu. Namun tuntutan sekumpulan ADUN yang memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menggantikan Menteri Besar yang ada sekarang dengan ADUN lain masih tidak diperkenankan.

Tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekarang. Jika beliau mampu mengembalikan semula bayaran royalty petroleum kedalam kantung kerajaan negeri, itu merupakan satu kejayaan besar selepas hamper satu dekad dinafikan haknya untuk diuruskan secara langsung oleh kerajaan negeri yang memerintah. Sepatutnya, Ahmad Said boleh mengambil pendekatan politik baru dalam menangani masalah rakyat dan penduduk Terengganu yang terkenal dengan jolokan ‘negeri kaya, rakyat miskin’.

Terengganu akan dapat tambahan kerusi pilihanraya?

Sebagai mengulas kenyataan Ketua UMNO Marang, Yahya Mohamad Khatib menjangkakan parlimen Marang akan bertambah satu atau dua kerusi sekiranya persempadanan semula kawasan pilihanraya dilakukan nanti. Sementara Ketua kawasan PAS Marang, Hj Yahaya Ali yang juga Setiausaha PAS Terengganu turut bersetuju dengan pertambahan kerusi Parlimen dan DUN sekiranya persempadanan semula kawasan pilihanraaya dapat direalisasikan.

Kali terakhir persempadanan semula kerusi pilihanraya dilakukan adalah pada tahun 2002 dan sepatutnya persempadanan baru diadakan pada tahun 2010, yakni selepas 8 tahun. Tidak dapat dipastikan sama ada persempadanan baru yang akan diadakan oleh SPR akan diterima ataupun tidak kerana kerajaan tidak menguasai majority 2/3 untuk meminda perlembagaan yang melibatkan pertambahan kerusi.

Bagi negeri Terengganu, persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2002 tersebut tidak melibatkan pertambahan kerusi. Kerusi parlimen kekal 8 dan begitu juga kerusi DUN kekal 32. Kalau tidak silap ingatan saya, kerusi pilihanraya Terengganu telah tidak bertambah sejak lebih 20 tahun kerana pada semakan persempadanan sebelumnya pada pertengahan 1980’an juga tiada pertambahan sebarang kerusi sama ada DUN ataupun parlimen.

Berdasarkan kepada senarai pemilih dalam pilihanraya umum (PRU) ke-12 lalu, jumlah pengundi Parlimen Kuala Terengganu (80,325), Kemaman (75,006), Marang (74,813), Dungun (64,851), Kuala Nerus (61,214), Besut (58,353), Setiu (54,520) dan Hulu Terengganu (52,515) dengan setiap parlimen mempunyai 4 kerrusi DUN.

Dengan jumlah pengundi keseluruhan lebih 520,000 pada pilihanraya umum ke-12 dan mungkin meningkat dengan mudah kepada 550,000 pada tahun 2010 ketika persempadanan pilihanraya diadakan. Tanpa mengambil unjuran pengundi mencecah keangka hampir 600,000 menjelang pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2012, maka adalah wajar persempadanan semula pilihanraya pada kali ini memberikan tambahan tidak kurang dari 3 kerusi kerusi parlimen.

Kenapa saya katakan tidak kurang dari 3 kerusi parlimen perlu ditambah kerana mengambil kira dua kali persempadanan semula pilihanraya diadakan sebelum ini, sepatutnya telah ditambah 2 kerusi parlimen tetapi tidak dilakukan menyebabkan pengundi menjadi terlalu ramai sehinggakan parlimen Kuala Terengganu (80,325), Kemaman (75,006), Marang (74,813), Dungun (64,851) dan Kuala Nerus (64,851) jauh melebihi 50,000 pengundi yang sesuai untuk kerusi parlimen di kawasan-kawasan membangun.

Setelah saya melihat secara kasar taburan pengundi-pengundi yang sedia ada, maka satu kerusi parlimen tambahan di wujudkan bagi daerah Kemaman dan Dungun kerana jumlah pengundi bagi kedua-dua kawasan parlimen sedia ada mencecah 140,000 pengundi dan boleh mencapai 150,000 pengundi pada bila-bila masa.

Kemaman mempunyai 4 kerusi DUN, iaitu Chukai, Air Putih Kijal dan Kemasik. Manaka Dungun pula mempunyai 4 DUN, iaitu Paka, Sura, Rantau Abang dan Bukit Besi. Jika melihat kepada sempadan sedia ada, adalah wajar kerusi parlimen baru diadakan dengan meliputi sebahagian besar kawasan Ketengah sebagai satu lagi pusat pertumbuhan baru berpusatkan di Bukit Besi.

Satu parlimen baru dinamakan Parlimen Bukit Besi boleh diwujudkan menggabungkan kerusi DUN Kemasek, DUN Paka dan DUN Bukit Besi (boleh dijenamakan semula sebagai DUN Jerangau) sebagai asas kepada persempadanan semula kawasan parlimen yang baru ini.

Kawasan parlimen Marang dan Kuala Terengganu mempunyai kepadatan pengundi yang terlalu tinggi melebihi 150,000 pengundi sudah wajar dipecahkan kepada 3 kawasan parlimen. Kalau kita melihat kepada kawasan geographical daerah, sebahagian parlimen Marang termasuk dalam daerah Kuala Terengganu, khususnya DUN Bukit Payong dan DUN Alor Limbat.

Jika sebahagian dari dua DUN yang termasuk dalam daerah Kuala Terengganu dikeluarkan dari parlimen Marang menjadikan parlimen Marang akan tinggal hanya dua DUN sahaja, iaitu DUN Rhu Rhendang dan DUN Pengkalan Berangan. Secara logiknya DUN Pengkalan Berangan perlu dipecahkan dua kerana terlalu luas dari pantai hingga ke darat. Satu DUN Merchang perlu diwujudkan semula disebelah pantai dan pecahan disebelah darat boleh digabungkan beberapa peti undi lain untuk mewujudkan DUN wakaf Tapai.

Kerusi parlimen kedua adalah dengan menggabungkan 2 keruasi DUN dari parlimen Marang, iaitu DUN Bukit Payong dan Alor Limbat yang sebahagian peti undinya berada dalam daerah Kuala Terengganu dengan DUN Batu Burok (sekarang ini dalam parlimen Kuala Terengganu) menjadi sebuah parlimen baru. Parlimen ini boleh dinamakan Parlimen Batu BUrok, sementara kerusi DUN batu Burok ini boleh dinamakan sebagai DUN Kuala Ibai.

Sekarang kita dah dapat dua kerusi parlimen baru. Dimana satu lagi kerusi parlimen boleh diwujudkan. Setelah melihat kepada taburan pengundi baki 4 kerusi parlimen Kuala Nerus (61,214), Besut (58,353), Setiu (54,520) dan Hulu Terengganu (52,515). Dengan jumlah pengundi sebanyak hampir 220,000 satu kerusi parlimen wajar diwujudkan dengan menyusun semula kerusi-kerusi DUN yang sedia ada sebagai asasnya.

Kawasan parlimen Kuala Nerus dan Besut merupakan kawasan yang paling padat pengundi diantara yang tinggal sekarang ini. Satu kerusi yang sesuai dan berpotensi untuk diwujudkan adalah dengan menggabungkan semula kerusi DUN yang berada dalam kawasan Kuala Terengganu Utara untuk membentuk dua kerusi parlimen di sini.

Jika DUN Batu Rakit dikeluarkan dari Setiu dan DUN Manir dikeluarkan dari Hulu Terengganu kerana pada asasnya kedua-dua DUN ini sebahagaian besarnya berada dalam kawasan Kuala Terengganu Utara dan digabungkan dengan kerusi-kerusi DUN sedia ada dalam Parlimen Kuala Nerus, satu lagi tambahan kerusi parlimen wajar dibentuk.

Katalah kerusi parlimen Kuala Nerus yang baru dianjak sedikit ke utara dengan menggabungkan DUN Batu Rakit bersaama dengan Tepuh dan DUN Seberang Takir , maka satu lagi kerusi parlimen yang baru boleh dibentuk dengan menggabungkan DUN Bukit Tunggal, Telok Pasu dan Manir. Kerusi parlimen yang baru ini boleh dinamakan kerusi parlimen Manir dengan menamakan kerusi DUN Manir sebagai DUN Telok Menara, yang berdekatan dengan pecan tersebut.

Jadi ada yang bertanya, hanya kerusi parlimen sahajakah yang perlu ditambah. Sekiranya kerusi parlimen bertambah setelah lebih dua puluh tahun tidak bertambah, maka secara logiknya kerusi DUN pun ikut bertambah jugaklah.

Berapa hendak ditambah terpulanglah kepada SPR dan Kerajaan Negeri Terengganu. Seorang penganalisis politik memberitahu saya sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN perlu ditambah menjadikannya 39 kerusi supaya ganjil.





Read More

PERTUBUHAN MELAYU SOKONG I.S.A

Kumpulan Pro-ISA
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran)


Amat Pelik lagi tidak dapat difahami!!
Bagaimana cara mereka berfikir!
Tetap berdiri teguh Menyokong Segala yang UMNO Buat,
Walaupun ianya Haram dan Melawan Hukum Agama.
I.S.A Akta Zalim lagi tak pernah diterima oleh akal di
mana-mana negara dan bangsa dalam dunia ini.
AKTA yang boleh menahan dan memenjara
manusia tanpa dibicarakan dan di adili???

Malangnya 3 Kumpulan melayu ini Menyokong???
Demi mengampu dan menyokong tuan mereka yang memberikan
mereka rezeki dan hayat atas dunia ini. MasyaALLAH

Ingatlah: Firman ALLAH

" Janganlah Kamu Cenderung Kepada Orang Zalim, kelak kamu akan
disambar oleh api neraka" ALQuran

Cenderung kepada orang zalim sudah dapat balasan kekal di Neraka,
Macamanalah pula mereka yang menyokong dan berdiri teguh
mempertahankan Akta Zalim lagi melawan hukum ALLAH ini.
Tak mampu kita nak memikirkan tahap pemikiran
mereka. Adakah AKAL Mereka telah di OKU kan.


Read More

Himpunan mansuh ISA: GMI tidak berganjak

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak akan berganjak dengan keputusan mereka untuk mengadakan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos ini walaupun mendapat gesaan agar mereka membatalkan hasrat tersebut.

Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, GMI akan tetap meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di ibu negara pada Sabtu ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita tidak akan berganjak, tidak sama sekali untuk membatalkan rancangan yang telah kita rancang sejak begitu awal lagi ini.“Kita akan teruskan hasrat ini yang membawa mesej bahawa rakyat sememangnya mahu ISA dimansuhkan kerana ia merupakan satu akta yang kejam,” katanya kepada mStar Online.

Semalam Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) memberi kata dua kepada GMI agar membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan anti ISA berkenaan.
Malah Magaran juga menegaskan jika GMI masih berdegil untuk meneruskan hasrat mereka, pihaknya juga akan turut menganjurkan perhimpunan balas pada hari yang sama untuk menyokong penggunaan ISA.

Magaran disertai oleh 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Kamaruzaman berkata semua pihak mempunyai hak untuk menganjurkan sebarang perhimpunan secara aman.“Rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mengadakan sebarang perhimpunan, kita hormati pendirian Magaran jika mereka juga mahu mengadakan perhimpunan balas.

“Mereka ada hak untuk buat perhimpunan dan kami juga ada hak yang sama,” katanya.
Ditanya sama ada pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya pertembungan dengan penyokong Magaran, beliau berkata perkara tersebut mungkin akan dapat dielakkan memandangkan kedua-dua perhimpunan tersebut diadakan pada masa yang berlainan.

“Kita pasti tidak akan berlaku sebarang kekecohan atau pertembungan kerana masa yang diaturkan berbeza, mereka pada waktu pagi kami waktu petang.“Tapi bagaimanapun pihak kami telah merancang persedian rapi dengan menyediakan kira-kira 1,000 anggota Unit Amal dari PAS untuk mengawal keselamatan pada hari tersebut.

“Oleh itu kami juga ingin menasihatkan agar Magaran juga mengambil langkah yang sama untuk memastikan perhimpunan yang diadakan dalam suasana yang aman dan terkawal,” katanya.Kamaruzaman berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan pada Sabtu ini.

“Kami juga telah menghantar surat makluman kepada Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong memberitahu mengenai hasrat kami untuk menghantar satu deklarasi rakyat pada hari Sabtu ini,” katanya


Read More

Hayat UMNO Semakin Lama Semakin Pendek

KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus menggunakan kuasa kerajaan dan polis untuk menghalang rakyat menegakkan kebenaran.

Tindakan terbaru UMNO/BN negeri Perak menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang masih sah, V. Sivakumar menjalankan hak dan tanggungjawab menjadikan hayat UMNO/BN semakin lama semakin pendek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berkata tindakan yang tidak mengikut lunas demokrasi itu menyebabkan seluruh rakyat menjadi semakin gelisah.Katanya, malang sekali lagi kepada seluruh rakyat Perak kerana para ADUN dihalang untuk masuk ke dalam bangunan pentadbiran negeri Perak.


”Di(negeri) Perak hari ini, sekali lagi malang berlaku keatas rakyat Perak (kerana) ADUN-ADUN dihalang untuk masuk (dan) menjalankan mesyuarat di dalam bangunan
”(Bangunan SUK) bukan hak milik UMNO, ia adalah hak rakyat,”katanya ketika berucap dalam majlis penerangan anjuran MTD Chukai, di Taman Islam, disini semalam.

Menurutnya, semalam (27 Julai) V.Sivakumar sebagai Speaker telah memanggil satu mesyuarat Jawatankuasa Hak dan kebebasan Dewan.Katanya, tujuan mesyuarat tersebut adalah memanggil Ganesan, speaker haram yang dilantik UMNO/BN Perak bagi memberikan alasan mengapakah beliau hadir dalam Sidang DUN yang telah mencetuskan kekecohan pada 7 Mei lalu.

“Dengan Speaker yang masih sah, buat keputusan memanggil Ganesan Speaker Haram, untuk hadir dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk memberikan alasan,
”apa alasan Ganesan yang boleh diterima beliau sebagai speaker yang sah, apakah sebab Ganesan masuk kedalam DUN Perak sedangkan beliau orang awam,

”apakah alasan Ganesan yang boleh dterima, yang melayakkan Ganesan menggunakan segala kemudahan Speaker DUN Perak dan menikmati gaji sebagai speaker,”tegas Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.Katanya, tindakan tidak membenarkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan menjalankan mesyuarat menggambar UMNO dan BN dalam keadaan nazak dan berada di penghujung hayatnya.

”Inilah langkah-langkah yang menyebabkan hayat UMNO semakin lama semakin pendek, akhir sekali (apabila) UMNO mati kita (akan) kuburkan sebagai satu sejarah,
”langkah mereka buat kerja tak betul menyebabkan seluruh rakyat susah hati dan semakin benci,”katanya.

Turut hadir dan berucap dalam majlis penerangan diatas adalah Ketua Dewan Pemuda Terengganu Ustaz Mohd Noor Hamzah dan Penolong Setiusaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly

Buletin Online


Read More

PAS Terengganu bersiap hadapi pilihan raya kecil

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya. "Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya�pada satu program di sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato' Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS. "Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu. Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu.


Read More

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


Read More

Tuan Guru Presiden saran Umno undur diri

KEPALA BATAS, 27 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.

Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.

Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.

"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin.

Posted by Siasah


Read More

Isnin, 27 Julai 2009

SEDIHNYA MELAYU SOKONG I.S.A


(Klik Gambar Untuk Paparan Jelas)

Kumpulan Penyokong Akta I.S.A??
Sokong AKTA Zalim
Apa yang mereka cari?
Butakah Hati? Butakah MATA?
Sedihnya ... Aku Malu Ya ALLAH!!

Ya ALLAH!! Bukalah Pintu Hati Kaumku,
Sesungguhnya Mereka tidak tahu erti kebenaran.


Read More

Ahad, 26 Julai 2009

MANSUHKAN I.S.A



BEBASKAN MALAYSIA
Dari
AKTA ZALIM
MENANGKAP & MENAHAN MANUSIA TANPA BICARA

MANSUHKAN I.S.A

http://www.suaram.net/taxonomy/term/8


Read More

Kenyataan Pengerusi GMI - Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009

Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.

Klik Read More untuk baca seterusnya

2.Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.

3.Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.

4.Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.

5.Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:
a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting – Kem ’Guantanamo’ Malaysia

6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.

7.Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.

8.Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.

9.Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.

10.ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

11.Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.

12.Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.

13.Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

14.Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.

15.Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)



Read More

Sabtu, 25 Julai 2009

GAMBAR SEKITAR FUTSAL DUN LADANG

Banyak Gambar Dalam Nie Untuk Anda Lihat
Klik je "Read More" tu

JOM Makan Angin Kat KL 1 Ogos Nie beramai-ramai


Nak Cabutan Bertuah Doh Nie..

Urusetia pun gian nak main gok... Tahan Jer

Dato YB n Ketua Pemuda Dun Ladang

YB Kite.. Geram Tgk Nak Main Gok.

Minum Radix.. Anda Power Main Futsal
Lenguh aku weh... Mu Dakpe Ah! Duk Luor...

Team Futsal Sg Derhaka

Team Pengadang Akar, Control Handsome

Gooll.. Dok Starang Pulok Doh..

Urusetia Kejohanan.
Terima Kasih banyak2 Lah Ke Deme Seme.


Read More

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN FUTSAL


Ucapan ADUN Ladang
YM Dato' Tengku Hassan

Ucapan Ketua Pemuda PAS DUN Ladang
Al Fadhil Ustaz Hamidi

Juara kejohanan Futsal Piala ADUN Ladang
Team Panji Alam... TAHNIAH !! Anda Memang hebat
Final Pun belasah Orang Lagi 4 - 0

Team Naib Johan
Pasukan Pemuda Sg Derhaka

TEAM FINAL
Team Sg Derhaka vs Team Panji Alam
"Bertemunya Buku n Ruas"


Read More

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB LADANG


Team Semi Final ke 2

TEAM Semi Final 1

Urusetia dan DJ Tetap Mat Yie

Perlawanan Saringan sedang berlangsung


Read More

Khamis, 23 Julai 2009

FUTSAL PEMUDA DUN LADANG

KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA DUN LADANG
AKAN DI ADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT

Tarikh : 25 hb Julai 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Hazlan Indoor Soccer
Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
MEMERIAHKAN KEJOHANAN




Read More

Dosa Tanpa Taubat Hati Akan Hitam

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu. Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Source http://www.al-azim.com/




Read More

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka
kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhoi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."


Read More

MANSUHKAN ISA

MARI BERAMAI-RAMAI SEMARAKKAN
HIMPUNAN MEMBANTAH DAN MANSUHKAN ISA

AKTA JAKUN DAN KETINGGALAN ZAMAN

TIADA TAMADUN DI DUNIA YANG MEMBENARKAN
MENAHAN MANUSIA TANPA BICARA

CELIKKAN MATA WAHAI MANUSIA!!!
AKAL YANG WARAS TAK AKAN DAPAT MENERIMA
AKTA YANG SEBEGINI RUPA


Read More

Rabu, 22 Julai 2009

Unit Amal Badan Sukarelawan Untuk Semua.

HULU TERENGGANU - Unit Amal (Amal) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa khidmat masyarakat yang diberikan unit tersebut hanyalah untuk ahli-ahli PAS semata-mata.
Sebaliknya ia adalah pertubuhan sukarelawan yang terbuka kepada semua, untuk kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang kaum.

Pengarah Unit Amal Negeri Terengganu, Mohd Shaiful Ambia Darusa berkata, walaupun penubuhannya ‘dibayangi’ parti politik tetapi dari sudut latihan dan pelaksanaan kerja-kerja sukarela, Amal tidak berhalangan dan bebas sebagai sebuah badan sosial.

“Tidak dinafikan Unit Amal ini di bawah PAS, tetapi kerja-kerja sukarela yang kita jalankan tidak terhad kepada kawasan tertentu atau hanya penyokong PAS semata-mata, ia adalah untuk semua. “Paling penting ialah kita dapat menabur bakti secara sukarela kepada masyarakat kerana jalinan pemuafakatan sebenarnya lebih bernilai.

“Berkonsepkan kemasyarakatan, Unit Amal menolong mereka yang memerlukan (bantuan) dari aspek tenaga seperti membantu mangsa-mangsa banjir di Johor beberapa tahun lalu,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan keperluan dapur yang berupa beras, gula minyak kepada penduduk miskin sekitar Kampung Tajin, disini.

Menurutnya Unit Amal negeri Terengganu telah berkampung selama tiga hari, di Kampung Gaung, dekat Jambatan Kuala Berang, disini, dalam acara tahunan, Jambori Amal Peringkat Negeri.

Katanya pelbagai acara diadakan termasuk latihan dan pertandingan yang melibatkan fizikal dan mental, selain program kemasyarakatan, memberi khidmatan kepada masyarakat setempat seperti gotong royong, membantu golongan kurang bernasib baik, dan menyampai sumbangan bantuan keperluan harian.

“Tahun lalu kita adakan di Merchang, Marang dan kali ini selain mengadakan perkhemahan di sini, terdapat juga beberapa aktiviti sampingan melibatkan khidmat sosial di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Berang iaitu Kampung Tajin, Kampung Tanjung dan Telaga Putat.

“Selain aktiviti sukaneka, kita juga menjalankan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, menjalankan kerja-kerja mengecat, membina surau dan menziarahi rumah-rumah golongan fakir miskin,” katanya.

Menurutnya, serama 250 orang peserta Amal dari seluruh negeri menyertai program tersebut yang di anjurkan dibawah Jabatan Amal, Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan bantuan keperluan kepada penduduk Kampung Tajin ialah Bendahari PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kawasan Hulu Terengganu, Hj Muhyidin Abdul Rashid


Read More

PAS SOKONG TUBUH SURUHANJAYA BEBAS

ALOR SETAR, 21 Julai - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menyokong penuh supaya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan segera bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi PAS juga telah sepakat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat supaya suruhanjaya bebas yang ditubuhkan ini akan menjalankan siasatan dengan telus dan berwibawa bagi mencari punca sebenar kematian Teoh.

"Apabila siasatan ini dijalankan kita mahu supaya ia dijalankan dengan teliti dan adil. Keadilan sebenarnya adalah untuk semua rakyat. Kemungkinan dengan penyiasatan bebas oleh suruhanjaya yang dibentuk ini ia akan mencari punca kelemahan-kelemahan dalam jentera kerajaan yang perlu disiasat dengan teliti."

Dalam isu Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahukan ISA dikaji semula.
"ISA perlu dimansuhkan bukan dikaji semula.Ia adalah undang-undang yang aktanya pada zaman penjajahan Inggeris. Sepatutnya kerajaan perlu memerdekakan undang-undang negara. Ia sepatutnya bersikap bebas dan tidak membelenggu kezaliman serta mengongkong rakyat.

"Kita boleh bertindak untuk keselamatan negara. Cumanya undang-undang ISA ini adalah undang-undang yang sudah lapuk. Yang diperlukan ialah undang-undang yang tidak menzalimi rakyat serta dapat menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Tapi apa yang ada sekarang ialah undang-undang yang menjaga keamanan parti dan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah.Ini bukan undang-undang keselamatan negara."
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program retreat (pemukiman) PAS di sebuah di sebuah hotel dekat sini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.


Read More

JAYAkan Himpunan Mansuh ISA

1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .


2. Serentak tarikh ini juga , semangat solidariti ummah bangkit berhimpun untuk menentang semua bentuk kezaliman termasuk tragedi yang menimpa Teoh setelah dijumpai terbunuh di Plaza Masalam sejurus disiasat oleh SPRM.

3. Saya harap seluruh rakyat dapat sebarkan maklumat ini dan pastikan semua dapat turun bagi mendesak agar undang - undang lapuk [ ISA ] dimansuhkan dan pihak yang melakukan kezaliman serta mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat dikutuk dan dicemuh secara keras sehingga menghentikan segala peluang dan menutup segala pintu yang menghela mereka melakukan kezaliman .

4. Khasnya Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri dapat memobilisasi seramai mungkin anggota mereka dan para pemuda yang anti kezaliman dan simpati kepada mangsa kezaliman untuk turut serta dengan yakin , semangat dan tabah .

5. Wahai Pemuda Insaf ! kalianlah sandaran rakyat dan negara untuk menyaksikan segala kesengsaraan akibat ISA yang zalim ini lenyap . Tenaga kalian yang gagah , semangat kalian yang waja dan cita - cita kalian yang tinggi menjadi harapan bernaung golongan mustadhafin [ orang yang lemah dan tertindas ] .
http://episodeperjuangan.blogspot.com/


Read More

Ahad, 19 Julai 2009

FORUM TARBAWI

FORUM TARBAWI
Sempena Pelancaran Bulan Tarbiah
DI MASJID PENGADANG BARU

Tarikh : 22 Julai 2009
Hari : RABU
Masa : 9.00 Malam

AHLI PENEL

YB UST. NASARUDDIN MAT ISA
Timb Presiden PAS

UST. SATIFUL BAHRI MAMAT
Timb Pesuruhjaya PAS Terengganu

YB UST. MOHOD NOR HAMZAH
Adun Bukit Payung

ATURCARA MAJLIS

1. Solat Maghrib Berjemaah

2. Bacaan Mathurat

3. Tazkirah

4. Solat Isya Berjemaah

5. Forum Tarbawi


Read More

Sabtu, 18 Julai 2009

Pendedahan Zulkifli Sulong ttg MU wajib diambil perhatian !!

Penulis mahu memetik kata-kata daripada Zulkifli Sulong yang wajib diambil perhatian oleh PAS pusat yang bakal untuk bermesyuarat pada Ahad ini utk membincangkan post mortem MU ... ikuti pendedahan Zulkifli Sulong tersebut :

"Mungkin isu kerajaan perpaduan tidak memberikan kesan kepada pengundi secara langsung tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada jentera PAS di sana.

Oleh kerana agak sibuk dan menghadapi masalah pribadi, buat pertama kalinya dalam mana-mana pilihan raya kecil, saya tidak turun sekalipun ke Manek Urai. Padahal, sekurang-kurangnya saya biaasanya memimpin dua pasukan petugas penting untuk setiap kali pilihan raya yang melibatkan PAS. Namun kali ini, saya terasa khidmat kami tidak berapa diperlukan. Jadi, kami tidak pergi.

Saya telah menghantar seorang wartawan kanan untuk membuat liputan pilihan raya kecil ini. Biasanya, oleh kerana kami rapat dengan wartawan Harakah (kerana ramai antara wartawan Siasah pernah bertugas dengan Harakah), kami akan dapat tinggal dan menumpang di pejabat yang wartawan Harakah bertugas.

Kali ini, wartawan kami itu terasa benar beliau tidak dikehendaki di situ. Dia diminta mendapatkan pas untuk membolehkan beliau bertugas dari pejabat itu. Walaupun nama, surat dan gambar diberikan untuk mendapatkan pas itu, sehingga akhir, beliau tidak mendapat pas kerja itu. Hasilnya terpaksalah beliau menumpang di lain-lain tempat untuk membuat kerja sebagai seorang wartawan.

Nasib kawan saya ini juga dialami oleh beberapa petugas PAS dari luar Kelantan. Turut mengalami nasib yang sama adalah para pemimpin kanan PAS dari luar Kelantan. Kedatangan mereka seolah-olah tidak berapa dikehendaki di sini.

Saya diberitahu, tiga pemimpin kanan PAS (anggota Dewan Harian) tidak mendapat pas masuk ke pusat penamaan calon. Alasannya kerana pas masuk sudah habis. Tetapi selepas itu sekumpulan ahli PAS yang diketuai seorang anggota Parlimen dilihat mereka masuk ke pusat penamaan calon itu kerana memiliki pas dari SPR yang diperuntukkan kepada PAS itu.

Apabila diselidik, rupanya isu kerajaan perpaduan tidak selesai sebagaimana yang sepatutnya. Untuk menutupnya, pendekatan “localise” telah dikuatkuasakan iaitu isu dan petugas tempatan yang akan mengendalikan kempen ini. Orang luar, hanya “yang perlu” sahaja hadir. Akibatnya, sebagaimana yanag saya katakan tadi, ramai petugas luar PAS yang datang hanya menjadi pelancong pilihan raya sahaja. Selepas sehari dua tidak berperanan, mereka pulang ke tempat masing-masing.

Kesannya, hanya petugas tempatan sahaja yang mendominasi jentera PAS kali ini. Seorang rakan wartawan melaporkan, ketika PAS sibuk melaksanakan aktiviti untuk menarik golongan belia di padang bola, para pemimpin Umno naik ke rumah-rumah pengundi memberikan wang dan pelbagai jenis projek untuk pengundi."

Ulasan Penulis : Penulis sangat setuju dengan tulisan diatas. Ramai orang luar yang datang dari hari penamaan calon lagi seakan2 tidak dipedulikan oleh mereka. Sehingga ada suara-suara sumbang yang seakan angkuh dan sombong berkata-kata yang mengguriskan banyak pihak. Ingat lah kemenangan itu atas Pertolongan ALLAH dan bukannya kerana kekuatan diri kita sahaja. Semoga PAS Kelantan belajar dari sejarah M.U. Memang pesta demokrasi sebagaimana di Rasai di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang teramat tidak dirasai di M.U.


Read More

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Klik read more di bawah

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Sumber http://tazkirah.blogdrive.com


Read More

MANSUH ISA






Read More

Pemuda PAS sokong tindakan berani Pemuda Gerakan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan berani Pemuda Gerakan yang secara terbuka menyatakan sokongan serta akan turut serta dalam himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos depan. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Muhamad berkata, sokongan tersebut menunjukkan akta zalim tersebut turut ditentang komponen Barisan Nasional(BN).

"Ini merupakan satu perkembangan yang baik yang sangat kita alu-alukan. Wakil Pemuda Gerakan telah menghubungi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta menyatakan persetujuan untuk menyertai himpunan bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta ini," katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh juga menegaskan, bagi menggerakkan masyarakat menyertai perhimpunan tersebut, sekretariat Mansuh telah mengadakan siri jelajahya di seluruh negara.Katanya, selain sekretariat Mansuh, siri jelajah tersebut turut disertai beberapa Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang menyokong himpunan tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Biro Khidmat Guaman dan Aduan Awam Pemuda Gerakan, Andy Yong menyatakan pihaknya akan menggerakkan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman Mansuh itu. Dalam kenyataannya, Yong menyatakan keputusan itu telah dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.

Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948


Read More

Kematian Teoh: Pemuda PAS akan serah memorandum pada Agong

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi melakukan siasatan ke atas kes kematian Teo Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan menegaskan penubuhan suruhanjaya tersebut amat penting kerana rakyat mengharapkan satu siasatan rapi, telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar agar Pengerusi SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan.Jelasnya, Ahmad Said mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku ke atas setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu.

Nasruddin yang dihubungi Harakah melahirkan kekecewaan kerana sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti kes cedera dan kematian dalam tahanan.
Beliau menegaskan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan, menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah.

"Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut, keselamatan tahanan tetap di bawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan atau premis tahanan."Seharusnya peristiwa seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan. Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri. Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah," katanya.

Sehubungan itu, kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkaitan perkara ini memandangkan sudah banyak kes yang melibatkan kematian dalam tahanan.
Sumber http://www.harakahdaily.net


Read More

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka


Read More

Jumaat, 17 Julai 2009

Tun Abdullah minta kerajaan mansuhkan ISA

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini. - azm -HarakahDaily.Net-



Read More

Pemimpin Bertemu Rakyat; Pelbagai Kaum Bersama PAS


KEMAMAN – Program ‘Pemimpin PAS Turun Bertemu Rakyat’ yang diadakan sehari suntuk di Dewan Undangan Negeri Chukai, disini, semalam, mendapat sokongan dari pelbagai kaum.

Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu telah mengorak langkah setapak ke hadapan, lebih pro-aktif dalam merealisasikan hasrat rakyat berbilang kaum yang mahukan satu pemerintahan yang adil dan berkebajikan

Justeru, perlaksanaan program Pemimpin Turun Bertemu Rakyat telah memberikan banyak input dan manfaat bukan sahaja kepada kepimpinan malah kepada warga Chukai.

Sebagai contohnya, hasil pertemuan dan dailog dengan pimpinan tertinggi PAS negeri itu, aktivis muslimat, Faizah Mat dapat menyuarakan hasratnya tentang keperluan meletakkan calon muslimat atau wanita dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Bagi kepimpinan baru perhubungan PAS Terengganu pula, tentunya melalui program ini dapat berta'aruf, bermesra bergurau jenaka, dan berasa lebih rapat dengan pimpinan peringkat paling bawah.

Selain itu, acara 'minum pagi' bersama warga Kuala Kemaman, turut disertai oleh masyarakat bukan Islam yang bakal melenyapkan terus tembok pemisah yang dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Acara ‘Jamuan Rakyat’ yang diadakan dengan kreativiti Jawatnkuasa MTD Chukai turut dilihat berjaya menarik kaum Tionghua bersama-sama makan tengahari di markaz PAS Dusun Nyior, Chukai.

Mereka tidak segan dan malu untuk bercampur gaul, bahkan para petugas PAS juga telah faham keperluan masyarakat Tionghua, dimana lauk ayam khusus disediakan untuk kaum Tionghua yang tidak makan daging.
Sumber http://www.buletinonline.net




Read More

Kisah sebenar kematian Toeh Beng Hock..!!!

Apa sebenarnya berlaku sebalik tragedi kematian Teoh Beng Hock??

Sila Baca
http://perakexpress.com/www/?p=5743
Sumber perakexpress

Astagfirullahalazim...

"Ya ALLAH Kembalikan Keamanan dan keadilan di bumi Malaysia ini".
Letakkan pemimpin yang beriman, beramanah dan takut kepada mu
Ya ALLAH... Memimpin Malaysia tercinta ini"
Amin Ya Rabbil Alamin


Read More

PEMBELAAN UNTUK TEO

Mudah untuk Timbalan Perdana Menteri, para menteri serta pegawai atasan agensi siasatan dan penguatkuasaan undang undang untuk menasihati rakyat "bertenang", "jangan buat kesimpulan', "jangan tuduh SPRM" dan "biar polis siasat " berhubung misteri yang menyelebungi kematian Teo Beng Hock.

Begitu juga mudah untuk melafaz janji "kami akan siasat dengan telus ", "tidak akan sorok apa apa" dan " akan dedah semua". Hakikatnya kita semua mesti akur.Biarlah polis menyiasat.Bila selesai kelak terimalah hasil siasatan.

Tetapi masalahnya ialah bila kerajaan pusat berkata demikian, ramai yang ragu. Ramai yang sangsi. Kerajaan pusat bersama agensi siasatan dibawah pentadbirannya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan khususnya pasukan polis mengalami krisis kredibiliti.

Dalam erti kata lain ramai yang tidak percayai siastan yang dijalankan benar benar adil.saksama.telus dan menyeluruh. Itu masalahnya.

Itu bukan tuduhan orang politik.Itu suara hati rakyat.Buktinya lihat sahaja komen "rakyat biasa" yang luahkan dalam alam siber menerusi blog dan sebagainya. Majorti rakyat biasa sangsi. Mereka tidak boleh dipersalahkan.

Apabila berlaku kematian "misteri" di lokap polis umpamanya, rakyat kerap diberitahu "hasil siasatan menunjukkan punca kematian ialah terminum air, terjatuh dalam bilik air, lemas dalam sungai". Rakyat tidak lupa kematian A.Kugan, Choong Soy Soy, dan Francis Udayappan.

Kini berdepan pula dengan kematian Teo Beng Hock. Apa yang sebenarnya terjadi? Rakyat tidak tahu. Tapi mahu tahu. Kenyataan dan penjelasan pihak atasan SPRM dan polis sehingga ini tidak banyak membantu. Malah kenyataan dan penjelasan yang dibuat menimbulkan lebih banyak peroslan daripada jawapan.

Rakyat diberi tahu Teo bukan suspek kes salah guna wang peruntukkan wakil rakyat. Mendiang kata SPRM hanya seorang saksi.Namun SPRM menyoal siasatnya daripada jam 6 petang Rabu 15 Julai hingga 3.45 pagi Khamis 16 Julai. Yang rakyat ingin tahu adakah ini prosidur biasa?

Soal siasat berterusan sehingga awal pagi?

Rakyat diberitahu mendiang Teo dibenarkan pulang pukul 4 pagi Khamis 16 Julai tetapi Teo mahu rehat diatas sofa pejabat SPRM. Mendiang dilihat berada di pejabat berkenaan pukul 6 pagi. Selepas itu tidak ada siapa nampak mendiang. Tujuh jam kemudian mayat Teo ditemui di tingkat lima bangunan bersebelahan pejabat SPRM Shah Alam.Yang rakyat tanya mengapa soerang yang baru dibebaskan setelah disoal siasat berjam-jam lamanya memilih untuk berehat di tempat dia disoal siasat? Mengapa tidak terus pulang? Tidak menghubungi keluarga, kawan mahupun bosnya?

Rakyat juga ingin tahu mengapa "orang luar' atau seorang yang bukan pegawai atau kakitangan SPRM dibiarkan berada atau "berkeliaran' di pejabat agensi penting pada awal pagi atau pada "pagi pagi buta"? Tanpa pengawasan?

Banyak lagi yang dipertikaikan. Tetapi yang mesti diberi perhatiannya ialah kebimbangan rakyat berdasarkan dakwaan ahli majlis perbandaran Klang Tan Boon Hwa yang turut disoalsiat SPRM berhubung kes yang sama.Tan mendakwa beliau telah diancam,dihina,dimaki dan diherdik. Tan juga diarah berdiri beberapa jam ketika sesi soal siasat.

Lebih membimbang apabila rakyat mengimbas kembali dakwaan seorang lagi ahli majlis perbandaran tidak berapa lama dulu. Kali ini dari Simpang Renggam.
Beliau mendakwa matanya ditutup dan pegawai SPRM menendang dan memukulnya ketika disoal siasat.

Begitu juga seorang dakwaan seorang ketua UMNO bahagian dari Pahang. Beliau juga mendakwa pegawai SPRM menendang dan menumbuknya untuk memaksa belaiu mengaku telah memberi wang kepada UMNO sebagai sogokan pada pemilihan parti yang lalu. Beliau turut mendedahkan pegawai SPRM mengancam untuk menangkap dan menelanjangi isterinya.Cukup menakutkan.

Lantas, apa yang berlaku keatas mendiang Teo mesti diketahui umum.Pemimpin UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sendiri mengakui kes Teo meletakkan kredibiliti kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan agensi penyiasatn negara dibawah mikroskop rakyat.

Justeru atas nama keadilan rakyat menuntut siasatan dijalankan badan independen atau satu suruhanyjaya diraja bebas.Keadilan untuk mendiang Teo,Keadilan untuk ibu bapa,tunang dan keluarga mendiang Teo.

Sumber http://www.tvantara.com/




Read More

Himpunan siasat kematian Teo, empat ditangkap

SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen antara yang ditangkap dalam satu perhimpunan di Plaza Masalam pada pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teo Beng Hock, 30.

Sementara itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam; pembantu khas Xavier dan pembantu ahli parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.

Jurugambar dan wartawan dihalau
Menurut Wartawan Kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke Dataran Shah Alam.

Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk 'water cannon' tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai. Ketua Polis Negeri Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas.
Dalam insiden semalam, Teo dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di mana dia disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.


Read More