Selasa, 30 Mac 2010

Laporan Runtuh UMT dari Bernama...

KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah," katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

"Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah," katanya. Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini.

-- BERNAMA


Read More

Ahad, 28 Mac 2010

SEMARAKKAN PERJUANGAN PRU KE 13

Kepada Semua Pejuang Agama ALLAH
Mari perbaiki Kelemahan Diri Sebelum PRU Ke 13 -

1. Selalu Solat Berjamaah.

2. Jadikan Amalan bangun Qiamulail dan Tahajud.

3. Jadikan majlis ilm dan menuntut Ilmu itu satu kewajipan.

4. Elakkan Bertelagah, Mengata dan Bermusuhan sesama Jamaah,
Berkasih Sayanglah sesama ahli Jamaah.

5. Wala' Kepada Arahan Kepimpinan. Akur dengan kepimpinan.
Jangan memandai-mandai bercakap di belakang, suka komplain
dan menjadi agen memecahkan jemaah.

6. Pastikan sentiasa menarik masyarakat menjadi ahli dan bersama-
sama dengan jemaah Islam. Jangan menjadi parasit yang menjadikan
masyarakat makin jauh dan benci kepada Jemaah Islam.

7. Menyanyangi masyarakat dan sentiasa berlemah lembut dengan
orang ramai. Tebarkan Salam sesama muslim. Jangan sombong dan
Ego dengan masyarakat dan tidak bertegur sapa dan bengis wajah.

8. Ketengahkan pemimpin yang diperlukan dan dikasihi masyarakat
bukannya pemimpin yang sudah luput tarikh dan sudah tidak
efisyen. PAS Terengganu masih mempunyai banyak pemimpin pelapis
yang berkaliber. Pemimpin dan orang agama hendaklah mesra dengan
orang ramai dan tidak sombong serta mudah mesra rakyat.
(Contoh YB Dun Sura - Paling User Friendly dengan
Semua Masyarakat).

9. Jangan Perasaan dengan kelemahan BN dan perpecahan BN
sedangkan Kita sendiri tidak pernah meningkat dan berubah.
Gerakkan dan pertingkatkan kerja di semua peringkat. Gerak kerja
200% diperlukan untuk melawan kuasa duit Wang Ehsan BN yang
telah sebati di mata masyarakat.

10.Pertingkatkan majlis Penerangan dan pelbagaikan bentuk majlis
penerangan dan dakwah Jemaah. Bukan hanya Ceramah Saja. Contoh
Edaran Risalah, Majlis BBQ, Sukan dan lain-lain.

11.Mutu Audio di tempat ceramah tolong pertingkatkan jangan
sampai membosankan penonton. ( Contoh Ceramah Mat Sabu dan
Lim Guan Eng di Kuala Ibai, Audio GAGAL dan langsung tidak
mesra pengguna. Speaker bergema dan ada 2 balikan suara)

12.Bersambung - AD DIN An Nasihat----- Kerana Sayang pada Jamaah
kita memberi teguran dan apa yang rakyat inginkan -
Kita Mampu Mengubah Hati Masyarakat Jika Kita Sendiri Dulu Yang
berubah.Semarakkan perjuangan, kembalikan HAK Rakyat Terengganu.


Read More

RENUNGAN UNTUK PEJUANG

Sekitar kisah berlaku di United Kingdom di tahun 1988. Kisah berlaku ketika Kabinet Margaret Tatcher menggesakan agar pihak University melancarkan buku The Satanic Verses Akibat daripada kelulusan ini dan sebelum itu juga seluruh UK disambut dengan demontrasi besar-besaran sehinggakan hampir 25000 orang di setiap bandar UK. Golongan Muslim juga dilarang keluar rumah melebihi pukul 8-10mlm kerana khuatir dengan kekerasan yang dilakukan oleh golongan kafir. Kes masjid atau rumah dibaling batu juga kerap kedengaran.

Dengan kelulusan ini juga bangkitlah pelajar-pelajar Muslim menentang pelancaran buku tersebut dengan alasan buku tersebut menghina Nabi Muhammad s.a.w dan tidak mahu bersubahat dosa kering kerana duit University bermakna duit pelajar juga. Wakil wakil pelajar bertemu dengan Cancelor University untuk berbincang menarik balik kelulusan pelancaran buku setan tersebut dan diwaktu yang sama para pelajar lain mengedarkan risalah-risalah kesedaran. Kesemuanya terancang melibatkan seluruh pelajar Muslim sedunia di university tersebut tanpa mengira bangsa.

Hasil perbincangan wakil pelajar dengan cancelor, akhirnya beliau bersetuju untuk mengadakan pengundian di dewan University. Di dewan yang penuh sesak dengan pelbagai bangsa dan agama, jumlah keseluruhan penuntut Muslim adalah sekitar 800 orang walhal jumlah keseluruhan didalam dewan adalah dianggarkan 5000 orang.

Sesi demokrasi dimulakan dengan sesi perdebatan daripada wakil muslim dan non-muslim. Mereka perlu mengupas dan yakinkan para pengundi sebab mengapa perlu dihalang pelancaran buku setan tersebut. Di antara para pendebat termasuklah seorang dari Malaysia. Segalanya berjalan lancar. Mat Saleh mengambil peluang bersantai diluar dewan di atas rumput sambil mendengar perdebatan. Selebihnya mereka memenuhi dewan. Para muslim pula khusyuk mendengar perdebatan.

Akhirnya pengundian bermula dengan aman walau intipati perdebatan penuh dengan perkataan2 yang memanaskan telinga. Akhirnya pihak University mengumumkan bahawa Pihak University tidak akan melancarkan buku tersebut kerana hasil pengundian mendapati 900 tidak bersetuju berbanding 500 yang bersetuju.

Gamat dewan apabila seorang wanita yahudi melompat keatas pentas memegang mic lalu memaki-hamun Islam. Tetapi kaum muslim beramai-ramai bertasbih tanpa mengendahkan jeritan wanita yahudi tersebut. Terasa berada di peperangan Badar walau kami sekadar berperang menggunakan pen, bagaimana 313 tentera Islam berjuang menentang 1000 kafirun. Benar2 terasa pertolongan Allah itu tiba disaat melihat pengundi Islam hanya 800 orang.

Iktibar buat kita sekiranya benar-benar mengharapkan pertolongan Allah :

1. Quantiti tidak penting tetapi quantiti yang ada benar2 100% ikhlas berjuang kerana Allah s.w.t.

2. Kuasa Allah itu cukup hebat dan adalah cukup mudah bagi Allah s.w.t membalik-balikkan hati manusia jahat terutamanya didalam kancah demokrasi.

3. Seluruh Jemaah perlu bergerak seiring hanya untuk memurtabatkan Agama Allah yakni Islam semata-mata tanpa niat yang lain.

Semuga cerita diatas mendatangkan manfaat .


Read More

Pemuda PAS Hargai Jaguh LTdL

KUALA TERENGGANU – Prihatin dengan jasa dan sumbangan pengayuh basikal profesional, Dewan Pemuda PAS Terengganu telah menziarahi, Anuar Manan, yang terus mencipta nama dalam LTDL baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT), Yusof Embong berkata lawatan tersebut bertujuan memberikan semangat dan penghargaan kerana Anuar adalah anak jati dari Terengganu yang telah mengharumkan nama negeri dan negara.

”Lawatan DPPNT ke rumah Anuar sangat bermakna kepada kami yang menghargai sumbangan beliau, sebagai ‘orang muda’, bahkan beliau merupakan anak jati Terengganu yang mencipta nama sebagai seorang pelumba professional peringkat antarabangsa,”kata Yusof.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali berkata Anuar tidak menyangka yang datang menziarahinya adalah dikalangan pemuda PAS.
Walau pun begitu, kata Ustaz KaMal, Anuar terharu dan kagum dengan sikap pemuda PAS yang sudi menziarahinya.

Anuar yang mewakili pasukan South Korean Guemsan Ginseng Asia dalam siri Le Tour de Langkawi (LTdL) baru-baru ini terus mengukir nama.Beliau muncul juara perlumbaan peringkat setelah memenangi perlumbaan sejuh 111.5 kilometer dari bandar Muar ke Port Dickson.


Read More

PAS Terengganu Tunggu ‘Lampu Hijau’ Pusat

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bersedia pada bila-bila masa untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu Parti Keadilan Rakyat dalam menghadapi piliharaya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan. Timbalan Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, beliau sedang menunggu arahan dari PAS Pusat bagi menggerakkan jentera tersebut.

“Kita (PAS Terengganu) sedang menunggu apa yang diputus oleh (PAS) Pusat dan sudah tentu (PAS Pusat) memutuskan dasarnya (berkaitan pilihanraya) sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kedudukan kerusi (Parlimen Hulu Selangor), daripada itu kita akan mengambil tindakan,”katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimana pun, katanya, bagi ahli-ahli PAS, pilihanraya sudah menjadi ‘core business’ (kerja utama), dimana mereka akan bersegera dalam kerja-kerja berdasarkan semangat Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan karenah yang banyak dalam parti-parti komponen Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah memenangi kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.


Read More

Sultan Kedah: Pilih Pemimpin Yg Tidak DiCucuk Hidung Pihak Luar

SINTOK, 27 Mac (Bernama) -- Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan.

Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri."Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri.

"Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini pada Sabtu.Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan.

"Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri," titah baginda.Tuanku Abdul Halim bertitah semakin banyak pilihan yang ada, semakin tinggi kebebasan seseorang dan semakin luas ruang kebebasan itu, semakin gembira hidup mereka.

"Seorang pemimpin yang baik membebaskan rakyat dan meletakkan rakyat dengan pelbagai peluang kerana melalui banyaknya pilihan, kita menjadi lebih fleksibel," titah baginda.Baginda memberi contoh mengenai jasa yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang telah berjaya menyediakan peluang pendidikan secara lebih menyeluruh melalui Dasar Ekonomi Baru.

Baginda yang juga Canselor UUM bertitah bahawa baginda membangkitkan perkara-perkara tersebut supaya para graduan turut dapat menyediakan diri untuk terus menikmati kebebasan diri untuk memilih dan bukannya memilih kerana dipaksa memilih.

Sumber : BERNAMA


Read More

Rabu, 24 Mac 2010

Wahid Tanya Bila Keretapi Akan Ke Terengganu

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahi Endut telah membawa hasrat kumpulan para peniaga Terengganu supaya beliau dapat menyampaikan kepada kerajaan Persekutuan, peri pentingnya perkhidmatan keretapi di negeri Terengganu.

Saranan tersebut telah disampaikan kepada Wahid dalam program Dailog Bersama Dewan Perhimpunan Cina beberapa minggu dua minggu lalu.

Justeru, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata Kajian mengenai kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan rel ke Pantai Timur yang dilaksanakan kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dijangka siap hujung tahun ini.

Katanya, secara umum, ECERDC mengenal pasti laluan landasan kereta api dari Lembah Klang ke Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu, Besut iaitu hampir semua bandar besar di Terengganu dan seterusnya ke Pasir Putih, Kota Baharu hingga ke Tumpat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut di Parlimen semalam.

Wahid ingin tahu adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan kereta api sehingga ke Terengganu pada masa akan datang sebagai tambahan kepada perhubungan dan pengangkutan yang sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta menambah baik sistem pengangkutan di Terengganu.

"Pertimbangan seterusnya adalah tertakluk kepada rumusan dan syor kajian berkenaan kelak," katanya. Bernama memetik Abdul Rahim berkata, hasil kajian itu akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan kereta api yang akan dilaksanakan di Pantai Timur kelak.


Read More

Beza Menteri Islam Brunei dengan Menteri Islam Malaysia

"BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


Read More

Isnin, 22 Mac 2010

CERAMAH PAKATAN RAKYAT


Read More

Guan Eng di Kuala Terengganu 23 Mac

KUALA TERENGGANU – Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, akan mengadakan lawatan sehari ke Kuala Terengganu pada Selasa 23 Mac ini.

Lawatan tersebut yang dianjurkan Pakatan Rakyat negeri Terengganu bertujuan meraikan masyarakat Tionguua Kuala Terengganu serta menerangkan perkembangan terbaru negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.”Kita mahu menjemput Guan Eng lebih awal, sempena Tahun Baru Cina, tapi jadual beliau terlalu ketat dengan program-program di Pulau Pinang,

”oleh itu, walaupun sudah lebih sebulan Tahun Baru Cina berlalu, beliau (Guan Eng) masih mahu meraikan masyarakat Tionghua di sini,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik kepada Buletinonline hari ini.

Menurutnya, acara lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara rasmi akan bertemu dengan masyarakat berbilang kaum dengan Majlis Minum Petang yang akan diadakan pada jam 6 petang di Kampung Tiong, Kuala Terengganu .Ia kemudian disusuli dengan Majlis Makan Malam khusus dengan kaum Tionghua yangakan diadakan di sebuah restoran pada jam 8 malam.

”Kemuncak lawatan beliau akan berucap dalam satu Majlis Ceramah Penarangan isu-su semasa yang akan diadakan di hadapan Pejabat Khidmat ADUN Batu Burok,”turut berucap dalam ceramah tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu,”kata Ustaz Abu Bakar.

Justeru beliau menjemput semua rakyat untuk bertemu muka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut dan turut mempelawa pihak media untuk membuat liputan.


Read More

LOKASI PC FAIR DI TEMPAT ANDA



PC FAIR 2010

Nak Cari Komputer, Laptop n ETC
Sini lah tempat murah sebab ada promosi
dan jualan habis stok ...


Read More

Jumaat, 19 Mac 2010

Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin politik Melayu

KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Sumber harakahdaily


Read More

HIMPUNAN RAKYAT SERAH MEMORUNDUM DIBATAL

HIMPUNAN RAKYAT
KELANTAN DAN TERENGGANU
DAN
PENYERAHAN MEMORUNDUM ROYALTI

KEPADA

DYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI PERTUAN AGONG

DI
BATAL/TUNDA KE TARIKH LAIN.

HARAP MAKLUM


Read More

Malaysia Semakin Busuk Di Mata Dunia

"Nama Malaysia semakin busuk di mata dunia. Kalau sebelum ini ahli-ahli Parlimen Australia dan beberapa pimpinan negara mengkritik Malaysia berkaitan dengan pendakwaan kepada Anwar kini Parlimen United Kingdom pula melakukan lebih dari itu.

Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul beliau Corbyn berkata Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

"Oleh itu kami amat risau berhubung caj dan pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar seperti mana yang telah dilakukan oleh pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia .

Dipetik dari greenboc
Ulasan saya : Siapa yang hendak dipersalahkan dalam hal ini. Bagi saya mudah sahaja untuk membersihkan segala daki, kotoran dan najis ini gugurkan pendakwaan terhadap Anwar serta merta. Dengan bukti dan hujah peguam Anwar semasa perbicaraan baru-baru ini saya kira kes itu boleh digugurkan.

Artikel lain sila layari http://mutaligat.blogspot.com


Read More

Razaleigh Sifatkan Dakwaan Zahrain Cerita Dongeng

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam dakwaan itu, Zahrain telah menamakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.

Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat satu cerita dongeng, iaitu sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Tengku Razaleigh juga menafikan beliau ada didatangi pihak berkenaan agar keluar BN untuk menyertai PKR bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas pilihan raya umum ke-12. - BERNAMA


Read More

LAWAK MALAYSIA DI MATA DUNIA

Berikut Lawak Yang berlaku di Malaysia yang menjadi bahan
Selak Ketawa di Mata Dunia: (Sekadar beberapa contoh je)

1. Royalti Kerajaan Terengganu 2000 yang diganti dengan
Wang Ehsan. Parti yang kalah pula berhak membahagikan wang
ehsan. Kini Kelantan pula mangsa terbaru.
2. Tumbangnya Kerajaan PR Perak.
3. Kehilangan Jet Enjin Pesawat ATM.
4. Kapal Selam yang Tidak Boleh menyelam.
5. Ahli Parlimen dan ADUN yang melompat menjadi Bebas.
6 Runtuhnya Stadium dan beberapa tempat lain di Terengganu.
7. Negara Pengeluar Minyak Yang menaikkan harga minyak
di dalam negara sebab harga minyak dunia naik dan menguntungkan.
8. Harga kereta di Malaysia yang mahal pada rakyat sendiri namun
dijual murah diluar negara. Cukai kereta import yang tinggi.
9. Isu PPSMI.
10. Isu I.S.A
11. Isu GST.
12. Harga TOL DiMalaysia.
13. kes Liwat DSAI.

Dan Banyak Lagi... Fikir-Fikirkanlah
Semarakkan Perjuangan.

Jatuhkan BN Tanggungjawab Semua
Sudah lama Kita menderita.
Jangan Warisi Derita ini ke Anak Cucu Kita.


Read More

Royalti: Dalil di Perak tidak menguntungkan untuk ke mahkamah



Kuala Terengganu, 19 Mac: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat isu royalti tidak akan kemana jika dibawa ke mahkamah kerana kes perebutan kuasa di Perak yang dibawa ke mahkamah tetapi akhirnya kerajaan pakatan rakyat (PR) jatuh kepada Barisan Nasional (BN).

Di Perak bagaimana perlembagaan jelas menentukan kuasa kerajaan dan raja tetapi ia diseleweng bertujuan menjatuhkan kerajaan PR yang akhirnya tidak akan memberikan keputusan memuaskan kepada rakyat negeri itu.

"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata bekas Pengerusi Petronas itu di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terus menegakkan pendiriannya dalam isu royalti minyak dengan malam tadi menegaskan, pemberian wang ihsan sebenarnya menjadi punca kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam penjelasan kepada rakyat Terengganu malam tadi — lokasi terbaru beliau selepas Kota Baru dua bulan lalu — bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak menafikan banyak salah guna kuasa wujud ekoran penyaluran wang ihsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ihsan) sebab tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ihsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” kata beliau dengan merujuk kepada beberapa kejadian bangunan milik kerajaan negeri di sini runtuh termasuk stadium. “Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” ujarnya.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan. Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika diperintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat. Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka. Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.
Kira-kira 4,000 orang menghadiri dialog itu yang berlangsung di dewan utama TER yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 orang. Tetapi penganjur menganggarkan hampir 6,000 orang hadir dengan limpahan kehadiran disaksikan di luar dewan.

Dalam sesi dialog itu, Tengku Razaleigh yang kali kedua berucap di dewan yang sama menyentuh isu yang sama menjelaskan, pemberian wang ihsan tidak semestinya mengikut undang-undang ataupun peraturan, yang mana turut mengakibatkan kebocoran sumber kewangan.

“Oleh kerana ada kebocoran maka berlaku rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Akhirnya rakyat tidak terima apa-apa,” kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini. Kerajaan pusat mewujudkan jawatankuasa pengagihan wang ihsan sebanyak RM20 juta untuk Kelantan bermula bulan ini.

Langkah yang sama diamalkan di Terengganu sejak 2000 selepas kerajaan negeri diambil alih oleh PAS pada pilihan raya umum 1999. Akhir Januari lalu, Tengku Razaleigh dalam ceramah perdananya di Kota Baru melahirkan pendirian bahawa Kelantan juga layak menerima wang royalti lima peratus, bukannya wang ihsan.

Kerajaan negeri Kelantan mengemukakan tuntutan mahu mendapatkan royalti RM2 bilion tetapi kerajaan pusat menegaskan ia tiada hak sama sekali sambil menggesa agar pergi ke mahkamah. Pendirian Tengku Razaleigh itu menimbulkan rasa tidak hati di kalangan pemimpin Umno sehingga wujud suara agar tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau.

Pada majlis dialog malam tadi, Tengku Razaleigh menegaskan, penjelasan mendalam harus diberikan kepada orang ramai tentang perbezaan antara wang ihsan dan wang royalti. Kata beliau, rakyat sanggup mengambil walaupun hanya diberi RM200 atau RM300 sedangkan mereka sepatutnya menerima lebih daripada jumlah tersebut.

“Sememangnya wang ihsan dan wang royalti ini berbeza. Oleh kerana rakyat miskin dia terima duit walaupun sedikit, mereka bersyukur dengan apa yang diterimanya. “Tetapi kita kena jelaskan mereka bahawa wang royalti ini lebih banyak daripada apa yang disebutkan sebagai wang ihsan,” kata beliau.

Ini kerana menurut Tengku Razaleigh, dalam tempoh lima tahun lalu hampir RM20 bilion telah dibelanjakan sebagai wang ihsan manakala bakinya dikatakan RM2.9 bilion. Tetapi kerajaan pusat hanya meluluskan RM1.6 bilion daripada jumlah tersebut, katanya. Selain itu, ada peserta yang mempersoalkan mengapa Tengku Razaleigh tidak bersuara apabila Terengganu pertama kali membangkitkan wang royalti pada 2000.

“Saya hendak memberitahu, pertamanya saya tidak menerima wahyu. Nombor dua, (dulu) saya tidak berperanan macam sekarang. “Hari ini saya dijemput oleh Mampat supaya datang untuk memberikan penerangan... dalam tahun 2008, Mampat ada konvensyen, saya dijemput saya datang. Baru-baru ini saya dijemput oleh Gegar di Kota Baru saya pergi. “Tapi pada 2000 tidak sesiapa yang menjemput, maka saya pun tidak pergi,” katanya.

Menjawab soalan berkaitan Mustafa berkata, sebenarnya Tengku Razaleigh telah memainkan peranan sejak satu dekad yang lalu. Kata beliau, apabila kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk membawa isu royalti ke mahkamah antara pihak yang sanggup menjadi saksi ialah Tengku Razaleigh sendiri.

Oleh itu kata Mustafa yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu ketika pimpinan negeri PAS memberitahu, adalah tidak benar Tengku Razaleigh tidak bersuara pada tahun 2000. Menurut Mustafa, pada awalnya mahkamah mahukan kehadiran saksi dalam kes berkenaan tetapi diketepikan ekoran rayuan daripada kerajaan pusat dan Petronas.

“Jadi Tengku Razaleigh tidak menjadi saksi untuk kita. Sebenarnya beliau telah memainkan peranan sejak tahun 2000,” katanya.

Sumber http://eraaddeen.blogspot.com/


Read More

MAJLIS DIALOG DAN SOLAT HAJAT RAKYAT TERENGGANU

Kuala Terengganu - Satu Majlis Dialog Rakyat yang dianjurkan
oleh Gabungan NGO yang dikenali sebagai MAMPAT telah
diadakan di TER, Kuala Ibai. Program yang julung kali di adakan
ini telah berjaya menghimpunkan rakyat yang prihatin tentang
penafian hak Royalti rakyat Negeri Terengganu.

Kini setelah 10 Tahun Royalti yang dirampas ketika PAS
mula memerintah Terengganu pada tahun 2000 namun
Royalti yang wajib dibayar kepada Kerajaan Negeri ini ditukar
namanya sewenang-wenangnya kepada Ehsan.

10 Tahun dahulu pemimpin-pemimpin UMNO Negeri ini telah
mengusulkan didalam perhimpunan Agong UMNO agar Royalti
di tarik balik. Inilah perangai pemimpin UMNO yang sanggup
menghancurkan bangsa dan negeri sendiri hanya kerana politik
dan dendam semata-mata.

Natijah inilah yang menyebabkan perkara yang sama akan
dikenakan ke atas kelantan. Semoga pemimpin yang mengusulkan
dan berusaha bersungguh-sungguh agar Royalti ditarik balik
10 tahun dahulu bertaubat dan mampukah mereka untuk
menanggung dosa mengkhianati seluruh rakyat negeri ini yang
melebihi 1 juta orang.

Majlis yang bermula dengan solat hajat kemudian di teruskan dengan
Dialog di TER amat memuaskan dan sangat berjaya. Sikap YM
Tengku Razaleigh patut di cemburui dan diikuti oleh semua
pemimpin UMNO. Yang benar tetap benar. Ini lah pemimpin sejati
yang sanggup bersama rakyat mengatakan yang hak.

Semoga YM Tengku Razaleigh tidak keseorangan selepas ini dan
akan adanya pemimpin-pemimpin dan ahli UMNo yang berani
kerana benar memperjuangkan kebenaran dan bukan hanya
menjadi Pak Turut membenarkan semua kata-kata pemimpin
UMNO. Inilah sikap yang akan menyebabkan UMNO itu
sendiri ditolak.

Semoga program sebegini akan diteruskan dan diperluaskan sebaran
dan juga maklumat sebegini ke seluruh Negeri Terengganu.
Perluaskan maklumat siapa pengkhianat 10 Tahun dahulu.
Semarakkan perjuangan dan kembalikan Terengganu menjadi negeri
yang Barakah dari ALLAH. Hanya Pemimpin yang Amanah dan
Takutkan ALLAH Sahaja yang mampu menyelamatkan rakyat
negeri Terengganu dan memberikan keadilan kepada semua.


Berdoa di akhir Majlis memohon ALLAH Membuka
pintu hati kepada golongan yang suka menindas bangsa
sendiri bertaubat dan kembalikan hak rakyat dan
berlaku Adil kepada semua manusia.


YM Tengku Razaleigh Hamzah Sedang Menyampaikan
Ucaptama beliau di majlis Tersebut.


Solat Hajat Memohon Royalti dikembalikan dan
Negeri Terengganu diberikan Barakah Semula
diimamkan oleh Bekas Timb.Mufti Negeri Terengganu.


Read More

Rabu, 17 Mac 2010

MARI UMAT MELAYU KITA BERSATU

PROGRAM SAMBUT YDPA



PROGRAM TENGKU RAZALEIGH



Mari bersama Bersatu

Kembalikan HAK Negeri Melayu yang di rampas
Kita Sudah Tiada Masa Untuk Bersengketa
Hak Melayu Semakin Terhakis dan dihakis Sewenang-wenangnya


Read More

ISU ROYALTI - BENAR TETAP BENAR


Semua rakyat Terengganu di jemput hadir untuk mendengar kebenaran Fakta dan Sejarah berkaitan Royalti oleh orang yang mengasaskan Perjanjian Royalti.

Sila datang dan jemput semua kenalan, saudara mara dan jiran anda.....


Read More

UMRAH YB Ketua Pemuda PAS Terengganu



Arab Saudi - Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor bersama rombongan Ketua Pemuda PAS Ladang Ustaz Wan Hamidi sedang berada di Madinah memimpin Jemaah Umrah di sana. Ustaz Mohd Nor ketua Dppnt dan juga YB Bukit Payung sempat memberi tazkirah di hadapan masjid Nabawi As Syarif kepada rombongan untuk menyedari betapa penting nya menghayati sunnah perjuangan nabi saw.

Selepas zohor Rombongan akan bertolak ke mekkah.

Sumber Ustaz Wan Hamidi


Read More

Selasa, 16 Mac 2010

MESYUARAT AGONG PEMUDA PAS KAW KUALA TERENGGANU

MESYUARAT AGONG PAS KAW KUALA TERENGGANU

Tarikh : 19hb Mac 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 Petang

Tempat : Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu

PERASMIAN OLEH :
Ustaz Azman Shapawi
Timb Ketua Pemuda PAS Pusat

Semua Pemuda Di Minta Hadir...

Semarakkan Perjuangan... Kembalikan Ganu KiTe


Read More

ROYALTI TERENGGANU 10 TAHUN DINAFIKAN

Pakat Gi Lah Ramai-Ramai


Read More

Halang GST: Jangan undi BN pada PRU 13

MELAKA, 15 Mac: Rakyat mempunyai cara yang paling mudah bagi menghalang supaya rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu dengan tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berkata, tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang GST apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan BN melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas PRU 13 nanti.“Bagi saya mudah sahaja untuk kita menghalang supaya GST ini tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu jangan undi BN pada jangan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Jika rakyat terus mengundi dan memilih BN dan BN menjadi kerajaan pusat selepas PRU 13 saya yakin GST ini kemungkinan besar akan digunapakai sebagaimana kehendak BN sebelum ini,” ujarnya.Justeru, tambahnya rakyat mesti bijak membuat penilaian dan pemilihan kerana beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menguatkuasakan GST jika mereka diangkat menjadi kerajaan Pusat.

Ini, katanya terbukti apabila banyak program dan projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri-negeri PR sekarang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.“Kepada rakyat saya harapkan mereka boleh berfikir dengan waras pada PRU 13 nanti. Mahu susah atau sebaliknya,” ujarnya lagi.


Read More

Umat Islam diseru kembalikan kegemilangan ilmu

GOMBAK, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam agar mengembalikan kegemilangan ilmu seperti zaman pemerintahan Islam yang terdahulu.Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan manusia pada zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi tapi gagal memanfaatkannya ke arah kebaikan.

"Agenda ilmu perlu kembali dan dikembalikan untuk memartabatkan umat Islam. Hari ini kita melihat banyak orang yang berilmu tapi gagal dalam hidup. Mereka ada ilmu, tahu, faham, mengerti, macam orientalis barat, alim dalam bidang Islam tapi menentang Islam.

"Ulama-ulama yang jahat, ilmunya ada tapi iman dan akhlak tidak dibina dengan cara yang baik, tidak istiqamah dalam hidup. Contohnya, golongan berilmu dalam bidang sains dan teknologi, mencipta alat-alat yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata. Sebabnya kerana ilmu tidak berasaskan kepada kewajipan khilafah dan kewajipan amanah yang ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar petang semalam.Ujar Abdul Hadi, asas segala ilmu yang dipelajari oleh manusia terdapat dalam Al-Quran, iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w."Islam telah berjaya memerintah negara yang besar. Di timur, sampai ke rantau Asia Tengah, di Baratnya Sepanyol, di utaranya, Asia Tengah hingga ke Moscow, di selatan, Afrika Tengah.

"Pada zaman yang belum wujud kecanggihan ilmu seperti zaman ini, tetapi asas-asas ilmu dalam segala bidang sudah wujud di dalam Al-Quran. Apa sahaja ilmu yang lahir di kalangan manusia asasnya adalah di dalam al-Quran, sama ada ilmu yang dapat memberi manfaat dalam hubungan dengan Allah, dengan manusia, dengan segala benda yang ada di muka bumi, termasuk ilmu yang diharamkan, seperti ilmu sihir, ada dalam al-Quran," katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Abu Bakar Chik dan Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah

Abdul Hadi petang tadi turut mengambil kesempatan meninjau tapak KUIZM yang pembinaannya sedang giat dijalankan.Turut bersama, Pengarah Syarikat A One Pro Construction, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan pembinaan KUIZM, Mohd Idris Kassim.Pembinaannya dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan akan mula mengambil pelajar sulung pada Julai depan.


Read More

PAS Tetap Bersama Pakatan Rakyat

KUALA TERENGGANU – PAS tetap akan bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) walau dalam keadaan susah atau pun senang. “Kita akan bersama dengan pakatan rakyat, bersama-sama dengan PKR, bersama-sama dengan DAP, bersama-sama dengan seluruh NGO yang sama-sama menyokong pakatan rakyat, perjuangan untuk mengadakan demokrasi dalam negara kita ini sama ada masa senang atau masa susah,”ujar Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali. Ikrar tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan mewakili PAS Terengganu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu menghadiri Majlis Makan Malam PKR bersama masyarakat Tionghua Kuala Terengganu baru-baru ini.

“Ini ikrar kita, Apa yang kita perjuangkan adalah perjuangan yang sama. Perjuangan untuk meletakkan kepimpinan dalam negara kita ini merupakan kepimpinan yang bertanggungjawab, kepimpinan yang bersih, jauh daripada amalan rasuah, amalan kronisme, amalan penyalahgunaan kuasa,”tegasnya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat telah sepakat mahukan kepimpinan Negara berjiwa rakyat, dan mampu memacu kemajuan ekonomi serta berlaku adil dalam pembahagian kekayaan Negara tanpa mengira kaum.“Kita mahu kepimpinan dalam negara kita ini berjiwa rakyat, kita mahu dalam negara kita, dalam negeri kita ini berlakunya kemajuan ekonomi, berlakunya pembahagian kekayaan yang adil, tidak kira rakyat dari kaum mana,”jelasnya

Menurutnya, di negeri Terengganu, pemimpin Umno berkelahi berebut kuasa, demi kepentingan projek dan bukan kepentingan rakyat. Katanya perebutan kuasa berlaku diantara golongan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berserta dengan kroninya dengan kumpulan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. “Yang berlaku dalam negeri kita ini adalah perebutan kuasa diantara golongan yang dipimpin oleh Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berserta dengan kroninya dengan Dato’ Seri Idris Jusoh.

“Mereka berlawan sesama sendiri bukan kerana kepentingan rakyat tetapi kerana kepentingan kuasa, kepentingan masing-masing mahukan projek, mahu dibahagikan kepada kroni masing-masing,”katanya.Oleh kerana itu, beliau mengajak semua yang hadir pada majlis makan tersebut, dapat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, membuat satu perubahan dalam demokrasi Negara.

Beliau turut menyeru supaya semua pihak menggembelengkan tenaga dalam meningkatkan usaha memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang.Katanya, Pakatan Rakyat sudah hampir menuju ke Putrajaya bagi mengambil tampuk pemerintahan Negara dan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Terengganu.

“Kita gembelengkan tenaga dan usaha kita, (kerana) saya fikir, kita sudah tidak berapa jauh lagi untuk menuju Putrajaya dan pada masa yang sama, saya yakin kita tidak sudah berapa jauh lagi untuk mengambil alih kepimpinan Negeri Terengganu ini,”ujarnya


Read More

Jenayah Berleluasa ; Laksanakan Hukum Islam !

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu meminta agar Kerajaan Negeri melaksanakan hukum Islam sebagai dasar pemerintahannya bagi mengurangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa berlaku di negeri ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mencontohi amalan yang dilakukan ketika zaman pentadbiran Pas sehingga memperlihatkan penurunan kadar jenayah dalam kalangan belia.

Dalam masa sama, beliau menganggap pengurangan kes jenayah yang berlaku pada zaman Pas disebabkan keberkatan pemerintahan berlandaskan tuntutan me-lalui al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.“Kita yakin kenaikan mendadak jumlah penglibatan belia dalam jenayah di negeri ini disebabkan ketiadaan keberkatan Allah SWT terhadap pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu tunduk kepada perintah Allah dalam hal pentadbiran,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu melakukan usaha bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan hukum Islam berdasarkan kepada Perlembagaan Negeri Terengganu yang di’islam’kan berdasarkan pada zaman pemerintahan Pas pada 1999 hingga 2004.Mengulas lanjut beliau yang juga ADUN Bukit Payung berkata, pihaknya tidak berasa terkejut dengan statistik berdasar maklumat polis bahawa 60 peratus kadar jenayah yang berlaku di negeri ini membabitkan belia.

Namun, beliau amat kecewa apabila 6,000 pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dianggap kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar itu di negeri ini.“Sepatutnya jumlah itu dipandang sebagai sangat membimbangkan kerana ia melibatkan perlakuan jenayah. Perbandingan sepa-tutnya dibuat berdasarkan kepada bilangan, bukan peratus,” katanya.

Beliau berkata, sepa-tutnya perkara tersebut dipandang serius dan khuatir dengan sikap memperkecilkan perkara seperti itu akan menyebabkan bilangan jenayah meningkat dari masa ke masa.“Justeru, kami bersedia bekerjasama dengan pihak polis atau mana-mana badan pencegahan jenayah untuk membendung masalah ini agar tidak berterusan dan merebak dengan lebih meluas,” katanya.


Read More

Khamis, 11 Mac 2010

Terkini:Al Fatihah Syeikh Al Azhar Meninggal Duni

DUBAI 10 Mac – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.

Berita kematian Tantawi itu dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini, dengan memetik wartawannya di Saudi.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir


Read More

Rabu, 10 Mac 2010

PERKHEMAHAN REMAJA

Kuala Terengganu - Pemuda Ladang bersama Pemuda Sg Derhaka
akan menganjurkan perkhemahan Remaja di Pantai Merang pada
12 dan 13 hb Mac 2010 ini.

Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan
untuk menanamkan dalam diri remaja ini roh islam dan juga
memberi kesedaran kepada Anak-Anak Remaja ini menjauhi
gelaja hidup yang tidak sihat seperti merempit, dadah,
pergaulan bebas dan sebagainya lagi yang menjadi musuh
kepada anak-anak umat islam kini.

Antara pengisian yang akan di isi termasuklah perkhemahan,
Sukaneka, Kuliah, BBQ dan juga banyak lagi aktiviti
berfaedah yang lain.InsyaALLAH program ini akan dirasmikan
penutupnya oleh ADUN Ladang YB Dato Tengku Hassan.

-Bloggerpemudaladang


Read More

Semarakkan Perjuangan dan Roh Jihad

Kuala Terengganu - YB Adun Bukit Payung dan juga Ketua Pemuda
PAS Negeri Terengganu dalam ucapannya pada program
Liqa Al Alimin Pemuda Kuala Terengganu mengingatkan tentang
Para Pemuda PAS disini supaya mengingati tentang sejarah
perjuangan PAS yang panjang di negeri ini.

Para Pemuda juga diingatkan tentang tujuan dan falsafah
perjuangan PAS. Kenapa kita menentang UMNO?
Ini Kerana Akhir ini kelesuan roh jihad dikalangan pemuda
semakin terhakis dan ianya perlu di perbaiki dari semasa
ke semasa.

Beliau akhirnya menyeru para Pemuda bersatu hati dan bersama
-sama menjadi agen perubah masyarakat dengan memperbanyakkan
program dan juga memantapkan akidah perjuangan dikalangan
Para Pemuda itu sendiri.


Read More

Selasa, 9 Mac 2010

Renungan untuk Kita Umat Islam.

Banyak kejadian-kejadian yang berlaku mutakhir ini
ditanah air yang tercinta ini yang menyebabkan kita sebagai
umat islam bimbang dan perlu gusar.
Semoga ALLAH menjauhkan kita dari kemurkaannya,
Nauzubillahiminzalik....

Perkara-Perkara yang membimbangkan:

1. Akhlak-Akhlak anak muda semakin membimbangkan.
(Gejala Merempit, Pergaulan Bebas dan Jauh dari Agama)
2. Berleluasanya Zina.
3. Pembuangan dan Pembunuhan Bayi-Bayi dari Benih
mereka dan darah daging mereka sendiri.
4. Berleluasanya pembunuhan.
5. Rasuah sudah menjadi Barah dan sudah tiada langsung
rasa bersalah malah di ditukarkan ke nama lain seperti
politik wang, wang ehsan dsb.
6. Banyaknya silatulrahim yang terputus.
7. Suami yang takut dan menurut kata isteri.
8. Anak-Anak yang derhaka kepada ibubapa.
9. Pemimpin yang tidak amanah dan dipilih kerana kejahatannya.
10.Berleluasanya hiburan dan artis-artis serta ahli maksiat disanjung
dan dipuja oleh masyarakat.
11.Harta Benda sudah tidak selamat. Kecurian berlaku setiap minit.
12. Banyak lagi perkara yang boleh kira renung dan fikirkan sendiri.

Marilah kita umat islam sama-sama bangun dan insaf.
Takutlah kita pada kemurkaan ALLAH. Mari lah kita mengubah semua
ini dengan sama-sama menyemarakkan semangat untuk mengubah
masyarakat kita dan mengembalikan maruah kita sebagai umat islam.
Jangan menunggu Bala yang turun di Acheh, Haiti dan banyak lagi tempat lain didunia ini barulah kita hendak sedar dan insaf.

Ayuh !! Berubahlah demi Islam yang tercinta.


Read More

STATISTIK GEMPA BUMI

Statistik Angka Kekerapan Gempa Bumi Yang
Berlaku DI Seluruh Negara


Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Al-Israa ayat 16. (17:16)

Seperti sabda Rasullulah,Nabi saw. bersabda:“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim


Read More

Isnin, 8 Mac 2010

Pakatan bantah pencabulan hak asasi manusia oleh BN

PETALING JAYA, 8 Mac: Para pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan pihak polis menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam akan mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu, mereka berkata, rakyat berhak berhimpun secara aman.Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara.

"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Mereka dipercayai mengulas tindakan kira-kira 50 anggota FRU yang menyerbu perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi ketika Naib Presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.Akibat serbuan itu, tiga petugas cedera dan membuat laporan polis.

Bagi mereka, di Malaysia hari ini pihak polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini.Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah.

"Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara," kata kenyataan itu.Oleh itu, katanya, Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut.

Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga kepada European Union Human Rights Council.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat juga akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini, tambah kenyataan itu.


Read More

TAWARAN PR Kepada Rakyat Malaysia

( Print dan Sebarkan )


Read More

TAWARAN PAKATAN RAKYAT

(Print dan Sebarkan)


Read More

BAJET 2010 Menekan Rakyat

( Print dan Sebarkan )


Read More

Dari Minda TGNA:Mufti atau Mufta?

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.

Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya. Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.


Read More

Kuliah Khas dan Munajat Perdana bersama Presiden


"Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu akan mengnjurkan satu majlis munajat Perdana yang akan diisi dengan Kuliah Maghrib khas dan solat hajat yang akan dipimpin oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib, selepas itu satu kuliah Maghrib Khas yang akan disampaikan Oleh Tuan Guru, solat Isyak dan disudahi dengan solat Hajat perdana.


Read More

Sabtu, 6 Mac 2010

FORUM HANGAT TERKINI

FORUM HANGAT

TAJUK :BADGET 2010????

AHLI PANEL

1.YB SAIFUDDIN NASUTION
2.YB DR SYED AZMAN
3.USTAZ AZHAR IDRUS

BERTEMPAT DI KG GELONG BILAL
(SEBELAH SURAU DAN BUKIT UHUD)
TARIKH : 7 hb Mac 2010
MASA : 9.30 MALAM

DATANG LAH BERAMAI-RAMAI


Read More

PKR pecat Zulklifi Noordin

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.


Read More

PESANAN PENTING TUK GURU PRESIDEN

PESANAN TUK GURU PRESIDEN

Kepada Semua AHLI dan Pendokong Gerakan Islam PAS dalam
menyemarakkan semangat perjuangan dan menggapai
kemenangan:

* Tinggalkan maksiat sekiranya mahukan kemenangan

* Berjemaah itu boleh menyelamatkan banyak generasi berbanding berseorangan mementingkan diri

* Bila saf renggang, syaitan akan berbisik

* Duduk dalam PAS ada kelebihan kerana ia mengajar kita ada perhitungan dosa dan pahala

* Tarbiyah mesti di medan bukan diatas kertas.

Ingat lah kita adalah pendukung gerakan islam. Bukan
hanya ahli parti politik. Justeru itu semarakkan perjuangan
ke tahap maksimun, jangan bercakaran, jangan banyak
mengomel tapi banyakkan membuat kerja islam yakni dakwah
kepada masyarakat. Siqqah kepada pimpinan dan arahan pimpinan.
Tanya Iman.... Apa yang telah anda sumbangkan untuk
perjuangan mendaulatkan islam di negara ini?


Read More

Tok Guru Nik Aziz Pindah ke Wad Biasa – Nik Abduh

Tepoh, KUALA NERUS – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada, 3 Mac lalu, kini beransur pulih dan dipindahkan ke wad biasa.

Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan demikian kepada Buletinonline, selepas menghadiri Program Bersama Dua Anak Tok Guru Yang Dianjurkan oleh Pemuda PAS DUN Tepuh, disini, semalam.

”Dia (Tok Guru Nik Aziz) masuk hospital kerana letih…. Dan hari ini (semalam) dia masuk ke wad biasa,”katanya yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan itu.Nik Abduh berkata, dengan dimasukkan ke hospital, ayahnya dapat berehat.

”Biasanya, doktor suruh duduk lama, tapi ayah biasanya minta keluar awal, sehari dua lagi dia keluarlah,”jelas Nik Abduh apabila ditanya, bilakah ayahnya akan keluar dari hospital.

Program makan tengahari yang diadakan semalam turut menjemput Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua anak Tok Guru telah menyampaikan nasihat dan panduan dalam menempuh perjuangan, kepada para pemuda PAS dari kawasan ini.


Read More

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya. Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun. "Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya. Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.


Read More

Ustaz Nasharudin Ziarah Ketua Dewan Ulama' PAS

"DUNGUN, 5 Mac - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pagi tadi menziarahi Ketua Dewan Ulama' PAS, Ustaz Harun Taib setelah sekian lama beliau terlantar sakit. Nasharudin yang hadir ke Terengganu mengambil kesempatan tersebut selepas beliau dijemput untuk menghadiri satu program perasmian ijtima' semalam di Dungun.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Ustaz Harun Taib telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 7 Januari 2010 yang lalu. Beliau mengalami tekanan darah tinggi yang yang berlebihan sehingga boleh menyebabkan 'minor stroke'.

Walaubagaimanapun, beliau turut berazam untuk terus berkhidmat dalam perjuangan Islam selagi masih hidup. Meskipun kelihatan masih letih, namun beliau tetap ceria dan bersemangat menyambut kehadiran Timbalan Presiden PAS disamping bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berlaku di Malaysia dan perkembangan semasa parti.

Semalam Nasharudin Mat Isa telah merasmikan Ijtima' Pondok & Pusat Pengajian Islam Se-Terengganu di Pondok Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Paka. Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai kepentingan ilmu serta kewajiban beramal dengannya. Beliau turut berharap agar pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di pondok agar sentiasa berdampingan dengan masyarakat supaya dapat membimbing dan mendidik mereka dengan ajaran Islam.

Tambahan lagi, beliau mencadangkan agar dapat menubuhkan Rabithah Pelajar Pengajian Islam Terengganu. Ia bertujuan untuk terus menyuburkan perkembangan tradisi ilmu-ilmu Islam dan berusaha untuk membaiki sistem-sistem pendidikan supaya sejajar dengan kehendak semasa. -ANN


Read More

Khamis, 4 Mac 2010

UMUMKAN LAPORAN SIASATAN STADIUM RUNTUH



Jika kita pergi ke Gong Badak, dimana Kompleks Sukan itu ditempatkan, kita akan dapati sisa-sisa bumbung stadium berkenaan yang runtuh masih kelihatan walaupun sudah lama berlaku.

Bila ianya hendak dibaik pulih, belum diketahui kerana kertas laporan siasatan kes berkenaan masih 'diusung' ke hulu ke hilir untuk mendapat persetujuan para exco dan nasihat daripada pegawai undang-undang negeri sebelum ditatapkan kepada umum.

Ada cakap-cakap menyatakan bahawa, Kontraktor yang terlibat dengan pembinaan stadium berkenaan cuba 'lari' dari menanggung kos baik pulih kerana dijangka kos pembaikannya melebih kos membina stadium. Ntah kenapa.

Maka, kontraktor terlibat dilihat lebih suka mengiystiharkan syarikat mereka bangkrap daripada menanggung kos pembaikan stadium berkenaan.

Bagi kerajaan, stadium perlu dibaiki walau apa sekali pun jika ingin imejnya tidak tercalar dengan lebih teruk. Maka tidak dapat tidak, kerajaan dengan sukarela dijangka akan menanggung semua kos baik pulih bumbung stadium berkenaan.

Pusing punya pusing, rakyat juga kena tanggung hasil kebobrokan Umno-BN menguruskan kantung negeri. Yang untung hanyalah beberapa kerat pemimpin Umno-BN.

Sumber:
http://warkahdaily.blogspot.com/2010/03/stadium-runtuh-kontraktor-bakal-muflis.html


Read More

Rabu, 3 Mac 2010

Laporan Bumbung Stadium Runtuh Dijangka Diumum Minggu Depan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan mengumumkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh, minggu depan jika mendapat persetujuan anggota Exco.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri telah menerima laporan itu melalui pegawai undang-undang negeri yang telah mendapat pengesahan daripada kementerian yang berkaitan.

"(Dalam) mesyuarat Exco minggu depan kita akan bincang mengenai perkara itu. Kalau Exco bersetuju laporan itu dibentangkan, kita akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

SSMZA siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) pada 31 Mei 2008, tetapi bumbung utama stadium itu roboh pada pagi 2 Jun lepas setelah setahun siap dibina.Sehingga ini, kerosakan di stadium berharga kira-kira RM292 juta itu masih belum dibaiki.

Ahmad berkata, kerajaan negeri perlu meneliti pandangan dan nasihat daripada pegawai undang-undang negeri dan mereka yang terlibat terlebih dahulu sebelum laporan itu diumumkan. BERNAMA

Ulasan Blogger - Rakyat nak tahu apa yang terjadi. Umum ajelah.
Banyak sangat duit rakyat yang terkorban. Kerajaan dan kuasa tu
AMANAH. Setiap Amanah akan di soal oleh ALLAH di padang mahsyar
kelak.... Kembalilah ke pangkal Jalan.


Read More

Pak Lah anggap BN belum kuat walau beberapa MP PKR keluar parti

PUTRAJAYA, 3 Mac: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Tun Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Tun Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi. Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

Ulasan Blogger - Kepada Pengkhianat Terbaru Rakyat Ahli
Parlimen ingatlah anda telah melukakan hati rakyat demi
kepentingan peribadi anda. Ingatlah kerusi Ahli Parlimen anda
hanyalah ikhsan dari penyokong PAS disitu. Itu adalah kerusi
PAS yang terpaksa dikorbankan demi Pakatan Rakyat.


Read More

Ahli Parlimen PAS Teruskan Komitmen dan Istiqamah



Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

(Gambar Album MPPAS sewaktu mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertua Dewan)

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.


Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

Ulasan Bloger - Rakyat Sedang Melihat Kekuatan Kamu
Ahli Jamaah Parti Islam dan Istiqamah kamu dalam perjuangan.
Teruskan Lagi Perjuangan dan Semarakkan Kemenangan..
PAS Wajar Mendapat Semua Kerusi Melayu dan Kawasan yang
Lebih untuk ditandingi. ALLAH Telah menunjukkan bagaimana
pengkhianat rakyat dan PR keluar dari perjuangan dan memburu
kepentingan peribadi.


Read More

Isnin, 1 Mac 2010

"Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya" - Amy Search

Penulis baru pulang dari ceramah Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Kota Damansara..dua orang ahli panel, pertama, Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, dan keduanya Amy Seacrh, penyanyi adan icon rock tanah air..

Majlis dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob.. Memang menarik isi2 yang dilontarkan oleh kedua-dua ahli panel..penghayatan mengenai junjungan besar nabi kita Muhammad SAW..

Penulis tidak berhajat menceritakan satu persatu apa yg diperkatakan oleh kedua2 ahli panel tersebut yang bagi menulis betul-betul menyentuh hati penulis (kisah mengenai Rasulullah)..cuma apa yg ingin dikongsi disini, Amy Serch apabila ditanyakan soalan siapakah idola beliau, beliau dengan yakinnya menyatakan idolanya adalah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar kelantan merangkap Mursyidul Am PAS...

Menurut beliau Tok Guru adalah seorang yang a'lim, hidup besederhana, serta wajar dicontohi oleh orang lain..ia mendapat perhatian hadirin termasuklah pengerusi majlis..menurut pengerusi majlis, 'jika penyanyi rock pun hormat Tok Guru, siapalah Ibrahim Ali yang memperlekeh Tok Guru'..begitulah hampir bunyinya..

Sebelum majlis berakhir, seorang lagi artis yang terkenal suatu ketika dahulu, dari kumpulan Rainbow (jika tidak silap penulis) turut sempat 'meluahkan' perasaannya sebelum diberi peluang mengalunkan lagu gubahan beliau sendiri, 'Membangun Bersama Islam'..

Menurut beliau, beliau sangat mengkagumi Tok Guru dan Tok Guru adalah contoh tauladan dan ikutan yang terbaik..menurut beliau lagi, beliau pernah bertemu dengan Tok Guru suatu ketika dahulu dalam keadaan diri yg 'rock' (berpakaian rockers), namun Tok Guru tetap menyambutnya dengan 'terbuka' dan senang hati..

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsikan dikesempatan ini..insyallah, berita ini akan di'hebah'kan oleh teman-teman kita yang lain (yg hadir pada malam tadi), termasuklah gambarnya yang lengkap berjubah dan berkopiah putih..wallahua'lam..

Source : http://www.tranungkite.net


Read More

Hati-hati jamu selera di kopitiam

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian. "Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri, " katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan."Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab."Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya


Read More