Jumaat, 19 Mac 2010

Malaysia Semakin Busuk Di Mata Dunia

"Nama Malaysia semakin busuk di mata dunia. Kalau sebelum ini ahli-ahli Parlimen Australia dan beberapa pimpinan negara mengkritik Malaysia berkaitan dengan pendakwaan kepada Anwar kini Parlimen United Kingdom pula melakukan lebih dari itu.

Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul beliau Corbyn berkata Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

"Oleh itu kami amat risau berhubung caj dan pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar seperti mana yang telah dilakukan oleh pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia .

Dipetik dari greenboc
Ulasan saya : Siapa yang hendak dipersalahkan dalam hal ini. Bagi saya mudah sahaja untuk membersihkan segala daki, kotoran dan najis ini gugurkan pendakwaan terhadap Anwar serta merta. Dengan bukti dan hujah peguam Anwar semasa perbicaraan baru-baru ini saya kira kes itu boleh digugurkan.

Artikel lain sila layari http://mutaligat.blogspot.com