Ahad, 28 Februari 2010

Tumbangkan BN... Satu Kewajipan

TAK NAK BN.....


Read More

Bersiap Untuk Pilihanraya Umum Lebih Awal

Chukai, KEMAMAN – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali memberi isyarat supaya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 lebih awal.

Menurutnya, dalam kaedah biasa pilihanraya umum akan berlaku selepas persempadanan semula kawasan pilihanrayua yang berlaku sekali dalam tempoh dua penggal atau sekurang-kurangnya lapan tahun.

“Dulu saya berpegang pilihanraya ini mestilah selepas daripada persempadanan semula kawasan pilihanraya,

“dari segi kaedah demokrasi di Malaysia tiap-tiap dua penggal akan berlaku persempadanan semula pilihanraya, yang terakhir berlaku pada tahun 2003, ertinya 8 tahun pada tahun (ia akan berlaku pada) 2011,

“Jadi kalau pilihanraya nak diadakan selepas persempadanan semula, maka ia akan berlaku paling awal pada tahun 2012,”kata Dato’ Mustafa dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.

Tapi, katanya, pendapat itu adalah pegangan beliau beberapa bulan yang lalu, kerana menurutnya, beliau mendapat satu maklumat baru-baru ini.

“Maklumat ini tidak semestinya tepat, tidak semestinya betul, tetapi maklumat yang saya terima nampaknya PM tak mahu fakir dah masalah persempadanan semula,

“Tidak (belum) persempadanan semula pun sekarang ini, di (PM) sudah buntu macam mana hendak buat perkiraan kawasan mana nak tambah, kawasan (mana nak buang),

“Jadi kemungkinan besar, dia (PM) akan buat pilihanraya sebelum daipada persempadanan semula.,”jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata ia (pilihanraya) tidak akan berlaku lebih awal daripada tahun 2011 dan mesti mengikut kaedah melengkapkan satu satu penggal selama tiga tahun.

“Walau macamana pun dia mesti cukup tiga tahun (iaitu) satu penggal itu cukup tiga tahun, (pilihanraya ke 12) bulan Mac 2008,

“(jadi) bulan Mac 2011 cukup tiga tahun, ertinya kena bersedia selepas bulan Mac 2011, bila-bila masa pilihantraya akan diadakan,”katanya.


Read More

Sabtu, 27 Februari 2010

TAYANGAN LCD & BBQ DUN LADANG

Dataran Bukit Bayas - Program Tayangan LCD dan BBQ Anjuran
PAS Dun Ladang dengan kerjasama erat UPU Bukit Bayas telah
berjaya di adakan dengan jayanya pada malam tadi. Program yang
julung kali diadakan ini telah berjaya menayangkan VCD terkini
kisah politik di negara ini. Penayangan dua VCD Tokoh hebat
Pakatan Rakyat telah menyaksikan orang ramai tidak berganjak
dari tumpuan ke layar yang terpancar.


Orang ramai khusyuk mendengar ulasan politik dari VCD
Ceramah Abang Mat di Kelantan.

Pembakar-pembakar BBQ yang setia membakar di
Tong Bakaran BBQ UPU Bukit Bayas.

Semoga program sebegini diteruskan lagi dalam menyemarakkan
semangat perjuangan dan memastikan Negeri Terengganu yang
tercinta ini kembali ke pemerintahan yang Takut pada ALLAH.


Read More

Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata

MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.

Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.

“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.

Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.


Read More

Pemuda perlu berani berubah dan melakar sejarah baru- Salahudin

SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar."Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar."Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini."Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.
Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di Hotel Qualiti Shah Alam semalam.

Program selama dua hari itu dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda di bawah dewan Pemuda PAS Pusat.Pengarah Program, Ahmad Sabki Yusuf menyatakan bahawa latihan ini bertujuan untuk menyediakan barisan kepimpinan di dalam PAS.

Menurutnya, setiap pemuda PAS mesti menjadi seorang yang kompiten, melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan selain menjadi orang yang beramanah dan berintegriti."Kita tidak boleh menjadi orang yang baik semata-mata tetapi tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik.

"Adalah menjadi suatu fitnah pada agama kita, sekiranya kita mendokong perjuangan agama ini tetapi diri kita tidak diterapkan dengan 'al-qawiyy' dan 'al-amin'." kata beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut dihadiri oleh 200 Pemuda PAS yang merupakan pelapis kepimpinan pemuda yang mewakili setiap negeri.Turut hadir dalam program semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, bersama exconya Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Ir Hj Mohd Khairil Nizam dan Zuraidin Abdullah.


Read More

Khamis, 25 Februari 2010

6000 PELAJAR TERENGGANU TERLIBAT JENAYAH

"(Bernama) -- Lebih 60 peratus kejadian jenayah di Terengganu dalam tempoh dua bulan lepas dilakukan oleh golongan belia dan pelajar, kata Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau angka itu amat membimbangkan dan polis akan menumpukan perhatian kepada usaha-usaha mencegah golongan tersebut daripada terbabit dengan jenayah selain mengurangkan kadar jenayah di negeri berkenaan.

"Untuk dua bulan pertama ini kita dapati 60 peratus kes-kes jenayah yang dilaporkan di Terengganu ini melibatkan pelajar dan sebahagian besarnya mereka yang berumur 30 tahun ke bawah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, di sini hari Selasa.

Mohd Shukri berkata pihaknya telah merangka beberapa pendekatan yang menumpukan kepada program pencegahan jenayah bagi memastikan jumlah mereka yang terlibat dengan kegiatan itu menurun.

"Kita juga akan mengadakan ceramah di sekolah-sekolah serta taklimat kepada persatuan belia dengan kerjasama dari agensi-agensi yang ada kaitan dengan belia," katanya.

Selain itu, Mohd Shukri berkata pihaknya juga akan memperhebatkan operasi bagi membendung gelaja 'merempit' pada kalangan remaja yang bukan sahaja menimbulkan suasana yang tidak selesa pada kalangan penduduk setempat dan pelancong tetapi turut mengundang bahaya kepada orang ramai.

-- BERNAMA
6,000 Pelajar Menengah Di Terengganu Bermasalah

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama)-- Seramai 6,000 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu dikenal pasti terlibat dengan gejala ponteng sekolah, mat rempit, jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata walaupun angka itu kecil berbanding 250,000 pelajar sekolah menengah di Terengganu tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius masalah itu.

Katanya kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan sedang mengambil tindakan bagi membendung gejala tidak sihat itu.

"Apabila ada seorang pelajar berisiko tinggi duduk di sebuah sekolah, ini akan menyusahkan semua guru dan pelajar-pelajar yang lain," kata Ahmad Razif.

Katanya pihak polis telah memberikan taklimat kepada kerajaan negeri dan juga Jabatan Pelajaran mengenai sekolah-sekolah yang berisiko tinggi di Terengganu.

-- BERNAMA"

Ulasan Blogger - Ingat lah Pesanan Saidina Umar Alkhatab r.a
" Kamu Satu Kaum Yang Dimuliakan dengan Islam dan Kamu Akan
Di Hina Bila Kamu Meninggalkan Islam dan Memilih Cara Hidup
Yang Lain" Fikirkan Lah Wahai Manusia


Read More

KUNJUNGAN MUHIBBAH YB LADANG KE PASAR MALAM TAMAN BUKIT BAYAS.

Kuala Terengganu - Yang Berhormat Dato Tengku Hassan mengadakan
kunjungan muhibbah ke pasar malam Taman Bukit Bayas pada petang
ini. Kunjungan beliau ditemani bersama oleh Pemuda DUN Ladang
yang mengedarkan risalah kepada para penjual dan pengunjung pasar
malam tersebut. Risalah berbentuk kesedaran kepada mayarakat agar
prihatin dan cakna dengan apa yang berlaku disekeliling mereka.


YB Dato Tengku Hassan sedang mengedarkan risalah
kepada penjual sambil bertegur sapa.

YB Dun Ladang sedang beramah mesra dengan pengunjung
pasar malam tersebut.

Dato Tengku Hassan sedang meninjau tapak surau
yang dibina oleh AJK Persatuan Penjaja Pasar Malam.

Program yang julung kali ini di adakan ini penting
dalam menyemarakkan semula semangat Rakyat
Terengganu yang berani berubah dan menuntut haknya.


Read More

Rabu, 24 Februari 2010

Pemuda UMNO Biadap - Ust Nasaruddin Tantawi Hassan

Sumber Harahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat."Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng."Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno."Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi

Ulasan Blogger - Tak Payah Buang Masa Ajak Pondan-Pondan Untuk
berdebat dan berhujah... Buang Masa Jer....


Read More

TAYANGAN LCD & BBQ

TAYANGAN LCD
&
B.B.Q


TARIKH : 26 HB FEB 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : DATARAN BUKIT BAYAS


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI


Read More

Rahsia Solat yang Khusyuk

Rahsia Solat yang Khusyuk

Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.

Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk, I’tidak, sujud dan sebagainya.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.

Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?” Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai solatnya.

Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah bagi mendapatkan kemanisan ini.

Amin

http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-yang-khusyuk.html


Read More

Ahad, 21 Februari 2010

BN, Bahtera Yang hampir Tenggelam

KUALA TERENGGANU - PAS menegaskan, tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama untuk menubuhkan kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya, lebih selesa menjadi pembangkang, daripada bersama dengan sebuah kerajaan yang bakal ‘tenggelam’.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifat Umno/ BN umpama sebuah bahtera yang sedang ‘bocor’. “Bentuk kerajaan, sehingga kini tidak berlaku dan tidak ada perkiraan. Kita (PAS) tunggu pilihan raya. Bentuk lain ada, ekonomi dan sebagainya. “Kita (PAS) lebih selesa jadi pembangkang yang menasihatkan kerajaan kerana kita (PAS) tidak mahu naik di atas kenderaan yang sedang ‘bocor’.

“Kita (PAS) tahu parti kerajaan (BN) juga sedang ‘bocor’, tidak pasal-pasal kita (PAS) naik dan tenggelam dengan ‘bahtera’ yang ‘bocor’,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, 19 Februari lalu.

Namun begitu, beliau berkata, PAS sedia bekerjasama, bermuzakarah dan berbincang dalam isu-isu lain untuk kepentingan rakyat seperti isu ekonomi dan sosial . Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pendirian PAS bersikap positif dalam perkara yang baik mengikut konsep demokrasi.

“Kita (PAS) bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik kita terus bekerjasama. Sebagaimana, dimasa-masa yang lalu. “Perkara yang mungkar, perkara yang tidak betul kita (PAS) tetap menegur dan mengkritik. Ini adalah konsep demokrasi yang kita (PAS) amalkan.

“Kita (PAS) tidak membangkang semata-mata dan kita (PAS) tidak menyokong semata-mata. Kita (PAS) terbuka untuk bermuzakarah, berbincang sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegasnya.

Sumber : http://www.buletinonline.net


Read More

Sabtu, 20 Februari 2010

Lajnah kebajikan perkasakan 'gerak gempur' PRU-13

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Lajnah Kebajikan PAS akan mempertingkat dan memperkasakan gerak kerja mereka ke arah persediaan berdepan pilihanraya umum ke-13.Siang tadi satu perbincangan meja bulat 'gerak gempur PRU-13' anjuran Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah diadakan bertujuan memperkasakan gerak gempur kebajikan PAS di semua peringkat.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dr. Lo'lo' Ghazali berkata, lajnah tersebut itu mempunyai tugas semakin beras dengan keadaan politik negara pada waktu ini."Dalam PRU-13 yang bakal tiba ini, kita mempunyai tugas berat.

"Kita perlu mengambil semula Perak yang telah dirampas, kita perlu meningkatkan kemenangan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PR." katanya melalui teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Brig Jen (B) Abdul Ghani Bin Mahluddin.

Dr Lo'lo' tidak dapat hadir program berkenaan kerana mengikuti program Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di luar negara.Apa yang penting jelas beliau, PAS perlu dekat dengan hati rakyat, dan lajnah tersebut adalah antara yang terpenting menjayakan matlamat itu.

"Untuk berjaya dalam pilihanraya, kita perlu memenangi hati rakyat, dan tidak ada cara lain untuk memenagi hati rakyat ini melainkan melalui gerak kerja kebajikan" ujar beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa.

Program tadi juga menjemput Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad, dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nazri Din sebagai pembentang Kertas Kerja.Seramai lebih kurang 100 orang hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada pengerusi dan ajk Lajnah Kebajikan peringkat negeri.


Read More

Jumaat, 19 Februari 2010

Perasmian Pemikat oleh Dato Seri Presiden PAS

Dalam Gambar Ketua Pemuda PAS Dun Ladang dan AJK

Kuala Terengganu - Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu dengan
jayanya berjaya menganjurkan himpunan Pemuda Kuala Terengganu
(PEMIKAT 2010) yang berlangsung di Dewan Markas Tarbiah PAS,
Kuala Terengganu. Majlis ini dirasikan oleh YB Dato Seri
Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Dalam Majlis Perasmian itu Tuk Guru telah mengingatkan pemuda
tentang kisah terkenal dalam surah Kahfi. Beliau juga
mengharapkan pemuda akan lebih bersemangat untuk mengembalikan
dan juga menyelamatkan negeri Terengganu dari BN. Ianya penting
demi menyelamatkan khazanah negeri ini dan lagi penting
menyelamatkan muda-mudi negeri ini dari terus dihanyutkan oleh
UBN.

Apa yang penting semoga perhimpunan ini berjaya menyemarakkan
semula daya perjuangan dan ketahanan para pemuda agar menjadi
agen perubah. Sememangnya undi orang muda sangat penting dan
menjadi penentu kepada setiap kerajaan dalam mana-mana
pilihanraya di negara ini.

JOM Berubah - Selamatkan T'Ganu Kite


Read More

PROGRAM DISEPANJANG HIMPUNAN

Bowling Nyior
Sepak Raga ( Titing Bola Paling Banyak)
PSP Games.. Lawan BOLA
Adik-adik kita duk melukis..... bijak2


Read More

MAJLIS PERASMIAN HIMPUNAN PEMUDA KT

Ikrar Kami Pemuda
Pastikan Terengganu dikembalikan
Pemuda2 Harapan Selamatkan Terengganu
Ucapan dan Amanat Penting Presiden
Ketibaan Presiden disambut meriah


Read More

SEKITAR PROGRAM HIMPUNAN PEMUDA KUALA TRG

Antara Gerai-Gerai Pameran

Pemeriksaaan Percuma HPA


Peserta Sibuk Mendaftar


Read More

Khamis, 18 Februari 2010

HIMPUNAN PEMUDA ISLAM KUALA TERENGGANU 2010

JOM Pakat Gi Belake....
MeriahKan Program Kite
Malam Bawak Famili Seme
aDa Konsert Kesenian ISLAM


Read More

Bekas Timbalan Menteri Buruh keluar BN sokong Pakatan

TAMPARULI, 18 Feb: Bekas Timbalan Menteri Buruh, Datuk Kalakau Untol mengumumkan perletakan jawatannya dalam semua anak-anak syarikat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat.

Langkah ini dibuat kerana tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan yang tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para pemimpin dari Sabah.

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di sini.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Beliau mengumumkan juga keputusannya untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri Sabah dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihan raya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negaratidak serius.


Read More

Rabu, 17 Februari 2010

Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas


MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Ayah Cik keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi. Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu. Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily. Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau. Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya: "Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya." Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu. Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, (Gambar) bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.


Read More

Isnin, 15 Februari 2010

Apa nak Jadi?

Kuala Terengganu - Sedih melihat kisah pembuangan bayi yang
saban hari semakin menjadi-jadi. Apa yang telah terjadi
kepada manusia di negara ini? Apakah mereka sudah hilang
kemanusiannya? ataupun apakah yang telah menyebabkan
manusia-manusia ini hilang kewarasan dan bertindak lebih
zalim dari binatang.

Namun kita sebagai ahli masyarakat patut juga bertindak
membantu masyarakat dari terjerumus ke lembah ini. Mari lah
kita bersama-sama dengan masyarakat menutup segala ruang dan
pintu maksiat dan pergaulan bebas yang semakin menjadi-jadi
dewasa ini. Ini lah pintu utama yang menyebabkan gejala
pergaulan bebas dan pembuangan bayi ini.

Kita tak mampu lagi mengharapkan pihak kerajaan dari
membendung masaalah ini. Jelas kerajaan yang diharap untuk
menyelamatkan rakyatnya menjadi "pagar yang memakan padinya"
dengan menyediakan segala ruang maksiat seluas-luasnya kepada
rakyatnya ditambah lagi ruang berhibur dan berkonsert di taja
sepenuhnya. Tidak cukup lagi dengan semua saluran TV dan Radio
dan akhbar yang saban hari menayangkan gaya hidup yang jauh
dari redha ALLAH ini untuk rakyat jelatanya. Semuanya untuk
menjauhkan rakyat dari menjadi hamba ALLAH dan menjadi hamba
dunia semahu-mahunya.

Marilah kita menggerakkan masyarakat di samping kita berusaha
dengan apa sahaja yang kita mampu untuk menutup segala pintu
gejala sosial dan hubungan bebas ini. Buat lah apa yang anda
termampu demi menyelamatkan akhlak muda-mudi kini. Kerana
masa depan negara ini terletak kepada akhlak muda-mudi ini.
Jangan hanya memandang dan membaca masaalah sosial hari-hari
di akhbar namun tiada langsung ikhtiar anda untuk sama-sama
membantu masyarakat untuk menjadi manusia yang berguna.


Read More

Sketsa Menyedihkan Tahun 2006 Berulang Kembali

Orang Melayu Menadah Tangan di depan To’ Kong

KUALA TERENGGANU – Setelah dua tahun Kuala Terengganu diisytihar sebagai Bandaraya, tidak banyak perubahan yang dapat mewarnai kehidupan warga ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ itu.Ramai yang terus hidup miskin lagi dhaif , sehingga terpaksa ‘melupakan’ perasaan malu dan ‘tidak kesah’ tentang maruah dan harga diri akibat kehidupan yang semakin tersepit.

Satu sketsa ‘kesempitan hidup’ yang menyedihkan khususnya kepada orang Melayu, pernah hangat diperkatakan berlaku pada tahun 2006, berulang kembali pada malam menjelang Tahun Baru Cina, 13 Februari, 2010.

Malangnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang awal ke Kuala Lumpur selepas merasmikan dua proram ‘Umno Juara Rakyat’ di Besut dan Kuala Terenggan.Sekiranya Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia bermalam di Kuala Terengganu, nescaya beliau boleh melihat senario kehidupan yang pasti mempersoalkan, apakah Umno benar-benar juara kepada orang-orang Melayu.

Pada 31 Januari, 2006, sebuah akhbar media perdana dipetik, memaparkan kesah sekumpulan ibu tunggal sanggup ‘berselepoh’ dari pagi hingga malam sambil menadah tangan di depan sebuah To’kong di Kampung Cina, Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada tahun itu.

Kejadian yang sama berlaku pada malam Tahun Baru Cina dua hari yang lalu, di To’ Kong yang sama dan Kampung Cina yang juga sama.Kamera wartawan Buletin merakamkan beberapa foto, betapa ketika orang ramai lalu lalang, ‘orang Melayu’ berkenaan duduk atas jalanraya menunggu-nunggu umpama ‘peminta sedekah’.

Lihat gambar-gambar lagi layari buletinonline.blogspot


Read More

Ahad, 14 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Pemuda PAS Ladang mengucapkan selamat tahun baru Cina
yang disambut oleh semua bangsa cina diseluruh negara. Semoga
tahun harimau yang disambut pada tahun ini menjanjikan kecekalan
dan keberanian untuk semua bangsa di Malaysia ini merubah
politik Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih berintegriti, adil
dan selamat di huni untuk semua.

Cukup lah dengan keruntuhan pembangunan, keruntuhan akhlak,
rasuah yang sudah menjadi barah, sistem perundangan yang kian
parah dan kerosakan yang makin menjadi-jadi kini.

Ayuh sama-sama kita bekerja untuk membawa sebuah kerajaan
yang benar-benar menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

Ingat lah pesanan Saidina Umar Al Khattab

" Kamu satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan kamu akan
menjadi Hina bila memilih cara hidup selain Islam "


Read More

Kunjungan Mesra YB Ladang Ke Lorong Kemunting

Ladang - YB DUN Ladang, Dato Tengku Hassan telah membuat
kunjungan muhibbah ke Lorong Kemunting. Pada malam itu
terdapat ramai pemuda dan juga orang ramai yang sedang menjamu
selera beramai-ramai di rumah tersebut.

Tiga ekor kambing telah di BBQ kan dan banyak lagi ayam serta
makanan laut yang telah di jamu kepada orang ramai.

Kedatangan YB DUN Ladang


YB Dun Ladang Menunjukkan Skil Permainan Pingpong.


Read More

Tuan Guru Nik Ab Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru Presiden

"Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah sama-sama datang menziarahi jenazah adinda kepada Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang telah meninggal dunia di Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Petang semalam.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang tiba jam 9.00 pagi, sempat bersama-sama menunaikan solat Jenazah di Masjid Rusila, kebetulan menghadir satu program Tarbiyah PAS Kelantan di Setiu, Terengganu.

Allahyarhamhuma Hjh Aisyah Awang adalah bekas ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu (1989-1991)

13.2.2010- Rusila.


Read More

Jumaat, 12 Februari 2010

Pesanan untuk muslimah

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.


Read More

Khamis, 11 Februari 2010

Ramai tidak faham maksud perbincangan PAS-Umno

KOTA BHARU, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS menganggap banyak pihak tersasar memahami maksud sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perbincangan PAS dan Umno.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, akibat salah faham tersebut menyebabkan mereka mengulas di luar konteks sebenar sehingga terpesong jauh. “Cadangan Menteri Besar Kelantan sebelum ini mahu mengadakan perbincangan dengan Umno berkaitan agama seperti PAS berdialog dengan penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu.

“Maka tidak salah jika PAS turut berdialog dengan Umno atas dasar agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak Umno berbincang kenapa parti itu menolak Islam sebagai cara hidup dan bernegara, selain itu katanya di mana silap PAS memperjuangkan Islam.

Oleh itu, Abdul Latif berkata, kenyataan yang dibuat Ketua Dewan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dan pihak-pihak lain dianggap tidak ada kena mengena dengan kenyataan awal Menteri Besar Kelantan. Pemuda Umno dalam kenyataan hari ini menyebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz diminta membuat pertemuan dengan DAP lebih yang secara terang-terangan menolak Islam sebelum berniat mengadakan pertemuan dengan Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemuda Umno begitu angkuh yang memperlihatkan parti itu tidak berminat berbincang untuk kebaikan agama. “Apa yang Umno inginkan hanya menangguk keuntungan politik dari cadangan dibuat Mursyidul Am PAS,” ujarnya.

Malah, katanya juga, DAP sehingga kini tidak pernah membuat kenyataan menolak Islam secara terang-terangan seperti didakwa pemuda Umno. Beliau berkata, Umno sering mengungkit DAP menolak Islam, sedangkan Umno dan parti kompenan lain Barisan Nasional secara jelas menentang pelaksanaan hudud. Katanya, tahun lepas Gerakan memasang sepanduk bagi menyatakan penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud.

Sumber http://www.harakahdaily.net


Read More

Rabu, 10 Februari 2010

Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

Sumber http://www.harakahdaily.net


Read More

Sabtu, 6 Februari 2010

Konvensyen Muslimat PAS Terengganu 2010

Marang 6hb Feb 2010 - Konvesyen Muslimat PAS Terengganu 2010
yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah
Nuridah Salleh di Masjid Rusila, Marang pada hari ini.

Kehadiran amat memberangsangkan ini menunjukkan betapa
semangat untuk mengembalikan Negeri Terengganu kepada
pemerintahan Islam amat berkobar-kobar dan masa hanya yang
akan menentukan BN akan tumbang di negeri ini. InsyaALLAH.


Semua Fail 2000 keping yang disediakankan untuk peserta
Konvesyen ini habis semenjak awal kaunter pendaftaran
dibuka lagi.


Tema : Muslimat Menjana Kemenangan


Read More

SEMINAR KEWARTAWANAN ISLAM

Kuala Terengganu 6 Feb 2010 - Satu Seminar Kewartawanan Islam
telah diadakan di Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu yang di
anjurkan oleh Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu. Majlis
ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Penerangan itu sendiri
Al Fadhil Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh.

Dalam ucapannya Ustaz Nik Zawawi menggariskan betapa pentingnya
bidang kewartawanan ini dalam menjadi medium utama penyebaran
maklumat kepada rakyat.Beliau juga Mengingatkan Tugasan penting
sebagai wartawan muslim yang beretika dan akan mendapat ganjaran
di Akhirat Kelak.

Seminar yang amat berfaedah untuk jentera Penerangan ini di
isikan dengan Pembentangan Kertas Kerja oleh Encik Zulkifli Sulong,
Team Harakah dan juga BuletinOnline.net. Pelbagai kupasan menarik
dan juga tunjuk ajar tentang Kewartawanan telah di dedahkan kepada
peserta seminar ini.

Semoga Peserta Seminar Kewartawanan Islam dapat merealisasikan
objektif Seminar ini dan pastinya menyemarakkan lagi Media Baru
yang kini berkembang pesat. Umum juga mengetahui Internet kini
telah menjadi medium utama dan Media perdana bagi masyarakat
menggantikan Media lama yang sudah jauh ketinggalan zaman dan
menjadi alat kepada rejim BN. Rakyat juga sudah semakin muak
dengan Media BN ini dan kini peluang untuk semua Pejuang Kebenaran
menguasainya dan sekaligus menawan Putrajaya.


Read More

Renungan untuk Kita

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Read More

Royalti: Ku Li sedih amanah Tun Abdul Razak dilupakan

KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.

Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.

Ku Li pada 28 Januari lalu hadir memberikan penerangan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dianggotai 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan berkata, rakyat kelantan berasa terhina dengan keputusan itu kerana mereka inginkan hak mereka dikembalikan.

"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan negeri untuk mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan hak royalti diberikan kepada rakyat negeri itu.

"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebanar. Itu sahaja,"katanya.


Read More

Jumaat, 5 Februari 2010

JANGAN ROSAKKAN JAMAAH

Cintailah Jamaah & Jangan Rosakkannya

1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata – mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti – parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen – elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti – parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.

5. Akhir – akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai – nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala’ , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

7. Wala’ , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma – terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala’ , thiqah dan taat .

8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala’ , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .

9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan – keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah – kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik – polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu ” saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah …” barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan ” seperti tikus membaiki labu “

10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

a ] erat hubungan ,
b ] mantap tindakan dan
c ] kukuh benteng pertahanannya .
(Bersambung)

Sumber http://dppkt.wordpress.com/


Read More

Khamis, 4 Februari 2010

ANAK Kesal MB ‘Menepis’ Memorandum Yang Dihulurkan

Chukai, KEMAMAN – Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merasa sangat dukacita dengan layanan buruk yang diberikan oleh Menteri Besar negeri Terengganu Dato’ Ahmad Said.

Menurut Presidennya, Mazlan Aliman, walaupun surat telah dihantar, malah kemudian telah di faks kan sekali lagi, namun kedatangan beliau untuk menyerahkan memorandum ANAK di perlekehkan terutamanya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar sendiri.

”Saya rasa dukacita kerana negeri Terengganu, nampaknya, walaupun kita teah hantar buat temu janji, dah hantar surat, tapi layanan yang diberikan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar, sangat mendukacitakan,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, ia adalah pengalaman kedua, ANAK mendapat layanan buruk dari kerajaan negeri selepas kerajaan Negeri Sembilan. Manakala, kata beliau, tiga lagi negeri yang telah beliau kunjungi mendapat layanan yang cukup baik, terutamanya negeri Pahang, yang menyambut ketibaan ANAK cukup istimewa.

”(Dari) Lima negeri yang kita (telah) pergi tiga ngeri bagus, iaitu Pahang, Selangoir dan Johor, tapi nampaknya negeri Terengganu dan negeri Sembilan memberi layanan yang sangat buruk,”dan ini menggambarkan bahawa kerajaan negeri (Terengganu) tidak mempunyai keprihatinan kepada sebahagian rakyat mereka, iaitu masyarakat Felda,”ujarnya.

Beliau berharap masyarakat Felda negeri Terengganu menyedari tentang prilaku MB dan Kerajaan negeri, kerana katanya, beliau bukan membawa isu parti atau politik, tetapi isu rakyat.

Katanya, sebagai pemimpin kepada sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili lebih 1.5 juta anal-anak Felda, beliau kesal memorandum sosio-ekonomi dan masa depan generasi kedua Felda ditolak Menteri Besar Terengganu


Read More

Ayuh Umat Islam Boikot Barangan Israil




Read More

Isnin, 1 Februari 2010

Orang Islam Jangan “Jahil Ugama”

Rusila, MARANG – Orang Islam mestilah beristiqamah, bertindak betul dan tidak melampau dalam menghadapi pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara masakini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas isu-isu sensitif yang berlaku mutakhir ini seperti isu ‘kepala babi’ di perkarangan masjid, membakar surau dan membakar gereja.

”Jangan melampau, itu tak boleh, walaupun orang melampau kepada kita, kita tak boleh melampau kepada orang, kita kena tetap dan kita minta supaya dibuat siasatan secara adil, scara telus, siapa dia yang buat itu, kena bertindak (keatasnya), bukan sahaja surau, termasuklah gereja, dua-dua sekali, dua-dua itu kena siasat,

”yang buat ke surau pun kena siasat, yang buat ke gereja pun kena siasat kena adil dan saksama,”tegasnya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya, disini, semalam.

Menurutnya, orang Islam tidak boleh berindak mengikut persaan namun mesti bertindak menurut petunjuk al-Quran dan hadis RasuluLlah SAW. ”Tak boleh (marah), kita ada petunjuk, al-Quran dan hadis, (mesti bertindak) dengan ilmu, jangan tidak mengunakan) ilmu, ”yang bertindak (melampau) banyak yang jahil, orang Islam jangan jahil dengan ugamanya,”katanya lagi.

Katanya, masalah yang timbul adalah kerana ramai yang jahil ugama dan bertindak dengan cara yang tidak betul. ”Kita nak mempertahankan ugama kita, tetapi (sebaliknya) dengan cara yang tidak betul, nak mempertahankan (Islam) biar (dengan) cara yang betul.”katanya.

***Dengar Temubual Dengan Tuan Guru Presiden dari Buletinonline Radio


Read More