Kuala Terengganu - Sedih melihat kisah pembuangan bayi yang
saban hari semakin menjadi-jadi. Apa yang telah terjadi
kepada manusia di negara ini? Apakah mereka sudah hilang
kemanusiannya? ataupun apakah yang telah menyebabkan
manusia-manusia ini hilang kewarasan dan bertindak lebih
zalim dari binatang.
Namun kita sebagai ahli masyarakat patut juga bertindak
membantu masyarakat dari terjerumus ke lembah ini. Mari lah
kita bersama-sama dengan masyarakat menutup segala ruang dan
pintu maksiat dan pergaulan bebas yang semakin menjadi-jadi
dewasa ini. Ini lah pintu utama yang menyebabkan gejala
pergaulan bebas dan pembuangan bayi ini.
Kita tak mampu lagi mengharapkan pihak kerajaan dari
membendung masaalah ini. Jelas kerajaan yang diharap untuk
menyelamatkan rakyatnya menjadi "pagar yang memakan padinya"
dengan menyediakan segala ruang maksiat seluas-luasnya kepada
rakyatnya ditambah lagi ruang berhibur dan berkonsert di taja
sepenuhnya. Tidak cukup lagi dengan semua saluran TV dan Radio
dan akhbar yang saban hari menayangkan gaya hidup yang jauh
dari redha ALLAH ini untuk rakyat jelatanya. Semuanya untuk
menjauhkan rakyat dari menjadi hamba ALLAH dan menjadi hamba
dunia semahu-mahunya.
Marilah kita menggerakkan masyarakat di samping kita berusaha
dengan apa sahaja yang kita mampu untuk menutup segala pintu
gejala sosial dan hubungan bebas ini. Buat lah apa yang anda
termampu demi menyelamatkan akhlak muda-mudi kini. Kerana
masa depan negara ini terletak kepada akhlak muda-mudi ini.
Jangan hanya memandang dan membaca masaalah sosial hari-hari
di akhbar namun tiada langsung ikhtiar anda untuk sama-sama
membantu masyarakat untuk menjadi manusia yang berguna.