Rusila, MARANG – Orang Islam mestilah beristiqamah, bertindak betul dan tidak melampau dalam menghadapi pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara masakini.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas isu-isu sensitif yang berlaku mutakhir ini seperti isu ‘kepala babi’ di perkarangan masjid, membakar surau dan membakar gereja.
”Jangan melampau, itu tak boleh, walaupun orang melampau kepada kita, kita tak boleh melampau kepada orang, kita kena tetap dan kita minta supaya dibuat siasatan secara adil, scara telus, siapa dia yang buat itu, kena bertindak (keatasnya), bukan sahaja surau, termasuklah gereja, dua-dua sekali, dua-dua itu kena siasat,
”yang buat ke surau pun kena siasat, yang buat ke gereja pun kena siasat kena adil dan saksama,”tegasnya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya, disini, semalam.
Menurutnya, orang Islam tidak boleh berindak mengikut persaan namun mesti bertindak menurut petunjuk al-Quran dan hadis RasuluLlah SAW. ”Tak boleh (marah), kita ada petunjuk, al-Quran dan hadis, (mesti bertindak) dengan ilmu, jangan tidak mengunakan) ilmu, ”yang bertindak (melampau) banyak yang jahil, orang Islam jangan jahil dengan ugamanya,”katanya lagi.
Katanya, masalah yang timbul adalah kerana ramai yang jahil ugama dan bertindak dengan cara yang tidak betul. ”Kita nak mempertahankan ugama kita, tetapi (sebaliknya) dengan cara yang tidak betul, nak mempertahankan (Islam) biar (dengan) cara yang betul.”katanya.
***Dengar Temubual Dengan Tuan Guru Presiden dari Buletinonline Radio