Ahad, 31 Mei 2009

Peneraju Baru Dewan Pemuda PAS Pusat

TAHNIAH KEPADA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Diatas Perlantikan dan Pemilihan Muktamar dengan Penuh Bijaksana.

KETUA PEMUDA
1. Ustaz Nasrudin Hassan

TIMBALAN KETUA PEMUDA
1. Ustaz Azman Shapawi Abd Rani

NAIB KETUA PEMUDA
1. Ahmad Sabki Yusof

Semoga Gabungan Baru ini Pemuda PAS Akan Lebih Hebat keterampilannya dan Penuh Berhikmah dalam menawan hati generasi baru demi memastikan PRU Ke 13 Islam Menawan Putrajaya


Read More

Tahniah! Dato’ Tengku Hasan kekal di DUN Ladang

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, salah sebuah DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu kekal menjadi milik, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ( PAS). Tahniah!
Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai empat DUN. Selain Ladang, tiga lagi DUN ialah Wakaf Mempelam (PAS), Batu Buruk (PAS) dan Bandar (BN). Malah dalam PRK Kuala Terengganu awal tahun ini, PAS juga berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan rayuan BN Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihanraya umum ke-12 menyebabkan tiada PRK di DUN Ladang.

Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada perbezaan besar dari segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

Kes itu didengar oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, lapor Bernama. “Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada PAS). “Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan,” kata Hakim Melanjun dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin. Ramai yang menunggu PRK Ladang diadakan kerana hendak menguji pengaruh UMNO/BN sekali lagi selepas peristiwa 10 ADUN penyokong kerajaan memulau persidangan Dewan ekoran pertembungan kem Mat Said (MB) dan Idris Jusoh (mantan MB)


Read More

Sabtu, 30 Mei 2009

Kelab Penyokong PAS akan diserap sebagai Dewan

KLANG, 30 Mei (Hrkh) - PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.
"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.
Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.
Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.
"Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia," jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.
Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.
Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.
Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang

Sumber::: http://www.harakahdaily.net


Read More

Web Site Muktamar PAS

http://muktamar55.pas.org.my/

Selamat Berkunjung ke Muktamar PAS Ke 55
Bermuktamarlah dengan penuh Etika Islam.....
Selaras Parti Islam dan Perjuangan Islam yang kita dukungi ini.

Ingat Lah Pesan Saidina Umar R.A

" Kamu Sebaik-Baik Ummat, Dimuliakan kamu dengan islam
Dan Kamu Akan Di Hina Jika Meninggalkan Islam "

Islam Menuju Putarajaya - Takbir


Read More

Jumaat, 29 Mei 2009

Pilihanraya Kecil Manik Urai 14 Julai

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 julai. Manakala tarikh pengundian adalah pada 14 Julai depan.

Sumber : htttp://www.buletinonline.net
----------------------------------------------------
InsyaALLAH Kami jentera pemuda Dun Ladang dan Parlimen Kuala Terengganu akan bersama-sama turun ke Manek Urai... Takbir


Read More

PAS Kekal di DUN Ladang

PAS Kekal di DUN Ladang


Written by Editor
Thursday, 28 May 2009 12:17
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini menolak rayuan UMNO/BN Terengganu dengan kos.Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar mengesahkan DUN Ladang kekal dibawah PAS.
Beliau menyatakan demikian melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima Buletinonline sebentar tadi.Sebelum itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Saudara Wan Faizul Abas memberitahu mahkamah telah menolak permohonan UMNO/BN DUN Ladang untuk membuka semula peti undi pos bagi pilihanraya umum bagi DUN Ladang.
Pada 22 Sept, 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah membuat keputusan menolak dengan kos petisyen pilihan raya yang dikemukakan BN terhadap Adun PAS Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.Ekoran keputusan tersebut, UMNO yang diwakili oleh Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut telah membuat rayuan ke mahkamah persekutuan.

Sumber : http://www.buletinonline.net


Read More

Ahlan WaSahlan

Assalamualaikum.....

Merasa terpanggil dengan kepesatan penggunaan InTernet Dewasa kini. Saya merasakan wajar bagi kami meneruskan kelangsungan kejayaan rakan2 kami ( tranungkite.net dsb - sekadar menyebut beberapa nama je) dalam menyebarkan info serta menyediakan maklumat alternatif kepada semua manusia yang mendiami bumi Malaysia tercinta ini amnya dan bumi terengganu .

Kita selalu marah dan menyarankan memboikot akhbar-akhbar arus perdana dan Siaran TV namun kita sebenarnya salah juga tidak menyediakan altenatif lain. ( Jangan Marah).... Namun Keadaan kini Alhamdulillah mulai berubah. Internet sudah menjadi sumber berita utama selepas Media tradisional (Akhbar dan TV ) sudah menjadi bahan lawak dan misteri nusantara kepada rakyat kini.

Justeru itu marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga dalam satu hasrat murni membanyakkan lagi sumber berita dan maklumat kepada Ummah. Semoga rakyat negara ini tidak tertipu lagi dengan proganda bukannya berita sebenarnya.

InsyaALLAH Jalan Untuk Kemenangan Islam ... Terbentang luas di depan

Jangan Tanya apa yang Jemaah berikan kepada Anda TAPI Tanya diri apa yang anda telah sumbangkan kepada kemenangan Jemaah....

Wassalam

WebMaster......
PemudaDunLadang

email news to :
pemudaladang@gmail.com


Read More