Khamis, 24 Jun 2010

Dr Asri dan Dr Juanda dakwa "BN Bohong"

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Di tengah-tengah cerita bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama 100 ulama akan menyertai Umno Jumaat ini, beliau bersama rakannya, Dr Juanda Jaya yang kini Mufti Perlis menyifatkan BN bohong dalam mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.

Dakwaan ini dibuat kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama yang diberikan tajuk "Mengapa Kerajaan BN Berbohong?" bagi mengulas langkah kerajaan BN yang cuba mengaitkan isu ancaman pengganas di negara ini dengan mereka berdua.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford Universiti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula adalah Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan kini Pensyarah Pengajian Islam USM.

Kedua-duanya mengulas laporan yang mengaitkan mereka berdua, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan JIM dengan pengganas.

Kaitan itu dibuat dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Presiden PAS juga menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan yang didakwa itu.Setiuasaha Agung Umno sebelum ini mendakwa, Dr Asri akan menyertai Umno Jumaat ini bersama dengan 100 ulama lagi.

Dr Asri dan Dr Juanda berkata, apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

"Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu," kata kenyataan bersama itu.

Buktinya, kata mereka, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara.

Penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu Presidan PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berdua berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan Wahabi dan pengganas JI.Pertubuhan JIM pula dikaitkan dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

"Dakwaan ini sangat jahat dan jelas sengaja diada-adakan" kata kenyataan bersama mereka berdua.

"Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," katanya.

Justeru itu, kedua-dua berkata, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

"Bagi kami YB Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini," kata kedua-duanya.Mereka juga membela Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," kata mereka.

"Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," kata mereka lagi.Sehubungan itu, mereka mendesak pihak polis memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini.

"Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf.

"Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan," kata mereka berdua.

"Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas," katanya lagi.

Dengan ini, kata mereka, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni," tegas mereka berdua.

Di samping itu, mereka menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.


Read More

SAMAN EKOR ?? IMPLIKASI PADA UMNO

"Nampaknya makin ramai Blogger yang naik angin isu saman ekor dan blacklist JPJ ni. Eloklah tu , yang terlibat dalam isu saman ekor ni bukan orang PKR, DAP dan PAS je. Orang UMNO pun terlibat, Mat Rempit, Puteri UMNO , peneroka dan lain-lain. Jangan marahkan polis dan JPJ, mereka cuma ikut arahan Menteri dan Kerajaan. Biarlah isu saman ekor dan blacklist JPJ ini tidak diselesaikan hingga Pilihanraya Umum nanti, biar lagi ramai yang teraniaya, biar cepat jatuh UMNO BN.

Di bawah beberapa Blog dan Laman Web yang angin dengan Saman Ekor dan Blacklist JPJ :

Jangan sekat sekarang untuk orang yang mempunyai saman ekor tertunggak dari membayar cukai jalan atau lesen memandu.

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/06/senarai-hitam-saman-ekor-kerajaan-perlu.html

Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Aku terkejut besar dalam senarai saman ekor tu ada juga saman ekor tak pakai tali pinggang keledar RM100

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5907

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.

http://penyapusial.blogspot.com/2010/06/saman-ekorsumber-pendapatan-haram.html

Check punya check.. di dapati saman ekor terkumpul kekal kepada 7 dengan jumlah pembayaran tertunggak ialah RM2,000.00. liau!

http://cik-zura.blogspot.com/2010/06/mari-kita-check-saman-trafik.html

Seingat aku saman yang bersignature sahaja yang kena blacklist. Jumlah terkumpul yang diperolehi aku adalah 7 saman

http://www.azamrashid.com/?p=1035

APA APA YANG LUAR BIASA JADI KAT MALAYSIA

http://cdposter.blogspot.com/2010/06/saman-ekor-bontot-boleh-kena-blacklist.html

Sumber http://www.tranungkite.net


Read More

Presiden PAS Bukan Pengganas

"DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

KENYATAAN MEDIA(23 JUN 2010)

Kami DPPNT menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat dalam laporan berita Malaysiakini pada 23 Jun 2010 di bawah tajuk “DR ASRI, MUFTI:MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG”, yang memetik bahawa satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu., dipetik sebagai menyebut beberapa nama tokoh tanahair termasuk Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai individu yang dikaitkan dengan rangkaian pengganas yang menjadi ancaman kepada negara.

Bagaimana mungkin Tuan Guru Presiden PAS yang terlibat dalam sistem demokrasi berparlimen sebagai seorang ahli parlimen dan juga mengetuai sebuah parti politik dalam negara boleh dicop sebagai pengganas? Ini suatu tuduhan yang tidak masuk akal.

Kami menganggap kenyataan itu adalah sangat biadab dan bodoh. Umno BN cuba menutup dan mengalih isu dalam negara terutamanya lesen judi bola, APCO dan lain-lain yang sedang dibincangkan oleh ahli politik tanahair.

Secara Langsung atau tidak langsung, sebenarnya Umno BN telah memberi saham dalam melaksanakan tipudaya Yahudi Zionis dalam memecahbelahkan umat Islam dengan memainkan dan memperbesarkan isu kecil perbezaan pendapat dalam Islam, dan memberi gambaran bahawa pendokong perjuangan Islam yang sebenar merupakan pengganas. Inilah yang dipersetujui oleh Barat yang dipimpin oleh proksi Yahudi, terutamanya kerajaan Amerika Syarikat.

Justeru, DPPNT mendesak 3(tiga) perkara:

Pertama, Kami mendesak PM dan Kementerian Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap isu ini dengan seberapa segera.

Kedua, kami desak pihak yang membuat kenyataan dan tuduhan itu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu sebagai pembersihan nama baik Tuan Guru Presiden yang tercemar dengan berita tersebut dalam tempoh 7 hari dari sekarang.

Ketiga, semua nama-nama tokoh yang disebut juga hendaklah dibersihkan daripada dikaitkan dengan Jemaah Islamiah dan kepengganasan.

Sekian.

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu"


Read More

Khamis, 10 Jun 2010

Muktamar PAS Lakar Sejarah ; DHPP Hantar Perwakilan

KOTA BHARU – Muktamar Tahunan PAS mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya selepas 65 tahun perjuangan PAS, orang bukan Islam akan menjadi perwakilan.

(Gambar - Perarakan masuk Dewan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz)
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam ucapannya selaku Pengerusi Panitia Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan-dewan tersebut di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Menurutnya, Muktamar kali ke 56 tahun ini juga akan melihat satu perkembangan baru dalam PAS dimana ia akan turut dihadiri oleh perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Secara rasminya, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru ditubuhkan pada 23 Mei lalu.akan menjadi peserta Muktamar PAS,”ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS kerana turut melakar sejarah baru dalam perjuangan PAS sepanjang 56 tahun.

Buat kali pertamanya, kata beliau, ketiga-tiga Dewan yang menjadi sayap utama PAS itu menempa sejarah apabila ia dirasmikan sekaligus, secara serentak oleh Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, menurutnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah apabila buat kali pertamanya dihadiri oleh para perwakilan bukan dari negeri-negeri tetapi mewakili kawasan-kawasan dari seluruh Negara.

“Belum pernah sebelum ini, ketiga-tiga Dewan, dirasmikan secara serentak, sekaligus, (dalam satu majlis),

“dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah pada kali ini, buat kali pertamanya perwakilan bagi dewan-dewan tidak mewakili negeri-negeri, tetapi mewakili kawasan-kawasan,”jelasnya.

Dengan kehadiran para perwakilan dari kawasan-kawasan tersebut, Dato’ Mustafa berkata, ia akan memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli menyuarakan pandangan mereka.


Read More

Isnin, 7 Jun 2010

PAS bangga keberanian sukarelawan kemanusiaan Gaza

PULAU PINANG, 6 Jun: PAS berbangga dengan keberanian dan semangat kental yang ditunjukkan sukarelawan bantuan negara ke Gaza walaupun dikepung dan dipenjarakan di Israel namun semangat mereka tetap kental dan percaya pengalaman tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) semasa ditemui selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan Sunshine Square Bayan Baru pagi tadi menegaskan, apa yang mereka korbankan demi menyelamatkan rakyat Gaza di Palestin amat dihargai walaupun gagal untuk meneruskan perjalanan kerana diserang dan dikepung oleh tentera rejim Israel di laut antarabangsa.

Katanya, kepulangan mereka dianggap satu pengorbanan yang cukup besar dan bakal menambah semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu dan menghantar misi bantuan sekerap mungkin.

"PAS ucap tahniah dan berbangga dengan semua aktivis sukarelawan yang telah mewakili berbagai agensi, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup berhadapan dengan ancaman tentera Yahudi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Menurut beliau lagi, semua pengalaman tersebut akan dipersembahkan kepada rakyat yang cintakan keamanan di samping menerangkan saat-saat genting ketika berhadapan dengan tentera zionis.

Apa pun tambahnya, semasa pertemuan di meja bulat Majlis Pakatan Rakyat, Jumaat lepas beliau mencadangkan supaya misi bantuan ke Gaza dijadikan agenda tahunan bukan setakat melaksanakannya mengikut keperluan.

Ini kerana, ujarnya rakyat Malaysia khususnya amat prihatin apabila menyebut soal Palestin di mana mereka sanggup memberikan apa sahaja demi maruah umat Islam di sana.

"Memandangkan umat Islam di Malaysia prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Palestin, maka menjadi kewajiban kita teruskan usaha murni menghantar bantuan beserta dengan sukarelawan ke sana walaupun diancam keganasan Yahudi laknatullah," ujarnya.

Sementara itu, 12 sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim Israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi ini.

Mereka yang berlepas dari Istanbul, Turki adalah aktivis dan wakil media yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel itu.

Mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.

Selain mereka ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif.


Read More

Heboh Perbualan Telefon Menteri Israel vs Turki

Rakyat umum Turki dihebohkan perbualan melalui telefon antara Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkaitan kes penyerangan Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.
Akhbar Turki, Habertürk edisi Sabtu (5 Jun) mendedahkan transkrip perbualan tersebut. Berikut petikannya:

Barak: Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentera kami cedera oleh pisau. Para aktivis merebut senjata daripada tentera kami.

Davutoglu: Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kamu telah melakukan kejahatan antarabangsa. Kamu harus segera menghantar mangsa dibunuh dan cedera kepada Turki.

Barak: Apakah kamu menghendaki mangsa cedera?

Davutoglu: Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan mencederakan orang awam tidak mungkin mampu mengubatinya. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

Barak: Kami bergerak atas dasar kepungan yang harus dikuatkuasakan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

Davutoglu: Apakah mangsa yang mati itu adalah musuh?

Barak: Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak memiliki masalah dengan Gaza.

Davutoglu: Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembak roket kepada kamu? Bagaimana boleh kamu membunuh rakyat awam itu? Turki bukan seperti mana-mana negara. Turki mempunyai kuasa besar yang boleh menjaga warganya.

Barak: Kami sangat menghormati Turki sampai peringkat tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

Davutoglu: Penghormatan macam apa yang anda maksud? Kamu telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang memperlekeh kehormatan bangsa kami. Kamu telah sesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, red). Penduduk negeri kami juga, bagi kami selaku kerajaan sangat penting. Kamu harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat. (Ags/ht)


Read More