Selasa, 30 Jun 2009

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa. "Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.


Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.
Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.
"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya. "Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). "Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya. Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri. "Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya. Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya.


Read More

Himpunan Pemuda Islam Besut 2009 (himp~BEST '09)


Pada 3-4 Julai ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut akan menganjurkan Himpunan Pemuda Islam Besut 2009 (himp~BEST '09) di Pantai Air Tawar. himp~BEST '09 ini adalah program bagi menghimpunkan Pemuda Islam di Besut. Jangkaan pemuda yang akan hadir berjumlah 2500 orang.

Antara aktiviti yang akan di jalankan dalam himp~BEST '09 ini ialah Khutbah Jumaat Pemuda, Kuliah Maghrib, BBQ bersama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Bolas Sepak Pantai, Sepak Raga, Tarik Tali & Pertandingan Mewarna Pelajar PASTI. Selain itu juga diadakan Ceramah Umum oleh YB. Drs. Idham Lim (Ketua BBC Perak)& Ustz Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat).





Read More

Tambah Ilmu IT ANDA Untuk PRU Ke 13

Sila Layari blog berikut untuk informasi dan ilmu IT;

http://teknikpc.blogspot.com/
http://zulkiplyharun.com/php/index.php
http://binablog2.blogspot.com/
http://greenboc.blogspot.com/search/label/Tutorial

PERSIAPKAN DIRI UNTUK PEPERANGAN ALAF BARU.
PASTIKAN ISLAM MENAWAN PUTRAJAYA PRU Ke 13..



Read More

H1N1: 3 kes tempatan, jumlah 158

Jangkitan selesema A (H1N1) meningkat 14 kes lagi hari ini, menjadikan semua 158 kes terkumpul di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Daripada kes terbaru itu, 11 kes import manakala tiga kes jangkitan tempatan.

Beliau juga berkata pesakit yang masih dirawat di hospital pada masa ini berjumlah 47 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi, lapor Bernama.

Seramai 111 kes telah sembuh selepas rawatan dan dibenarkan
keluar dari hospital, dan setakat ini tiada sebarang kematian dilaporkan, kata Dr Ismail lagi.

Dua buah sekolah lagi ditutup sejak semalam kerana terdapat jangkitan tempatan, iaitu Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban dan Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur.
Sekolah-sekolah itu akan ditutup sehingga Jumaat ini bagi mengawal penularan penyakit itu di sekolah tersebut.

"Semua ibu bapa kepada pelajar-pelajar tersebut diminta untuk terus
memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam dalam masa kuarantin, dan kita harap mereka yang datang dari negara-negara terjejas mengamalkan kuarantin sendiri di rumah atau tempat kediaman masing-masing dan mengamalkan 10 langkah bijak dalam masa kuarantin seperti yang dipromosikan kementerian," Dr Ismail dilaporkan berkata.

Seramai 713 orang menjalani kuarantin di rumah, termasuk empat kontak mempunyai simptom. Dr Mohd Ismail juga berkata kementerian mewujudkan sebuah laman web khas mengenai selesema A (H1N1) yang boleh diakses di alamat http://h1n1.moh.gov.my mulai esok.

Selain itu, dua talian baru dibuka 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 sebagai tambahan kepada talian sedia ada iaitu 03-8881 0200 dan 03-8881 0300 untuk kemudahan orang ramai.


Read More

CALON PAS PRK N41 MANIK URAI


Marilah kita sama-sama menyumbang sesuatu untuk
kemenangan calon kita di PRK N41 Manik Urai.
Buat Lah sesuatu untuk kemenangan islam dengan apa cara
yang anda mampu lakukan. Samaada turun berkempen,
hulurkan bantuan kewangan dan apa sahaja yang anda mampu
lakukan. Beri sumbangan termampu dilakukan terutama
bermunajat dan berdoa untuk kepada kemenangan ini.

Islam Pasti Menang.... ALLAHUAKBAR


Read More

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Source : http://www.tkodaily.net


Read More

Isnin, 29 Jun 2009

Debat jalan terakhir selesai masalah ummah - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.
Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.


Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya


Read More

TPM HINA CALON PAS MANIK URAI

Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS, Fauzi Abdullah.
Beliau telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."


Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut. Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidk mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan oleh parti berkenaan kelmarin.

"Adalah tidak wajar Muhyiddin sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri boleh mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian rupa di hadapan orangramai sedangkan di dalam UMNO sendiri ramai peniaga yang tidak berkelulusan tinggi yang sentiasa menolong partinya termasuklah Che Jalal Muda, seorang peniaga getah yang telah diketepikan oleh UMNO sebagai calon sekalipun beliau adalah seorang calon favorite di kalangan UMNO sendiri," kata seorang pemerhati politik.

"Sikap Muhyiddin itu ternyata angkuh dan keterlaluan, dan pengundi Manek Urai bakal memberikan tindakbalas negatif terhdap kenyataannya itu," tambahnya.

Seorang pengundi Manek Urai berkata, kata-kata Muhyiddin tersebut pasti akan dihukum dengan kekalahan BN nanti kerana ia benar-benar satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang kehidupan mereka sekalipun ditekan dan ditindas oleh kerajaan pusat tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari melalui bercucuktanam, berniaga, menjadi nelayan dan sebagainya.

"Lagipun usahlah angkuh sangat, Tuan Aziz, 39, hanyalah merupakan sorang pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar, bukanlah tinggi mana sangat pun seperti yang nak dibangga-banggakan oleh Muhyiddin sampai nak merendah-rendah calon lawan," kata beliau.

Turut hadir di dalam pengumuman tersebut ialah Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Coretan Penulis : BAIK SEORANG PENIAGA IKAN YANG TAKUTKAN ALLAH DARI SEORANG YANG BERKELULUSAN DAN BERJAWATAN TINGGI TAPI TAK RETI TAAT PADA ALLAH.


Read More

Menggempur Umno di Manek Urai

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kuala Krai bermula 6 Julai ini harus dijadikan titik mula untuk membenam Umno-Barisan Nasional dipersada politik negara. Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.


PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan. Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.

Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan. Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.

Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.
PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno. PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.

PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini. Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.

Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan. PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.

Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.

Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang. Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama. PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.

Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim._


Read More

Jabatan Perangkaan, EPU sahkan Kelantan pengeluar minyak

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini. Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.


Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan. "Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini. Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).

Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004. Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).

Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion). "Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.

"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya. Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.

Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.

Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen."Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.

"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya. Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut. Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.

"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut. "Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.

Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan
http://www.harakahdailt.net


Read More

GAYA PEMIMPIN YANG RAKYAT TAK TENGOK

Makan Nasi Bungkus Jer sambil duduk bersila..






Read More

‘Kiasan’ Tok Guru Nik Aziz tidak salah, Pemimpin UMNO Boleh Berdebat Untuk Kebenaran

KUALA TERENGGANU – Sebagai seorang ulama’ dan pemimpin politik Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih arif memberikan kiasan tersendiri dalam usaha menyedarkan pemimpin Islam supaya melaksanakan perjuangan ke arah kebenaran Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Uztaz Satiful Bahri Mamat berkata ‘kiasan’ yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS itu kepada UMNO tidak salah

“Tok Guru sudah menyatakan, apa yang dikatakannya terhadap UMNO adalah kiasan. Tok Guru orang yang belajar dan mengajar akidah, cuma dari segi pandangan masyarakat, ia kelihatan kasar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata kiasan Tok Guru itu adalah satu peringatan dan amaran kepada pemimpin Islam Melayu supaya sensitif terhadap tuntutan agama. Oleh itu katanya, sekiranya mana-mana ungkapan Tok Guru Nik Aziz yang dirasakan tidak benar, UMNO sepatutnya menerima pelawaan beliau untuk berdebat.

“Mereka yang tidak menerima Islam atau tidak mahu mengikut Islam boleh dianggap sesat dan sama dengan perumpamaan itu. Dari segi politik, kadang-kadang kata-kata sebegini perlu dalam usaha memberi kesedaran,”sekiranya pemimpin UMNO tidak puas hati, atau merasakan apa yang dikatakan oleh Tok Guru tidak betul, boleh berdebat untuk mencari titik kebenaran” katanya.

Tok Guru Nik Aziz mengulas sifat dan sikap pemimpin dan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan Komunis ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Laloh, Kelantan pada 21 Jun lalu. Kenyataan beliau telah menimbulkan kegusaran dikalangan pemimpin UMNO yang menganggap ia boleh menimbulkan ketegangan serta berbaur hasutan .

Tok Guru mengatakan kenyataannya hanya kiasan atau perumpamaan, namun mengajak pemimpin UMNO terutamannya Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Razak untuk berdebat bagi mencari penyelesaian, mengapa UMNO tidak mahu kepada Islam.


Read More

Ahad, 28 Jun 2009

Abang Uji jadi perhatian masyarakat Manek Urai

KUALA KRAI, 28 Jun (Hrkh) - Selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun Manek Urai kelmarin, Mohd Fauzi Abdullah terus menjadi perhatian masyarakat. Masanya menjadi semakin sendat sekarang.

Beliau dan isteri, Aminah Mahmood terpaksa berkejar ke sana ke mari siang dan malam bagi memenuhi jemputan penduduk.Dan hari ini beliau semakin sibuk. Tengahari tadi menghadiri satu program di Laloh, dan sebelah petang pula bersama masyarakat di Peria.

Sedangkan Umno hanya petang ini mengumumkan pegawai Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN bagi menentang Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abang Uji pada 14 Julai ini.Petang semalam Abang Uji hadir pada program dianjurkan Pasti. Beliau berkesempatan berjumpa dengan ibu bapa pelajar bertempat di Pasti Kampung Manek Urai baru.

Pada majlis itu beliau berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak sejak dari kecil lagi memandangkan banyak cabaran yang berlaku sekarang."Walau pun anak kita masih kecil seharusnya dijaga sebaik mungkin agar tidak terikut-ikut kerenah remaja masa kini yang semakin tidak terkawal.

"Saya amat memahami masalah dihadapi remaja sekarang. Saya juga akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati mereka bersama menangani masalah sosial," ujar beliau.Beliau juga menjelaskan kerajaan Kelantan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat antaranya mewujudkan skim Takaful Kifaalah bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Image Selain itu, skim Takaful Armalah untuk ibu tunggal dan sumbangan pendidikan kepada anak-anak yang cemerlang.Beliau juga yakin penduduk di Manek Urai sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku termasuk di tempat-tempat lain.

Menurutnya, rakyat di seluruh negara masih mempertahankan perjuangan Pakatan Rakyat berdasarkan kepada lima pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.Manakala Aminah berkata, beliau sentiasa menyokong perjuangan suaminya bagi merapatkan lagi hubungan dengan penduduk di Manek Urai.

"Saya sangat gembira kerana dapat bergaul mesra dengan penduduk di sini, malah ramai yang saya sudah kenali. Rupa-rupanya ramai anak rakan saya pun belajar di sini," ujar beliau.Oleh itu beliau berharap penduduk di Manek Urai memberi kerjasama kepada suaminya bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Haji Ismail Yaacob.

Sementara itu Setiausaha Kerja Pasti Kelantan, Mokhtar Ismail berkata, kedatangan calon PAS Dun Manek Urai ke majlis tersebut dapat memberi peluang ibu bapa mengenali lebih rapat Abang Uji.Selain itu katanya, hari terbuka Pasti di Manek Urai Baru diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa beramah mesra sesama mereka memandangkan pada hari lain sibuk mencari rezeki.

Program tersebut diisi dengan pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah motivasi keluarga, kuiz dan mewarna.


Read More

Permohonan Nizar Panel penuh 11 hakim -- Mahkamah Persekutuan tolak tanpa sebab

Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.

"Surat yang difaks ke firma saya semalam (kelmarin), jawapan kepada permintaan kami ialah (panel) Mahkamah Persekutusan hanya akan terdiri daripada lima orang hakim.

"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.

Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.

Sehubungan itu, Leong memberitahu:

“Barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.”

Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.

"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM


Read More

Sabtu, 27 Jun 2009

Fauzi miliki ciri-ciri Pak Su Wei

MANEK URAI - Calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah telah mendapat pencalonan terbanyak apabila nama beliau dicadangkan oleh sebahagian besar cawangan-cawangan dalam Kawasan Kuala Kerai.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.


"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Beliau berkata kriteria utama pemilihan Fauzi sebagai calon PAS adalah kerana Fauzi diterima oleh para pengundi Manek Urai.”Nombor satu sekali adalah penerimaan pengundi. Oleh kerana Allahyarham Pak Su Wei sebagai wakil rakyat yang bagi saya sebagai lagenda,

”kita tidak ada lagi orang seumpama itu, saudara Fauzi ni orang Kelantan kata mempunyai ‘ciri-ciri Pak Su Wei”, tak serupa (tapi) diyakini pimpinan beliau InsyaAllah akan dapat menarik imnat pengundi-pengundi dan meneruskan perkhidmatan (arwah) Pak Su Wei,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, semalam.

Beliau turut yakin PAS akan menang dengan selesa dengan mendapat undi melebihi majoriti yang diperolehi pada pilihanraya umum Mac, 2008.”Menang dengan selesa dan InsyaAllah majority melebihi 1300 undi,”tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam. Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.




Read More

QIAMULAIL DAN MUNAJAT PERDANA

Qiamulail Perdana pada 2hb Julai Khamis di Masjid Pengadang Baru dan 3 hb Julai Jumaat di masjid Rusila, yang akan di bawa oleh ALfadhil Al Ustaz Usman B Ibrahim.

Qiamullail Perdana
Bersama: Ustaz Usman B Ibrahim (Kedah)
Anjuran: Persatuan Murid-Murid Ustaz Usman B Ibrahim (Caw Terengganu)

Pada: 02 & 03 Julai 2009
Khamis - 02 Julai 2009
Tempat - Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu

Aturcara -
7.30pm: Kuliyah Marghrib
9.00pm: Taklimat Qiamullail
3.45am: Qiamullail
Solat Tahajud
Solat Tasbih
Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Witir
5.30am: Solat Subuh
6.45am: Kuliyah Subuh

Jumaat - 03 Julai 2009Tempat -
Masjid Rusila, Marang

Aturcara -
7.30pm: Kuliyah Marghrib
9.00pm: Taklimat Qiamullail
3.45am: Qiamullail
Solat Tahajud
Solat Tasbih
Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Witir
5.30am: Solat Subuh
6.45am: Kuliyah Subuh

Semua lapisan masyarakat dijemput hadir beramai-ramai.
Datang Jangan Tak Datang.

Urusetia: 013-930 2918 (Haji Mansor) 019-939 7663 (Haji Wan Mohammad)
Sumber http://www.kuliyah.net/


Read More

Fauzi Diisytihar Calon PAS Bagi PRK Manek Urai


MANEK URAI – Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai Mohd Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman tersebut di buat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dihadapan lebih 30,000 ahli dan penyokong PAS di padang Sekolah Kebangsaan Manek urai Lama disini semalam


Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan.”Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982,
”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?.... nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz.

Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan.

”Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982, ”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?.... nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz. Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang

Gambar bawah - Fauzi berserban memakai baju melayu hijau muda.berdiri disebelah dan mengaminkan doa Tok Guru - Klik Lihat Video Perisytiharan di Buletin Online Channel



Read More

Manek Urai : Pembangunan Spiritual Itu Nombor Wahid !!

Kelantan merupakan negeri di Malaysia yang di perintah oleh parti yang berpaksikan Islam. Sudah 19 tahun mandat itu diserahkan oleh rakyat. Dengan kuasa yang dimilikinya, negeri yang bergelar Serambi Mekah ini telah memperlihatkan dirinya di mata umum terutama lawan-lawan politiknya maka ia mampu membawa perubahan, baik dari sudut material mahupun spiritual rakyatnya sehinggakan ramai yang iri hati.


Tuduhan demi tuduhan oleh pihak lawan mengatakan figur-figur yang berserban atau berkopiah tidak arif memerintah atau mengurus sebuah negeri. Setelah 19 tahun memerintah Kelantan, PAS dapat juga mengadakan pembangunan seperti negeri-negeri lain. Kerajaan di bawah pimpinan Tok Guru menjalankan pentadbiran berhikmah berkat pegangan agama Islam yang teguh dan menjalankan syiarnya.

Hutang-hutang dibawah pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO BN) dapat diselesaikan walaupun secara berdikit-dikit. Pelbagai program dijalankan untuk kesejahteraan rakyat. Antara skim yang paling berjaya dan mendapat pujian ahli akdemik ialah Skim Takaful Kifaalah. Skim ini telah ditiru pakai oleh kerajaan negeri yang di perintah UMNO BN. Kerajaan PAS Kelantan juga berjaya mengeluarkan negeri Kelantan daripada senarai negeri termiskin. Pembangunan tetap ada di Kelantan, yang menafikannya hanyalah orang-orang berjiwa kotor dan jijik seperti pemimpin UMNO BN.

Namun, ada yang lebih penting daripada pembangunan fizikal dan material ialah pembangunan spiritual. Tok Guru menekankan kepada pembangunan spritual kerana ia dapat menyelamatkan kita daripada dunia dan akhirat. Sebagai sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam dan dipimpin oleh ulama, hal -hal yang berkaitan dengan memberi kefahaman Islam kepada seluruh lapisan rakyat menjadi tanggungjawab dan amat dititikberatkan.

Para pengundi di Manek Urai, bagi mengekalkan pembangunan spritual supaya dapat diteruskan kesinambungannya di sana. Kepimpinan ulama perlu dikekalkan, pembangunan "mee segera' hanyalah dakyah dan tipuan UMNO BN semata-mata bagi mengaburi mata - mata rakyat disana. Sesudah tamat pilihanraya mereka tidak kunjung tiba sehinggalah pilihanraya akan datang tiba pula. Peganglah amanat Tok Guru untuk mendapat keredhaan Ilahi selama-lamanya..
http://addin77.blogspot.com


Read More

FACEBOOK YAHUDI PUNYA???

more story please open this link
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/06/facebook-milik-yahudi-rupanya.html



Read More

Tak cukup dengan Polis, Tentera pula diguna.

UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.
“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.


Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz. .

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .

Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ 'n' TVAntara


Read More

Haji Fauzi mendapat sokongan peringkat akar umbi

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Pemilihan Haji Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar kepada sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan. Bendahari PAS Kuala Krai itu menduduki tempat pertama daripada senarai nama yang dikemukakan setiap cawangan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan.


Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat banyak nama yang dicadangkan cawangan kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum dipertimbangkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ke PAS pusat.Katanya, ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akur sesiapa pun yang dicalonkan pimpinan negeri bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini.

"Malah semua jentera di peringkat cawangan telah bersetuju mematuhi arahan negeri dan meneruskan kempen. Saya berpendapat Haji Fauzi tidak jauh beza dengan arwah Paksu Wil," katanya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Omar berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.

Katanya, walaupun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama."Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya.Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri."Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Haji Fauzi yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai," ujar beliau


Read More

Jumaat, 26 Jun 2009

Keputusan PRU 12 bagi N41 DUN Manek Urai


Keputusan PRU 12 bagi N41 DUN Manek Urai

N41 MANEK URAI Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%

1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394)
Majoriti: 1,352Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


Read More

Manek Urai : Mohd Fauzi Abdullah Calon PAS



Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat malam ini mengisytiharkan calon untuk pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada malam ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. Seorang usahawan yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah (foto) telah dipilh sebagai calon. Pemilihan Mohd. Fauzi dibuat berdasarkan komitmennya terhadap parti itu selain beliau amat mesra serta dikenali oleh kebanyakan penduduk terutamanya di Manek Urai.

Beliau adalah bekas penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil untuk parti tersebut ketika kerusi itu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada 2004 tetapi kerusi itu diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lepas. Semoga pemilihan beliau melengkapkan kemenangan untuk PAS dan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Manik Urai.




Read More

Takziah Buat YB Salahudin Ayub

Johor Bahru - Al-Fatihah buat Allahyaram Ayub Bin Omar bapa kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahlli Parlimen Kubang Kerian iaitu Salahuddin Ayub yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 malam tadi.

Johor Daily dimaklum, almarhum meninggal setelah menderita sakit sejak kemalangan tiga bulan yang lepas. Johor Daily mengucapkan takziah buat YB Salahuddin sekeluaga. Semoga rohnya dirahmati dan bersama-sama roh orang-orang beriman. Johor Daily diberitahu pimpinan dan pendokong Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai agama berada dirumah beliau di Pontian.

by : http://johornews.blogspot.com


Read More

SPRM jangan pilih bulu: Pas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar bersikap ‘tidak pilih bulu’ dan telus dalam isu siasatan politik wang yang membabitkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPRM telah menunjukkan sikap yang tidak adil kepada rakyat dengan menangguhkan siasatan terhadap perkara yang telah terbukti jelas kesalahannya.

Menurutnya, perbuatan SPRM tersebut jelas menunjukkan badan yang dianggap bebas oleh kerajaan itu telah dipergunakan demi menjaga kepentingan individu yang tertentu dalam kepimpinan Barisan Nasional(BN).

“Apa yang dapat dilihat sekarang ialah siasatan yang dilakukan hanya menumpukan kepada kes yang lebih menyebelah kepada Pakatan Rakyat (PR). Jika melibatkan kepentingan BN, siasatan tidak serancak apa yang dilakukan kepada PR,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang menyatakan SPRM sedang memperhalusi siasatan berhubung dakwaan politik wang bagi pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kes yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahgunakan kuasanya diselesaikan dengan cepat oleh SPRM berbanding kes-kes besar yang lain dilaporkan.

Se:mentara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mahu SPRM melakukan siasatan berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan kepada mereka, bukan disebabkan tekanan daripada kerajaan.

:Menurutnya, SPRM haruslah bertindak membuat siasatan terutamanya kes yang berprofil tinggi dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

“SPRM yang mempunyai fungsi tugas yang lengkap oleh undang-undang seharusnya tidak menggunakan kuasa mereka dengan dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana mereka sepatutnya menunjukkan kredibiliti mereka,” katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, sekiranya siasatan tidak mempunyai sebarang bukti, maka pihak penyiasat tidak akan mampu berbuat apa-apa.

“Semua kes memerlukan bukti. Kika tiada bukti, kita tidak boleh buat apa-apa, tetapi jangan sembunyikan bukti tersebut,” katanya.
Sumber http://www.tranungkite.net


Read More

Melengkapkan kekejaman hati penguasa ISA

WAJAHNYA tenang, senyuman terukir di bibir setiap masa. Namun, jauh di sudut hati wujud kepiluan yang tidak terluah. Tempoh tujuh tahun, satu tempoh yang cukup menjeruk rasa, apatah lagi sepanjang tempoh itu, tahanan ISA, Mat Sah Satray tidak berpeluang menyantuni ibunya, Saoda Abdul sehingga nafas terakhir.

Tanggal 26 Mei, melengkapkan lagi kekeringan hati polis cawangan khas (SB), apabila kepulangan Mat Sah untuk melawat jenazah ibunya sengaja dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan tidak masuk akal. Beberapa panggilan telefon dibuat ayahnya, Mohd Satray Akri untuk mengetahui lokasi anaknya, namun beberapa kali dimaklumkan sudah 'berada tidak jauh'.

"Sekejap di Rawang, sekejap di Ipoh. Entah mana satu yang betul. Ini, kata pula tersesat...", rungut salah seorang saudara Mat Sah yang kelihatan geram dengan karenah SB.

Debaran hati

Menanti Mat Sah menimbulkan pelbagai debaran di hati setiap yang ada di rumah tersebut. Sehingga jam 3.15 petang, barulah kelihatan Mat Sah tiba dengan diiringi ketat SB. Sedangkan, seawal jam 7.30, pihak kem sudah dimaklumkan tentang kematian ibunya.

Suasana di persekitaran rumah ibunya, penuh dengan suara-suara kesalan daripada pihak saudara-mara kerana ternanti-nanti kedatangan Mat Sah. Biarpun Mat Sah sudah memaklumkan kepada isterinya, Norlaila Othman -ketika pulang ziarah sewaktu ibunya terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) supaya tidak menunggunya, namun pihak keluarga tetap bersabar, menanti kedatangannya bagi menemui jenazah ibunya kali terakhir.

Kedatangan Mat Sah sambil diiringi ketat beberapa SB, menimbulkan suasana pilu di ruang rumah ibu bapanya, di Kampung Pandan. Menanti berjam-jam ketibaan Mat Sah, beliau diberi masa tidak sampai lima minit sebelum ditarik SB ke kereta untuk menuju ke Tanah Perkuburan Islam Segambut. Malah, ketika Mat Sah berteleku di sisi jenazah ibunya di ruang rumah yang kecil, SB turut memenuhi ruang itu bagi mengawal ketat beliau.

Setiba kami di tanah perkuburan, van bercermin gelap yang membawa Mat Sah, diiringi dua kereta Proton Wira, sudah tersedia menanti. Namun, bayang Mat Sah tidak kelihatan. Sehingga jenazah dibawa ke kubur, barulah Mat Sah dibenarkan keluar menuju kuburan bondanya. Begitu sekali SB bimbang jika membiarkan Mat Sah keluar dari van. Bagaikan seorang penjenayah-bimbang beliau melarikan diri.

Tika talkin dibaca

Berpeluang menyempurnakan jenazah ibunya ke liang lahad, Mat Sah kelihatan tenang. Namun, ketika talkin dibacakan, kesayuan jelas tergambar di wajahnya. Sesekali kelihatan beliau mengesat air mata yang bertubir di sudut mata.

"Dia memang macam ini. Kalau benda-benda begini, dia memang cepat terasa. Mesti dia menangis," ujar Norlaila kepada saya, yang berdiri di belakang Mat Sah, memandang jenazah ibu mertua selain asyik memerhati suami yang terpisah sekian lama angkara ISA.

Selesai menyiram air mawar, Mat Sah segera dihampiri SB untuk dibawa pergi. Namun, ada suara-suara yang meminta supaya Mat Sah dibenarkan bertemu dengan saudara-mara. Kesayuan menyelubungi tanah perkuburan tersebut. Selain sayu meninggalkan ibu untuk selamanya, peluang bertemu saudara-mara dan sahabat handai sejak tujuh tahun lalu turut menambahkan lagi kesayuan.

Malah, Mat Sah sesekali tertunduk apabila bertanya khabar anak-anak saudara yang kini masing-masing sudah bekerja dan berumahtangga, sedangkan beliau tidak berpeluang mengikuti perkembangan saudara-maranya selama ini.

Peluk erat

"Tak larat abah..." Terdengar nada suara Mat Sah yang sayu ketika memeluk erat putera tunggalnya, Suhaib yang ditinggalkan sejak berusia lapan tahun. Masakan tidak, Suhaib kini sudah membesar malah lebih besar dari abahnya.

Seketika, segera SB menarik tangan Mat Sah untuk dibawa ke van semula, dan dibawa entah ke mana. Sempat Norlaila bertanya destinasi suaminya, namun SB hanya mendiamkan diri. Malah, permintaan keluarga agar Mat Sah diberi peluang menghadiri tahlil pada malam itu, turut tidak mendapat 'restu' SB.

Benarlah, episod luka yang ditinggalkan SB kepada Mat Sah melengkapkan lagi kekejaman hati penguasa ISA. Jika sebelum ini, kematian Aina Mardhiah, 17 tahun menyentap hati semua pihak dengan sikap SB yang melengah-lengahkan kepulangan ayahnya, Shahrial Sirin, kini keluarga Mat Sah mengalami episod serupa.

Entah mengapa, masih ada pihak yang menyatakan perlunya ada ISA. Sedangkan akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara ini sudah terlalu banyak melakarkan episod kejahatan terhadap sesama manusia. Mungkinkah apabila terdapat ahli keluarga atau kenalan mereka yang diheret ke ISA, barulah kesedaran untuk menghapuskan akta ini timbul?_
sumber http://www.tranungkite.net


Read More

PAS berpeluang perintah Terengganu

TEMERLOH, 26 Jun (Hrkh) - PAS mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapatkan kembali pemerintahan di negeri Terengganu berdasarkan sokongan rakyat yang semakin jelas dan terbuka, kata Adun Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.

Bercakap pada ceramah anjuran PAS kawasan Temerloh di Kampung Batu Kapor dekat sini, baru-baru ini, Wan Hassan berkata perpecahan yang semakin buruk di kalangan pimpinan Umno Terengganu adalah sesuatu yang tidak boleh dibaiki dan akan berpanjangan.


"Berdasarkan apa yang berlaku ke atas kepimpinan Umno Terenganu dan perpecahan yang tidak mampu dipulihkan lagi maka ditambah dengan banyaknya isu yang berlaku saperti stadium runtuh sudah tentu rakyat hilang keyakinan kepada Umno,"katanya.

Tambah Wan Hassan, kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sudah membayangkan isyarat rakyat untuk menolak Umno BN di peringkat negeri dan pusat pada pilihan raya yang akan datang.

"Kalau kita tengok keputusan pilihan raya kecil lalu menunjukkan Umno berada dalam keadaan yang amat cemas. Penolakan rakyat kepada mereka secara terang-terangan. Di Terengganu , dengan banyaknya isu yang berlaku sekarang kita yakin rakyat akan memberikan sokongan kepada kita. Insya-Allah pada pilihan raya akan datang kita akan dapat semula Terengganu," katanya.


Read More

Azab Terhadap Orang Yang Menyembunyikan Ilmunya

"Manusia merupakan makhluk Allah yang dianugerahkan akal fikiran yang mampu membentuk dan membangunkan sesebuah tamadun. Dengan ilmu pengetahuan yang begitu luas di muka bumi ini, manusia mampu merekacipta serta bersaing sesama mereka untuk mewujudkan teknologi yang pelbagai yang diadaptasikan dari sumber semulajadi yang Allah jadikan untuk kegunaan manusia serta makhluk lain di dunia ini.


Setiap kejayaan yang dikecapi oleh manusia pada hari ini perlulah disyukuri dan sentiasa menunaikan ibadah kepada Allah serta melakukan amar ma’ruf nahi munkar.

Perlu kita ketahui serta memahami bahawa segala ilmu yang ada di mukabumi ini adalah milik Allah S.W.T dan Al-Quran merupakan ibu segala ilmu yang mencakupi segala ilmu yang wujud di alam ini tidak kira samada ilmu sains, matematik, astronomi dan sebagainya bersangkut-paut dengan Al-Quran apatah lagi ilmu agama yang begitu luas manfaatnya.

Namun berapa ramai yang menggunakan ilmu yang dimiliki ke jalan yang diredhai Allah walaupun mereka sedar hasil kajian dari ilmu yang dimiliki mereka semuanya boleh membantu mereka di jalan dakwah kerana mereka sedar setiap ilmu serta kajian yang mereka dapati semuanya membawa kepada penemuan kebesaran Allah S.W.T

Seseorang itu apabila bergelar seorang profesionalisme akan menemui pelbagai kebesaran Allah melalui hasil kajian mereka seperti kejadian manusia, kejadian alam semesta dan sebagainya apabila merujuk Al-Quran kerana Al-Quran telah menceritakan segala penciptaan-Nya di alam semesta ini.

Seseorang yang berkelulusan dalam bidang pengajian agama pula akan merasa lebih yakin serta mempunyai keimanan yang tinggi setelah mempelajari pelbagai selok-belok agama. Namun sebahagian dari mereka tidak kira golongan profesionalisme atau golongan berkelulusan agama apabila mendapat sedikit nikmat serta habuan dunia akan mula melupai tugas mereka sebagai khalifah di mukabumi ini dalam mengajak manusia ke jalan kebenaran.

Cuba kita renungkan berapa ramai orang yang mempunyai ilmu takut untuk menyuarakan pendapat serta menyatakan sesuatu kebenaran walaupun mereka mengetahui akan kebenarannya. Mereka seolah-olah takut kehilangan pangkat serta harta yang sedikit sehingga berusaha untuk mengelak dari menyatakan kebenaran.

Cuba kita lihat berapa ramai orang yang berilmu segan-silu untuk memberikan sumbangan serta khidmat kepada masyarakat di sekeliling mereka yang memerlukan bimbingan mereka. Kemanakah mereka menghilang apabila mereka diperlukan disisi agama pada setiap masa. Adakah tugas mereka hanya sekadar mencari mata pencarian untuk memenuhi kenikmatan dunia yang sedikit.

Mereka ini mementingkan kehidupan mereka sahaja apabila setiap hari pergi bekerja kemudian pulang ke rumah untuk berehat tanpa menghiraukan keadaan masyarakat di sekeliling mereka. Mereka yang bersifat suka menyembunyikan ilmu serta kebenaran ini telah dijanjikan oleh Allah akan beroleh azab yang pedih di akhirat kelak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:

174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

http://mtaq07.blogspot.com/


Read More

Pengalaman Semasa di Penjara Zionis bersama Syeikh Ahmad Yasin

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah, salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.
Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.

Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin

Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil

Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa

Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.

Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian.

Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : Apalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan

Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.

Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh.

Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut. Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa

Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin

Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.

Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

Note: sumber : maszlee malek"

Anonymous writes "...sambungan #1

Yassin diberkas buat pertama kali pada 1984 atas pemilikan senjata dan bahan letupan secarah haram, tetapi dilepaskan setahun kemudian di mana selaepas itu beliau mula membentuk Hamas, nama yang menjadi akronim bagi "Pergerakan Penentangan Islam."

Pada 1989, Sheikh Yassin ditangkap oleh Israel dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan mengarahkan pembunuhan orang Palestin yang bekerjasama dengan Israel.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 1997sebagai pertukaran dengan 2 agen Israel yang ditangkap di Jordan atas cubaan membunuh seorang pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.

Hamas telah memberikan sumbangan berbentuk material melalui tabung kebajikan untuk sekolah-sekolah, klinik-klinik dan hospital yang menyediakan perkhidmatan per*****a kepada keluarga yang terdesak.

Sejak penubuhannya pada 1987, Hamas telah melaksanakan serangan-serangan.Pemimpin baru Hamas, Khaled Meshaal berjaya mengelakkan cubaan bunuh Israel yang besar terhadap Israel, menjadikan Zionis sebagai musuh paling utama. Hamas tidak mengiktiraf hak kewujudan Israel, sasaran jangka panjang mereka ialah pembentukan sebuah Negara Islam dengan sempadan-1948. Syeikh Yassin merupakan penentang utama terhadap Perjanjian Damai Oslo antara Israel dan Palestin,dimana beliau berkali-kali mengatakan bantahan pergerakannya terhadap sebarang pelan perdamaian Barat yang tidak menyatakan hak-hak penuh rakyat Palestin.

Walaupun beliau cuba untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak berkuasa Palestin (PA), terdapat beberapa cubaan untuk menyekat aktiviti beliau. Pada Dec 2001, seorang lelaki mati dalam Pada September 2003, askar Israel cuba membunuh Syeikh Yassin ketika berada di rumah salah seorang ahli Hamas.

Syahid Yang Hidup - Kesan dan Prospek

Kesan serta-merta selepas pembunuhan Syeikh Yassin adalah luahan kemarahan seluruh dunia Islam serta perarakan tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan di Negara Arab dan Islam. Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa hari selepas bantahan antarabangsa dibuat sempena mengingati kempen setahun serangan US terhadap Iraq. Kejadian ini menyemarakkan lagi sentiment anti-US dan anti-Israel kerana marah dengan penjajahan US yang berterusan di Iraq. Lebih menarik lagi, US yang bersungguh-sungguh untuk mendirikan kerajaan pro-US di Iraq, dan memenangi hati dan fikiran orang awam di sana, mendapati tujuan mereka lebih sukar ekoran ribuan orang Iraq mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya, mengkritik pembunuhan Yassin oleh Israel.

Kemarahan orang Iraq terhadap pembunuhan Yassin bukan hanya meliputi puak Sunni sahaja. Ayatollah Ali Sistani, ulama besar Shiah dan orang paling berpengaruh di Iraq, menyeru umat Islam untuk bersatu menentang Israel, sementara Moqtada al Sadri, ulama Shiah yang lebih militan menawarkan kepada orang Palestin "sokongan moral dan fizikal. "Dalam suasana yang tegang ini, US yang dianggap sebagai dalang di sebalik tindakan Israel, telah menaikkan kemarahan orang Iraq lalu menyukarkan keadaan askar dan pegawai US di Iraq.

Secara dalaman pula, kesan atas pembunuhan Yassin adalah peningkatan kekuatan dan pengaruh Hamas di jalan raya Palestin, berkurangnya peranan pihak berkuasa Palestin (PA) selepas PA dilihat gagal dan tidak bersungguh-sungguh dalam melindungi pemimpin pergerakan penentangan Palestin walaupun mempunyai banyak hubungan keselamatan dengan pertubuhan keselamatan antarabangsa. Sebagai akibatnya, PA akan sukar untuk menentang Hamas - tindakan mengumpul senjata, menangkap militant atau menghalang pelancaran roket berpandu Qassam akan menjadi tindakan politik yang berbahaya buat PA.

Perkara lain yang mungkin berlaku akibat pembunuhan ini adalah Hamas yang kekurangan pemimpin berwibawa akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil secara berperingkat-peringkat, sepertimana yang berlaku pada Ikhwanul Muslimin di Mesir selepas Sayyid Qutb digantung mati oleh Gamel Nasser. Kumpulan kecil itu selalunya akan membentuk ideologi mereka sendiri dan corak operasi mereka selalunya lebih radikal daripada pertubuhan asal mereka. Pergerakan penentangan Palestin selama ini mengelak sebarang jalinan dengan al-Qaeda.

Walaubagaimanapun, Abdel Aziz al- Rantissi mengumumkan yang Hamas telah membuka account khas dengan Israel, mengaitkan pembunuhan Yassin sebagai pengisytiharan perang ke atas Islam. Ancaman al Rantissi akan menjadi kenyataan jika beberapa pemimpin Hamas bersetuju untuk mengadakan hubungan langsung dengan objektif dan serangan al Qaeda ke atas Israel, Yahudi dan Amerika.

Dalam apa-apa halpun, kesan yang pasti terjadi akibat pembunuhan ini adalah Hamas akan menjadi lebih radikal. Perlu diingatkan tentang pembunuhan Ismail Abu Shanab oleh Israel pada musim panas 2003-pemimpin Hamas yang berkaliber dan pragmatic- telah menyebabkan Hamas menjadi lebih radikal. Manifestasi terbaru tentang keradikalan pergerakan itu merupakan pilihan AL-Rantissi-dianggap sebagai pemimpin Hamas paling radikal yang enggan menerima sebarang kompromi dengan Israel.

Kesimpulan

Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin tidak syak lagi merupakan titik tolak perubahan dalam pergolakan Arab-Israel dan konflik Barat-dunia Islam. Penjajahan ke atas tanah suci Islam, sokongan terhadap "ketua Negara zalim yang berlagak baik" dan lagi pembunuhan seorang ikon Islam secara tidak berperikemanusiaan, sudah tentu menyemarakkan keradikalan di Timur Tengah dan menghentikan suara-suara yang menyeru kepada kesederhanaan.

Bagi jutaan Muslim, Syeikh Yassin ialah symbol penentangan, ketakwaan dan pengorbanan diri. Lebih menarik lagi, penentangannya memberikan kesan berpanjangan kepada dunia Islam yang di mana menjangkaui keadaan fizikalnya yang lemah dan lumpuh. Mungkin pembunuhannya ini ialah seruan kepada seluruh umat Islam untuk bangkit daripada tidur nyenyak mereka. Semua harus mengingat kembali bagaimana pembunuhan Syeikh Abdullah Azzam di Peshawar, Pakistan pada 1989, menyebabkan Arab-Afghan menjadi radikal serta penubuhan al-Qaeda. Sesungguhnya, syahid yang hidup selalunya akan kembali menghantui penentang mereka yang zalim.

Kareem M. Kamel ialah seorang penulis bebas Mesir yang bertapak di Kaherah, Mesir. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dan membuat pengkhususan dalam pengajian keselamatan, proses membuat keputusan, perang nuclear, politik Timur Tengah, dan politik Islam. Beliau sekarang menjadi pembantu di Jabatan Sains Kemanusiaan di Universiti Amerikan di Kaherah.

Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Terjemahan oleh Maslee Malik



Read More

Beri Peluang Rakyat Lihat Umno Kalah di Pusat

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Seperti biasa, setiap kali isu dalaman parti berkocak, penulis dihujani desakan supaya menulis isu tertentu, menyokong kenyataan pemimpin tertentu dan membidas kenyataan pemimpin yang lain. Hanya dapat disaksikan secara percuma apabila BN kalah di Pusat.

Penulis tidak nampak ia sebagai jalan penyelesaian atau sebahagian dari kaedah untuk mengurangkan ketegangan dalam jamaah. Adab berjamaah ialah apabila timbul salah faham, mana-mana individu yang terbabit dalam perbezaan pandangan mesti kembali duduk semeja, bersama orang tengah, bermuzakarah secara berhemah berdasarkan ilmu dan perhitungan masing-masing.

Muzakarah dan musyauwarah mesti dibuat secara tertutup. Jangan bocorkan maklumat sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak.
PAS ada Majlis Syura Ulamak, Dewan Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Semuanya sangat berautoriti untuk bermesyuarat mencari penyelesaian berasaskan hukum dan politik semasa.

Tapi kalau penyelesaian dibuat dengan meledakkan ungkapan-ungkapan sensasi dan kadang-kadang kontroversi di media-media perdana yang hampir kesemuanya merupakan media talibarut musuh, maka jalan penyelesaian akan semakin jauh, berliku dan berakhir dengan jatuh ke perigi buta.

Ketika ini adalah masa imej PAS naik menjulang, setelah kita mempunyai banyak negeri yang PAS berkuasa atau turut berkongsi kuasa. Imej PAS akan jatuh merudum jika para pemimpinnya menunjukkan perilaku ‘buruk’ kepada dunia luar bahawa mereka tidak tahu adab dalam berbeza pendapat.

Ahli-ahli bawahan jadi keliru. Betulkah ada pemimpin yang mengecam pemimpin lain secara terbuka dengan cabaran yang sangat melukakan hati? Betulkah ada kenyataan dari pemimpin yang kemaruk sangat untuk bekerjasama dengan parti rasuah? Jika cerita sensasi seperti itu tersiar dalam akhbar talibarut kita boleh beritahu ahli-ahli bawahan bahawa ia satu putarbelit. Tapi kalau yang tersiar ialah audio dan visualnya sekali, bagaimana ahli-ahli bawahan nak hadapi tempelakan dari orang awam di luar dunia PAS sana sama ada peminat atau pembenci.

Sewaktu Tun Dr. Mahathir menghentam Pak Lah secara terbuka kita tepuk tangan. Apabila Pak Lah kutuk Muhyiddin yang kononnya tak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri, kita gelakkan Umno kerana berkelahi di halaman rumah hingga jiran-jiran turut nampak pinggan mangkuk berterbangan.

Maka, janganlah antara kita yang allergic mendengar nama Umno sekalipun (apatah lagi kerajaan perpaduan bersama Umno), tiba-tiba mengambil pula budaya dan perangai Umno untuk dituruti. Cukuplah. Berpada-padalah dalam bercakap, memberi pandangan mahupun menegur. Kembalilah kepada akhlak dan adab berjamaah.

Sewaktu isu 16 September disensasikan oleh golongan tertentu dalam Pakatan Rakyat, muncul pandangan yang berbeza dari ‘arus perdana’ PR ketika itu; iaitu dari Dato’ Haji Mustafa Ali dan Haji Mohamad Sabu. Mereka, disamping tidak mempercayai (juga tidak menyetujui?) pembentukan kerajaan 16 September, menegaskan bahawa kerajaan berintegriti hanya dapat dibentuk dengan mengalahkan BN dalam pilihanraya umum. Ada yang menempelak. Namun pandangan mereka hanya dapat diterima sepenuhnya selepas kejatuhan kerajaan PR Perak melalui cara di luar tabie.

Sama ada dijatuhkan melalui peti undi atau secara penghijrahan Ahli Parlimen, yang penting ialah BN khususnya Umno mestilah dijatuhkan dulu. Kalau mahu berbaik dengan Umno pun (saya katakan ‘kalau’) maka biarlah selepas mereka kalah di Pusat, bukan sebelum.

Beri peluang mereka jadi pembangkang dan rasakan apa yang pihak mereka tindas dulu pernah rasai. Sebaik-baik tarbiyah untuk orang sombong ialah penghinaan. Biar mereka rasa hidup tanpa kuasa, tanpa ‘perlindungan’ mahkamah dan polis, tanpa sumber dana dari komisyen projek dan tanpa media propaganda untuk mempertahankan kebobrokan mereka.

Ada yang berteori bahawa kalau Umno kalah di Pusat, rangkaiannya di akar umbi akan hancur lebur kerana sumber kekuatan mereka selama ini adalah kuasa dan wang. Tanpa keduanya, masakan mereka boleh bertahan sedangkan jati diri pun sudah luntur. Itu yang ramai kalangan rakyat nak lihat.

Ada lagi adegan orang ramai nak tengok ialah pembongkaran fail-fail penyelewengan pemimpin-pemimpin BN yang selama ini dipendamkan. Siapa pula antara pemimpin BN yang akan cabut lari keluar negeri untuk mendapatkan suaka politik? Berapa banyak kasut tumit tinggi, pakaian pelbagai fesyen dan sanggul isteri bekas pemimpin negara yang tertinggal dalam mahligai milik kerajaan. Bagaimana pula dengan perancang-perancang konspirasi terhadap Anwar sehingga beliau terpaksa merengkok dalam penjara. Mereka akan lari atau bersedia untuk diadili di mahkamah?

Semua ini sangat menarik minat rakyat jelata untuk menyaksikannya dan hanya dapat disaksikan secara percuma apabila BN kalah di Pusat.


sumber: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2471&mode=&order=0&thold=0


Read More

Mufti Perak ambil isu tengah jalan dan bercakap dengan lidah politik !

KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru dilantik, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mufti Perak mengambil isu kerajaan perpaduan di tengah jalan.

Sebab itulah, katanya, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria telah menuding jari kepada PAS seolah-olah PAS yang menolak perpaduan.

Beliau berkata sebenarnya UMNO yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam isu kerajaan perpaduan, sedangkan PAS benar-benar ikhlas.

”Sekiranya UMNO jujur dan ikhlas, di (UMNO) tidak gunakan isu ini untuk melagakan dalaman PAS,

”sepatutnya UMNO berbincang dengan pimpinan PAS, tapi bila benda ini disebarkan (melalui) media menyebabakan salah tanggapan berlaku dikalangan masyarakat,”katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Mahaad Tahfidz Wal Tarbiyah semalam.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS, sebab itulah ada kemunasabahan Presiden PAS menarik balik perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata PAS tidak bergabung dengan Cina ataupun DAP kerana ia adalah hanya ‘tahaluf siyasi’ atau sebuah kerjasama politik.

”Dengan DAP kita hanya adakan tahaluf iaitu kerjasama politik, termasuk juga dengan Parti Keadilan (Rakyat),

”dan dia (ia) bukan satu gabungan, mereka kekal dengan ideologi mereka dan kita (PAS) kekal dengan ideologi dan prinsip kita,”tegasnya.

Katanya, dengan kerjasama diantara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, satu persefahaman politik dapat dicapai dalam menghadapi isu-isu yang disepakati bersama.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata Mufti Perak mestilah menjadi seorang Mufti dan bercakap dengan lidah alim ulama’ bukannya bercakap dengan lidah politik.

”Mufti Perak kena jadi Mufti, maknanya dia kena bercakap untuk kepentingan Islam, dalam kes kerajaan perpaduan, mufti kena hurai apa makna kerajaan perpaduan, dia jangan (bagi) kata kesal ke, tak patut ke,

”mufti mesti memberikan gambaran apa juga yang dia faham untuk membantu menyelesaikan maslah umat Islam,”tambahnya.

Katanya mufti tidak perlu bercakap dengan lidah politik tetapi mestilah bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’.

”Dalam aspek ekonomi ke, dalam aspek politik ke, dalam aspek hukum fekah ke, jangan mufti bercakap dengan lidah politik,

”mufti mesti bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’ yang tinggi yang memperjuangkan Islam,”jelasnya.

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dijemput menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah sempena sambutan Hari Guru sekolah tersebut


Read More

Khamis, 25 Jun 2009

Yahaya Cabar SPRM

MARANG – Tragedi Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada awal bulan ini masih menimbulkan banyak persoalan khususnya dikalangan rakyat negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu berkata, ia adalah kerana kos pembinaan stadium tersebut hasil dari dana khas atau royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Beliau berkata bumbung tersebut runtuh bukan kerana faktor-faktor semulajadi yang diluar jangkaan seperti rebut atau gempa bumi tetapi disebabkan kelemahan manusia

”Dalam kes stadium Sultan Mizan tidak ada factor dikatakan luar dari jangkaan manusia tidak berbangkit bukan kerana gempa bumi bukan kerana rebut dan seumpamanya,

”sudah tentulah ia berlaku kerana kelemahan manusia,”katanya yang juga juga bekas Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam semasa kerajaan Terengganu diperintah oleh PAS.

Beliau berkata stadium tersebut telah dibina jauh lebih mahal dari harga yang sepatutnya sebagaimana yang telah ditender oleh seorang kontraktor.

”Salah satu (seorang) kontraktor terkenal dia (telah) tender projek ini (stadium) hanya dengan harga RM140 juta,

”tiba-tiba projek itu telah memakan belanja lebih RM200 juta bahkan saya difahamkan hampir mencecah hampir RM300 juta,”jelasnya pada Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga DUN Bukit Payung, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, dengan harga pembinaan yang semahal itu, malangnya ia telah runtuh dalam masa setahun siap pembinaannya.

Beliau turut mendedahkan, kos pembinaan stadium tersebut begitu mahal kerana menurutnya kontraktor utama stadium tersebut mempunyai hubungan dengan kroni-kroni yang terdiri dari para exco kerajaan ketika itu.

”Mahlnya projek ini lebih daripada belanja sepatutnya kerana kontraktoir utama yang terlibat dalam projek ini ada hubungan dengan kroni-kroni masing-masing,

”Bina Struktur ke, Emarcon ke, Genggam Mercu ke, masing-masing ada kroni belaka, sebahagian daripada exco-exco yang ada pada waktu itu,”katanya.

Justeru beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tragedi Stadium Sultan Mizan dengan telus.

”Oleh kerana itulah, kita mencabar SPRM, kalau mu (SPRM) boleh begitu cepat nak siasat itu nak siasat ini yang melibatkan orang-orang politik dari Pakatan Rakyat,

”kita cabar ketelusanya, kita cabar kewibawaandia samada dia boleh meyiasat secara telus atau tidak,”tegasnya.


Read More

KENAPA HARGA MAKAN DI TERENGGANU MAHAL SANGAT?

Kuala Terengganu. Kenapa harga makan di Kuala Terengganu sangat mahal? Begitulah luahan dan keluhan pelancong luar dan juga penduduk negeri ini sendiri. Saban hari harga makan di Kuala Terengganu bagaikan tiada kawalan dan diberikan sesuka hati oleh para peniaga. Bayangkan harga makan pagi di Bandaraya Pesisir Air ini antara RM3.00 ke RM5.00? Itu baru makan pagi.

Kadangkala kami penduduk bandar ini malu dengan kehadiran teman-teman dari luar apabila mengajak mereka bersarapan di bandar ini. Bayangkan harga nasi dagang antara RM2.50 ke RM3.00. Sedikit saja nasi yang terhidang, tidak cukup untuk menampung perut hingga ke Tengahari. Itu belum harga nasi minyak lagi. Roti canai pun ada kedai yang mengenakan bayaran sampai RM1.00 bagi roti canai kosong.Ini baru sarapan pagi? Bayangkanlah.

Ditambah dengan harga makan di waktu tenghari lagi-lagilah memeritkan penduduk bandar ini. Harga makan kebiasaannya antara RM5.00 ke RM7.00 bagi sejenis lauk dan sayur, harga tersebut tidak lagi termasuk air. Kenapalah harga makan amat mahal dan mencekik pelanggan. Jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar lain seperti Kota Bharu, Alor Setar jauh lebih murah dari Kuala Terengganu. Kuala lumpur sendiri lebih murah makan dari bandar ini.

Justeru itu kami amat mengharapkan Pihak Penguasa dapat menangani permasaalahan ini. Sebelum Kuala Terengganu tidak lagi di datangi pelancong kerana sikap peniaga yang cekik darah ini berleluasa mengenakan harga makan yang langsung tak mesra pelancong dan pelanggan. Kawal dan kenakan harga yang munasabah yang menjadi tarikan pelancong luar dan juga penduduk tempatan sendiri. Sesungguhnya penduduk Kuala Terengganu sendiri sudah tak mampu berdiam diri dengan harga makan di Bandaraya ini. Kesabaran rakyat sudah sampai ke tahap maksimun.

Kami amat mengharapkan kerajaan Negeri dan Penguasaha tempatan buatlah sesuatu untuk kebaikan rakyat dan imej bandaraya ini. Biar Bandaraya ini menjadi mesra pelancong dan diingati kerana harga makan yang murah dan menyelerakan. Buat lah sesusatu dan kawallah harga makan di Kuala Terengganu yang semakin melampau ini demi kebaikan semua pihak.


Read More

Rabu, 24 Jun 2009

Shahrukh Khan Murtad Dan Boleh Dibunuh! - Mufti India

Datuk yang menerima gelarannya dari kerajaan negeri Melaka ini difatwakan murtad!

Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khank kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Sebelumnya Shahrukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler dan Winston Churchill.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shahkhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madraasah Darul Ulum Mazharil Islam., India."Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu harus mempertanggung jawabkan kenyataanya dengan dibunuh. Pernikahan Shahrukh Khan juga tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal dan jatuh kafir serta dia tidak boleh dikebumikan dalam tanah perkuburan kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komen yang diberikannya di majalah itu dengan menyatakan majalah tersebut tersalah tulis apa yang diucapkannya.Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang penganut agama Hindu.
http://pendikargunung.blogspot.com/2009/06/shahrukh-khan-murtad-dan-boleh-dibunuh

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/shahrukh-khan-menghina-nabi-muhammad


Read More

USRAH Bulanan Pemuda

24 Jun 2009, Bukit Bayas - Usrah Pemuda PAS Dun Ladang di adakan di PASTI Bukit Bayas yang di bawa oleh Naqib Tuan Pemuda Kawasan Kuala Terengganu, Al Fadhil Al Ustaz Kamal Ali. Naqib menyampaikan Teks Usrah Pemuda PAS Kawasan iaitu Tafsir Surah AL Anfal Ayat 20 - 23.
Antara Pengisian penting surah di atas adalah :

Huraian tafsir Surah Al Anfal ayat 20 -23
Allah memerintahkan hambanya orang-orang yang beriman dengan ketaatan kepadaNya dan ketaatan kepada rasulnya serta melarang mereka daripada menyalahi suruhannya dan laranganNya. Ayat di atas berkisar tentang seruan jihad serta meninggalkan harta benda sebagai rentetan perbincangan ayat sebelumnya.

Allah memberi peringatan kepada orang-orang beriman tidak menjadi seperti golongan munafik yang berkata "Kami dengar" sedangkan mereka tidak menghiraukan apa yang mereka dengar. Mereka tidak mahu turut serta berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dan para Sahabat dalam perang badar.

lalu ALLAH Taala menyamakan golongan munafik dan musyrik itu dengan binatang ternakan yang melata dibumi bahkan lebih teruk lagi kerana binatang ternakan tidak memudaratkan sedangkan munafik dan musyrik memudaratkan aqidah manusia. Ini kerana mereka tidak memikirkan beza antara hak dan bathil, baik dan buruk, petunjuk dan kesesatan, Islam dan kekufuran. Seolah-olah mereka tidak mempunyai deria rasa terhadap manfaat, faedah dan kebaikan yang diperolehi hasil daripada ketaatan itu.

Pengajaran Tafisr

Ianya mengandungi dua pengajaran penting:
1. Taati Allah dan Rasulnya.
2. Peringatan agar tidak menyalahi perintah dan larangan ALLAH dan Rasul


Read More

Terkini : Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti. Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.


"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah. Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti./Harakahdaily


Read More

Pemuda PAS Bersedia Bekerjasama Dengan UMNO Dalam Soal Kebaikan

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS berharap ruang perbincangan berkaitan kepentingan umat Islam, amar ma’aruf dan nahi mungkar, terus diadakan dengan UMNO walaupun perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah dihentikan.Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata penolakan kerajaan perpaduan bukan bererti PAS menutup pintu gerakkerja dakwah.

Beliau berkata kerja dakwah mesti dibuka seluas-luasnya untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan berpadu di bawah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

”Kami (pemuda PAS) meminta supaya perbincangan dengan UMNO tidak boleh dihentikan bagi membincangi (kan) tentang isu-isu Islam, umat Islam,”bagi menyampaikan kerja-kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar,”katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas Jabatan Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Katanya pemimpin UMNO tidak memahami apa sebenarnya kerajaan perpaduan kerana mereka menganggap ia adalah gabungan antara PAS dan UMNO. Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah timbul sama sekali dan tidak menjadi agenda serta hasrat pimpinan PAS untuk membawa PAS kearah itu. Sebaliknya, kata beliau, UMNO memang mengharapkan kerjaan campuran atau gabungan dengan PAS kerana keadaan mereka begitu mendesak.

”UMNO memang mengharapkan kerajaan campuran, gabungan (dengan PAS) kerana UMNO berada dalam keadaan hampir runtuh, musnah, (dan) bahtera mereka hampir tenggelam,”jelasnya.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata demikian mengulas keputusan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan bersama di Parlimen kelmarin ditegaskan, walaupun menolak penubuhan kerajaan perpaduan, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.Sehubungan itu, Ustaz Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyokong sikap terbuka tersebut dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Terengganu dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

”Kita (PAS) akan bekerjasama dan meyokong ketrajaan negeri Terenggan dalam persoalan-persoalan kepentingan rakyat khususnya isu royalti (minyak), ini adalah isu keadilan dan kepentingan rakyat Terengganu,”tegasnya.Justeru, beliau mendesak, sekiranya UMNO ingin membentuk satu perpaduan, mestilah mengubah dan membersihkan diri mereka, kerajaan dan memohon maaf keatas kesilapan mereka yang lalu.

”Mereka mesti mengubah dan mesti membersihkan Institusi kehakiman, SPR, dan mesti bertindak adil,”dan memohon maaf terhadap kesilapan-kesilapan mereka membunuh pejuang-pejuang PAS di Memali, menangkap pemimpin-pemimpin PAS, meruntuhkan masjid Bujal, merampas tanah-tanah dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat, yang diberikan (kepada rakyat) oleh kerajaan (PAS),”katanya.


Read More