Ahad, 31 Januari 2010

Hebatnya Kejadianmu Ya ALLAH

INFO: Hebatnya Tubuh Kita; ( Kuasa Allah SWT)
1. Jantung berdenyut 100,000 kali sehari
2. Jarak perjalanan darah kita 100,000 kilometer
3. Mata boleh membezakan sehingga sejuta permukaan warna dan mencerap maklumat lebih banyak berbanding teleskop terbesar
4. Paru-paru menyedut lebih dua juta liter udara sehari, cukup untuk menutup permukaan gelanggang tenis

5. Kuasa pendengaran manusia boleh membezakan ratusan ribu bunyi
6. Otak lebih kompleks daripada komputer paling canggih dan memiliki lebih 100 billion sel saraf
7. Tubuh kita melahirkan 100 billion sel darah merah sehari
8. Bila kita menyentuh sesuatu, kita menghantarvmaklumat kpd otakselaju 124km sejam

9. Tubuh manusia mempunyai lebih 600 otot, satu senyuman menggerakkan sekurang-kurangnya 30 otot
10. Air membentuk 70 peratus tubuh
11. Kita menghasilkan 1 liter air liur sehari
12. Hidung umpama pendingin hawa peribadi, menyejukkan udara panas, menghangatkan yang sejuk

sumber

http://www.knowledgeebase-script.com


Read More

Sabtu, 30 Januari 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi."Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.
Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran."Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.


Read More

Jumaat, 29 Januari 2010

Himpunan 2K ‘Orang Muda Geng Kita’ (H2kOMGK) Catat Sejarah

BN diberi amaran, jangan selewengkan demokrasi Pemaisuri,

SETIU – PAS menerima demokrasi berparlimen sebagaimana yang diamalkan dan memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menggunakan cara lain dan ‘menutup’ demokrasi

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani memberi amaran, pemuda PAS diseluruh negera akan bangkit menentang sebarang bentuk penyelewengan prinsip demokrasi.

”Kita bimbang keadaan ini (yang) berlaku di Malaysia, hari ini kami (PAS) menerima demokrasi berparlimen, kita beri amaran kepada Barisan Nasional (BN),

”kalau kamu guna cara lain, tutup dmokrasi, kalau kami menang (dalam pilihanraya) kamu (BN) tak serah Negara, kami pemuda (PAS) akan bangkit menentang kamu (dari) seluruh negara,”tegasnya dihadapan 2000 orang pemuda PAS yang berhimpun dalam program ‘Orang Muda Geng Kita’ bagi parlimen Setiu dan Besut di Kampung Bari Besar dekat sini, Jumaat, 29 Januari.

Menurutnya, kehadiran ramai pemuda pada Himpunan tersebut dan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang lalu, membuktikan pemuda PAS Terengganu sedang menuju kejayaan.

”Bukan di Besut (dan) Setiu sahaja kita bekerja (untuk kemenangan), (di) seluruh negeri Terengganu, InsyaAllah, ”rekod kita (pemuda PAS Terengganu) di HIMPIT, 10,000 kita himpun pemuda, tak mampu dilakukan dinegeri-negeri lain,”jelasnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS Besut dan Setiu yang berhimpun untuk program H2KOMGK, merupakan satu sejarah, kerana berjaya mencapai sasaran.

Katanya, pemuda PAS Kelantan, walaupun mempunyai kerajaan, sekiranya dihimpunkan bagi dua kawasan parlimen, tidak mampu menghimpunkan seramai mana yang hadir pada hari ini.


Read More

MUNAJAT RAKYAT KELANTAN

Kota Bharu 28/1/2010 - Rakyat Kelantan Memenuhi Setiap ruang
di Stadium Sultan Mohamad di Kota Bharu Malam Semalam.
Semoga kebenaran dan hak rakyat Kelantan dan Terengganu juga
dikembalikan.

Semoga ALLAH Membuka pintu hati mereka yang selama ini
menafikan hak orang lain. Mampukah mereka hendak menanggung
semuanya itu diakhirat kelak.

Dengan Kuasa mereka melakukannya. Kuasa yang diberikan
menyebabkan mereka lupa dan bertindak di luar kewarasan akal.
Anda yang memberikan mereka kuasa juga akan di tanya oleh
ALLAH di padang mahsyar kelak.






Read More

Mendidik Anak Anak Menurut Islam

Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak.
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.

Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.

Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya
Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:
"Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a" (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". (Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.
Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dPendahuluan Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa. Membentuk Dunia Kanak-kanak. Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu. Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam. Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)" Ketika Anak Dalam Kandungan Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu: Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya. Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya Setelah Anak Dilahirkan Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a" (Riwayat Abu Daud dan Termizi) Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan: "Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". (Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa) Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya. Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya. Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun. Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya. Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti: Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras. Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain . Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan. Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya. Kesimpulan Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan .


http://www.perapi.com/artikel/pendidikan-anak-anak/13-mendidik-anak-anak-menurut-islam.html




Read More

Khamis, 28 Januari 2010

PAS Seru Ahli dan Penyokong Solat Hajat Untuk Kelantan dan Perak

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini. PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan.

PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Read More

Isnin, 25 Januari 2010

Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Tulisan dalam blog Adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la" jelas membuat penyataan yang menghina.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina ulama mahzab dan juga isteri Rasulullah saw, Aisyah.

"DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat," kata Herman Shamsudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Bagi Herman, Jakim juga perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.

"DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina ulama, keluarga Rasulullah dan Sultan. DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyuataan.

Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan keluarganya serta sultan-sultan yang memerintah di negara ini.

Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu, tambah beliau.


Read More

Orang Mude Geng Kite’ Ke Utara Pada 29 Januari

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjemput dan mempersilakan semua ‘orang muda’ untuk bersama-sama menyertai program ‘Orang Mude Geng Kite’ (OMGK) yang akan di adakan di Kampung Bari Besar pada hari Jumaat, 29 Januari.

Setiausaha DPPNT, Wan Faizul A bbas berkata, program tersebut akan diadakan sehari suntuk bermula dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam.Menurutnya, antara aktiviti yang menarik adalah Santai Bersama ‘anak Tok Guru’, Sukaneka dan Ceramah Pemuda.

Selain itu, katanya, orang-orang muda yang suka ‘merempit’ boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam permotoran dengan menyertai program bersama Kelab Motor Alternatif atau Alternative Riding Club (ARC).

”Program akan dimulakan pada jam 9 pagi dengan ‘Santai Bersama Anak Tok Guru’ dan berakhir jam 12.00 tengah malam dengan ceramah isu-isu semasa yang akan bermula jam 9.30 malam,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Sehubungan itu, kata beliau, satu gerak gempur Pemuda akan diadakan sehari sebelumnya pada 28 Januari.Menurutnya, seramai 20 orang pemuda PAS dari setiap kawasan seluruh negeri akan akan turun ke setiap DUN dalam Parlimen Besut dan Setiu.

”Mereka akan bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang muda diseluruh Besut dan Setiu dan menganjurkan beberapa program,”antaranya adalah ekspedisi dakwah, santai bersama pemuda di padang bola dan kedai kopi, ceramah kelompok, serta tayangan vcd terpilih,”jelasnya.

Katanya ‘Orang Mude Geng Kite’ akan jadi tema program dan semua aktiviti pemuda PAS dalam usaha mendekati dan menyelami ‘hati muda’ supaya dapat bersama-sama dengan PAS.


Read More

KENYATAAN MEDIA :MB Perak, Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah . Demikian satu kenyataan rasmi yang dimaklumkan kepada Sekretariat pakatan Rakyat Negeri Perak oleh MB Rakyat perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi

Beliau juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .

"Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak" Katanya dalam kenyataan itu.

KENYATAAN MEDIA/25 JAN 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak.


Read More

Ahad, 24 Januari 2010

Presiden PAS dan Tun Salleh sertai pidato royalti minyak Ku Li

KOTA BHARU, 23 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan khas royalti minyak 28 Januari ini di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu.

Perhimpunan yang akan bermula dengan Solat Maghrib yang bakal diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan mendengar pidato khas Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas.

Pidato anggota Parlimen Umno dari Gua Musang itu sangat penting kerana beliau adalah pihak yang berjanji bagi pihak Petronas untuk membayar 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan negeri ini.

Janji itu dibuat Razaleigh melalui perjanjian mengenainya ketika beliau mewakili Petronas ketika membuat perjanjian dengan Kelantan.28 Januari ini, Tengku Razaleigh dijangka mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.

Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat iaitu sebuah NGO yang memperjuangkan royalti untuk negeri Kelantan dan Terengganu. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan.28 Januari ini bakal menjadi hari yang penting untuk Kelantan kerana di hari itu ketua-ketua gereja seluruh negara juga akan mengadakan perhimpunan mereka di Kota Bharu.

Ia kemudian disusuli dengan majlis Makan Tengahari dengan Menteri Besar Kelantan bersama ketua-ketua agama lain termasuk para ulama dan sami.


Read More

Jumaat, 22 Januari 2010

Bubar Dun: 10 ribu Pemuda PAS Perak bersedia

Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.

"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa."Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.

Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi."Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.Harakahdaily


Read More

Khamis, 21 Januari 2010

KELAS IQRA DAN FARDHU AIN

Kelas Fardhu Ain dan Iqra Anak-Anak yang berumur
12 Tahun dan Kebawah

Pada Setiap Hari Jumaat dan Sabtu
Pukul 9.00 Pagi
Di Surau Al Ikhwan, Flat Gelong Bilal


Pastikan Di Dada Anak-Anak Anda
Terisi Dengan Ilmu Fardhu Ain dan Quran.
-------------------------------------------------

Kelas AlQuran Untuk Remaja dan Belia
Setiap Hari Jumaat dan Sabtu
Di Surau Al Ikhwan, Flat Gelong Bilal


- Jom Kembali Pada Quran
-------------------------------------------------
Hubungi
Hj Zul (Imam Dan Pengerusi )
Surau Al Ikhwan, Flat Gelong Bilal


Read More

Selasa, 19 Januari 2010

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.

PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.

PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Read More

Ahad, 17 Januari 2010

Dato’ Ku Cabar Wan Hisham !

KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa pemberian bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja, di bidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang.

”Bila dia (Ahmad) bercakap kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), dia kata, dia beri ini, bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN), ”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,” kata Dato’ Tengku Hassan Omar, mengulangi kata-kata Menteri Besar Terengganu,

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu kesal dengan tindakan Ahmad yang membelanjakan wang rakyat menurut sesuka hatinya.Katanya, tindakan Ahmad itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan yang masih menjadi masalah di negeri Terengganu.

”Dia kena ingat ini (wang yang dibelanjakan) bukan wang Umno, bukan wang Barisan Nasional, ini wang kerajaan,”dan untuk mengatasi kemiskinan, yang miskin bukan orang Barisan Nasional sahaja, orang-orang bukan Barisan juga ramai yang miskin,

”bantulah, apa salahnya Bantu, dia orang negeri Terengganu, orang Melayu, yang miskin, bantu!,”katanya dalam Majlis Penerangan di Kampung Duyung 14 Januari lalu. Menurutnya, tindakan kerajaan Umno/BN Terengganu itu tidak adil, bukan sebagaimana yang pernah disebut oleh Ahmad sebelum ini, bantuan kerajaan adalah untuk semua, tanpa mengira kaum dan pegangan politik.

Dato’ Tengku Hassan yang juga bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu mencabar Dato’ Wan Hisham Wan Salleh, bekas ADUN Batu Burok supaya membuktikan, dimanakah kata-katanya yang didakwa ‘bohong’ oleh Wan Hisham.

Katanya, Wan Hisham (gambar kanan) pada malam pertemuan dengan penduduk Ladang pada 11 Januari menuduh beliau sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan yang berbohong kepada rakyat berkenaan tindakan kerajaan mengambil balik tanah Ladang.

”Kalau ada orang-orang Wan Hisham pada malam ini, tolong beritahu dia, dia kata saya berbohong, ”saya nak cabar dia, (sila) buktikan dimana saya berbohong, butir apakah saya berbohong,”tegasnya.

Menurutnya beliau menyampaikan fakta yang diberikan oleh para pegawai kerajaan negeri Terengganu dan menerangkan bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut. Katanya, apa perlu beliau berbohong kepada rakyat dan tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk berbohong kepada rakyat.

Justeru beliau menyelar sikap pimpinan Umno yang suka menuduh dengan pelbagai tohmahan kepada pemimpin PAS, kerana mereka bimbang ditolak oleh rakyat.”Inilah sikap mereka yang suka menuduh, (mereka tidak) membuat apa-apa (untuk rakyat), apabila kita (pemimpin PAS) masuk kampong mereka tuduh bermacam-macam,”timbul satu macam ketakutan kepada mereka (takut ditolak oleh rakyat),”jelasnya.

Refer Link http://www.buletinonline.net/


Read More

Sabtu, 16 Januari 2010

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium


KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan. Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir. Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun. Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan. “Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut. Sumber Harakahdaily


Read More

IKTIBAR DARI GENPA BUMI DI HAITI

Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah Maryam ayat 75, tafsirnya : “Katakanlah wahai Muhammad, sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarkanlah Allah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka sama ada azab sengsara dunia ataupun azab Kiamat, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.”


Oleh itu, ingatlah bahawa orang yang berbuat dosa tidak akan selamat, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, contohnya orang yang melakukan rasuah, walaupun ia masih mendapat keuntungan dunia, hartanya bertambah, hidupnya mewah, perbuatannya tidak diketahui, terlepas dari tindakan pihak berkuasa dan sebagainya, namun balasan akibat perbuatan dosanya tetap ada. Mungkin saja ia selamat di dunia tetapi ia tidak akan terlepas dari menerima pembalasan azab seksa Neraka di akhirat kelak. Kita juga jangan lupa, bahawa akibat dari perbuatan rasuah yang dilakukannya itu bukan sahaja menimpa dirinya, bahkan juga kepada anak, isteri dan ahli keluarganya, kerana setiap suap dari sumber yang haram seperti rasuah itu, maka api Nerakalah balasannya.



Kita sebagai orang Islam hendaklah memelihara diri dari melakukan dosa, bahkan juga hendaklah berusaha menegur dan mencegah perbuatan dosa itu dari terus berlaku dan berleluasa, tanpa mengira perbuatan itu dilakukan oleh ahli keluarga, sahabat mahupun masyarakat. Kita perlu ingat jika kemungkaran sudah bermaharajalela di sesebuah tempat itu, adalah tidak mustahil Allah Subhanahu Wata’ala akan menurunkan bala azab kepada mereka. Kita ambillah ikhtibar daripada peristiwa yang telah berlaku kepada umat-umat yang terdahulu yang hancur musnah akibat perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan. Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut yang telah mendustakan kerasulan Nabi Lut Alaihissalam serta mengamalkan perbuatan keji lagi terkutuk dengan mengadakan hubungan sejenis sesama lelaki untuk memuskan nafsu syahwat. Lalu Allah Subhanahu Wata’ala menurunkan bala yang membinasakan negeri itu dengan letusan suara yang menggemparkan bumi, lalu negeri itu ditunggangbalikkan yakni tertimbus segala apa yang ada di muka buminya dan dihujani dengan batu dari tanah yang dibakar.



Sebagai orang yang beriman, janganlah kita mudah lalai dan leka dengan kehidupan di dunia ini dan marilah kita sentiasa berdoa dengan memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada-Nya. Jauhilah diri dari perkara yang mendatangkan dosa. Ingatlah bahawa kita tidak akan selamanya hidup di dunia ini. Oleh itu siapkan diri kita dengan bekalan yang berupa amal ibadat, bersedialah sebelum ajal tiba, kerana itulah saja yang dapat menyelamatkan kita di Padang Mahsyar nanti.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Maryam ayat 85 – 87, tafsirnya :

“Ingatlah hari kami menghimpunkan orangorang yang bertaqwa untuk menghadap Allah Ar-Rahman dengan berpasuk-pasuk (berkumpulan). Dan kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahanam dalam keadaan dahaga. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal salih di sisi Allah yang Melimpah rahmat-Nya.”


Read More

Khamis, 14 Januari 2010

Mahkamah Rayuan belum putus MB Perak yang sah

IPOH, 14 Jan: Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menafikan Mahkamah Rayuan telah mengumumkan siapa Menteri Besar (MB) Perak yang sah.

Setiausahanya, Drs Khalil Idham Lim berkata, walaupun pendengaran kes di hadapan lima hakim pada 5 November 2009 telah pun lengkap dan habis bagi peguam di pihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kini Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan.

“Oleh itu, isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.



Read More

Mampat sokong MB dedah laporan bumbung stadium runtuh

KUALA TERENGGANU, 14 Jan: Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyokong penuh kesediaan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mahu mendedahkan laporan penuh hasil siasatan jawatankuasa penyiasatan mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yang runtuh tahun lepas.

Begitupun, pengerusinya, Mohamad Fauzi bin Abu Samah yang berbesar hati dengan kesediaan itu berharap kenyataan Ahmad tidak sekadar menjadi gula-gula politik tetapi mendedahkannya dengan telus supaya rakyat dapat menilai siapa yang bertanggungjawab.

“Mampat juga berharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mengelakkan daripada mengulangi kesilapan pada masa-masa yang akan datang,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Berikut ialah kenyataan penuh Mampat mengenai perkara itu. (Klik Bawah)


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merasa terpanggil untuk memberikan respons berkaitan kenyataan daripada Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah, pemilik Senibahri Arkitek melalui laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Januari 2010 bertajuk Siarkan laporan penuh bumbung runtuh, dan kenyataan daripada Menteri Besar Terengganu yang dilaporkan oleh laman web Bernama, bertarikh 13 Januari 2010 bertajuk Kerajaan Terengganu Akan Dedah Jika Terima Laporan Bumbung Stadium Runtuh.

Pertamanya, Mampat ingin menyatakan sokongan penuh supaya laporan jawatankuasa penyiasatan berkaitan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan disiarkan sepenuhnya. Rakyat Terengganu telah maklum bahawa kos pembinaan Stadium Sultan Mizan melebihi RM250 juta dan dikatakan antara stadium yang tercanggih.

Namun yang menimbulkan persoalan besar di kalangan rakyat adalah bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang tinggi dan teknologi yang canggih runtuh dalam masa setahun selepas dirasmikan. Persoalan rakyat ini hanya akan terjawab seandainya laporan penuh disiarkan untuk dinilai oleh rakyat.

Mampat juga bersetuju bahawa pendedahan laporan secara ringkas dengan mempersalahkan semua agensi sebagaimana yang dikemukakan oleh Menteri Kerja Raya hanya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan negatif kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Mampat berharap dengan pendedahan laporan penuh Jawatankuasa Penyiasatan akan dapat menjawab pelbagai persoalan yang timbul di kalangan rakyat Terengganu setelah enam bulan rakyat Terengganu tertungu-tunggu sepanjang siasatan dijalankan.

Seterusnya Mampat ingin menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar atas kesudian kerajaan negeri mendedahkan laporan penuh hasil siasatan jawatankuasa penyiasatan. Mampat menyambut kenyataan ini dengan penuh berbesar hati.

Naman begitu, Mampat mengharapkan agar kenyataan Menteri Besar tidak sekadar menjadi gula-gula politik kepada rakyat. Pendedahan yang telus perlu disiarkan supaya rakyat Terengganu dapat menilai siapa yang bertanggungjawab. Mampat juga berharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mengelakkan daripada mengulangi kesilapan pada masa-masa yang akan datang.

Mampat juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menganugerahkan projek membaik pulih stadium kepada kontraktor yang sama. Mampat berpandangan bahawa penganugerahan projek ini adalah tidak munasabah dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Ini kerana berdasarkan rekod dan hasil kerja yang lepas, dibimbangi kejadian runtuhan yang sama akan berulang. Seandainya penganugerahan ini atas dasar guaranti daripada kontraktor yang lepas, projek ini seharusnya ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor.

Namun begitu Mampat difahamkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM50 juta untuk kerja-kerja pembaikian. Dalam situasi di mana kontraktor asal perlu bertanggungjawab, rakyat melihat tindakan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sebagai satu tindakan yang tidak tepat kerana kos baik pulih tidak perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.

Oleh itu, Mampat berharap agar kerja-kerja baik pulih dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Mampat ingin menegaskan bahawa projek baik pulih ini seharusnya dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan dipantau oleh pihak-pihak yang berautoriti dengan rapi.

Akhirnya, Mampat mengharapkan agar laporan jawatankuasa penyiasatan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu secepat mungkin dan akan didedahkan kepada rakyat untuk dinilai dan diadili secara saksama.


Read More

Angka Kematian dalam Gempa Bumi Haiti Mungkin Cecah 100 Ribu Orang

Angka kematian dalam bencana gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di Haiti semalam mungkin mencecah 100 ribu orang. Perdana Menteri negara itu, Jean Max Bellerive ketika diwawancarai oleh CNN berkata, banyak bangunan yang runtuh, menimpa ramai penduduk yang tidak sempat menyelamatkan diri ketika bencana itu berlaku. Pada masa ini, jumlah kematian yang sebenar sukar dikenalpasti.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon berkata di New York semalam, seramai 16 kaki tangan PBB terkorban dalam bencana tersebut, iaitu 11 askar Brazil, seorang anggota pengaman Argentina, 3 polis Jordan serta seorang pegawai tentera Chad.


Read More

Selasa, 12 Januari 2010

Doa Hindar Dari Sifat Keji


Read More

Dato’ Harun Taib ‘berehat’ di HSNZ

UALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir kini dinasihatkan ‘berehat’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu dinasihatkan oleh doktor pakar agar ‘berehat’ buat seketika bagi mengembalikan semula kesihatan akibat tekanan darah tinggi yang dialaminya.

Dimaklumkan, Ustaz Harun mengalami tekanan darah tinggi yang berlebihan serta jika dibiarkan tanpa rawatan boleh membawa kepada ‘minor stroke’ (angin ahmar ringan).
Namun begitu, tindakan ‘pantas’ ahli keluarganya mendapatkan rawatan di HSNZ berjaya mengelakkan terkena penyakit tersebut. “Jika saya banyak berjalan dan kurang rehat tekanan darah naik semula dan saya dinasihatkan oleh doktor supaya berehat dulu di sini (HSNZ),” kata Ustaz Harun, semalam, 8 Januari.

Anaknya, Mohd Hamdi Harun berkata tahap kesihatan ayahanda (Ustaz Harun) semakin baik dan tidak membimbangkan keluarga. Katanya, tekanan darah tinggi naik akibat pemakanan tidak seimbang, banyak aktiviti parti serta kurang waktu rehat yang mencukupi.

Menurutnya, akibat serangan awal ‘minor stroke’ tersebut kaki dan tangan sebelah kiri ayahanda terasa kebas-kebas. “Lihat keadaan hari (kedua) ini semakin baik dan segar. Ayahanda dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat dan kurangkan aktiviti buat seketika.

“Ayahanda boleh bangun, makan dan berjalan seperti biasa, Cuma tekanan darah tinggi lebih sikit (naik) dan tidak perlu risaulah, Insya’Allah,” ujarnya ketika ditemui di HSNZ. Menurutnya, kejadian berlaku pada hari Rabu (7 Januari) selepas menyampaikan kuliah maghrib dan solat isyak di Markaz Tarbiyyah Kubang Lembek kelihatan letih dan kurang bermaya.

Namun begitu, katanya pada hari Khamis sekitar jam 11.30 pagi selepas mendapat rawatan susulan doktor memberi nasihat agar ‘berehat’ di HSNZ. Antara pimpinan PAS yang mengunjunginya di HSNZ iaitu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah serta beberapa orang pimpinan negeri lagi.

Selain itu, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut menziarahinya Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing serta kaum keluarga Ustaz Harun yang terdekat.


Read More

PAS kecam tindakan ancam blogger

KOTA BHARU, 11 Jan: PAS Kelantan memandang serius tindakan pihak yang cuba mengancam penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dengan melemparkan kapak di rumahnya malam tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan mahu menjadi hakim sendiri dengan menjatuhkan hukuman terhadap orang lain bertentangan dengan prinsip Islam.Katanya, biar pun tulisan blogger terbabit tidak disukai, namun melakukan tindakan kekerasan terhadapnya amat menyalahi agama dan amalan demokrasi.

“Kalau kita tidak bersetuju dengan tindakan seseorang ada saluran dibenarkan undang-undang boleh dilakukan. Bawalah ke mahkamah untuk diadili.“Saya juga percaya insiden seperti itu tidak dilakukan ahli atau penyokong PAS kerana mereka mempunyai kefahaman tentang agama,” katanya di sini.

Kickdafella dalam blognya mendedahkan rumahnya di Kampung Demit dekat Kubang Kerian dilemparkan kapak kira-kira 11 malam tadi sehingga menyebabkan keretanya rosak.
Menurutnya kapak berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang kereta dan terpelanting lebih dua meter.

Blogger terbabit sebelum ini mencetus kontroversi apabila mendedahkan dakwaan salah laku membabitkan pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, tindakan melemparkan kapak sehingga merosakkan harta benda orang tidak sepatutnya berlaku dalam ketamadunan sekarang.

“Kita hendaklah bertindak lebih rasional dan bukannya menggunakan emosi sehingga boleh mengaibkan kita sendiri akhirnya,” kata beliau.


Read More

Jumaat, 8 Januari 2010

Jadual Kuliah Ust Azhar Idrus JANUARI 2010

Klik Imej Untuk Besar Dan Print

Pastikan Hidup Anda Tak Terasing
Dari Majlis Ilmu

Kunjungilah :
Surau Al-Ikhwan, Flat Gelong Bilal
Setiap Hari Dengan Majlis Ilmu (Maghrib & Subuh)


Read More

PAS kutuk keras tindakan serang gereja

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya.
Katanya, begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, katanya, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu. "Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.


Read More

Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pimtu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).Antara yang berucap Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepda Duta Mesir,Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza."Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih toleran dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.Dikesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin."Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andaikata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.


Read More

Khamis, 7 Januari 2010

DS Ir Nizar Kemalangan Kereta Terbalik

Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.


Read More

Selasa, 5 Januari 2010

Perkataan “Allah” Boleh Digunakan Oleh Agama Samawi – Presiden PAS

-Keputusan dibuat berdasarkan ayat 64 surah ali-Imran

KUALA LUMPUR - PAS mengambil pendirian dan menegaskan bahawa perkataan “Allah” boleh digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.Bagaimanapun PAS menegaskan, penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan, agar ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pendirian PAS tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Lajnah Politik yang diadakan di sini semalam ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik, Herald pada Khamis lalu.

Perbincangan yang dihadiri oleh 25 ahli itu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 9 malam berakhir pada 11.45 malam
“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Abdul Hadi menambah, PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yabg boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Oleh itu katanya, PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.


Read More

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka."Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara."Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.


Read More

Isnin, 4 Januari 2010

Pembangunan Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang; Penduduk Tidak Setuju Harga Yang Ditawarkan Kerajaan

Ladang, KUALA TERENGGANU – Majoriti penduduk yang mempunyai tanah Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang disini, bersetuju menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan.

Penyerahan balik tanah kedua-dua kampung tersebut sudah tidak dapat dielakkan lagi memandangkan keperluan pembangunan semasa yang semakin mendesak.Walaupun begitu, disebalik persetujuan tersebut, mereka membantah tentang harga yang ditawarkan kerajaan.

”Perbincangan itu sebenarnya merupakan satu taklimat tentang, supaya orang-orang (kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang) faham tentang proses undang-undang dan apakah hak kita,”jadi, kita (saya) terangkan bahawa pengambilan balik (tanah) ini sesuatu yang mesti dibuat (dan) harga boleh dibantah, tak beri ambil balik (tanah) mengikut undang-undang tak boleh,

”bantahan pada harga sahaja,”jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat dan dialog bersama lebih 50 penduduk kampung Ladang Tok pelam dan Ladang Mengabang di sini semalam.

Menurutnya, semua penduduk yang hadir dalam sesi taklimat tersebut telah memahami bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut dan majoriti telah bersetuju untuk membuat bantahan.”Tuan tanah yang ada tanah setuju untuk buat bantahan, semua tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah,

”tuan-tuan tanah bersetuju untuk buat bantahan (tentang harga yang ditawarkan kerajaan),”katanya.Menurutnya lagi, tanah Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang akan diambil balik oleh kerajaan negeri Terengganu dan diserahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu untuk dibangunkan.

”Yang memajukannya (membangunkan) akan diserahkan kepada agensi kerajaan samada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenganu atau LTAWNT sendiri,”komponen pembangunan belum diberitahu (kepada saya) tapi dibayangkan dia (kerjaan) akan buat dua jalan dan ditengah-tengah akan dibuat bermacam-macam (pembangunan),

”termasuk flat (rumah pangsa) untuk kegunaan (dijual semula) kepada orang-orang (kampung) Ladang,”katanya sebagaimana yang dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lalu.


Sumber Asal
http://www.buletinonline.net



Read More

Sabtu, 2 Januari 2010

Turunkan BN untuk elak barang naik.

Oleh: Drs. Khalil Idham Lim

Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.

Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.

Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.

Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.

Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.

Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.

Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan
Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.

http://idhamlim.blogspot.com


p/s : UMNO Juara Menyusahkan Rakyat.


Read More

Nabi ingatkan 5 perkara dan implikasinya

"Nabi SAW banyak mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dalam hidup. Ingatan itu ialah supaya manusia selamat dari azab Allah di dunia, apatah lagi di Akhirat.

Perumpamaan yang mudah, jika anda di jalanraya, apakah papantanda yang banyak? Tentunya papantanda ‘AWAS’. Kenapa? Jalanraya sepatutnya mudah dilalui, tetapi jika ada apa-apa yang membahayakan di hadapan, yang boleh menyebabkan kemalangan, tentulah tanda ‘AWAS’ itu akan menjadikan anda lebih berhati-hati. Demikianlah perjalanan di atas lebuhraya kehidupan ini yang perlu kepada banyaknya papantanda ‘AWAS’ ini.

Daripada Abdullah bin Umar ra, katanya: ‘Rasulullah SAW berhadap kepada kami, sabdanya: “Wahai Muhajirin! Lima perkara, jika kamu diuji dengan nya-dan aku minta berlindung dengan Allah bahawa kamu mendapatkannya:

1. Tidak nyata perkara keji (zina, liwat) dalam satu kaum, sehingga mereka mempromosikannya melainkan tersebar di kalangan mereka taun dan penyakit yang tidak pernah menimpa umat sebelum kamu
2. Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan ditimpakan kepada mereka kemarau, payahnya perbelanjaan hidup dan kezaliman pemerintah ke atas mereka.

3. Tidaklah mereka menahan zakat harta mereka melainkan ditahan hujan dari langit. Kalau tidak kerana binatang melata, tentu tidak diturunkan hujan kepada mereka.

4. Tidaklah mereka membatalkan janji dengan Allah dan janji RasulNya melainkan Allah membiarkan mereka dikuasai musuh yang bukan dari kalangan mereka, lalu mereka merampas sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.

5. Dan selama pemerintah mereka tidak berhukum dengan Kitab Allah, dan hanya memilih dari apa yang diturunkan Allah melainkan Allah menjadikan pertelingkahan di antara mereka.

(Riwayat Ibn Majah dalam kitab al-Fitan Bab al-Uqubaat)


Read More

Jumaat, 1 Januari 2010

Rahsia Hari dan Bulan Masehi..sambut laa korang!

"Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala.

Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengantar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam blog ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

* 1. Januari – berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

* 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

* 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

* 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* kerana menghormati tuhan musim panas (summer).

* 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

* 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

* 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

* 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

* 9. September – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

* 10. Oktober – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

* 11. November – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

* 12. Disember – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

* 1. Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari (dewa Sun).

* 2. Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.

* 3. Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

* 4. Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.

* 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

* 6. Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.

* 7. Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.

Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa ‘Yahudi’ dan mengamalkan ajaran ‘Yahudi’ bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

* - Ibnu Sina (meninggal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.

* - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.

Wallahu’alam.
http://kasutkularrie.blogspot.com/"


Read More

TAHNIAH KEPADA SKUAD PEMUDA

Kuala Terengganu- Tahniah kepada skuad Pemuda yang telah
mengedarkan risalah penerangan gaya hidup sihat di malam
ambang Tahun Baru 2010 di sekitar Batu Buruk dan juga
Taman Shah bandar, Kuala Terengganu.Semoga usaha membanteras
maksiat dan memberi kesedaran kepada anak-anak muda dan
orang ramai ini dapat dipertingkat dan diteruskan
dari semasa ke semasa kerana "orang muda geng kite".
Kita yang patut mendekati, bersama mereka dan memberikan
kesedaran kepada mereka.

Kegagalan kita bersama mereka dan adakalanya semakin jauh
dari mereka menyebabkan anak-anak muda menjadi liar dan
memilih kumpulan dan gaya hidup mereka sendiri. Justeru
itu pemuda harus sentiasa bersama anak-anak muda ini dan
membimbing mereka menamatkan pemerintahn BN dinegara ini.

Semua jalan utama ke Kuala Terengganu juga sesak malam ini.
Anak-Anak muda dan juga orang ramai yang berpusu-pusu ke
pantai batu buruk dan juga Dataran Shah Bandar semenjak 10
malam lagi telah menyebabkan kesesakan Jalanraya. Ditambah
pula dengan "Road Block" oleh pihak keselamatan yang meliputi
semua jalan utama ke dua tempat ini menambahkan lagi
kesesakan jalanraya. Pihak Keselamatan mungkin memburu Mat
Rempit yang kebiasaanya akan berpesta di malam sebegini.

Namun pujian juga harus diberikan kepada pihak polis kerana
telah sedaya-upaya membanteras golongan kurang-ajar dan "tak
makan saman" Mat Rempit. Sememangnya golongan Mat Rempit ini
sangat menyedihkan dan langsung tak reti menghormati orang lain.
Entah apa hantu yang merasuk mereka dan dari mana mereka
mendapat ajaran ini yang sangat berlawanan dengan agama yang
mereka anuti. Semoga pihak berwajib dapat terus mengadakan
kawalan dan operasi membanteras golongan ini dari semasa ke
semasa. Terusan kekerapan mengadakan operasi sehingga golongan
Mat Rempit ini tidak mampu bernyawa lagi.


Read More