Oleh: Drs. Khalil Idham Lim
Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.
Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.
Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.
Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.
Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.
Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.
Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan
Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.
http://idhamlim.blogspot.com
Sabtu, 2 Januari 2010
Turunkan BN untuk elak barang naik.
p/s : UMNO Juara Menyusahkan Rakyat.