Rabu, 31 Ogos 2011

Jiwa kaya, iman kuat bangkit jatuhkan rejim zalim

MARANG, 30 Ogos: Walaupun rejim Tunisia, Mesir dan Libya dibantu oleh kuasa-kuasa Bart namun tumbang kerana kebangkitan rakyat yang kaya jiwa dan iman yang kuat.

“Kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa kedana,” tegas Presiden PAS ketika menyampaikan khutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Katanya, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim.

“Sekiranya kita berpegang dengan Islam kita akan diberikan kemuliaan oleh Allah SWT,” katanya.

Justeru, katanya puasa mengajar umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang bersedia untuk mengorbankan diri, sanggup berlapar, berdahaga, letih dan menahan diri menghadapi kesusahan dan kepayahan.

Tambahnya, mereka meninggalkan nikmat dunia kerana taatkan kepada Allah SWT. “Begitulah kewajipan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi Allah ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam.

Katanya, orang-orang yang lemah imannya menganggap janji kemenangan yang disebut oleh Allah dan Nabi s.a.w. hanyalah tipu daya sahaja.

Justeru, ujarnya adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam yang dilatih oleh Allah SWT dengan puasa Ramadan untuk membebaskan diri daripada tipu daya syaitan.

“Marilah kita berhari raya dengan semangat yang baru, jiwa yang baru, bercita-cita untuk menemui Allah SWT dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia,” ujarnya lagi.

Sumber : http://www.harakahdaily.net


Read More

Selasa, 30 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI DARI PEMUDA LADANG

Kuala Terengganu - Aidil Fitri disambut meriah diseluruh
negara oleh umat islam di Malaysia. Dalam kesederhanaan
dan penuh bersyukur umat islam sama-sama bergembira dan
menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang.

Kami Pemuda PAS Ladang mengucapkan selamat hari raya
kepada semua, semoga roh Ramadhan menyelinap ke dalam
sanubari dan jiwa agar kental menjadi pejuang membela
keadilan dan mengembalikan Islam di puncak tahtanya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir n Bathin


Read More

Ahad, 28 Ogos 2011

BINA BANGUNAN TAMBAHAN RUMAH ATAS TANAH SURAU?

- [Kemaskini] Mungkin rezab surau telah diubah, siapa tahu??
KUALA TERENGGANU -"Kalau tanah yang sah menjadi hak milik orang lain, boleh dirampas, diambil dan ada yang dipindah milik tanpa izin, apa sangatlah tanah rezab untuk surau,

"apatah lagi tanah rezab kerajaan, memang dasar kerajaan Umno dan BN zalim,"kata Ustaz Wan Sukairi, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 23 Ogos lalu.

Ahmad ketika menjawab soalan lisan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar, ADUN Ladang, telah menafikan bangunan tambahan rumah milik 'Orang Kuat Umno' didirikan di atas tanah rezab surau yang telah digazetkan.

"Setelah siasatan dibuat tidak terdapat binaan diatas tanah rezab tanah surau Gelong Bilal mukim Bukit Besar sebagaimana yang dimaksudkan oleh wakil Ladang,"jawab Ahmad, yang kemudiannya diajukan soalan tambahan oleh Dato' Ku.

Dato' Ku berkata, beliau juga ada membuat semakan atas tanah terbabit dan menegaskan memang ada bangunan tersebut memang 'terkena' dalam akses jalan dan tapak surau yang telah diwartakan.

Beliau merasa hairan mengapa Menteri Besar menyatakan tidak ada binaan diatas tapak surau tersebut.

Menjawab balas soalan tambahan tersebut, Ahmad yang juga wakil Kijal sebaliknya berkata, menurut laporan yang telah diberikan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengesahkan tambahan rumah tersebut terletak diatas rezab kerajaan, bukannya diatas rezab surau.

"tambahan rumah ini terletak diatas rezab kerajaan bersebelahan surau Gelong Bilal, dan bukan diatas rezab surau,

"notis telah di keluarkan oleh Bandaraya (MBKT) pada Jun, 2011 bagaimana rujukan 056/1N178,"kata Ahmad.

Jawapan Ahmad telah di bantah oleh Dato' Ku yang bertegas, ia memang masuk dalam rezab surau dan meminta Pejabat Tanah membuat pengesahan, bukannya MBKT.

Ia adalah kerana, menurut Dato' Ku, beliau telah merujuk kepada MBKT dan MBKT memberi jawapan, ia telah dirujuk kepada pejabat Tanah.

Dato' Ku turut mendesak supaya supaya jawapan yang diberikan oleh kerajaan di dewan yang mulia itu, menepati dengan fakta sebenar.

Walaupun kemudiannya, Ahmad bersetuju dengan cadangan Dato' Ku supaya, perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Tanah, namun dengan nada mengugut, beliau akan mengambil tindakan kepada pegawai yang memberikan maklumat, sekiranya ia tidak benar.

Namun begitu, menurut Dato' Ku, pada akhir sidang DUN, Ahmad kembali menyatakan bahawa, binaan tambahan rumah tersebut tidak termasuk dalam rezab surau.

Sehubungan itu, Ustaz Wan Sukairi yang ditemui berkata, berdasarkan kes-kes sebelum ini, banyak fakta tanah yang telah disalah laporkan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, antara contohnya adalah pengambilan semula tanah Kampung Banggol Donas dan tanah Kampung Paya Bunga.

Kerajaan berkata, semuanya telah selesai, sedangkan, para pemilik yang terbabit dengan pengambilan semula tanah itu menyatakan, bukan sahaja tidak selesai, bahkan kerajaan tidak pun berunding dengan mereka.

"Encik Salleh Embong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas telah berkali-kali memberitahu, ia tidak selesai, tetapi kerajaan bahkan Menteri Besar sendiri kata ia telah selesai,

"kes Kampung Paya Bunga, kerajaan mendakwa penduduk mendirikan rumah secara haram, sedangkan mereka pernah diberikan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 1933,"jelas Wan Sukari.

Begitu juga, katanya, dalam kes terbaru, yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam sidang DUN, berhubung tanah yang terlibat dengan pembinaan istana di Chendering.

"Banyak kes di mana pembangunan dibuat diatas tanah rakyat tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan, malah ada yang ditukar milik tanpa pengetahuan pemilik,

"mungkin tanah rezab surau Gelong Bilal telah diubah, siapa tahu? Sebab itu ada percanggahan antara maklumat yang ada pada rakyat dan yang dinyatakan oleh kerajaan,"tegasnya.

Sumber : http://www.buletinonline.net


Read More

Selasa, 16 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA PAS KUALA TERENGGANU 2011







Read More