Isnin, 31 Ogos 2009

HARGA MINYAK NAIK LAGI > RAKYAT DIUTAMAKAN?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.


PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.


Read More

IMAM PALESTIN DI SURAU GELONG BILAL

IMAM PALESTIN AKAN BERKUNJUNG
SERTA MENGIMAMKAN SOLAT TARAWIKH DI

SURAU FLAT GELONG BILAL
PADA 1 HB SEPTEMBER 2009
HARI SELASA

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DAN MENDERMA
UNTUK SAUDARA KITA DI GHAZA,PALESTIN

JADUAL IMAN PALESTIN
31hb - Masjid Batu Buruk
2hb-Masjid Kg Kolam, Kuala Ibai
3hb - Masjid Chendering, Simpang 4

JANGAN LEPASKAN PELUANG
MENDERMA KE PEJUANG-PEJUANG DAN SAUDARA KITA
DI GHAZA, YANG BENAR-BENAR MENCEMASKAN
YAHUDI, AMERIKA SERTA KAUM KUFFAR
---------------------------------------------------------------------------------

KEMPEN SATU KELUARGA, SEKAMPIT BERAS

BERI SUMBANGAN ANDA KE SURAU FLAT GELONG BILAL
ATAU PEMUDA PAS DUN LADANG
ATAU PEMUDA PAS KAWASAN

SUMBANGAN BENTUK LAIN JUGA AMAT DIALU-ALUKAN

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERI SUMBANGAN
DIBULAN YANG TERAMAT MULIA INI

SUMBANGAN ANDA AKAN DISERAHKAN KE FAKIR MISKIN
SEKITAR KUALA TERENGGANU
SEBELUM IDIL FITRI.


Read More

Perutusan Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 Presiden PAS

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Belum Selesai – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Video Klip di http://www.buletinonline.net)

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan ‘obor’ kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi’e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub’ie yang terkenal.

Kata Rubie, ”Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT”. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat”.

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam


Read More

Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya

KUALA TERENGGANU - Hari ini adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah. Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy

Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.
HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

Sumber http://www.buletinonline.net



Read More

Ahmad Said Kata JKKK Wajar Letak Jawatan Kerana Buah Kurma Dan Air Zam-Zam Tak Sampai Kepada Rakyat

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said sekali lagi mengkritik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang yang didakwanya gagal menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata kegagalan mereka menjadi perantaraan yang baik antara kerajaan dengan rakyat, bakal merosakkan nama baik kerajaan negeri dan JKKK wajar meletakkan jawatan mereka.

Katanya, jika perkara itu berterusan, apa sahaja bantuan dan sumbangan yang diberikan kerajaan negeri tidak akan sampai ke tangan rakyat.

"Saya amat kesal dengan tindakan sesetengah JKKK yang tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan sehingga menyebabkan rakyat menyalahkan kerajaan kerana bantuan tidak sampai.

"Jika perkara yang tidak sebesar manapun tidak dapat dilakukan, lebih baik mereka meletak jawatan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Parlimen Kuala Nerus semalam.

Namun apa yang membuatkan beliau marah pada kali ini?

Rupa-rupanya Ahmad marah kerana katanya, beliau telah mendapat banyak laporan daripada penduduk tentang sesetengah JKKK yang tidak menyampaikan sumbangan buah kurma dan air zam-zam kepada rakyat seperti yang diarahkan.

"Setiap JKKK perlu menyerahkan sumbangan tersebut dari rumah ke setiap rumah namun ada di kalangan JKKK tersebut memberikan sumbangan itu di masjid selepas selesai menunaikan solat tarawih.

"Ini menyebabkan ada yang menerima dan ada yang tidak menerima sumbangan tersebut malah ada yang menerima lebih daripada sepatutnya," ujarnya yang turut dipetik beberapa akhbar arus perdana.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana JKKK yang menyalahgunakan amanah yang telah diberikan.

Di Kemaman, kurma dan air zam-zam yang sepatutnya disampaikan oleh JKKK kepada setiap rumah hanya disangkut di pintu pagar.

Bendahari PAS Kemaman Haji Johan ketika ditemui semalam memberitahu, beliau mendapat kurma dan air zam-zam tersebut, namun tidak tahu siapa yang menghantarnya.

”Tak tahu siapa yang hantar, saya jumpa plastik yang berisi kurma serta air zam-zam tersangkut pada pagar depan rumah,”katanya.

Di Kuala Nerus, ramai penduduk yang tidak pun menerima hantara kurma dan air zam-zam tersebut.

Seorang penduduk di sebuah Taman Perumahan Seberang Takir berkata sehingga kini beliau belum menerima pemberian kerajaan negeri tersebut.

Manakala beberapa laman blog tempatan juga turut melaporkan, mereka hanya menerima hantaran kurma dan air zam-zam itu yang disangkut di pagar rumah sahaja.

Kerajaan Negeri membelanjakan RM8.3 juta untuk membeli kurma dan air zam-zam untuk diagih kepada umat Islam di Terengganu pada bulan Ramadan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan merancang untuk mengagihkan 300,000 bungkus buah kurma dan air zam-zam itu kepada 300,000 buah rumah di seluruh negeri.

Perbelanjaan wang kerajaan yang begitu banyak menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat Terengganu.

Seorang ADUN BN pernah memberitahu pihak media supaya menyiasat pembelian kurma dan air zam-zam tersebut yang dikatakan, kontrak pembeliannya dianugerahkan kepada seorang ’kroni’.

Ahmad Said dilihat mengambil kesempatan, mencari publisiti dan menonjolkan dirinya dalam pemberian kurma dan air zam-zam ini kerana apa yang tertulis di kotak dan botol air zam-zam bukanlah ia hadiah dari kerajaan negeri Terengganu tetapi ”dari YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu”.


Read More

Ahad, 30 Ogos 2009

ISU KEPALA LEMBU DI SELANGOR

Ingat kalau mereka benar-benar muslim dan orang beriman

Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”


Lagi Kupasan Isu http://darisungaiderhaka.blogspot.com/


Read More

KEPALA LEMBU : Catatan YB Khalid Samad

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

www.khalidsamad.com


Read More

Keputusan PRK 7-0 : Rakyat Dah Getek Kata Nizar

"Getek satu perkataan loghat perak yang begitu popular di kalangan orang perak. Perkataan ini membawa maksud benci yang teramat sangat dan mungkin seerti dengan perkataan meluat.

Dan itulah perkataan yang digunakan oleh YB Dato Seri Nizar dalam menghuraikan perasaan masyarakat setelah 7 PRK yang diadakan. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah subuh di masjid jamek lama gopeng pagi tadi - 29 ogos 2009.


Banyak yang diperkatakan oleh YB Nizar dalam kuliah subuh kali ini yang semestinya semacam menjadi wajib hukumnya bila berada di gopeng beliau akan menyelitkan ayat-ayat rawa beliau.

Berikut di paparkan laporan seorang sahabat di blognya tentang kuliah subuh YB Nizar. (Maaf pohon keizinan abg lee)

Tegas beliau "Kini Sindrom Getik (Meluat/Benci) telah menular dikalangan masyarakat di Negara ini,disebabkan sikap egostik pemimpin Umno dan kekerapan mereka membelakangi suara dan kehendak rakyat masa kini.Kekalahan yang memalukan mereka dalam PRK di Bukit Gantang,Kuala Terengganu,Manek Urai,Bukit Selambau dan yang terkini di Permatang Pasir adalah isyarat jelas daripada rakyat dalam Merealisasikan "Kegetikan" mereka terhadap kerajaan BN ini,"Katanya.


Apabila ditanya mengenai Pembubaran DUN pada bulan November ini.Beliau menyatakan bahawa "Pembubaran DUN" mesti dilakukan oleh kerajaan Zambry.Ini kerana persidangan DUN pada 7.5.09 akan cukup tempoh 6 bulan pada tarikh 7.11.09.

Oleh yang demikian,Persidangan DUN mesti diadakan.Sekiranya pihak Kerajaan BN tidak melakukannya,maka belanjawan negeri tidak dapat dibentang,dibahas dan diluluskan oleh dewan,ini akan menyebabkan 7800 kerajaan negeri Perak tidak dapat dibayar gaji pada tahun hadapan dan segala peruntukan kerajaan negeri kepada penduduk negeri Perak juga akan terhenti dan akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam setiap sistem pentadbiran di negeri Perak ini.

Beliau juga ada menyatakan,terdapat beberapa Ahli Parlimen Umno yang berjumpa beliau semasa sidang di Parlimen yang mereka juga berharap agar DUN Perak dibubarkan kerana kemelut yang melanda Perak akan bertambah kusut sekiranya Pembuburan tidak Dilakukan.

Sudah 7 Pilihanraya Kecil diadakan,semuanya berpihak kepada PR..dan rakyat berpuashati dengan setiap keputusan,kerana ini adalah kehendak rakyat.Untuk itu sudah semestinyalah Kerajaan Zamry peka dan bukannya Pekak tentang kehendak dan keresahan rakyat Perak masa kini.

dipetik dari

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/"


Read More

Tiga jenis puasa (kitab Sirrul Asror oleh As syaikh abd al Qadir al Jilani rah)

Puasa syar’iat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Puasa rohani ditambah lagi dengan memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang dikeji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir atau batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya, rosaklah puasa rohaniah.

Puasa syari'at terikat pada masa, sementara puasa rohani akan kekal di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.

Nabi saw bersabda,

"Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga."

Puasa syari'at ada waktu berbuka tetapi puasa rohani terus berkekalan walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain.

Untuk itu, Allah telah berjanji,

"Puasa adalah untuk-KU dan Aku yang membalasnya."

Mengenai dua jenis puasa ini, Nabi saw bersabda,

"Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat."

Orang yang hanya kenal zahir agama mengatakan kesukaan pada yang pertama, itu apabila berbuka puasa dan kedua itu, apabila tibanya anak bulan Syawwal menandakan Hari Raya.

Orang yang mengenal arti batin bagi puasa mengatakan kesukaan yang pertama itu adalah apabila orang beriman berjaya memasuki dan meni'mati syurga, sementara yang kedua adalah ketika orang beriman melihat wajah Allah di syurga.

Lebih berharga daripada kedua-dua puasa adalah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada melihat daripada sesuatu yang lain daripada Zat Allah. Ia dilakukan dengan membutakan diri terhadap segala kewujudan, sama ada di alam rahsia luar atau di dalam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah.

Walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untukNya, sebagaimana Dia berfirman,

"Insan adalah rahsia-Ku dan Akulah rahsianya."

Rahsia itu adalah cahaya daripada cahaya Allah yang qudus. Ia adalah pusat atau jantung hati yang dijadikan daripada jisim yang amat seni.

Ia adalah ruh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan yang rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta.

Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang selain daripada Allah. Tiada perkara yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia dan akhirat, melainkan Allah.

Jika satu zarrah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat.

Seseorang perlu memperbaharuinya, mengadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaanNya, di sini dan di akhirat.

Firman Allah,

"Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya."


Read More

Baru Betul H1N1 ; Hishammuddin Nafi Umno Terengganu Berpecah, Najib kata ”Kita berusaha tenteramkan Umno Terengganu”

KUALA TERENGGANU – Beberapa ketika sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri pada 25 dan 26 Ogos lalu, heboh kembali diperkatakan oleh rakyat jelata, tentang ’undi tidak percaya’ yang akan di usulkan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato’Ahmad Said.

Samada berita atau khabar angin yang bertiup, namun yang pastinya, ia datang dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Timbulnya kembali desas-desus mahu menjatuhkan Ahmad itu, menjadi bukti bahawa Umno Terengganu masih berpecah dan masih berbalah.

Dengan itu, sekaligus menolak dakwaan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pada 17 Ogos lalu.

Hisham (H1) Nafi Umno Terengganu Pecah

Hisham menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu begitu tinggi.



"Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.

"Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu," katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu Stadium Negeri.

Beliau bagaimanapun mengakui, persengketaan pernah wujud di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun katanya perselisihan faham itu telah diselesaikan.

Walaupun media aliran perdana melaporkan kira-kira 5,000 anggota Umno hadir, hakikat sebenarnya tidak sampai 1,000 yang berhimpun.

Yang turut hadir adalah Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Dan yang tidak nampak hadir dalam program yang cuba menonjolkan kekuatan Umno Terengganu itu adalah Idris Jusoh.

”ADUN Ajil, Dato’ Rosol pun tak nampak kelibatnya, kalau (dia) ada senang nampak, pasal dia tinggi (dari orang lain),”kata seorang rakan media memberitahu.

Rosol Nak Masuk PKR

Kemudian, timbul pula versi (cerita) yang dipopularkan oleh Malaysian Insider, yang mengatakan bahawa Rosol dan beberapa konco-konconya akan ’melompat’ menyertai PKR.

Akhbar Internet itu menyatakan, sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR.

”Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai,

”dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR,

”langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad (Said),”lapor akhbar itu lagi.



Rosol Nafi Nak Masuk PKR, akui Umno masih bermasalah

Pada 26 Ogos, sebaik sahaja tamat sidang DUN, Rosol dikejar wartawan sehingga sampai di tepi ’escalator’ yang menuju Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman.

Kemudian, wartawan pun berebut-rebutlah bertanyakan kepadanya, adakah beliau akan keluar Umno dan adakah beliau masuk PKR?

Rosol tidak mengaku malah menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai PKR.

Beliau menyifatkan laporan akhbar Internet mengenainya adalah bersifat provokasi selain bertujuan menjatuhkan imej Umno.

Beliau mengakui masalah dalaman Umno masih tidak selesai namun katanya beliau tidak pernah berbincang atau berniat untuk meninggalkan UMNO.

''Saya tetap bertegas bahawa laporan portal tersebut adalah khabar angin semata-mata. Ini tak akan berlaku dalam kumpulan kita.

''Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UMNO.

''Kita masih lagi wakil rakyat BN, itu tiada kompromi, kita yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak," katanya seperti biasa, sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Selang beberapa minit selepas Rosol membuat kenyatan, beberapa wartawan berkejar memberitahu, Ahmad Said panggil, ada sidang media di pejabatnya.

Ahmad Said syok sendiri

Ahmad Said dalam sidang medianya berkata beliau yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"

"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.

"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Geng Rosol pula kata ’betul’ nak keluar UMNO

Kemudian, dalam masa 24 jam selepas itu, seorang penyokong Idris yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.

Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Tiba-tiba pula dalam akhbar hari ini, Presiden UMNO, Najib (N1) pula berbunyi

Kalau pada 17 Ogos Hisham kata semua perbalahan Umno Terengganu dah selesai, tiba-tiba hari ini, Najib kata "Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu”

Maknanya, Hisham kata selesai, tapi Najib kata tidak lagi, dan yang dimaksudkan sebagai "kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan” itu bermakna Umno Terengganu tidak tenteram dan masih bergolak.

Aiikkk............. yang mana satu betul ni??

Mula-mula Hisham kata semua dah OK, dah bersatu, tapi tiba-tiba masih ada yang nak jatuhkan Ahmad Said dengan undi tidak percaya.

Kemudian Rosol tak berani nak buat usul undi tak percaya, tapi Rosol kata Gengnya tak akan keluar UMNO dan tak akan masuk PKR.

Lepas tu Ahmad Said pula kata, semuanya akan selesai, ramai ADUN yang sudah kembali menyokongnya, tapi pada masa yang sama menyebut, ada ADUN yang masih tak boleh dikawal.

Kemudian Nawi pula tidak menyokong dakwaan Rosol dan berkata mereka memang ada berbincang nak keluar UMNO.

Dan akhir sekali Najib pula menolak dakwaan Hisham bahawa UMNO telah pulih, telah selesai. Najib kata sedang berusaha ’mententeramkan’ tapi belum pulih lagi!

Hishamudin satu (1) dan Najib pun satu (1), dua-dua pun tak betul belaka.

Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bahawa ’pemimpin UMNO pening kepala, H1N1...........

Last Updated ( Saturday, 29 August


Read More

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat Islam

Tahniah sekali lagi kepada YB Ustaz Mohd Salleh Man, ADUN Permatang Pasir yang semalam diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, bahawa namanya akan diangkat oleh kerajaan negeri sebagai calon Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang menggantikan ADUN Umno dari Permatang Berangan yang akan tamat tempohnya Disember ini.

Semoga banyak perancangan dan kerja-kerja memartabatkan Islam dapat dilaksanakan oleh Ustaz dan rakan-rakan dari PAS Pulau Pinang nanti insyallah.Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star hari ini berhubung pengumuman Lim Guan Eng itu yang turut memaklumkan bahawa kejayaan Ustaz Salleh dalam PRK itu turut datang dari dua kawasan majoriti Cina iaitu di Permatang Pauh dan Kampung Cross Street dimana dilaporkan yang undi calon PAS meningkat di kedua-dua tempat ini.


Bagi saya ini membuktikan yang masyarakat bukan Islam sudah mula menerima PAS dan segala propaganda bahawa PAS kononnya mahu memaksa cara hidup dan peraturan Islam ke atas kehidupan masyarakat bukan Islam adalah tidak berasas sama-sekali. Bagi kami di Selangor, ini suatu petanda yang melegakan bahawa usaha kami untuk membawa peraturan Islam ke atas masyarakat Islam di Selangor khasnya dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar sudah difahami.

Semoga ini membuka jalan kepada PAS bagi bergerak ke arah melahirkan suatu jenerasi masyarakat Islam yang berkualiti menurut perhitungan al Quran dan Sunnah. Selain itu ia juga memberi peluang kepada PAS untuk membuktikan keadilan dan keindahan Islam kepada kawan-kawan kita masyarakat yang bukan Islam.


Read More

KEMPEN DERMA BERAS, SEKAMPIT SEKELUARGA

Kuala Terengganu - Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Kuala Terengganu bersama-sama PAS Kawasan Kuala Terengganu menganjurkan kempen Derma Beras, Sekampit Beras 1 Keluarga. Ianya bertujuan untuk di anugerahkan kepada Warga Miskin sekitar Kuala Terengganu.

Diharap semua pihak, dapat menyertai kempen yang diadakan ini demi bersama-sama menginfaqkan sedikit harta untuk bersama-sama membantu keluarga miskin menyambut Hari Raya AidilFitri yang akan disambut tidak lama lagi. Sumbangan bentuk lain-lain juga amat di alu-alukan dan boleh diserahkan ke Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Peringkat Cawangan, Dun dan Kawasan.

Kami amat mengharapkan semua pihak prihatin dan dapat bersama-sama kami mengembelingkan tenaga dan sedikit wang ringgit untuk di infaqkan kepada golongan yang sangat-sangat memerlukan Sumbanga tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Sesungguhnya besarnya fadhilat dan ganjaran yang menanti kita dibulan yang amat mulia ini.


Read More

LPT Fasa II Lewat – PAS Bimbang Ada Unsur Diskriminasi

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu bimbang dengan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa II yang lewat dari jadual asalnya. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata projek Lebuhraya Pantai Timur tersebut bukan perkara baru tetapi berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Bahkan, katanya sehingga berlaku pertukaran beberapa kali Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya dan kerajaan negeri Terengganu sendiri.

“Oleh kerana, projek ini terlalu lama untuk disiapkan sehingga bertukar-tukar Perdana Menteri, sehingga bertukar juga Menteri Kerja Raya dan kerajaan Terengganu juga bertukar-tukar.

“Kita (PAS) bimbang dengan masa yang begitu lama berlaku unsur diskriminasi terhadap negeri di pantai timur dan Malaysia Timur yang masih menjadi sebahagian dari ‘amalan’ (politiking)”, tegasnya.

(Gambar Atas - Pembinaan LPT Pakej 8 yang terlewat 20% dari jadual asal) Ustaz Abdul Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan dari soalan asalnya ingin mengetahui bilakah projek LPT Fasa Dua dijangka siap sepenuhnya.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad menjelaskan LPT Fasa II tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2011.

“Status LPT Fasa II hingga Ogos 2009 sebanyak 60 peratus dan dijangka dapat digunakan pada bulan Mei 2011,” jelasnya.

Setakat ini, katanya hanya satu kontraktor yang telah menyerah balik kerja-kerja pembinaan kepada kerajaan negeri kerana peningkatan kos bahan binaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan memberitahu dewan kos keseluruhan LPT Fasa II tersebut menelan belanja RM3.7 bilion. (gambar kanan dan bawah - jadual dan graf menunjukkan progres pembinaan LPT, 9 dari 16 Pakej mengalami kelewatan)

“Kos asal LPT Fasa II ini ialah RM3.7 bilion dan daripada jumlah itu 50 peratus kerajaan persekutuan dan 50 peratus lagi dari ‘dana khas’ (wang royalti) kerajaan negeri,” ujarnya.

Sehubungan itu, ADUN Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, mengemukakan soalan tambahan, meminta Yahya memberitahu Sidang, kontraktor manakah yang telah menarik diri dari pembinaan LPT tersebut.

”Berhubung dengan kontraktor yang tarik diri, apa sebab dia tarik diri, adakah masalah kontraktor atau masalah-masalah harga dan sebagainya,

”Yang kedua berhubung dengan kos pembinaan, kos asal saya difahamkan RM1.8 bilion, adakah kositu meningkat sekarang dan banyak mana duit dana khas daripada royalti Terengganu yang digunakan untuk membina LPT (Fasa) Kedua ini,”soal Wahid.

Yahya ketika menjawab soalan tambahan Wahid tidak mengemukan nama kontraktor yang menarik diri sebaliknya hanya menyebut kontraktor baru yang dilantik.

“Setakat hari ini ada satu kontraktor yang telah menyerah balik kerja kepada kerajaan tender telah dibuat pelantikan baru kontraktor iaitu Duta Alam telah dibuat,

”Kos asal LPT Fasa II ini ialah RM3.7 bilion dan dari segi berapa banyak duit dana yang digubakan untuk menyiapkan lebuhraya ini, sebagaimana persetujuan yang dicapai, 50 peratus (dibelanjakan) daripada kerajaan persekutuan dan 50 peratus lagi dari ‘dana khas’ (wang royalti) kerajaan negeri,” ujarnya.

Justeru, PAS menyifatkan kos 50 peratus pembinaan LPT Fasa II yang ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu melalui ‘dana khas’ merupakan suatu tindakan tidak bijak kerana pembinaan lebuhraya adalah di bawah tanggungjawab kerajaan pusat.

Sumber http://www.buletinonline.net


Read More

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu. Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.
Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.
Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.


Read More

Rabu, 26 Ogos 2009

A(H1N1): Wanita korban terbaru, angka kematian kini 71

PUTRAJAYA: Seorang wanita obes berusia 24 tahun menjadi mangsa ke-71 akibat wabak berkenaan setelah punca kematian disahkan adalah disebabkan oleh Influenza A (H1N1) dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mercian, seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit (15 peratus) yang disahkan positif H1N1.


"Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) di mana sembilan kes merupakan kemasukan baru, sementara dua lagi kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanakkanak/bayi (enam), selepas bersalin (satu) dan Sindrom Down (dua).

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos adalah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angkaangka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan kes dilaporkan, katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dialog antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan. Menurutnya, semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1).

Dialog berkenaan dijadual diadakan pada pukul 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya, katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa H1N1 di negara ini. BERNAMA


Read More

Sultan Kedah perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti

ALOR SETAR, 26 Ogos: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.



Read More

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.

”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)

Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.

”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.

Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.

Lihat Ucapan Lain Dato' Ustaz Harun Taib di Buletinonline Channel:


Read More

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. "Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _


Read More

Keputusan Pilihanraya Kecik N11 Permatang pasir

PR Teruskan kemenangan.
Bersyukur pada ilahi
Jangan Sakiti Lawan Tapi dekati mereka
Lambat-Laun mereka juga akan bersama kita
menuju Putrajaya.


Read More

Permatang Pasir jadi momentum perubahan PRU13

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."

Nada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.

"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."

"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."

"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.

"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."

"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga." Bercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.

Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.

"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."

"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut. Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.


Read More

SYUKUR PAS MENANG LAGI DAN LAGI

PERMATANG PAUH – Tepat jam 7.31 petang, Calon PAS Ustaz Salleh Man yang mewakili Pakatan Rakyat diisytiharkan menang kerusi DUN Permatang Pasir mengalahkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS/Pakatan Rakyat Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

PAS menang dengan majoriti besar, walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun 2008.Dengan keputusan itu, Ustaz Salleh yang telah bertarung enam kali mewakili PAS akhirnya di berikan kemenangan atas berkat usaha dan istiqamahnya dalam perjuangan.

Keputusan pilihanraya tersebut juga merupakan satu rekod baru Pakatan Rakyat mengalahkan BN kali yang ke tujuh, setelah kali terakhir menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Keputusan pilihanraya tersebut juga merupakan satu rekod baru Pakatan Rakyat mengalahkan BN kali yang ke enam, setelah kali terakhir menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ia juga akan terus menyebabkan UMNO/BN ketinggalan dan menolak semua dakwaan pemimpin UMNO/BN bahawa mereka berupaya mencapai keputusan yang lebih baik di Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man menyifatkan kemenangan yang dicapai adalah kemenangan semua pihak yang turut membantu merealisasikan kemenangan DUN Permatang Pasir.

"Kejayaan ini adalah kejayaan semua" kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man mencapai 4,551, kurang 882 daripada yang diperolehi oleh bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.
Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.


Read More

Isnin, 24 Ogos 2009

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?

Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis.

Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009


Read More

Bajet Tambahan RM361 juta Bakal Hangatkan Sidang DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos ini bakal dihangatkan dengan cadangan bajet tambahan kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM361, 267, 300.00.

Bajet tambahan tersebut akan menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai bajet terbesar di Malaysia, bagi tahun 2009 dengan jumlah keseluruhan RM2.160 bilion.

Pada akhir tahun lalu kerajaan negeri telah meluluskan bajet bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.799 bilion.

Nilai bajet tambahan tersebut malah lebih besar dari bajet tahunan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi tahun 2009 iaitu RM360 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, bajet tambahan yang begitu besar jumlahnya itu menimbulkan pelbagai persoalan dan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri tidak begitu teliti dengan perancangan tahunan. (Gambar - wakil-wakil rakyat PAS Terengganu dalam mesyuarat Pre-Council Sidang DUN)

”Antaranya adalah peruntukan untuk pembinaan jambatan Kampung Pulau Sekati, yang hingga kini belum pun nampak apa-apa kerja yang dilakukakan,

”selain itu, kerajaan negeri memohon tambahan bajet ratusan juta tersebut untuk kos membina beberapa buah jambatan, termasuk jambatan Jeram yang dilancarkan oleh bekas Menteri Besar pada awal 2008 lalu,

”apa yang menjadi kemusykilan adalah, bukankah membina infrastruktur, jalanraya dan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan?,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pre-Council Sidang DUN yang di pejabat PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, disini.

Beliau berkata, sebelum ini pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, Stadium dan lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang juga menjadi tanggungjawab persekutuan tetapi telah menggunakan kewangan kerajaan negeri Terengganu.

Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan Terengganu memohon keluar dari Persekutuan sekiranya, kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu untuk memberi peruntukan.

”Lebih baik Terengganu pohon keluar dari Persekutuan, sekiranya kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu membiayai kos pembangunan di Terengganu,”tambahnya.


Read More

64% Setuju PAS Akan Menang

PERMATANG PASIR, Ogos 24 — Kajian lapangan yang dibuat oleh sebuah firma kajiselidik mendapati, 64 peratus penduduk Permatang Pasir menjangka PAS akan menang dalam pilihanraya ini.

Hanya 20 peratus sahaja yang tidak bersetuju dan masih meletakkan harapan kepada Barisan Nasional, manakala 16 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang.Kajian ini dibuat oleh Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas.

Ia berdasarkan temubual yang dibuat terhadap 200 pengundi berdaftar dan penduduk di Permatang Pasir dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan.

79 peratus respondan mereka adalah pengundi Melayu, 12 peratus (25 orang) Cina dan 9 peratus (17 orang) India.

Kawasan kajian adalah sekitar DUN Permatang Pasir yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di sembilan buah UPU (Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kg. Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat Mukim 8, Kampung Cross-Street 2 dan Permatang Tengah)•

Temubual dan observasi ini dijalankan dari 18 hingga 21 Ogos 2009 lalu.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kecenderungan dan trend pengundian terhadap jangkaan kemenangan di antara parti yang bertanding, populariti calon, dan isu-isu sama ada isu tempatan mahupun nasional yang menjadi kemungkinan mendapat tumpuan dan mempengaruhi pengundi di kawasan ini.

Menurut kajian itu, rekod bekas Adunnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman memberi kelebihan pada PAS manakala calon pilihan BN pula sangat bermasalah.

Sebilangan besar responden iaitu sebanyak 69 peratus menyatakan rekod dan kredibiliti Hamdan sangat memberikan kelebihan kepada PAS.

Ini berdasarkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Adun menunjukkan suatu reputasi kepimpinan dan prestasi yang sangat memberangsangkan sehingga membentuk satu legasi yang sukar dicari ganti.

Hanya 18 peratus sahaja responden yang tidak bersetuju dan 13 peratus selebihnya menyatakan tidak pasti.

Bagi calon Barisan Nasional, kajian dijalankan setelah calon Rohaizat Othman diumumkan sebagai calon setelah menyingkirkan empat orang calon yang lain.

Mereka adalah Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Nasir Abdullah, Naib Ketua Bahagian, Rahim Man, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh yang dikenali sebagai Cikgu Zaidi dan seorang lagi Abdul Aziz Sheikh Ahmad, Ajk Bahagian Permatang Pauh.

Namun begitu, setelah kaji selidik dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 53 peratus responden menyatakan calon pilihan BN sangat bermasalah kerana rata-rata pengundi percaya bahawa Rohaizat tidak berintegriti kerana terlibat dalam isu penarikan sijil guaman sehingga terlucutnya kelayakan dan isu peribadi beliau yang dikatakan beristeri dua.

Hanya 36 peratus responden menyatakan ia bersih dan 11 peratus sahaja yang tidak pasti.

Kajian ini juga menunjukkan, dalam pilihan raya kecil pertembungan melibatkan kekuatan parti lebih dominan daripada kekuatan calon.

107 responden mencatatkan 53 peratus memilih kekuatan parti berbanding kekuatan calon yang hanya 32 peratus. Baki selebihnya iaitu 15 peratus memilih jawapan tidak pasti.

Kajian ini juga mendapati, isu calon BN yang bermasalah menenggelamkan isu nasional/parti.

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 15 penyelidik yang bertugas, para responden lebih responsif untuk memberikan pandangan berhubung dengan isu calon BN yang sangat bermasalah.

Isu peribadi yang dikaitkan dengan Rohaizat menyebabkan kepercayaan kepada beliau semakin merosot dan kredibiliti Umno-BN semakin dipertikaikan walaupun dikatakan pelbagai ‘durian runtuh’, peruntukkan yang turun dan strategi kempen yang digunapakai oleh BN akan membantu kemenangan parti itu.

Mengikut catatan kepada soalan “adakah isu-isu nasional/parti akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil kali ini?”, hanya 17 peratus tidak berpuas hati dengan tindakan DAP hina Islam, 15 peratus menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa, 16 peratus menyatakan bahawa tindakan Nik Aziz melabelkan Umno tidak masuk syurga adalah tidak wajar.

38 peratus respondan menyatakan bahawa calon BN sangat bermasalah, 6 peratus percaya kebarangkalian Hj. Salleh Man, calon PAS terlibat dengan isu penyelewengan dan hanya 8 peratus yang menyatakan kegagalan menyelesaikan isu PPSMI menunjukkan kegagalan kerajaan.

Menurut kajian ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Permatang Pasir lebih cenderung menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan amat sengit untuk merampas kerusi N11 DUN Permatang Pasir ini. -MalaysianInsider


Read More

Ahad, 23 Ogos 2009

SATU KELUARGA SEKAMPIT BERAS


Klik Imej Untuk Paparan lebih Jelas

Marilah bersama-sama kempen derma Sekampit beras
dan juga menginfakkan harta anda kepada golongan miskin
Ganjaran Lumayan menanti di Ramadhan ini


Read More

MENJAWAB ISU-ISU DI PRK PERMATANG PASIR

Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga
· Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
· Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
· Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
· Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.

Pas dengan Umno sama sahaja
· Jawabnya tak sama kedua-dua ini.
· Macam ikan keli dengan semilang, nampak sama tapi tidak serupa. Keli-keli, semilang-semilanglah
· Dasar Pas ialah Islam yang merangkumi perkara dunia dan akhirat
· Islam yang diperjuangkan oleh Pas ada pahala dan neraka.
· Umno tidak ambil kira soal ini.
· Isteri pemimpin umno dan ahlinya kebanyakan tidak menutup aurat, sedangkan ini ayat yang qat’I yang diarahkan oleh Allah.


SIAPA MENANG PUN SAMA SAHAJA, KAMI TIDAK DAPAT APA-APA
· Dakwaan ini tidak betul
· Kita pilih pemimpin bukan untuk kira kepentingan peribadi kita sahaja.
· Tetapi kena tengok secara menyeluruh apa yang rakyat dapat daripada sebuah kerjaan tersebut.
· Pilihanraya bukan soal berapa panjang parit dan longkang dikorek, bukan berapa meter paip air yang disalur
· Kerajaan PR ia memikirkan pembangunan dan kebajikan rakyat sepenuhnya. Contoh elaun guru KAFA dinaikkan, potongan air, perbelanjaan wang kerajaan secara berhemah. Mengarahkan semua exco naik kapal terbang kelas ekonomi, duduk di hotel biasa.
· Dengan cara ini ia menjimatkan wang rakyat PP.
· Bijaknya kerajaan PR memerintah sehingga berjaya mengatasi bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai difisit sepanjang 8 tahun, mampu kembali untung sebanyak RM3juta pada ogos 2009.
· Inilah erti memilih pemimpin yang mendatangkan manfaaat kepada keseluruhan penduduknya.
· Jangan kita fikirkan pilihanraya berapa ringgit yang kita dapat, lepas pilihanraya nanti dia tindas rakyat dengan mengenakan cukai yang bermacam-macam. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin umno
· Sekarang kerana rakyat bagi kuasa kepada BN di Pusat selepas PRU 12, menyebabkan rakyat kena bayar kadar letrik yang mahal tidak lama lagi, menaikkan tambang bas 30%, insyuran kereta motor naik 100% . Misalnya dulu kita bayar RM100 sekarang sudah naik RM200.
· Kalau pilih calon PAS maka ia menjadi penyambung kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka banyaklah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat bukan untuk kroni wakil rakyat Pas



-Pas melukut di tepi gantang
· Dulu kenapa Umno yang menjadi KM PP tidak ada pembelaan pada orang Melayu
· Sekarang Pas diberi peranan dalam ahli Majlis Kerajaan Tempatan, syarikat GLC, JKKK, kalau zaman Umno dulu Pas tidak ada apa langsung
· Pas diberi peranan untuk bebas mengajar dan berkhutbah di masjid.
· Di kawasan ADUN Pas ada juga peruntukan diberikan. Di zaman Umno tidak ada peruntukan yang diberi kepada almarhum Haji Hamdan.
· Walaupun tak jadi Exco tapi PAS bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. PAS ada suara dalam kerajaan tempatan, dalam jawatankuasa ad-hoc, anak syarikat kerajaan negeri GLC dan JKKK.
· PAS bersama kerajaan negeri, suara Pas membela kepentingan Islam/Melayu dihargai dalam kerajaan berbanding Umno sebagai pembangkang. Nampaknya yang melukut di tepi gantang di Pulau Pinang ialah Umno, bukan PAS.

Pas parti mengumpat?
· Hukum mengumpat memang tidak boleh pada perkara yang menyalahi agama.
· Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi mengatakan mengumpat diboleh kan dengan beberapa syarat;
· Seorang isteri yang hendak mengadu kejahatan suami pada qhadi, perlu dedahkan kejahatan supaya qhadi dapat jatuh hukuman
· perawi hadis yang tidak adil boleh diberitahu peribadinya yang buruk supaya orang tidak terima hadisnya
· Pemimpin yang jahat, supaya orang tidak pilih dia menjadi pemimpin


Anwar Ibrahim Khianat Orang Melayu
· Dakwaan ini tidak betul.
· Ini ‘tuduhan politik’ kerana Anwar sekarang lawan Umno. Biasalah, waktu dalam Umno Anwar dijulang sebagai pembela Melayu, bila lawan Umno maka dilabel pengkhianat Melayu. Yang khianati Melayu sebenarnya Umno. Inilah buktinya
· Anwar dan PR tidak memerintah Malaysia lagi. Macam mana tidak menikah sudah dapat anak.
· Yang memerintah negara selama ini ialah Umno/BN bukan Pas atau PR
· Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah dalam masa lebih kurang 17 bulan baru (setahun setengah), macam mana sudah ada Melayu yang menjadi miskin.

PAS menang pun tak boleh buat apa
Kalau Umno menang di Permatang Pasir pun boleh buat apa? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja itu. Umno/BN pula selalu pulau sidang DUN. Kalau tak mahu masuk dewan bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.

Habis apa PAS boleh buat?
Berikut adalah perkara yang BERJAYA dilaksanakan; hasil desakan, bantahan, perbincangan yang dibuat oleh Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS; semasa jadi pembangkang dan semasa kerajaan.
lPastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang Pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - berjaya
lMemperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - sebahagian besar berjaya
lMendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - berjaya
lMendesak mangsa Tsunami di Tanjung Tokong diberikan rumah (tuntutan berjaya masa Pakatan Rakyat berkuasa) - berjaya
lTindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lessen, maksiat dan lain-lain – berjaya
lTindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - berjaya
lMinta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan perlatan setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - berjaya



Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikuasai oleh Cina
· Sebab tu kita kena perkuatkan suara Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menangkan calon PAS. Kalau Umno menang dia tidak bersama kerajaan sebab dia pembangkang.
· Ustaz Salleh boleh menjadi perantaraan dan menyuarakan masalah orang Melayu/Islam terus kepada kerajaan Pakatan Rakyat di pulau Pinang
· Memang benar Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng keturunan Cina. Masa BN dulu, adakaha ketua menterinya Koh Tsu Koon tu bangsa arab?

Pas Parti Pecah Belah Masyarakat
Umno sebenarnya yang memecah belah masyarakat
Umno tidak hormat demokrasi dan mewujudkan pecah belah di kalangan rakyat di Negara ini.
Contohnya Dato’ Noh Omar Menteri pertanian melarang pegawai Pertanian hadir mesyuarat anjuran kerajaan Pakatan Rakyat.
· Satu ketika dahulu Zahid Hamidi ketika menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Star 21/1/2009), merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak telah memberi amaran semua ketua jabatan persekutuan yang berkhidmat di Perak dilarang menghadiri mensyuarat negeri . Kerajaan akan ambil tindakan jika siapa yang engkar.
Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Pas sudah lama didera dan diketepikan daripada menurut lunas demokrasi. Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik.

Apa bukti calon BN dipecat oleh Majlis Peguam.
· Calon BN, Rohaizat Othman dipecat oleh Majlis Peguam pada 7 Mac 2008 dan dia kemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos 2009.
· Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, kesalahan yang dilakukan Rohaizat adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
· Kesalahan yang dilakukan calon BN itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah berjumlah berjumlah RM140,000 dan tidak ada akaun untuknya.
· Kata Presiden Majlis Peguam, “Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah.”
· Kenyataan akhbar Yusri Ishak pada 20hb Ogos 2009 yang menjawab tuduhan kononnya beliau sahaja terlibat, sedangkan Rohaizat tidak tahu menahu adalah satu pembohongan.
· Sekarang Yusri sudah berani naik ke pentas Pas untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rohaizad.
· Kalau tidak betul dakwaaan Yusri, beliau boleh saman di mahkamah.

-
Khairi Tuduh Ada Pengundi Hantu
· Macam mana kami hendak bawa pengundi hantu, SPR dibawah kawalan Umno.
· Kalau umno bawa pengundi hantu ada munasabahnya.
· Nampaknya khairi sudah resah, kerana orang muda tidak bersama dengan beliau. Orang tahu temberang beliau.
· Samalah dengan pepatah Arab sebut ‘dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku dia mengadu kepada orang bahawa si anu yang maki beliau.
· Walaupun dia jadi ketua pemuda, tetapi beliau anak tembaga dalam umno, sebab itu beliau tidak dilantik menjadi menteri

Permatang Pasir Akan Jadi Anak Emas
· Kalau Permatang Pasir anak emas, sebelas DUN Umno yang lain di Pulau Pinang anak apa pula. Adakah mereka itu anak buluh betong.

*Tidak boleh tidak, semua pengundi N11 Permatang Pasir Wajib mengundi PAS.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan JK Operasi PRK N11 Permatang Pasir.


Read More

Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."
Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS." Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya. Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)." Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."
"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.

Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional." Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.
Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. _


Read More

Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluar

ALOR SETAR, 23 Ogos: Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.


"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.
"Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah.

Radzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak. Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.

Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah.

"Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.

"Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media. _


Read More

Bapa Mertua Beri Kata Dua kepada Rohaizat

PERMATANG PAUH – Ayah isteri kedua Rohaizat, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk Rohaizat membuat pengakuan menerima isterinya, Rafizah.
Beliau berkata sekiranya calon UMNO/BN bagi DUN Permatang Pasir itu masih berdegil, beliau akan turut naik atas pentas PAS untuk berkempen.

Mohamad Ali turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat."Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.Kes Rafizah mula menjadi 'rahsia' umum, apabila Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.


Read More

Tip untuk khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan

Bagaimana untuk kita khatam Al-Quran dalam masa sebulan?
Hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu.
4.5 X 5 X 30 = 604 halaman!

Meh kita membudayakan Al-Quran..

post asal : http://isuhangat.blogspot.com




Read More

Sabtu, 22 Ogos 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAT RAMADHAN


Read More

PAS Lapor Polis Fitnah Keatas Ustaz Salleh

PERMATANG PAUH - Ekoran tuduhan fitnah keatas Calon PAS Ustaz Salleh Man yang di paparkan dilaman blog bigdotdot.com, satu laporan telah dibuat semalam.

Bekas Ketua Penerangan Pulau Pinang, Zulkifli Mat Lazim ”Hari ini beliau datang dengan satu laporan polis, yang dia telah buat di Balai Polis Bukit Mertajam, membuat satu report yang mengatakan satu fitnah,”dan meminta pihak polis mmbuat satu siasatan keatas mereka yang membuat laporan (fitnah) berkenaan,”kata Pengarah Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz di Markaz Besar, disini semalam.

Kelmarin Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah membuat penafian berkenaan perkara tersebut.Mujahid telah menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim mendakwa Ustaz Salleh Man menggelapkan wang parti.Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.


Read More

Fasa pertama kempen PAS berjaya

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Dalam permainan simbol kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, PAS sudahpun jauh mengatasi Umno dari segi calon yang dikemukakan. Calon PAS seorang yang berpendidikan agama dan tidak memiliki bagasi peribadi yang boleh diperkatakan. Calon Barisan Nasional pula menjadi perhatian sejak hari penamaan calon ekoran rekod peribadi melibatkan kerjayanya sebagai peguam sebelum ini.

Isu masalah peribadi Rohaizat Othman mendominasi tiga sidang media harian pertama PAS, dengan sebuah lagi sidang media berasingan diadakan di sebuah tempat lain oleh bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak, untuk menafikan tuduhan-tuduhan pemimpin BN terhadapnya.

Daripada apa yang muncul dalam media proparti pemerintah pada hari-hari awal kempen, BN kelihatan terpaksa menjadi defensif dan tidak mampu mengalih perhatian daripada peribadi calon mereka. Dalam hal ini, Umno dilihat terpaksa mengikut rentak kempen PAS.

Masalah peribadi calon yang besar itu juga telah mengundang spekulasi sabotaj dalaman parti Umno, sebagai usaha menjejaskan kempen dan pemimpin-pemimpin tertentu. Umno dijangka berdepan pergeseran dalaman ekoran tindakan meletakkan calon bermasalah ini.

Media pro-Umno juga cuba menjadikan kempen PAS itu sebagai sesuatu yang negatif apabila mengaitkannya dengan bulan Ramadan, dengan menunjukkan bahawa PAS akan terus menyerang peribadi dalam bulan yang mulia bagi umat Islam itu.

Apapun yang cuba dikemukakan oleh Umno, hakikat bahawa parti itu telah memilih seorang yang bermasalah dalam pilihan raya kecil ini mengundang persoalan besar dan berpotensi membawa masalah kepada pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato� Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada masa sama terpalit dengan kontroversi pertemuannya dengan seorang pemimpin Zionis Israel, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak. Muhyiddin pula menjadi sasaran pembangkang dalam isu PPSMI.

Satu demonstrasi telah diadakan di sebuah masjid di Tanah Liat di sini sebagai menyatakan bantahan pertemuan Zahid dengan menteri Zionis itu.

PAS walau bagaimanapun telah menyedari tumpuan yang banyak diberikan pada peribadi calon BN dan mula menerangkan program-program yang bakal dibawa oleh Mohd Salleh Man sekiranya memenangi Dun Permatang Pasir dalam undian pada 25 Ogos nanti.

Isu Melayu

Kempen PAS di Permatang Pasir pula telah menyaksikan kehadiran Dato� A Samad Said berkempen menyerang parti pemerintah kerana lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah.

Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini mampu membawa manfaat besar kepada parti itu, yang bersaing dengan agresif dengan Umno untuk memenangi hati dan minda orang Melayu.

Ketika isu pengkhianat bangsa dimainkan Umno, PAS mengemukakan isu PPSMI ini yang mampu meningkatkan imejnya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

PPSMI menjadi satu simbol paling mudah diperhatikan melibatkan perjuangan Melayu, antaranya disebabkan individu berprofil tinggi yang terlibat dalam kempen menentang program bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

PAS telah melakukan satu tindakan tepat dari sudut politik apabila menganugerahkan Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato� A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya yang lepas di Shah Alam, Selangor.

Tindakan PAS itu telah menempatkan aktivis-aktivis bahasa Melayu dalam kemnya, menaikkan lagi imej PAS dalam perjuangan isu-isu Melayu. Inilah yang diteruskan melalui kempen Samad Said di Permatang Pasir.

Selain bekas rakan kongsi Rohaizat, Samad Said menjadi tumpuan utama kempen di Permatang Pasir yang menyaksikan perang poster yang sangat minima.

Tidak seperti kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang berlaku di kawasan yang sama dan Dun Manek Urai sebelum ini, Permatang Pasir tidak menjadi medan poster-poster berbentuk kenyataan keras, karikatur dan kartun menyerang individu atau kumpulan tertentu.

Kempen di Permatang Pasir kini memasuki fasa kedua, berlangsung dalam bulan Ramadan. Setakat ini, kempen berjalan dengan hanya sedikit isu besar nasional.

Selepas menyaksikan kempen dengan isu nasional sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, penduduk Permatang Pasir kini melihat kempen yang mungkin paling bersifat setempat. _


Read More