Selasa, 11 Ogos 2009

Kerajaan Masih Menyalahgunakan ISA

MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu Negara pada 1 Ogos sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan

Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar.

”Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan bukan rakyat yang di luar bandar,

”Mereka turun (dengan) satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah,”katanya ketika ditemui dirumahnya baru-baru ini. Menurutnya ISA masih lagi digunakan sebagai ‘senjata’ oleh parti pemerintah untuk mempertahankan pemerintahannya,

Katanya, tindakan tersebut telah mencabul amalan demokrasi yang sebenarnya, dimana kerajaan bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan.
”Bahkan, (ia) digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang.“jelas undang-undang ini disalahgunakan,”tegasnya

Menjawab tuduhan pihak tertentu yang mengatakan, demontrasi tersebut mencetuskan keganasan dan huru-hara, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, beliau yang turun sama berdemonstrasi dapat melihat penganjur berjaya mengawal keadaan dan pemuda-pemuda yang menyertainya tidak melawan walaupun dilakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak polis.

“Mereka (pemuda) tidak melawan langsung, (apabila) pihak polis melontar gas pemedih mata, semburan air, mereka berundur tidak melawan, tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera,

“jumlah (peserta demo) puluhan ribu, mengatasi jumlah polis. Jika mereka ganas sudah pasti dengan mudah, mereka (boleh) bertindakbalas,

Menurutnya, beliau tahu ada dikalangan anggota polis yang tidak redha, melihat rakan-rakanya bertindak keatas peserta demonstrasi, kerana pihak polis ‘dipaksa’ oleh pihak pemerintah.

”Ia adalah satu perkara yang menarik, penganjur berjaya mengadakan satu disiplin di mana (peserta) tidak bertindak melawan polis meski pun polis bertindak,”jelasnya.