Ahad, 2 Ogos 2009

VIP ditahan SPRM..?

SEORANG VIP telah ditahan reman oleh sepasukan Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan selama tiga hari bersama seorang kontraktor atas tuduhan rasuah.

VIP berkenaan yang sebelum ini memenangi jawatan di dalam UMNO turut didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO dan dikenakan hukuman pengantungan selama tiga tahun.

Menurut sumber SPRM daripada ibupejabat di Putrajaya, mereka telah membuat pemantauan dan siasatanter sejak beberapa bulan lalu dan menerima tidak kurang lapan laporan rasuah daripada orang awam dan kontraktor terhadap VIP berkenaan.

Dijangkakan pengumuman tangkapan berkenaan akan dibuat dalam waktu terdekat oleh Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dilaporkan telah menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung tangkapan berkenaan sama ada berlaku kekosongan kerusi yang diwakili VIP berkenaan atau sebaliknya.

Sumber berita : http://www.sabahdaily.com