Ahad, 23 Ogos 2009

Bapa Mertua Beri Kata Dua kepada Rohaizat

PERMATANG PAUH – Ayah isteri kedua Rohaizat, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk Rohaizat membuat pengakuan menerima isterinya, Rafizah.
Beliau berkata sekiranya calon UMNO/BN bagi DUN Permatang Pasir itu masih berdegil, beliau akan turut naik atas pentas PAS untuk berkempen.

Mohamad Ali turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat."Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.Kes Rafizah mula menjadi 'rahsia' umum, apabila Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.