Sabtu, 22 Ogos 2009

Sah, BN Guna Jentera Kerajaan.

PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'menyerbu' bilik gerakan Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir petang semalam ekoran aduan program kendalian pusat itu melibatkan penggunaan jentera kerajaan. Pegawai-pegawai suruhanjaya membuat serbuan selepas menerima aduan daripada ejen parti yang bertanding bahawa program kendalian BN di kawasan Samagagah turut disertai kakitangan Jabatan Kebajikan.

Serbuan itu dibuat kira-kira 5 petang semalam.Bilik gerakan BN Samagagah terletak bersebelahan dengan bilik gerakan PAS dan juga pejabat Parti Keadilan Rakyat Samagagah.

Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Sim Tze Tzin berkata, laporan dibuat selepas pihaknya mendapati beberapa pegawai Jabatan Kebajikan mengunjungi bilik gerakan itu bagi menjayakan program bantuan golongan berusia.Terdapat lima hingga enam pegawai agensi berkenaan yang mendaftar golongan warga tua yang memerlukan bantuan.

"Ekoran hasil siasatan, SPR telah meminta mereka meninggalkan majlis tersebut... Kami berpendapat BN tidak wajar menggunakan kakitangan awam untuk program berbentuk kempen pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi.Dalam pada itu, pegawai SPR Pulau Pinang, Sulaiman Abdullah yang mengetuai siasatan telah menasihatkan pegawai-pegawai jabatan untuk meninggalkan tempat tersebut.

Bus yang membawa mereka juga meninggalkan tempat tersebut kemudian.
Dalam pada itu, jurucakap Bilik Gerakan Pusat BN ketika dihubungi mengesahkan ada mendengar mengenai kejadian itu malam tadi"Tetapi saya sedang menunggu laporan, belum ada laporan lagi," katanya ketika dihubungi.Usaha menghubungi pegawai kanan SPR belum berhasil.- Sumber mStar