Rabu, 24 Jun 2009

USRAH Bulanan Pemuda

24 Jun 2009, Bukit Bayas - Usrah Pemuda PAS Dun Ladang di adakan di PASTI Bukit Bayas yang di bawa oleh Naqib Tuan Pemuda Kawasan Kuala Terengganu, Al Fadhil Al Ustaz Kamal Ali. Naqib menyampaikan Teks Usrah Pemuda PAS Kawasan iaitu Tafsir Surah AL Anfal Ayat 20 - 23.
Antara Pengisian penting surah di atas adalah :

Huraian tafsir Surah Al Anfal ayat 20 -23
Allah memerintahkan hambanya orang-orang yang beriman dengan ketaatan kepadaNya dan ketaatan kepada rasulnya serta melarang mereka daripada menyalahi suruhannya dan laranganNya. Ayat di atas berkisar tentang seruan jihad serta meninggalkan harta benda sebagai rentetan perbincangan ayat sebelumnya.

Allah memberi peringatan kepada orang-orang beriman tidak menjadi seperti golongan munafik yang berkata "Kami dengar" sedangkan mereka tidak menghiraukan apa yang mereka dengar. Mereka tidak mahu turut serta berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dan para Sahabat dalam perang badar.

lalu ALLAH Taala menyamakan golongan munafik dan musyrik itu dengan binatang ternakan yang melata dibumi bahkan lebih teruk lagi kerana binatang ternakan tidak memudaratkan sedangkan munafik dan musyrik memudaratkan aqidah manusia. Ini kerana mereka tidak memikirkan beza antara hak dan bathil, baik dan buruk, petunjuk dan kesesatan, Islam dan kekufuran. Seolah-olah mereka tidak mempunyai deria rasa terhadap manfaat, faedah dan kebaikan yang diperolehi hasil daripada ketaatan itu.

Pengajaran Tafisr

Ianya mengandungi dua pengajaran penting:
1. Taati Allah dan Rasulnya.
2. Peringatan agar tidak menyalahi perintah dan larangan ALLAH dan Rasul