Jumaat, 29 Mei 2009

PAS Kekal di DUN Ladang

PAS Kekal di DUN Ladang


Written by Editor
Thursday, 28 May 2009 12:17
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini menolak rayuan UMNO/BN Terengganu dengan kos.Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar mengesahkan DUN Ladang kekal dibawah PAS.
Beliau menyatakan demikian melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima Buletinonline sebentar tadi.Sebelum itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Saudara Wan Faizul Abas memberitahu mahkamah telah menolak permohonan UMNO/BN DUN Ladang untuk membuka semula peti undi pos bagi pilihanraya umum bagi DUN Ladang.
Pada 22 Sept, 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah membuat keputusan menolak dengan kos petisyen pilihan raya yang dikemukakan BN terhadap Adun PAS Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.Ekoran keputusan tersebut, UMNO yang diwakili oleh Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut telah membuat rayuan ke mahkamah persekutuan.

Sumber : http://www.buletinonline.net