Ahad, 31 Mei 2009

Tahniah! Dato’ Tengku Hasan kekal di DUN Ladang

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, salah sebuah DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu kekal menjadi milik, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ( PAS). Tahniah!
Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai empat DUN. Selain Ladang, tiga lagi DUN ialah Wakaf Mempelam (PAS), Batu Buruk (PAS) dan Bandar (BN). Malah dalam PRK Kuala Terengganu awal tahun ini, PAS juga berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan rayuan BN Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihanraya umum ke-12 menyebabkan tiada PRK di DUN Ladang.

Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada perbezaan besar dari segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

Kes itu didengar oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, lapor Bernama. “Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada PAS). “Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan,” kata Hakim Melanjun dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin. Ramai yang menunggu PRK Ladang diadakan kerana hendak menguji pengaruh UMNO/BN sekali lagi selepas peristiwa 10 ADUN penyokong kerajaan memulau persidangan Dewan ekoran pertembungan kem Mat Said (MB) dan Idris Jusoh (mantan MB)