Isnin, 22 Mac 2010

Guan Eng di Kuala Terengganu 23 Mac

KUALA TERENGGANU – Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, akan mengadakan lawatan sehari ke Kuala Terengganu pada Selasa 23 Mac ini.

Lawatan tersebut yang dianjurkan Pakatan Rakyat negeri Terengganu bertujuan meraikan masyarakat Tionguua Kuala Terengganu serta menerangkan perkembangan terbaru negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.”Kita mahu menjemput Guan Eng lebih awal, sempena Tahun Baru Cina, tapi jadual beliau terlalu ketat dengan program-program di Pulau Pinang,

”oleh itu, walaupun sudah lebih sebulan Tahun Baru Cina berlalu, beliau (Guan Eng) masih mahu meraikan masyarakat Tionghua di sini,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik kepada Buletinonline hari ini.

Menurutnya, acara lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara rasmi akan bertemu dengan masyarakat berbilang kaum dengan Majlis Minum Petang yang akan diadakan pada jam 6 petang di Kampung Tiong, Kuala Terengganu .Ia kemudian disusuli dengan Majlis Makan Malam khusus dengan kaum Tionghua yangakan diadakan di sebuah restoran pada jam 8 malam.

”Kemuncak lawatan beliau akan berucap dalam satu Majlis Ceramah Penarangan isu-su semasa yang akan diadakan di hadapan Pejabat Khidmat ADUN Batu Burok,”turut berucap dalam ceramah tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu,”kata Ustaz Abu Bakar.

Justeru beliau menjemput semua rakyat untuk bertemu muka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut dan turut mempelawa pihak media untuk membuat liputan.